Monday, May 10, 2010

Lelaki Diperkosa Tukang Urut, Bagaimana Mencegahnya?

Janganlah kamu dekati zina..

SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.

Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.

Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan. “Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.

Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.

Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit. Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.

“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.

“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.

Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dalam kes ini, pihak yang ingin melaksanakan hukum syariah di Malaysia perlu menggubal undang-undang 'larangan mendekati zina'. Berzina hukumnya lagi berat, kerana usaha menutup pintu ke arah zina perlu dikuatkuasakan. Orang bukan Islam jangan bimbang, dalam negara Islam mereka boleh pilih dengan tidak mengikut undang-undang syariat.

Dalil Larangan Mendekati Zina: Dekati ertinya belum berzina lagi.

Firman Allah SWT. "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Al Israa: Ayat 32

Dalil Larangan Berzina:

Dari Ibnu Mas’ud rodhiallohu ‘anhu, dia berkata: Rosululloh sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidak halal ditumpahkan darah seorang muslim kecuali karena salah satu di antara tiga alasan: orang yang telah kawin melakukan zina, orang yang membunuh jiwa (orang muslim) dan orang yang meninggalkan agamanya memisahkan diri dari jamaah.”

(HR. Bukhori dan Muslim)

Selintas mengenai larangan 'Dekati Zina'..

Hati-hatilah terhadap perbuatan zina! Janganlah masuk ke-dalam zon' jalan-jalan yang mendekati zina'. Sesungguhnya sabar untuk tidak masuk ke jalan-jalan tersebut lebih mudah daripada sabar untuk tidak berzina.

Antara jalan-jalannya ialah..

Pertama: Memandang aurat wanita termasuk wajahnya.

Ini sangat erat sekali hubungannya dengan zina, hingga Allah berfirman.. "Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-nur: 30).

Kepada wanita pula Allah perintahkan agar menahan pandangannya terhadap lelaki dan menjaga kemaluannya. Allah berfirman.. "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya." (Q.S. An Nuur: 31).

Menutup jalan menuju zina juga, Allah memerintahkan wanita mu`minah agar menutup aurat. Selanjutnya Allah berfirman.. "Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke dadanya." (An-Nur: 31).

Jadi jelas, menyaksikan di internet, tv atau video, di pentas seperti Akademi Fantasia dan lain-lain, mana tampil wanita-wanita dengan membuka aurat atau berhias (tabarruj) termasuk 'jalan kepada zina' yang diharamkan oleh Allah. Begitu juga majalah-majalah, atau gambar-gambar.

Kedua: Pendengaran.Pendengaran pun boleh jadi jalan ke arah mendekati zina, bila mendengarkan nyanyian-nyanyian wanita yang bukan mahramnya, apalagi dengan iringan muzik, yang isinya tentang cumbu rayu atau cinta kasih dan lain-lain.

Oleh kerana itu Allah berfirman kepada isteri-isteri Nabi SAW, yang mereka itu adalah contoh teladan bagi seluruh kaum wanita muslimah.. "Maka janganlah kamu (wanita mu'minah) tunduk (lemah) dalam bercakap sehingga menimbulkan keinginan pada orang-orang yang dihatinya ada penyakit...)". (Q.S. Al Ahzab: 32).

Ketiga: Ikhtilath (percampuran atau pergaulan bebas lelaki dan wanita).

Ini adalah jalan yang paling banyak menjerumuskan manusia kepada zina. Betapa banyak perzinaan terjadi yang penyebabnya adalah perkenalan mereka di pejabat, atau keakraban mereka di sekolah, atau perjumpaan mereka di kendaran umum, di rumah atau tempat urut, pusat hiburan, di pentas hiburan dan lain-lain.

Allah Ta'ala berfirman... "Kalau kamu meminta kepada mereka sesuatu keperluan, mintalah dari balik hijab (tabir), yang demikian lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." (Q.S. Al Ahzab: 53).

Keempat: khalwat (berduaan) dengan seorang wanita yang bukan mahram.

Ini lebih bahaya dari yang ketiga. Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya kecuali yang ketiganya adalah syaithan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.. "Janganlah sekali-kali seorang (diantara kamu) berduaan dengan wanita, kecuali dengan mahramnya". (H.R Bukhari dan Muslim).

Beliau SAW juga bersabda.. "Janganlah sekali-kali kalian masuk ke (tempat) wanita." Maka berkatalah seorang dari kalangan Anshar: Bagaimana pendapatmu kalau wanita tersebut adalah ipar (saudara isteri)? Maka Beliau SAW menjawab.. "Ipar adalah maut." (H.R. Bukhari dan Muslim).

Maka termasuk jalan mendekati zina, perginya seorang perempuan bersama pemandu lelaki, tinggalnya seorang lelaki di rumah bersama pembantu perempuannya atau lainnya dari bentuk-bentuk khalwat walaupun asalnya berniat baik, seperti mengantarkan seorang wanita ke tempat tertentu.

Itulah sekelumit tentang 'jangan dekati zina' yang akan kaitan dengan kisah di atas dan cara penyelesaiannya. Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

Awat, dah tak dak tukang urut jantan ka yang nak pi cari tukang urut betina tu, tak kan tak tau betina bukan mahram tak boleh urut lelaki, cerita saja kot kata capai kain terus lari, sapa nak pecaya. tapi itulah yg dkatakan berita. kah, kah...

ahmed said...

Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan. Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.

ali said...

Awat, dah tak dak tukang urut jantan ka yang nak pi cari tukang urut betina tu, tak kan tak tau betina bukan mahram tak boleh urut lelaki, cerita saja kot kata capai kain terus lari, sapa nak pecaya. tapi itulah yg dkatakan berita. kah, kah..

zaid said...

Maka termasuk jalan mendekati zina, perginya seorang perempuan bersama pemandu lelaki, tinggalnya seorang lelaki di rumah bersama pembantu perempuannya atau lainnya dari bentuk-bentuk khalwat walaupun asalnya berniat baik, seperti mengantarkan seorang wanita ke tempat tertentu.

Itulah sekelumit tentang 'jangan dekati zina' yang akan kaitan dengan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails