Saturday, May 15, 2010

Konsert Inul Gelek Gerudi Serang Lagi. Ulama Tewas!

HALAMAN HIBURAN

Pernah hampir 10,000 orang membanjiri Stadium Melawati Shah Alam melihat artis gerudi Inul Darasista.

Mei 15 10: Siapa tidak kenal Inul Daratista dengan tarian gelek gerudi. Persembahan Inul bagaikan tidak lengkap tanpa tarian itu. Walaupun gelek gerudi Inul pernah menimbulkan kontroversi, namun tidak bermakna dia akan berhenti dari bergoyang.

Inul bakal menjayakan Konsert 1 Inul Daratista dengan aksi gelek gerudinya di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 29 Mei ini, Padang Kompleks Sukan Keningau (31 Mei) dan Sunway Hotel Resort & Spa (4 Jun).

"Saya masih akan buat gelek gerudi kerana ia bukan criminal. Goyangan itu bukan lucah tetapi apa yang dilakukan itu lebih attractive . Selain gelek gerudi, saya juga akan melakukan goyang-goyang yang lain juga.

"Empat bulan lalu, saya turut terlibat dalam sebuah konsert dengan band Dewa 19 di Kuala Lumpur. Mereka tiada masalah dengan penampilan saya kerana saya masih mengenakan baju sopan dan tertutup. Saya masih tahu menjaga diri, anak, suami dan bisnes saya. Jadi tak perlu khuatir pasal pakaian.

"Saya tidak akan melakukan gelek gerudi sepanjang konsert itu kerana ia boleh membuatkan saya rasa letih. Jadi saya akan hiburkan penonton dengan lagu berentak perlahan dan melankolik," katanya yang menganggarkan untuk menyanyikan dalam 15 hingga 20 buah lagu.

Demikian sebahagian dari laporan mStar Online hari ini. Sebelumnya hari ini juga mStar Online menyebutkan, dua tahun lepas, pihak penganjur terpaksa membatalkan hasrat untuk mengadakan konsert Inul kerana tunjuk perasaan beberapa pihak.

Siapa sangka kali ini nasib menyebelahi Inul dan akhirnya peminat Inul bakal menyaksikan aksi Ratu Dangdut ini sekali lagi pada penghujung bulan ini - 29 Mei di Tawau, Keningau (31 Mei) dan di Sunway Hotel Resort & Spa pada 4 June.

"Kami berjaya mendapatkan permit untuk semua pertunjukan kali ini tanpa banyak birokrasi. Jika tiada aral melintang, konsert susulan akan diadakan pada bulan Julai ini," kata Nick Jordan, salah seorang penganjur Apex Event Network.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah yang terjadi dalam negara Malaysia, yang mengaku sebagai negara Islam. Sedangkan pendirian Majelis Ulama’ Indonesia (MUI) sendiri mengatakan bahawa ‘gelek gerudi’ Inul cenderung kepada aksi-aksi yang mengghairahkan serta penampilannya bertentangan dengan keputusan fatwa mengenai pornografi pada Julai 2002.

Pihak berkuasa Yogyakarta pula telah mengharamkan persembahannya kerana dikhuatiri akan menjatuhkan moral masyarakat yang berpendidikan dan bertamadun. Padanlah, ulama Indonesia tidak mampu mengharamkan persembahan seluruhnya, kerana negaranya tidak pernah mengaku negaranya negara Islam. Tetapi Malaysia yang mengaku negara Islam (ala UMNO), ulama-ulamanya pun tewas juga, tidak mampu berbuat apa-apa.

Itulah dasar negara sekular, politiknya terpisah dengan tuntutan akhirat. Pemimpin politik menguasai ulamaknya. Ulama pula cuma mampu mengampu.. Berwirid dengan, ampusana, ampusini!

Mengenai hukum nyanyian & dangdut, lihat ini..

Friday, May 14, 2010

Bantah Lesen Judi & Konsert 12 Jam


KL MEI 14, 10: Kecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.


Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang. Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut. Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad. Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),

Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan. Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara. Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas. Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit. Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja. Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut. Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas. Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut. Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar. Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.(AK)

PAS Boleh Guna Masjid Untuk Parti, UMNO Tak Boleh.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Masjid Rusila, dekat rumah Presiden PAS Marang, Terengganu.

SESEORANG bertanya saya, bolehkah PAS gunakan masjid untuk politik partinya, berkempen pilihan raya menangkan PAS dan sebagainya?

Saya jawab "Boleh.. tapi kalau UMNO tak boleh!"

"Kenapa?" Dia terkejut. "Kamu jangan taksub kepada PAS sangat!" Komennya.

"Baiklah.." Saya jawab.

Inilah jawapannya.

Orang bertanya kepada Nasrudin Hassan at-Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, "Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus ? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah?"

Beliau menjelaskan...

Satu: "Masjid adalah Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.) Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang datang dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran."

Hal ini ramai dah tahu dan akui!

Kedua: Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik.

(a) Masjid Di Zaman Kegemilangan:

Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya. Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya.

Beliau berkata: “Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata: “Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!”

Lalu seorang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!”

Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya.

(b) Masjid Di Zaman Kemunduran.

Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat.

Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan.

Oleh itu kata Ustaz Nasrudin Hassan...

"..kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak. Kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah ?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia.

Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik ? Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lingkaran hukum dan nilai-nilainya. Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram."

Pada saya (Ibnu Hasyim), disitulah timbulnya kekeliruan, tidak boleh berpolitik dalam masjid. Kerana politik maksud mereka ialah 'politik Macheavelli' atau 'politik menghalalkan cara'. Itulah politik yang diamalkan oleh UMNO dan geng parti-parti sekular sekandang dengannya. Jadi tidak hairan bila pemimpin UMNO atau agennya berucap dan melarang 'jangan jadikan masjid sebagai pentas politik'.

Betul kata mereka, kerana mereka memahami politik itu seperti politik parti mereka yang sekular dan jijik, tidak sesuai langsung dengan agama Islam yang mulia.
Jadi berkempen politik parti UMNO dalam masjid memang kotor dan jijik. Menerangkan hakikat UMNO boleh. Menarikkan orang kepada parti politik yang menjijikkan itu tidak boleh. Hukumnya? Cari ulama atau mufti minta fatwa.

Tetapi kalau parti atau gerakan Islam dan dakwah yang beroperasi dalam masjid, memang baik, sesuai dan dibolehkan. Kerana menarikkan orang kepada badan atau parti tersebut adalah sama seperti menarikkan orang kepada Islam. Di situlah timbulnya 'undi PAS dapat pahala' seperti kata tok Guru Nik Aziz.


Ketiga: Menurut Ustaz Nasrudin lagi, manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, maka ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Keempat: Menurut Ustaz Nasrudin lagi, masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Sila lihat lanjutan huraiannya di .. Harakahdaily.net Berpolitik Dalam Masjid. Mei 14 10.

Kelima: Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiya’ ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangkitan masjid.. Demikian, menurut Ustaz Nasrudin lagi.

Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian.

Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan. Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini.

Iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dengan kekuatan Allah (s.w.t.)

Keenam: Menurut Ustaz Nasrudin lagi, di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerajaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia.

Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahawa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan.

Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita.

Demikan pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, disedut dari Harakahdaily.net Berpolitik Dalam Masjid... dan sedikit ulasan tambahan dari saya.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 14, 10.

DUN Kedah Bubar: 3 Exco PKR, 1 ADUN DAP Dipanggil.



PAS Kedah akan memanggil tiga exco kerajaan negeri dari PKR dan seorang ADUN DAP, untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang tersebar luar kononnya mereka akan melompat meninggalkan Pakatan Rakyat.

Tiga exco PKR itu S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik.

Mereka akan diminta memberi penjelasan dalam satu majlis ceramah anjuran PAS negeri - bertajuk "DUN Kedah Bubar?" - di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, jam 9 malam 22 Mei depan.

Setiausaha PAS negeri, Muhamad Yusof Husin berkata mereka diminta memberi penjelasan tersebut supaya rakyat tahu kedudukan sebenar mengenai desas desus yang mengaitkan nama mereka. "Kita mengakui rakyat berada dalam kegelisahan dengan keadaan dan senario politik yang berlaku di negeri ini," katanya petang semalam.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim akan turut hadir dan berucap di majlis tersebut. "Menteri besar sendiri akan menjelaskan pendirian (kerajaan negeri) berhubung perkara ini dalam ceramah berkenaan," katanya.

Sementara itu, tiga exco Kedah dari PKR dan seorang ADUN DAP, yang dikaitkan dengan spekulasi akan meninggalkan Pakatan Rakyat, menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka akan melompat parti. Tiga exco PKR itu ialah S Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau, Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim). Manakala ADUN DAP itu pula ialah Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Sebaliknya, mereka menegaskan bahawa mereka akan tetap dengan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Susulan itu, PAS Kedah dikatakan telah mempunyai dengan alternatif dan strategi untuk mengelak daripada peristiwa 'Perak ke2' berlaku. (AK)

Bukan Islam Jadi Peguam Syarie.



KL. MEI 14, 10: Victoria Jayaseelee Martin hari ini berjaya mendapatkan semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur bagi mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membenarkan beliau mengamalkan undang-undang syariah.

Ini adalah kes pertama, di mana seorang peguam bukan Islam yang memiliki diploma undang-undang syariah memohon menjadi peguam syarie di Kuala Lumpur. Hakim, Datuk Zawawi Salleh yang membenarkan permohonan itu menolak bantahan yang dikemukakan oleh MAIWP.

Victoria (atas, kanan) mendapat kelulusannya pada tahun 2004 daripada Universiti Islam Antrabangsa dan berkata beliau ingin menjadi peguam syarie demi kepentingan keadilan. Di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, syarat sebelum seseorang boleh menjadi peguam syarie adalah dia mesti merupakan seorang Islam.

Di n
egeri-negeri lain, bukan Islam dibenarkan menjadi peguam syarie. Bagaimanapun, Selangor baru-baru menarik balik kekecualian itu dan hanya peguam Islam yang dibenarkan di mahkamah syariah di negeri itu.

Victoria diwakili oleh peguam Ranjit Singh, manakala pendakwa kanan persekutuan, Nadia Hanim Mohd Tajuddin mewakili MAIWP. (AK)

Kedah: 'Perak ke2', Azizan Razak Cabar Zulkipli..

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kiri) yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (PAS-Sungai Limau) mesra berpimpinan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mahadzir Khalid (BN-Pedu). — Gambar Bernama




KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kerajaan negeri Kedah pimpinan Pakatan Rakyat mengetepikan amaran wakil rakyat Bebas Zulkifli Noordin tentang kemungkinan episod “Perak Kedua” sambil menegaskan, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) buat masa sekarang.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri mengakui sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan kesemua 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kekal bersama ikatan itu, sekali gus mengelakkan nasib yang menimpa Perak awal tahun lalu apabila tiga wakilnya keluar parti.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengesahkan beliau tiada rancangan untuk mendapatkan perkenaan Sultan Kedah bagi membubarkan DUN memandangkan tiada tanda-tanda akan wujudnya kemungkinan keluar parti, seperti yang dilaporkan.

“Ia cuma mengadakan perbincangan dengan mereka malam tadi dan saya yakin dengan kesetiaan mereka.

“Tiada masalah dalam Pakatan. Masalahnya hanya daripada Adun dari Barisan Nasional,” kata beliau ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Azizan mengetepikan jangkaan Zulkifli, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa “Perak Kedua” akan wujud tidak lama lagi dan meminta sebuah kerajaan negeri, tanpa merujuk kepada Kedah, supaya bersiap sedia untuk mengelakkan situasi seumpama dengan membubarkan DUN.

“Jika dia mengatakan majoriti Kedah terlalu kecil, jadi bagaimana kerajaan (PAS) Kelantan berjaya kekal dalam kuasa dengan perbezaan satu undi?

“Jika ahli-ahli PKR berfikir macam Zulkifli, maka bukan sahaja beberapa akan keluar parti - dia tidak boleh mengisytiharkan bahawa beberapa orang akan lompat parti macam dia kerana kami mempunyai hubungan baik dalam Pakatan,” katanya.

Sebaliknya Azizan mencabar Zulkifli agar meletakkan jawatan dan bertanding semula di kerusi Kulim-Bandar Baharu jika merasakan mempunyai pengaruh yang besar. Katanya, orang ramai sudah tidak lagi menyokong Zulkifli, yang sudah pun sudah lagi tidak kredibel di Kedah.

“Jika dia berani, dia harus meletakkan jawatan,” katanya.

Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul mengakui pemimpin-pemimpin Pakatan di negeri itu mengambil langkah cukup berhati untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya bekas pemimpin Umno dan saya mempunyai ramai kawan dalam Umno.

“Kami peka dengan perkembangan dan tiada sebarang petanda buat masa sekarang,” katanya.

“Satu perkara yang pasti, tiada mana-mana wakil rakyat PAS akan lompat parti. Mereka terikat dengan bai’ah yang mereka telah buat,” katanya.

Johari memberitahu, meskipun kesemua tiga Adun PKR keluar parti, BN masih tiada cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Kelmarin, Zulkifli Noordin membayangkan episod Perak tumbang berulang dalam waktu terdekat sambil menasihatkan sebuah “kerajaan negeri Pakatan Rakyat” agar mengambil langkah untuk membubarkan DUN.

Zulkifli memberitahu The Malaysian Insider, dua Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan keluar dalam waktu terdekat. Tindakan itu menurut wakil rakyat Bebas ini, boleh menyebabkan tumbangnya satu lagi kerajaan negeri mirip Perak awal tahun lalu.

Pakatan Rakyat kini memimpin Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Kini tumpuan menghala ke arah Kedah kerana perbezaan kerusi antara Pakatan Rakyat dan pembangkang termasuk Barisan Nasional (BN) cuma empat.

Daripada 36 kerusi di DUN, Pakatan Rakyat mempunyai 20 kerusi dengan PAS memiliki 16, PKR tiga dan DAP satu manakala BN pula 14 dan dua lagi merupakan wakil rakyat Bebas yang pro-BN. Bulan lalu, Azizan ada memberitahu bahawa beliau akan memohon pembubaran DUN jika ada lagi yang memutuskan untuk keluar parti. (AK)

Lihat sebelum ini..

Awek Kafe, Lagi Kes P/Hiburan, K'jaan BN Tak Mampu..



Sebahagian daripada pekerja kafe hiburan dan GRO yang ditahan di Taman Gaya, Johor Bahru semalam.

46 'awek kafe' dicekup polis

JOHOR BAHRU - Bayar RM170 dapat layanan seks istimewa sampai ke pagi.

Itu pakej hebat yang ditawarkan oleh wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah kafe hiburan di Taman Gaya, Ulu Tiram di sini sejak setahun lalu. Pelanggan didakwa hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM170 bagi mendapatkan khidmat seks GRO di kafe hiburan itu atau lebih popular dengan gelaran 'awek kafe'.

Kafe yang beroperasi setiap hari itu membuka bisnesnya dari pukul 6 petang hingga pukul 2 pagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Lagi, bukti Kerajaan BN tak mampu nak selesaikan masalah pusat hiburan. Kaji balik status pusat hiburan, kerana banyak menimbulkan masalah. Kaji, bagaimana kalau gunakan undang-undang Islam? (AK)

PM Baru Britain Potong Gaji. PM Malaysia?


Cameron (kiri) mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya yang pertama di 10 Downing Street, London semalam.

LONDON - Gaji Perdana Menteri baru Britain dan menteri-menterinya dipotong sebanyak lima peratus dalam usaha untuk mengurangkan rekod bajet defisit negara berkenaan. Pengumuman pemotongan gaji itu dibuat sebelum mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baru bermula semalam.

Perdana Menteri Britain, David Cameron kini akan menerima gaji sebanyak £142,500 (RM668,165) setahun daripada gaji yang sepatutnya diperolehinya iaitu £150,000 (RM703,325).

Gaji itu kurang £7,500 (RM35,129) daripada gaji bekas Perdana Menteri, Gordon Brown yang meletakkan jawatan selepas Parti Buruh pimpinannya sebelum ini tewas pada pilihan raya umum minggu lalu.

Sementara itu, gaji menteri kanan telah dipotong daripada £141,647 (RM663,970) setahun kepada £134,565 (RM630,823).

Gaji menteri biasa pula dikurangkan kepada £89,435 (RM419,307) setahun daripada £94,142 (RM441,456).

Namun, jumlah itu tidak termasuk gaji mereka sebagai Ahli Parlimen sebanyak £64,766 (RM303,333) setahun.

Parti Konservatif berkuasa selepas ia membentuk perikatan dengan Parti Liberal Demokrat sekali gus menamatkan penguasaan Parti Buruh selama 13 tahun. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: PAS dah lama potong gaji MBnya untuk rakyat. Bahkan lebih tinggi pratus potngannya. PM Malaysia bagaimana?

Thursday, May 13, 2010

Haramkan Kasut Yang Membawa Perpecahan Masyarakat.


Kasut Usamah Bin Ladin




















ANDA lihat betul-betul kasut ini.. terpampang karikatur gambar pemimpin Al-Qaidah Usamah bin Ladin.

Sebuah syarikat pengeluar kasut di China mencipta model baru yang menghina pemimpin Islam tersebut. Kasut buatan China ini tetapi amat populer di India, terutama kepada puak-puak fanatik atau taksub kepada Amerika Syarikat (AS) untuk menghina pemimpin gerakan Islam itu. Mungkin juga ia termasuk dalam kempen anti pengganas, tajaan AS. Apalagi kerana harganya sangat murah.

Tetapi sebaliknya, Muslimdaily.net mengungkapkan kata-kata Praveen Kumar, pemuda 21 tahun, "Dengan memakai kasut ini saya merasa orang yang paling dibenci didunia terletak di kaki saya". Bangga, nampaknya menyokong Usama.

Barang-barang di China dikatakan sangat populer di India. Bukan sahaja kerana harganya murah, tetapi kerana Bin Ladin juga menjadi fenomena atau idola disana. Disebutkan dalam promosinya..

"Jika Anda bermimpi memiliki teroris paling dicari didunia, sekarang boleh ada di kaki anda! Kesempatan membuat mimpi menjadi nyata... dengan 'Usamah Bin Ladin Sneakers'. 'Usamah bin Ladin Sneakers' dijual dengan harga hanya 650 rupee India (US 14.67), anda tidak akan jumpa di pasar di luar Asia." Mungkin itu untuk peminat-peminat Usamah Bin laden.

Lapor Muslimdaily.net lagi, macam-macam cara pengeluar hendak lakukan produknya, tetapi jangan salahkan jika ada pihak tidak suka dan bertindak melakukan sesuatu kepada pengeluar kerana penghinaan tersebut.

Blog Ibnu Hasyim meninjau pendapat Ahmad Khairi 30 tahun, seorang peniaga kasut, pemuda Islam di Jalan Masjid India Malaysia, katanya, "Kesian mereka (pengguna kasut tersebut dengan tujuan menghina Usama), China buat duit, puak-puak taksub AS diperbodohkan! Saya harap kementerian pengguna Malaysia melarang import masuk kasut-kasut macam tu.. boleh memporak-perandakan ketenteraman masyarakat di sini.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya kasut pun boleh membawa perpecahan dalam masyarakat. Haramkan kasut-kasut yang menghina orang Islam dan memecah perpaduan rakyat itu masuk ke negara ini! (2MA/13Mei 2010)

Pemimpin Al-Arqam Mangsa ISA Meninggal Dunia

IPOH. MEI13 10: Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh. Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya dituduh menyeleweng daripada ajaran Islam.

Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah. Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Sungai Pencala, Kuala Lumpur.

Banyak buku-buku tulisan beliau disebarkan. Muslimat-muslimatnya terkenal dengan sanggup di madu dan memakai pakaian menutup aurat.

Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim, membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan. Selepas dua tahun dalam tahanan, Ashaari dikenakan hukuman buang daerah di Selangor.

Bagaimanpun, Ashaari kemudiannya dipindahkan ke Labuan pada tahun 2000 selepas pihak berkuasa mendapat ada pihak-pihak yang mencuba mempengaruhinya supaya menghidupkan semula pergerakan tersebut. Hukuman buang daerah itu kermudian ditarik balik pada Oktober 2004.

Beliau dikatakan pernah menjadi AJK Penerangan PAS suatu masa dulu. (AK)

13Mei, Bagai Camar Tertusuk Damar.. -Ibnu Hasyim

CATATAN SANTAI

Seekor burung camar dijumpai tertusuk damar di kepalanya di Britian baru-baru ini. Tetapi masih hidup.

13Mei bagai burung camar tertusuk damar.

Lihat catatan pengalanan Ibnu Hasyim semasa 13Mei 1969..
Imbauan 8: 13 Mei 69 Di Balik Pulau..

13 MEI 2010, KL: Berita dari...

Scarborough, Britain - Seekor burung camar masih hidup setelah kepalanya tertusuk damak dari busur silang akibat perbuatan kejam manusia, lapor sebuah akhbar semalam. Lebih ajaib, burung itu masih dapat terbang seperti biasa walaupun damak itu tertusuk di kepalanya. Camar malang itu ditemui oleh Graham Rhodes iaitu seorang jurugambar yang tinggal di sini.

"Ia adalah kes serangan kedua terbaru di sini setelah seekor lagi burung camar ditemui dengan sayap yang tercedera," kata Rhodes. Menurutnya, banyak burung camar datang ke bandar itu semasa musim mengawan dan dia kerap melihat burung tersebut bersama pasangannya semasa keluar bersiar-siar. - Agensi.

Ilham:

13Mei, Bagai Camar Tertusuk Damar..

Pagi ini, terpapar berita
burung camar tertusuk damar
tembusi kepalanya,
tapi masih hidup..

13mei pagi ini..
terbayang 13mei, 41 tahun lulu..
takut aku melintasi Cinatown Penang..
takut mereka lalui Chow Kit Rd KL

Tragedi...
tertuduh pelampau Cina

parti buruh & adikberadik
termasuk pembangkang Cina
tempias yang ada, DAP.
Tertuduh pelampau Melayu,
pembangkang konon PAS
walau setitik darah pun
tidak tumpas di tadbiran PAS
di K'tan.
Yang jelas di bawah UMNO,
tidak kata no,
terlibat..
UMNO yang jahat?

13mei, damar tusuk camar itu..
kini tubuh camar mulai sihat segar
Nik Aziz sudah temui Kit Siang
duduk semeja berunding
cuba bebaskan najis perkauman
mulai 4 negeri..

Tukar tusuk damar
dalam sejarah camar.
jadi mahkota tamar
Allahu akbar!!

Ibnu Hasyim
13mei 2010
KL.

Kerja Kosong, Cakap Lucah Bogel Di Web, RM3,340 Seminggu,


Agensi pekerjaan cari wanita sanggup berbogel

BIRMINGHAM – Rangkaian agensi pekerjaan milik kerajaan Britain, Jobcentre Plus mencetus kontroversi apabila ia turut memuatkan iklan kerja kosong bagi mencari lelaki dan wanita menganggur yang mahu berbogel di hadapan kamera web dan berbual lucah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerjaan sebagai teman seks di Internet itu ditawarkan oleh sebuah agensi telefon seks tempatan, Faceclick, yang menjanjikan gaji lumayan sehingga mencecah £700 (RM3,340) seminggu.

Setakat ini, iklan ‘pekerjaan dewasa’ itu disiarkan di tiga pejabat Jobcentre Plus di Britain iaitu di Birmingham, Warwickshire dan Shropshire.

Seorang gadis berusia 19 tahun yang mahu identitinya dirahsiakan berkata, dia ditawarkan kerja ‘panas’ itu apabila mengunjungi agensi pekerjaan tersebut baru-baru ini.

“Kontrak pekerjaan saya sekarang hampir tamat dan saya terdesak untuk mendapatkan pekerjaan baru,” kata gadis itu.

“Namun, saya bukan begitu terdesak sehingga sanggup untuk beraksi lucah di Internet,” katanya.

“Apakah sudah menjadi peranan Jobcentre Plus sebagai agensi kerajaan untuk mengiklan pekerjaan kepada mereka yang sanggup berbogel semata-mata bagi tujuan untuk hiburan golongan dewasa?,” soal seorang penganggur, Darren John, 23. – Agensi

Kartunis Sweden Dengan Jenayah Hina Nabi Diserang


Lars Vilks, seorang kartunis Sweden yang pernah membuat gambar Nabi Muhammad, diserang

Kartunis Swedia Pembuat Gambar Nabi Muhammad Diserang
Lars Vilks, seorang penjenayah kerana menghina agama lain atas topeng 'kebabasan', wajar dihukum.

STOCKHOLM MEI 12,10: Lars Vilks, seorang kartunis Sweden yang pernah membuat gambar Nabi Muhammad, diserang ketika memberikan pelajaran tentang kebebasan berpendapat, di Universiti Uppsala, Sweden. (seperti gambar diatas sekali)

Vilks, pernah membuat gambar karikatur Nabi Muhammad dengan tubuh haiwan di tahun 2007. Gambar ini tentu saja langsung memicu kemarahan umat muslim seluruh dunia. Vilks mengatakan seorang lelaki menyerangnya sampai dia tersungkur ke tembok dan tidak dapat melihat apa-apa lagi.

Juru cakap polis kota Uppsala mengatakan sekitar 20 orang mencuba menyerang Vilks dengan mengganggu kelasnya. Pihak polis turut campur tangan dalam insiden ini. Dua orang kini ditahan. Setelah membuat karikatur Nabi Muhammad, Vilks memang sering mendapatkan berbagai ancaman.

Mac lalu seorang bernama 'Jihad Jane' mengumumkan akan membunuhnya di internet dan akan merekrut orang untuk melakukan itu. Bulan Januari lalu, seorang warga Somalia juga ingin membunuh seorang kartunis Denmark yang juga pernah menggambar kartun Nabi Muhammad.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Penghina agama orang lain adalah penjenayah, memang wajar dia diserang. Sepatutnya, dunia Islam membuat penentuan hukuman kepada penghina Nabi umat Islam demi mempertahankan Agama Allah yang suci ini.

Lars Vilks has to put up with.



Source: Swedish artist who drew Mohammed as a dog attacked at lecture, Allahpundit, Hot Air, May 11th,

Antara lain..

Wednesday, May 12, 2010

Nizar Jawab Fitnah Negara Islam..

MEI 12, 10: MENTERI Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah ‘negara Islam’ dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.

Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.

Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan ‘negara Islam’. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.

Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.

“Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP,” kata Nizar.

Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat diatas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.

“Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu,” kata Nizar.

Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.

“Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu,” kata Nizar.

“Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan,” tegas Nizar.

Beliau juga menambah ’senjata’ ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.

“Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk,” kata Nizar.

Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa ‘Negara Islam’ dalam Perlembagaan Pas.

“Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana ‘negara Islam’ tidak disebut dalam Perlembagaan Pas,” katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti. -(Sabahdaily/GB/AK)

Cuka Wain Haram, Kata Mufti Selangor..


PENGGUNA

SHAH ALAM, 12 Mei 10 — Semua pihak terutamanya pengusaha dan pengeluar makanan perlu mempunyai kesedaran sendiri berhubung penggunaan cuka wain dalam industri makanan yang difatwakan haram pada 2006.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata walaupun fatwa mengenai pengharamannya dibuat pada 2006, namun masih ramai yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal.

Beliau berkata, penguatkuasaan berhubung penggunaan bahan itu dalam makanan di kalangan pengusaha dan pengeluar makanan termasuk di hotel-hotel sukar dilakukan kerana ia merupakan bahan yang sukar dikesan.

“Biasanya cuka wain ini digunakan pada makanan seperti kek dan biskut termasuk di hotel-hotel, mungkin bertujuan supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu kesedaran adalah faktor penting di mana pengusaha dan pengeluar makanan perlu mengisytiharkan penggunaan cuka wain jika ia terdapat dalam produk yang mereka pasarkan, atau mereka boleh terus mengambil inisiatif tidak menggunakan bahan itu lagi dalam produk-produk mereka.

“Sebab itu saya kata kesedaran, kerana jika mereka rahsiakan maka sukar untuk diketahui kebenarannya, melainkan dengan melakukan kajian secara saintifik,” katanya.

Tamyes berkata memandangkan ada pengusaha makanan halal dalam negara yang turut dikeluarkan oleh orang bukan Muslim, maka pemahaman mengenai larangan cuka wain ini amat penting untuk disebarkan.

Beliau memberi contoh seminar hari ini yang turut menjemput orang bukan Muslim supaya mereka faham dan sedar mengenai larangan penggunaan cuka wain dalam makanan untuk pasaran halal.

Dalam pada itu, Tamyes berkata beliau percaya pakar sains di Malaysia pasti mampu mencari alternatif kepada penggunaan cuka wain dalam makanan bagi memastikan kesucian makanan halal itu dipelihara.

Beliau seterusnya menyeru supaya umat Islam megambil berat mengenai bahan dalam makanan yang diambil kerana ia penting dalam memastikan amalan di dunia dan di akhirat akan diterima Allah. — Bernama

Boleh Bertaruh Judi Bola, Sah Mulai 11 Jun.. Tahniah UMNO,


Mei 12, 10. KL: Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan itu bermula pada 11 Jun ini.

Berjaya akan menjadi syarikat tunggal perttaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen. Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Berjaya akan digunakan untuk tujuan berkenaan. Menurut sumber lagi, masyarakat Islam dilarang keras terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu (UMNO: Lain di mulut, lain di perut).

Komen Dr Mohd Asri Zainul Abidin
:

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein (sebelum ini) bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

Satu: Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'.

Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata? Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

Kedua: Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

Ketiga: Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

Keempat: Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

Kelima: Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan.

Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

Keenam: Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah.

Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti! Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini

Komen Blog Ibnu Hasyim:
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan. Jadi, boleh bertaruh judi bola sepak, sah mulai 11 Jun ini. Jelas UMNO tetap kepala batu, tak mahu laksanakan Islam. DAP pun tak macam tu. UMNO lebih buruk perangai dari DAP!

Ulama 'syaitan bisu' UMNO nak letak muka di mana? Muka tak malu, syaitan bertopengkan Islam.. UMNO berjaya merosak dan mengguntingkan lipatan Islam dari dalam, jadi musuh dalam selimut.. Tahniah UMNO!(IH)

Kisah UMNO & Judi antara lain...

Aduan Politik Masjid: Serah Pada Polis -Nik Aziz

KOTA BARU, 12 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada polis untuk menyiasat aduan yang dibuat Perkasa Selangor kelmarin berhubung isu larangan menggunakan masjid untuk tujuan politik.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari memberitahu perkara itu dalam kenyataan ringkas di sini.

“Saya ingin menyatakan bahawa oleh kerana perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis, maka pihak Menteri Besar tidak berhasrat untuk mengulas lanjut.

“Menteri Besar serahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya.

Perkasa Selangor membuat satu laporan polis ke atas Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS. Aduan polis itu turut melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Laporan menyebut Nik Aziz tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996 berikutan mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau. Difahamkan Nik Aziz dirujuk kepada tindakannya semasa berkempen pada pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Sementara itu laporan ke atas Lim pula berikutan kenyataannya pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini telah menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan. Tindakan Setiausaha Agong DAP itu dianggap satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia di samping penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana pelantikan Musa sebagai KPN adalah melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong. (AK)

SPRM: Siasat Iklan Rosmah Ditaja Oleh Kerajaan M'sia?

Gambar atas Rosmah. Bawah: Zuraida

MEI 11, 10:
Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat iklan mahal tentang isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam sebuah akhbar terkenal Amerika Syarikat New York Times.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mempersoal bagaimana wang yang didakwanya berjumlah sehingga RM1.5 juta diperolehi untuk membiayai pengiklanan dua mukasurat penuh dalam akhbar itu.

"Ini kerana Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia.

"Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut," katanya.

Sabtu lalu, Zuraida dilaporkan menggesa Rosmah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana didakwa merujuk dirinya sebagai "wanita pertama" (first lady) - satu tindakan yang dianggapnya menderhaka.

Zuraidah dilaporkan merujuk kepada yang disiarkan bulan lalu, mengucapkan tahniah kepada "Rosmah, Wanita Pertama Malaysia" sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk "Malaysia berbangga dengan anda".

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh "keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia". Dalam satu kenyataan hari ini, Zuraida berkata menjadi tanggungjawab utama bagi SPRM untuk menyiasat perkara ini dengan efisien.

"Saya mahu sumber ini diperjelaskan dengan nyata agar pengkhianatan terhadap wang rakyat tidak berlaku hanya untuk memenuhi selera dan nafsu pihak yang berkuasa," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.(AK)

Ada kaitan..

David Cameron Bakal PM Britain Ganti Gordon Brown

David Cameron bakal PM Britain

LONDON. Mei12,10: Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain sebentar tadi dan tempatnya bakal digantikan pemimpin Parti Konservatif, David Cameron, sekali gus menamatkan pentadbiran selama 13 tahun Parti Buruh di Britain.

Ini berikutan kejayaan Parti Konservatif memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya parlimen minggu lalu tetapi tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. Parti kedua memenangi kerusi terbanyak ialah Parti Buruh, manakala ketiga Parti Liberal Demokrat.

Masing-masing Parti Konservatif dan Parti Buruh terpaksa mendapatkan kerjasama daripada Liberal Demokrat untuk bergabung bagi membentuk kerajaan yang menyaksikan kedua-duanya berbincang sehingga berlarutan selama lima hari lalu.

Akhirnya, Parti Buruh terpaksa menerima kekalahan petang semalam dan ini menyaksikan Brown terpaksa meletakkan jawatan.

"Saya sudah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit kepada Permaisuri mengenai hasrat saya untuk menghantar surat peletakan jawatan saya kepada baginda," kata Brown kepada pemberita di luar pejabatnnya di Downing Street dengan diiringi isterinya, Sarah.

"Apabila Permaisuri menerima peletakan jawatan saya, saya akan menasihatkan baginda untuk melantik pembangkang (Cameron) menerajui kerajaan yang baru.
"Saya berharap Perdana Menteri yang baru nanti akan membuat pilihan dan pemerintahan yang terbaik untuk masa depan kita," katanya dalam nada sebak. - Reuters

Tuesday, May 11, 2010

Lawak Boleh Dihukum Penjara Di Israel

HALAMAN HIBURAN


MEI 11, 10: Berita Qodsna melaporkan, Mahkamah Tinggi Rejim Zionis Israel memulai isytihar perang anti-humor yang sedang marak di kalangan warganya. Tindakan ini dilakukan bila meningkatnya eskalasi rasisme di tengah masyarakat Zionis Israel sendiri, yang memaksa mahkamah tingginya turun tangan setelah diminta oleh Knesset.

Akhbar Yediot Aharonot melaporkan, atas permintaan sebahagian anggota Knesset mengenai katagori humor 'sebagai kejahatan', dan mahkamah tinggi akan memburu pelaku humor tersebut. Bukan rahsia lagi, ditengah-tengah masyarakat Yahudi di Israel sendiri pun terjadi tindakan rasisme perkauman sesama Yahudi.

Penduduk Yahudi asli menganggap Yahudi asal negara lain, yang hijrah ke Israel sebagai warga kelas dua. Majoriti Yahudi keturunan Maroko, Poland, dan Afrika juga adalah kelompok Yahudi yang taat, namun kerap menjadi sasaran sindiran olok-olok dari warga Yahudi yang lain. Menurut mahkamah tingginya, hukuman bagi pelaku kejahatan olok-olok dan lawak seperti tersebut adalah hukuman penjara.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ertinya 'lawak jahat' atau lawak yang mendatangkan kesan buruk seperti membangkitkan semangat perkauman adalah dilarang di Israel.

Mari kita lihat lawak dalam Islam...

Bagaimana Rasulullah SAW bergurau?

Seorang wanita tua berkata kepada Nabi, “Tolong berdoa kepada Allah supaya Dia memasukkan saya ke dalam syurga.”

“Ya ibu, orang tua tidak boleh masuk syurga...” Jawab Nabi. Perempuan itu pulang sambil menangis-nangis.

Tetapi kata Nabi lagi, ertinya.. “Sila beritahu kepadanya, dia tidak akan masuk ke syurga dalam keadaannya yang masih tua. Allah berfirman ”Sesungguhnya Kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru. Kami jadikan mereka dalam keadaan masih dara, yang amat menyintai suaminya dan sebaya pula sesamanya.” (Hadith riwayat Tirmizi dan al-Baihaqi dgn Sanad yang hasan)
Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata, " Ya Rasulullah, kamupun bergurau dengan kami...”

"Ya aku bergurau, tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar!" Jawab Nabi. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)
Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yang perlu dipatuhi dalam lawak atau bergurau..
Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa. Nabi SAW bersabda: "Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia!" (Hr Ahmad dan Ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan yang tidak menghina orang lain, kecuali diizinkan oleh orang tersebut. Firman Allah, "Wahai orang-orang beriman, janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, mungkin orang dihina lebih baik dari yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , mungkin wanita dihina lebih baik baik dari wanita yang menghina… ” (11 : Al-Hujarat)
Nabi SAW bersabda, “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hadis riwayat Muslim – sahih). Termasuk juga dalam menghina, ialah dengan meniru perbuatan orang lain.

Aisyah RA berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)
Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.
Nukman bin Basyir RA berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda; “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.” (Hadis riwayat Thabrani – sahih)

Keempat: Jangan ambil barang orang dengan niat melawak. Nabi SAW bersabda: "Jangan kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslam dengan niat melawak atau pun betul-betul.” (Hadis riwayat Ahmad – sahih)
Kelima: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak. Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi SAW bersabda, “Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebas hamba.

Jadi, anda kajilah sendiri, bagaimana hukumnya, melawak seperti yang di dalam pertandingan merebut Raja Lawak dalam persembahan di tv, pementsan sekarang dan lain-lain. Wallahu 'aklam. (IH)

Ini.. ada kaitan..

Isu 'ALLah' BN Kalah Hujah, K/Polis Campur Tangan.


SIBU, 11 Mei 10: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.

Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.

“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.

“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.

“Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP.

"Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis.

"Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP. Poster dan billboard mereka membawa mesej "undi DAP sama seperti mengundi PAS untuk menubuhkan negara Islam".

Manakala DAP pula memberi penjelasan berhubung isu penggunaan kalimah Allah sebagai serangan balas bagi memancing undi bukan Islam khususnya di kalangan penganut Kristian. Siti Mariah yang berada di Sibu sejak hari penamaan calon lagi berkata, apa yang dibuat Pakatan Rakyat hanya sekadar memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar polemik penggunaan kalimah tersebut.

"Mereka buat tidak apa, tapi kita buat tak boleh.

"Mereka yang mulakan dan bila kita jawab mereka dah tak boleh handle lagi," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun di Semenanjung, penggunaan kalimah itu tetap tidak dibenarkan di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.

DAP mengakui 'Negara Islam adalah matlamat PAS' tetapi UMNO tidak mengakui PAS memperjuangkan Negara Islam. Bila PAS nak buat hudud di Kelantan, UMNO kata itu 'hudud PAS', bukan hudud Islam. Jadi mana lebih baik antara UMNO atau DAP?

Mengenai tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam', ianya memang berkesan melumpuhkan pembangkang Cina dalam PRU1999, tetapi 9 tahun kemudian sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara PRU 2008.

Atas dasar itulah, di Kuala Sepetang, Perak, 84% pengundi Cina beri undi pada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor beri undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Jadi, su perkauman itu sudah tidak laku lagi di Semenanjung. Faham perkauman sempit yang diperjuangkan UMNO sudah mulai basi, tidak laku lagi masa kini.. (AK)

Lihat ini, ada kaitan..

Ayam Pakai Baju Di Sibu, Sambut Pilihan Raya?



Ayam pakai baju, antara cara pemasaran tersendiri peniaga-peniaga di Sibu.

SIBU, MEI 11, 10: Peniaga-peniaga ayam, itik dan angsa di Sibu mempunyai cara unik memasarkan ternakan tersebut. Jika selama ini kita melihat haiwan itu diletakkan dalam sangkar plastik di pasar-pasar, di Sibu haiwan itu dibungkus dengan kertas surat khabar seekor-seekor dan diikat.

Keunikan ini dapat dilihat di Pasar Awam bandar Sibu setiap hari apabila lebih 20 penjual ternakan itu memasarkan ayam, itik atau angsa dengan cara itu. Selepas dibungkus dengan surat khabar, ternakan itu disusun rapi di atas meja jualan di pasar berkenaan.

Ada juga memanggilnya sebagai ‘ayam berbaju’. Seandainya tidak biasa, pengunjung luar tidak perasan ternakan itu dijual di pasar tersebut kerana tidak dengar bunyi kokokan haiwan tersebut. Ramai turut tertarik dengan keunikan cara peniaga-peniaga memasarkan haiwan itu. Seorang peniaga memberitahu, mereka berbuat demikian bagi memudahkan pembeli terutama pemilik restoran sekitar Sibu.

Mereka mampu menjual sehingga 50 ekor sehari dan bilangan bertambah pada musim perayaan termasuk Hari Gawai dan Tahun Baru Cina. Harga seekor ayam antara RM13 hingga RM15 bagi ayam tua manakala ayam kampung RM22 sekilogram. Harga itik pula RM14. Pembeli perlu membeli ayam atau itik hidup ini untuk di bawa pulang kerana peniaga tidak menyembelih haiwan itu di pasar. (AK)

Konsert 12 Jam Tanpa Henti, Langgar Panduan -T/Presiden PAS



HALAMAN HIBURAN

MEI11, 10: PAS membidas Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti yang disertai artis R&B popular Pitbull.

Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa mendakwa konsert daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi yang dijadualkan pada 15 Mei ini "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".

"Seperti yang sedia termaktub, sesebuah persembahan konsert di tempat awam tidak boleh melebihi jam 12 malam dan jika mempunyai sebab-sebab tertentu mungkin dibenarkan sehingga 1 pagi.

"Juga bagi sesebuah kelab hiburan dan disko, ianya dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 1 pagi ataupun 2 pagi," tulis Nasharuddin dalam kolumnya dalam Harakahdaily.net. (AK)

Presiden PAS Ke Mahkamah, Sokong Anwar..

KL, 11 Mei, 10: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat.

Beliau dilihat tiba di mahkamah pada jam 9 pagi bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Namun mereka tidak berada lama di mahkamah kerana ia ditangguhkan sejurus selepas itu.

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim.

Ustaz Hadi kemudiannya menaiki kenderaan dan menuju rumah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya dekat Ampang. Lutfi baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung minggu lalu dan kini sedang bercuti rehat.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara.

Sementara itu, perbicaraan pagi ini melibatkan penghujahan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh.

Karpal pagi ini mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong mengenai kenyataannya bahawa dia diliwat tanpa kerelaannya.

Karpal juga berkata cara rekaan kes ini cacat kerana menurut beliau, Anwar sepatutnya didakwa mengikut seksyen 377c iaitu mengadakan hubungan seks luar tabii secara paksa ke atas Saiful bukannya seksyen 337b iaitu melakukan hubungan seks luar tabii secara rela.

Ini berikutan dari keterangan Saiful dalam perbicaraan ini, dia dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii itu.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Mahkamah ditangguhkan jam 9 pagi esok

Skandal Seks K/Pembangkang Dg Ahli Parlimen Wanita..

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan



Denis Baykal dikelilingi penyokongnya semasa beliau meninggalkan ibu pejabat partinya di Ankara semalam.

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan.

ANKARA - Ketua parti pembangkang utama Turki, Deniz Baykal meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan semalam setelah beliau terbabit dalam skandal seks dengan seorang anggota Parlimen wanita yang telah berkahwin.

Denis yang sudah beristeri melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Republik Rakyat (RPP) beberapa hari selepas satu klip video yang dirakamkan secara rahsia menunjukkan dia bersama dengan wanita itu tersebar di Internet.

Pemimpin tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau merupakan mangsa komplot pihak pemerintahan yang mahu menjatuhkannya.

Menurutnya, imej hubungan sulit itu tidak mungkin dapat dirakamkan tanpa pengetahuan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

Wanita dalam klip video itu pernah menjadi pembantu Denis sebelum dipilih menjadi anggota Parlimen.

Mengulas mengenai dakwaan Denis, Erdogan dengan nada marah berkata, beliau sendiri telah mengarahkan supaya penyebaran klip video itu di Internet segera disekat kerana menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan menyalahi nilai-nilai kekeluargaan.

"Dakwaan Denis tidak bermoral. Beliau hanya meracau," kata Erdogan.

"Kami sedih kerana beliau tidak mahu menerima kenyataan," tambahnya.

Klip video itu yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube pada minggu lalu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Denis sedang memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yang berada dalam keadaan separuh bogel dipercayai anggota Parlimen wanita itu. - AP

Deniz Baykal-Tarafsız Bölge

<div id="" class="yt-alert yt-alert-error yt-alert-player yt-rounded"> <div class="yt-alert-icon master-sprite"></div> <div id="" class="yt-alert-content"> You need Adobe Flash Player to watch this video. <br> <a href="http://get.adobe.com/flashplayer/">Download it from Adobe.</a> </div> <div class="clear"></div> </div>

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails