Saturday, April 03, 2021

PAS-Bersatu, bentuk j/kuasa manifesto PRU15 Perak.

 

PAS, Bersatu Perak dukung kepimpinan Muhyiddin

IPOH: PAS dan Bersatu Perak menzahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh barisan Kabinet.

Pada kenyataan bersama Perikatan Nasional (PN) Perak akan terus mendokong kerajaan negeri Perak dan berharap tidak terlalu berpolitik.

“Dan akan menitik beratkan perkhidmatan kepada rakyat yang amat terkesan akibat pandemik Covid-19

“Kami berharap semua pihak dapat memelihara perpaduan yang terjalin dengan menjaga sensitiviti sesama sendiri terutama ketika mengeluarkan pandangan, kenyataan dan ucapan,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Kenyataan terbabit dikeluarkan bersama Pengerusi Bersatu Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Katanya, Bersatu dan PAS Perak terus memperkukuhkan kerjasama dengan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa bersama dalam persiapan menghadapi pilihan raya.

“Selari dengan itu, kami mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi PN Perak.

“Tanpa memberi fokus kepada keputusan parti lain, kami bersependapat untuk terus melangkah bersama demi perpaduan, kestabilan politik dan kepentingan agama Islam, bangsa dan negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, Bersatu Perak dukung kepimpinan Muhyiddin. Selari dengan itu, mereka telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang berpotensi untuk ditandingi di peringkat negeri dan membentuk jawatankuasa manifesto bagi PN Perak.

Tapi ingat, bukan macam manifesto PH kerajaan 22 bulan ranap, kerana janji lidah biawak!

Datuk Seri, wanita hamil antara dikompaun di pusat hiburan

 

Polis mengadakan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di Jalan Gemilang, Bukit Mertajam sebelum mendapati pengunjung didapati mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). - Foto Ihsan PDRM

BUKIT MERTAJAM: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan seorang wanita hamil lima bulan bersama suaminya antara 32 individu yang dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Gemilang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan Op Noda pada jam 12.05 tengah malam itu, terdapat 32 individu didapati sedang leka berhibur dalam premis berkenaan.

Ketika pemeriksaan terdapat lelaki bergelar Datuk Seri berusia 60 tahun yang sedang menyambut hari lahir rakannya di sebuah bilik khas dalam pusat hiburan terbabit.

Pemeriksaan lanjut di bilik berasingan mendapati seorang wanita hamil lima bulan sedang berhibur dengan suaminya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata keseluruhannya terdapat 32 individu berusia lingkungan 20-an hingga 60-an dalam pusat hiburan berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati kesemua individu itu hadir untuk berhibur termasuk ada yang mengadakan sambutan hari lahir.

"Kesemua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 mengikut Peraturan 19(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No4) 2021 (Akta 342)," katanya hari ini.

Beliau berkata, polis turut menahan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan seorang pekerja wanita warga Vietnam mengikut Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tinggal di Malaysia tanpa permit sah.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya konsep pusat hiburan di negara umat Islam Malaysia ini perlu dibetulkan, sesuai dengan kehendak syariah negara. Boleh lihat contoh perlaksanakannya seperti di Kelantan dan Terengganu. 

Ingatlah, tuan-tuan di Malaysia, kalau manu sistem perundangan Islam berjalan segera di negara anda sndiri, jangan lupa 'Undilah PAS' dan parti-parti sealiran dengannya dalam PRU 15 akan datang. 

Sekian.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails