Tuesday, March 30, 2021

Tidak perlu terbang jauh untuk melihat keindahan ini

Foto-foto daripada Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Tidak perlu terbang jauh untuk melihat keindahan ini, begitulah tajuk yang ditulis pada laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan pokok tekoma di sekitar ibu kota mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak minggu lalu.

Menerusi laman sosial itu semalam, dinyatakan DBKL bukan sahaja menanam pokok-pokok untuk tujuan teduhan dan kehijauan malahan aspek keindahan juga tidak dilupakan.

Justeru, terdapat 10,030 batang pokok tersebut telah ditanam oleh DBKL di sekitar bandar raya ini. Menurut DBKL, daripada jumlah itu, 1,173 batang pokok itu berada di pinggir jalan sekitar bandar raya ini. Pokok itu turut ditanam di dalam taman-taman awam di bawah seliaan DBKL.

“Pokok ini ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan yang berfungsi bukan sahaja sebagai pokok teduhan tetapi juga sebagai hiasan kerana ia menghasilkan bunga yang menarik iaitu merah jambu dan putih,” ujar DBKL lagi.

Ketika ini, pokok-pokok itu boleh dilihat di pinggiran jalan utama seperti di sekitar kawasan Jalan Kelang Lama, Jalan Kuching, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Metroprima Kepong dan Lebuhraya NPE.

DBKL memaklumkan, penanamannya akan diperluaskan dari semasa kesemasa mengikut kesesuaian.

“Nikmatilah keindahan ini dan sayangi bandar raya ini kerana ia adalah milik kita semua.

“DBKL akan terus memastikan bandar raya ini kekal indah dan ceria tetapi anda sebagai warganya yang akan memastikan sama ada keindahan ini terus berkekalan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Penyelidikan Hortikultur Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Sakinah Idris berkata lazimnya bunga yang sering dijadikan hiasan landskap tersebut akan mula mekar selepas musim kemarau yang disusuli musim hujan.

“Biasanya bunga ini akan mekar dua kali setahun iaitu sekitar hujung Mac hingga awal April dan hujung Ogos sehingga awal September namun ia bergantung pada tempoh musim panas dan hujan,” katanya dipetik Bernama, pada Khamis.

Beliau yang pernah membuat kajian berkaitan tumbuhan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan itu turut senada dengan pandangan masyarakat untuk memanfaatkan keindahan musim tersebut sebagai produk pelancongan.

Katanya, kalau di negeri utara seperti Kedah memang suasananya lagi cantik memandangkan cuaca kemarau yang lebih nyata dan lama.

Namun, ujarnya di negeri lain seperti Kuala Lumpur juga kalau boleh diperbanyakkan bagi menarik minat pelancong. – HARAKAHDAILY 28/3/2021

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails