Wednesday, May 12, 2010

David Cameron Bakal PM Britain Ganti Gordon Brown

David Cameron bakal PM Britain

LONDON. Mei12,10: Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain sebentar tadi dan tempatnya bakal digantikan pemimpin Parti Konservatif, David Cameron, sekali gus menamatkan pentadbiran selama 13 tahun Parti Buruh di Britain.

Ini berikutan kejayaan Parti Konservatif memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya parlimen minggu lalu tetapi tidak mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. Parti kedua memenangi kerusi terbanyak ialah Parti Buruh, manakala ketiga Parti Liberal Demokrat.

Masing-masing Parti Konservatif dan Parti Buruh terpaksa mendapatkan kerjasama daripada Liberal Demokrat untuk bergabung bagi membentuk kerajaan yang menyaksikan kedua-duanya berbincang sehingga berlarutan selama lima hari lalu.

Akhirnya, Parti Buruh terpaksa menerima kekalahan petang semalam dan ini menyaksikan Brown terpaksa meletakkan jawatan.

"Saya sudah memaklumkan kepada Setiausaha Sulit kepada Permaisuri mengenai hasrat saya untuk menghantar surat peletakan jawatan saya kepada baginda," kata Brown kepada pemberita di luar pejabatnnya di Downing Street dengan diiringi isterinya, Sarah.

"Apabila Permaisuri menerima peletakan jawatan saya, saya akan menasihatkan baginda untuk melantik pembangkang (Cameron) menerajui kerajaan yang baru.
"Saya berharap Perdana Menteri yang baru nanti akan membuat pilihan dan pemerintahan yang terbaik untuk masa depan kita," katanya dalam nada sebak. - Reuters

2 comments:

Anonymous said...

Ada cara kita suruh Queen tak bersetuju Gordon Brown berhenti kerana parti sudah lama memerintah?

Anonymous said...

Di Britain mudah saja.
Kalau kalah pandai-pandailah cari pintu keluar.
Tidak ada ketua polis yang datang nak pertahankan awak.
Dan tak perlu gunakan sandiwara kono-konon negara akan huru hara kalau orang lain albik kerusi PM.
Di Malaysia belum tahap tu lagi walaupun ononnya belajar di England.
Satu lagi, sehingga kini kenapa JPM masih tidak dapat pamerkan salinan ijazah sarjana muda yg Najib dapat dari Universiti Nottingham?
Adakah kerana banjir di Pekan?
Atau kerana dah dimakan dek tikus?
Atau salinan di Nottingham telah rebut dek ais dan salji???
Kita nak tunggu YB Zuraidah tolong semak dengan Pendaftar Peperiksaan di University of Nottingham.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails