Saturday, November 13, 2010

Syabas Zaidi, Bush Tak Boleh Lupa, Kasut Terbang

Inilah hero pembela hak asasi manusia...

KL 13 NOV 10
: MANTAN Presiden AS, George W Bush rupanya masih kesal dengan tindakan wartawan TV Irak Muntazer al-Zaidi yang melempar kasut ke arahnya selama kunjungan resmi ke Baghdad, Irak. Umpatan kekesalan Bush tertuang dalam memoir bukunya "Decision Points".

"Saya harap, saya telah menangkap si sial itu," papar Bush seperti dikutip AFP, Jum'at (12 Nov). Menurutnya, insiden pelemparan kasut menjadi pengalaman tidak pernah terjadi pada dirinya selama menjawat Presiden AS.

Begitu marahnya Bush hingga ia akan mencemuh orang yang bertanya dan mengajaknya makan malam bersama Perdana Menteri Irak. "Tidak, saya kira takkan ada lagi kasut terbang pada sebuah konferensi pers," katanya.

Sementara itu, Zaidi mengatakan kepada hakim pengadilan pada bulan Februari 2009, bahawa dia tidak mampu mengendalikan emosinya ketika Bush berkata,"Saya merasakan, darah orang yang tidak bersalah itu jatuh di kaki saya ketika dia tersenyum dan datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Irak." katanya.

"Jadi, saya ambil kasut pertama dan melemparknya, tapi itu tidak kena. Spontan, saya baling kasut kedua tetapi tidak berjaya juga." Selain melempar kasut, Zaidi juga menghina Bush dengan memanggil ' anjing' kepada anak dari George Bush senior itu, dalam bahasa Arab, sebelum pasukan keamanan menyergapnya.

Apa yang dilakukan Zaidi membuat kagum seluruh Jazirah Arab. Banyak tawaran yang datang pada dirinya, mulai dari perkawinan, pekerjaan bahkan karir politik. Pengadilan Irak awalnya menghukum Zaidi tiga tahun penjara kerana menyerang seorang ketua negara asing, lalu dikurangi menjadi satu tahun sebagai contoh, dan dibebaskan pada September 2009 kerana berkelakuan baik. (AK)

Kisah sebelumnya..

Selamat Hari Raya: Berkorban Bukan Bunuh Dari...

CATATAN SANTAI
Makkah, simbol pengorbanan umat Islam

SELAMAT Hari raya Aidil Adha, Hari Raya Korban.. Mari kita sorot sebuah kisah pengorbanan. Siapa sebenarnya pahlawan di sisi Allah?

Pada zaman Rasulullah, hiduplah seorang lelaki bernama Amir bin Jamuh. Meskipun kakinya pincang, Amir bertekad untuk ikut bertempur dalam Perang Uhud. Sejumlah sahabat mencegahnya.

"Lagi kau tak payah ikut berperang kerana kakimu pincang." Namun, Amir yang digalakkan isterinya tetap bertekad untuk ikut membela agama Allah SWT.

"Aku tidak percaya, mereka telah melarangmu ikut dalam pertempuran itu." tutur isterinya. Mendengar cabarab isterinya, Amir segera mengambil senjata, kemudian berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku lagi.."

Amir lalu menemui Rasulullah SAW. Dengan gigih, ia meyakinkan Nabi SAW. Sebenarnya, Nabi Muhammad meminta Amir agar tidak ikut berperang. Namun, Amir terus mendesak dan akhirnya Rasulullah pun mengizinkannya.

Di medan pertempuran, Amir berteriak, "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga!" Amir akhirnya gugur syahid di medan pertempuran.

Setelah mendengar khabar kematian suaminya, isteri segera mengendarai seekor unta untuk membawa pulang jenazahnya. Ketika jenazah Amir diletakkan di atas unta, haiwan itu tidak mau berdiri. Berbagai upaya dilakukan, unta itu tetap tidak mahu berjalan juga, malah asyik memandang Uhud.

Ketika Rasulullah dapat berita itu, beliau bersabda, "Sesungguhnya, unta itu telah diperintahkan untuk berlaku demikian. Adakah Amir mengatakan sesuatu ketika ia akan pergi meninggalkan rumahnya?"

Isterinya memberi tahu Rasulullah. Sebelum meninggalkan rumah untuk bertempur di medan perang, Amir menghadap kiblat sambil berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku."

Itulah sebabnya, kata Rasulullah, unta itu tidak mahu pulang.

Kisah yang tercantum dalam kitab 'Himpunan Fadilah Amal' karya Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi itu menggambarkan keberanian dan kepahlawanan orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka hanya berharap menjadi pahlawan yang gugur syahid di sisi-Nya. Mereka bukan bunuh diri. Mereka mati syahid. Mereka yang buta hati kepada agama yang mengaggap peristiwa itu sebagai bunuh diri atau bom bunuh diri. Itulah 'bom syahid', walaupun tidak dilaporkan jumlah kematian pihak musuh.

Dalam surah Ali Imran [3] ayat 169-170, disebutkan bahawa orang yang gugur di jalan Allah sebenarnya tidak mati, tetapi hidup di sisi Khalik. Menurut Quraish Shihab, secara jasmani mereka telah mati, namun hidup dalam kehidupan yang berbeda dengan dunia.

Mereka yang gugur di jalan Allah SWT benar-benar hidup di alam yang lain, berbeda dengan alam kita. Mereka tetap bergerak, bahkan mereka lebih bebas dari manusia di bumi ini. Mereka tahu lebih banyak dari apa yang diketahui oleh yang berdenyut jantungnya. Di alam sana, orang-orang yang gugur di jalan Allah telah melihat dan mengetahui nomena, bukan fenomena.

Mereka juga mendapat rezeki dari Allah yang sesuai dengan kehidupan alam barzah. Sebab itu, mereka bergembira kerana berada dalam kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah. Mudah-mudahan, pahlawan-pahlawan yang telah gugur dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan Islam menjadi pahlawan yang mendapat gelar yang paling tinggi, iaitu sebagai syuhada di sisi Allah SWT. Merekalah sebenarnya pahlawan!

(Ruj: Prof Nanat Fatah Natsir & Ensiklopedia Islam)

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 13, 2010
KL


Lihat artikel Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Ditahan Kerana Gurau Rejam Wanita Islam

Wartawan wanita Islam diancam rejam

LONDON 12 Nov 10: Seorang anggota majlis kerajaan tempatan Britain ditangkap selepas menyiarkan mesej Twitter yang mencadangkan supaya seorang wartawan wanita Islam direjam sampai mati.

Polis semalam menyoal siasat Gareth Compton, 38, seorang anggota Parti Konservatif dalam Majlis Bandar Raya Birmingham, tengah England, selepas membuat kenyataan mengenai kolumnis akhbar, Yasmin Alibhai-Brown, kelmarin.

"Boleh sesiapa merejam Yasmin Alibhai-Brown sampai mati? Saya tidak akan memberitahu Amnesty jika awak merahsiakannya. Perbuatan itu satu rahmat sebenarnya," menurut maksud mesej yang dipaparkan dan kemudian dikeluarkan dari laman mikroblog tersebut.

Compton memohon maaf dalam mesejnya di Twitter semalam, dengan berkata, kenyataan awalnya itu 'adalah satu percubaan yang kurang bijak untuk bergurau'.

Mesej awalnya itu dipaparkan selepas Alibhai-Brown dalam satu rancangan di radio berkata, ahli politik tidak berhak untuk mengulas mengenai pencabulan hak asasi manusia temasuk tindakan merejam wanita.

Jurucakap Polis West Midlands mengesahkan seorang lelaki berusia 38 tahun ditangkap 'kerana disyaki mengirim mesej yang menyinggung perasaan dan tidak senonoh' dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan lanjut dilakukan.

Alibhai-Brown yang menulis untuk The Independent dan Evening Standard berkata, beliau terkejut dengan mesej Compton itu.

"Mesej itu benar-benar membimbangkan saya dan anak perempuan remaja saya. Kami benar-benar takut," katanya kepada akhbar Guardian.

Parti Konservatif yang memerintah Britain berkata, keanggotaan Compton dalam parti telah digantung sementara menunggu hasil siasatan polis. - AFP

MB S'ngor: Penjelasan Kelulusan Kuil & R/Ibadat


SHAH ALAM 12 NOV 10: Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa laporan yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan petang ini, ia menegaskan bahawa kerajaan negeri prihatin keperluan membina tempat-tempat ibadat secara terperancang.

Berikut adalah kenyataan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor:

Terdapat beberapa versi laporan berhubung jawapan yang diberikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembinaan kuil ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ibrahim Sani pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam. Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan pendirian mengenai pembinaan kuil dan rumah ibadat lain iaitu

- Pembinaan tempat-tempat beribadat harus dibuat secara terancang dan mengikut garis panduan kerajaan demi memastikan kepuasan semua pihak yang terlibat.
- Projek perumahan baru yang bakal dibina di Selangor diwajibkan mengambil kira kewujudan kuil dan rumah ibadat lain yang sudah wujud di kawasan tapak atau kawasan berdekatan tapak pembinaan.

Sekiranya pihak pemaju gagal mengambil kira rumah-rumah ibadat yang sudah wujud berdekatan dengan tapak pembangunan atau sekurang-kurangnya menyediakan rancangan rapi untuk pemindahan rumah ibadat tersebut yang dipersetujui semua pihak terlibat, kelulusan untuk membina tidak akan diberi.

Sejak Julai 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 30 geran tanah kepada kuil Hindu manakala 15 lagi masih menunggu kelulusan Exco untuk diwartakan. Permohonan bagi membina rumah ibadat perlu diperhalusi melalui kajian mendalam dan setiap kelulusan yang dibuat tertakluk kepada kekosongan tanah, kesesuaian lokasi dan keperluan penduduk setempat.

Laporan media yang mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat. Pegawai Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar bertugas sepanjang DNS berlangsung dan sedia memberi penjelasan jika terdapat sebarang kekeliruan. (AK)

Sultan S'ngor Bantah Membazir, T/Kasih Dari Rakyat.

Sultan Selangor

SHAH ALAM, 12 Nov 10: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah memutuskan tidak akan menghadiri majlis makan tengah hari sempena sambutan badan kebajikan Yayasan Selangor, yang menelan RM300,000, atas alasan kosnya terlalu tinggi dan membazir.

Keputusan itu dibuat selepas baginda menyedari kos majlis sambutan ulang tahun yayasan tersebut terlalu tinggi pagi ini, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud hari ini. Oleh itu kata beliau, Sultan Selangor telah membatalkan keputusan untuk perkenan menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur Isnin ini.

“Baginda terkejut dan sedih apabila dimaklumkan bahawa kos majlis sambutan tahun ini terlalu tinggi, lebih RM300,000. Ia satu pembaziran dan tidak (akan) membawa (sebarang) manfaat,” kata Ramli kepada pemberita di sini hari ini.

Baginda berpendapat wang itu adalah lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau untuk membiayai lebih ramai pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan visi, misi dan objektif Yayasan Selangor, kata Ramli.

Ramli berkata: “Baginda juga telah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Datuk Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Yayasan Selangor sendiri tidak dimaklumkan mengenai perkara ini dan kos yang terlibat.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih dari rakyat yang kerdil ini..(AK)

Bantah Filem Gay, 'Anu Dalam Botol', Apa Cerita Ni?

HALAMAN HIBURAN
KL, 12 Nov 10: “Anu Dalam Botol” sebuah filem Malaysia yang didakwa bertemakan kehidupan gay, ditentang penayangannya oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP). Ketuanya, Nasruddin Hassan, berkata sikap penerbit filem tersebut Raja Azmi Raja Sulaiman, wajar dipersoal kerana cuba menonjolkan budaya songsang untuk tatapan masyarakat negara ini.

"Apakah sebenarnya motif utama pembikinan dan penyiaran filem berkenaan?

Adakah ia merupakan isu atau fokus penting dikalangan masyarakat terutamanya golongan belia pada hari ini? Malah, DPPP juga hairan mengapa pihak beliau menamakan judul filem asal berkenaan adalah “Anu Dalam Botol”?," soal Nasruddin.

Beliau berkata demikian setelah merujuk kepada laporan sebuah portal berita tempatan semalam bahawa Raja Azmi telah menghantar skrip filem berkenaan kepada pihak berkuasa agama di negara ini selain daripada Lembaga Penapisan Filem untuk mendapatkan nasihat dan kebenaran.

Kata Nasruddin lagi, DPPP bukan bersifat taboo dalam membincangkan soal-soal seksualiti. Malah katanya perbahasan Fiqh (Hukum Hakam Islam) telah dibincangkan secara panjang dan mendalam isu-isu mengenai seksualiti tanpa rasa segan silu kerana ia demi kepentingan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Menurutnya, perfileman, sepatutnya memainkan peranan yang betul untuk membangunkan minda masyarakat dengan cara menerbitkan filem-filem yang berkualiti disamping menggunakan sistem teknologi yang canggih.

"DPPP berpandangan bahawa kualiti adalah berdasarkan kepada jalan cerita atau pengisian yang memberikan kesan besar dalam diri masyarakat supaya menjadi lebih baik dan mampu mengkoreksi peribadi individu dengan mengambil kira pertimbangan agama, budaya dan nilai yang perlu diterapkan kepada masyarakat," katanya. (AK)

Pemain Billiard Terkenal Dunia, Peluk Islam

SUKAN

MASHAD (Iran), 12 Nov 10: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah mendidi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Adik Ipar Tony Blair Lama Di Palestin, Masuk Islam., selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu. Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu. "Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

Kini David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi. (AK)

Friday, November 12, 2010

Melayu P.Pg: Siapa Monyet? ADUN S/Delima...


IBNU HASYIM CATATAN SANTAI


YB Ustaz Salleh Man,Pesuruhjaya PAS P.Pg

'MONYET UMNO', Siapa 'Monyet UMNO'? Seorang anak PulauPinang menelefon saya sebentar tadi menyuruh baca berita Sinar Harian hari ini 'Ariff kurang yakin pada Pas'. Kesah Ariff Ibrahim, 38, di George Town Pulau Pinang. Dia bukan wakil rakyat namun hal dirinya disebut-sebut pada sidang Dewan Undangan Negeri PulauPinang DUN semalam.

Ini berikutan tindakannya memanjat dan merantai diri pada pintu pagar DUN ketika berlangsung tunjuk perasaan pada hari kedua sidang DUN minggu lalu. Semalam, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menggelar Ariff sebagai 'monyet UMNO' kerana tindakannya itu.

Tidak lama selepas tuduhan itu dilemparkan, Ariff tampil menjelaskan, "saya bukan ahli UMNO tapi ahli Pas." Ariff bagaimanapun berkata, dia kini tidak lagi meyakini parti itu di peringkat negeri seperti dahulu, kerana pemimpinnya dilihat tidak mampu membelas nasib orang Melayu dan Islam.

“Walaupun begitu, saya belum keluar parti, masih ahli Pas di kawasan Tanjung. Apabila ada orang menuduh saya ahli UMNO, itu tak betul. Saya tidak ada kena mengena dengan UMNO. Saya lebih selesa berjuang bersama NGO, bukan parti politik. Saya ada prinsip dalam perjuangan menegakkan Islam dan orang Melayu, saya tidak ada kepentingan politik,” katanya.

Ariff berkata, suatu ketika dahulu, dia memang meyakini perjuangan Pas untuk membela nasib Melayu dan Islam namun apabila diberi peluang berkuasa bersama Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, parti itu ternyata tidak mampu membawa sebarang perubahan. “Saya anggap Kerajaan Negeri diperintah secara diktator. Sebab itu, Pas tidak mampu buat apa-apa. Ini amat menyedihkan,” katanya.

Ariff berkata, insiden di DUN minggu lalu bukan demonstrasi pertama disertainya. “Saya pernah melompat ke atas kereta Lim Guan Eng pada bulan Ramadan lalu berhampiran Masjid Kampung Rawa bagi meluahkan sendiri perasaan kecewa terhadap Kerajaan Negeri DAP,” katanya.

Meskipun pernah bertindak demikian, Ariff berkata, dia tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh parti. “Pembelaan untuk orang Melayu dan Islam di negeri ini kurang memberangsangkan. Saya tak nampak nasib kita lebih terbela di bawah pimpinan kerajaan ini. Melalui NGO yang tidak terikat oleh kepentingan politik, saya harap mampu jadi pendesak untuk mendapatkan hak sebagai rakyat negeri ini,” katanya.

Pada saya, itu suatu contoh, sebuah kelompok pemikiran Orang Melayu Pulau Pinang. Tidak kira samada PAS, PKR, atau UMNO. Memang UMNO sudah memperjuangkan bangsa Melayu sejak merdeka lagi. Orang Melayu dibuai mimpi indah oleh pemerintah PERIKATAN dan Barisan Nasional. Bagai monyet-monyet dan kera-kera di hutan bakau, belakang rumah saya di BalikPulau, Pulau Pinang, semasa saya kecil-kecil dulu. Bila datang angin kencang-kuat, dia lebih erat berpegang kepada dahan kayu.

Tetapi dia akan jatuh 'terkejut beruk', terpinga-pinga bila terlalai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Itulah terjadi bila tsunami politik PRU 12 yang baru lalu. Kini pemikiran terkejut beruk itulah yang sedang melanda kelompok tersebut. Mereka seolah-olah patah dahan untuk bergantung, walaupun sebenarnya tidak patah, cuma tangan kera itu sahaja yang terlalai dan terlepas dari pegangan.

Di sinilah perlunya peranan PAS atau keadilan untuk membangunkan kembali semangat dan harapan kelompok itu. Mari kita lihat kelompok pemikiran itu lagi.

Ditanya Ariff Ibrahim seperti di dalam akhbar itu lagi, andai dikenakan tindakan oleh Pas atas tindak-tanduknya yang mencemarkan imej PR, Ariff berkata, dia hanya berpegang pada prinsip dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan agama Islam.

“Berpolitik tidak penting. Lebih penting adalah perjuangan untuk agama dan bangsa. Kalau mereka nak ambil tindakan, mereka mempunya hak mengikut dan perlembagaan parti untuk berbuat demikian. Apa yang saya lakukan adalah berlandaskan hak saya sebagai orang Melayu dan orang Islam.

“Matlamat saya bersama Pas bukan untuk kebendaan tetapi adalah untuk agama dan bangsa,” katanya.

Ditanya jika UMNO pernah mendekatinya berhubung isu yang dibangkitkan, Ariff berkata, apa yang dilakukan berlandas prinsip dan perjuangan.

“Saya tidak didalangi dengan mana-mana parti politik. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa UMNO atau mana-mana parti politik berada di belakang saya. Saya lakukan semua ini atas prinsip perjuangan saya sendiri.

“Banyak isu yang saya bangkitkan dan ia bukan daripada sumber ahli politik mahupun media. Saya dan beberapa lagi aktivis turun dan mendengar sendiri masalah rakyat. Tindakan mereka menuduh saya orang UMNO adalah untuk menegakkan benang basah,” katanya.

Ariff menyertai Pas sejak 1998 dan mula membangkitkan isu-isu Melayu dan penindasan terhadap hak kaum itu ketika bersama Pas Jelutong . Menurutnya, sewaktu pemerintahan Barisan Nasionan (BN), dia pernah terlibat membangkitkan isu perkuburan Kampung Kolam yang tercemar dengan membawa batu nesan ke pejabat Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ketika itu, Shabudin Yahya.

Selain itu, Ariff bersama rakan aktivis yang lain pernah melakukan demonstasi membela nasib peniaga Melayu di negeri ini seperti Restoran Doremi di Batu Feringghi dan beberapa peniaga Melayu lain. Minggu lalu, Ariff terlibat dalam tunjuk perasaan di depan DUN berhubung isu tanah perkuburan Islam Lot 21 dan 22 .

Bila lihat kepada Blog yang disarankan oleh penelefon saya tadi, 'Orang Kata Pas Pulau Pinang Lembab ! Betoi Ka? (Blog Warta Shubhi)

Antaranya menyebutkan...

"Pas Pulau Pinang dikatakan lembab dan tidak tahu mengambil kesempatan atas pemerintahan kerajaan PR yang diterajui oleh DAP di sana sedangkan ketua menteri Pulau Pinang sentiasa tertunggu-tunggu sebarang usaha atau cadangan dari pimpinan Pas di sana untuk membantu umat Islam atau bangsa Melayu agar sama-sama dapat menikmati arus pembangunan di Pulau Pinang.

Yang paling penting sekali ialah satu usaha dari Pas Pulau Pinang dalam memberikan idea serta sumbangan terhadap kemajuan orang Islam atau orang Melayu Pulau Pinang. Orang Melayu yang sepatutnya diwakili oleh Parti Pas di sana perlu menggerakkan sendiri segala kegiatan ekonomi dan pembangunan dan bukannya mengharapkan segalanya dihidangkan oleh orang Cina atau DAP. Takkan lah orang Cina nak buat segala kerja untuk orang Melayu!."

Cadangan Blog tersebut...

"Sudahkah Pas menubuhkan satu badan atau biro aduan yang mengambil semua aduan atau keluhan masalah orang Melayu di Pulau Pinang seterusnya mengutarakan jalan penyelesaiannya kepada kerajaan negeri Pulau Pinang. Sepatutnya semua cawangan Pas di Pulau Pinang telah membentuk biro aduan ini yang berjalan setiap hari bagi menjadi agen atau wakil atau orang tengah di antara orang Melayu Pulau Pinang dengan kerajaan negeri DAP.."

Rumusan:

Satu: Saya setuju dengan cadangan di atas, PAS kena tubuh Bahagian Penerimaan Pengaduan Orang Melayu Pulau Pinang, dan aktifkan kalau sudah ada. Perlu diambil tindakan segera dan dipanjangkan kepada pihak berwajib, samada Kerajaan Negeri atau Pusat.

Dua: Banyakkan majlis penerangan, motivasi dan perlaksanaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Tiga: Perlu diingat, pemimpin-pemimpin negeri perlu berhati-hati jangan menyinggung kaum dan puak-puak tertentu, supaya tidak boleh diekploit oleh musuh-musuh Kerajaan Pakatan. Contohnya seperti kenyataan di atas...

"Semalam, ADUN Seri Delima, RSN Rayer menggelar Ariff sebagai 'monyet UMNO' kerana tindakannya itu...."


Kalau betul apa yang dilaporkan, ADUN Seri Delima perlu tarik balik dan mohon maaf. Jangan mengulangi lagi perbuatan biadap yang menghina rakyat bawahan begitu. Kalau mengkritik pihak atasan begitu tak apa-apa. Itu pandangan saya.. sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Nov 12, 2010
KL

A/Adha: Hudaibiyah, Muncul O/Laden Zaman Nabi..

CATATAN SANTAI

Hudaibiyah, Pintu Kemenangan Umat Islam

Gambar bawah: Artefak perjanjian Hudaibiyah

SELAMAT Hari Raya Aidiladha, hari kemenangan. Rupanya Hudaibiya adalah pintu kemenangan umat Islam. Mengapa dikatakan begitu? Mari kita menyorotnya?

Hudaibiyah merupakan kota yang berada di sekitar 26 kilometer dari Masjidil Haram, Makkah. Kini, kawasan tersebut juga dikenal sebagai daerah perbatasan Tanah Haram sehingga sering dijadikan tempat miqat umat Islam yang melaksanakan ibadah haji atau umrah.

Nama Hudaibiyah sebenarnya diambil dari nama telaga, yang juga dikenal dengan sebutan telaga Asy-Syumaisi. Sejarah Islam menyebutkan, Hudaibiyah menjadi pintu masuk kecemerlangan kaum Muslimin dalam menaklukkan Kota Makkah, atau disebut Fathul Makkah. Di kota ini, Rasulullah SAW dan kaum Quraisy Makkah membuat perjanjian untuk saling tidak menyerang, yang kemudian membuka peluang umat Islam Madinah untuk mengIslamkan pendudukan Kota Makkah.

Kisah tersebut berlangsung pada bulan Dzulqaidah tahun 6 Hijriah saat umat Islam Madinah terdiri atas kaum Muhajirin dan Anshar merancang melakukan umrah di Baitullah. Keputusan melakukan umrah ini diawali dari mimpi Rasulullah SAW yang menggambarkan beliau serta sahabat-sahabatnya boleh masuk ke Masjidil Haram dan melakukan umrah dengan aman. Ertinya Islam tidak mahu 'tumpah darah dan berbunuhan'. Hanya mahu ibadat suci di kampung sendiri.

Hal ini kemudian tertuang dalam Alquran yang menyebutkan, "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya, (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (QS Al-Fath: 27)

Mendapat wahyu ini, Rasulullah kemudian memerintahkan umat Islam Madinah bersiap-siap pergi ke Makkah untuk melakukan umrah. Bukan untuk mencabar kaum Quraisy berperang. Umat Islam Madinah pun menyambut perintah Rasulullah SAW dengan sukacita kerana sudah enam tahun mereka tidak dapat melepaskan kerinduan bersimpuh di Baitullah.

Namun, ketika rombongan Rasulullah SAW sampai di Asfan, mereka disekat seseorang yang memberitahu bahawa kaum Quraisy sudah menyiapkan pasukan untuk berperang. Mendapat informasi tersebut, Nabi Muhammad SAW mencuba menghindari pertumpahan darah dengan menempuh jalan diplomasi.

Nabi SAW kemudian mengutus Usman bin Affan untuk berunding dengan kaum Quraisy. Namun ternyata, Usman disandera, ditawan pihak Quraisy. Berita ini membuat sahabat-sahabat bersumpah untuk memerangi kaum kafir Quraisy sampai titik darah penghabisan. Sumpah tersebut rupanya membuat kaum Quraisy gentar dan akhirnya melepaskan Usman. Bahkan, kaum Quraisy akhirnya sedia berunding sehingga Rasulullah mengirim Suhail bin Amar sebagai utusan.

Dalam perundingan tersebut, kedua belah pihak mencapai beberapa sepakat yang kemudiannya disebut sebagai 'Perjanjian Hudaibiyah'. Isi perjanjian, antara lain, kaum Muslimin bersedia menunda umrah ke Baitullah hingga tahun depan. Dan masa umrah dilakukan, kaum Muslim hanya diizinkan membawa senjata biasa, seperti dibawa seorang musafir, iaitu sebatang tombak dan sebilah pedang bersarung.

Selain itu, antarkedua belah pihak juga sepakat melakukan perdamaian melalui gencatan senjata selama 10 tahun. Sementara itu, jika kaum Muslimin datang ke Makkah (ertinya menyokong kerajaan Makkah), pihak Quraisy tidak perlu serahbalik orang itu ke Madinah. Sedangkan jika penduduk Makkah datang kepada Rasulullah di Madinah (sokong kerajaan Madinah), kaum Muslimin kena serahbalik orang tersebut ke Makkah.

Kendati perjanjian Hudaibiyah itu nampak seperti rugikan kaum Muslim, namun dari perjanjian inilah Rasulullah SAW dapat mengembangkan dakwah hingga ke Hudaibiyah. Bahkan, selama masa gencatan senjata, Nabi dapat menarik nafas lega melakukan dakwah dengan bebas, bahkan menyampaikan pesan Islam pada Kaisar Romawi, Raja Habsyah (Ethiopia), Raja Mesir, dan Raja Parsi.

Peristiwa ini disebut oleh Alquran dengan istilah Fathun Mubiinun (kemenangan nyata), sebagaimana termaktub dalam surat Al-Fath ayat 1 sampai 3. "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus. Dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kokoh (banyak).

Ada lagi suatu kemenangan, iaitu wujudnya suatu wadah perjuangan yang membantu perjuangan Rasulullah, diketuai oleh Abu Basyir yang sama seperti perjuangan Usama Laden sekarang ini. Sial baca ini.. Strategi Osama Laden Di Zaman Nabi...

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL
Nov 12, 2010

Sosej Babi: Bapa, Anak Disebat Akui Bukan Islam.


KL 12 NOV 10: Beginda Minda, bapa kepada pelajar 10 tahun yang dirotan baru-baru ini kerana membawa sosej babi ke sekolah mendakwa bahawa beliau bukan beragama Islam, lapor The Star.

“Saya akui, saya pernah memeluk Islam sebelum ini. Tetapi pada 1999, saya sudah tukar agama. Sekarang saya bukan Islam,” kata Beginda, semalam. Status agama lelaki itu menjadi kontroversial apabila isu merotan anaknya timbul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Jakim telah diarahkan menentus status agama Beginda. “Hanya selepas itu, kesimpulan boleh dibuat mengapa anaknya itu dirotan,” kata Nazri.

Perdebatan dan pertikaman lidah berlarut di Dewan Rakyat sejak dua hari lalu sama ada anaknya, Basil - yang dipelihara oleh ibunya yang beragama Kristian - adalah seorang Muslim. Namun menurut Beginda, anaknya itu bukan beragama Islam.

“Anak saya beragama Kristian. Dia dibesarkan mengikut agama ibunya,” katanya.

Beginda berkata pada tahun 2004, apabila dia memohon MyKad, beliau telah menukar namanya semula kepada Beginda Anak Minda. Anaknya dilahirkan pada 8 Mei 2000.

Di sijil kelahirannya, tiada agama dicatatkan untuk Beginda. Semalam, ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan itu mempunyai dua identiti.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu, pada Rabu lalu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda. Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan. Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, jika seseorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu juga semestinya beragama Islam.

Basil dirotan 10 kali di tapak tangannya kerana memakan nasi goreng dengan sosej babi yang dibekalkan oleh ibunya. Isu itu kali pertama didedahkan pada sidang media yang dianjurkan oleh PKR di Kuching di mana Angela Jabing, ibu kepada pelajar Sekolah Rendah St Thomas itu mendakwa seorang guru merotan anaknya kerana membawa makanan tidak halal ke sekolah.

Sekolah berkenaan kemudian memohon maaf kepadanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kembali kepada perundangan Islam. Di dalamnya ada formula penyelesaian menurut Islam, termasuk hak bukan Islam dalam negara Islam, hukum murtad dan lain-lain. Apa-apa pun kembali kepada pokok. Sebab itulah tegakkan negara Islam yang di dalamnya ada sistem perundangan tersendiri amat penting. Islam agama keselamatan, tidak pilih Islam, tidak selamat. Hal itu yang perlu ditanamkan, barulah berfikir secara Islam. Itulah yang perlu dimotivasikan. (AK)

Sebelum ini....

Kes Shamala: Mahu Anak Kekal Hindu. Bagaimana?


PUTRAJAYA, 12 Nov 10: Mahkamah Persekutuan secara sebulat suara menolak permohonan seorang ibu yang mahu dua anak lelakinya, yang ditukarkan sebagai Islam oleh suaminya lapan tahun lalu, kekal dibesarkan dalam agama asal mereka iaitu Hindu.

Ibu terbabit, S. Shamala mengemukakan permohonan agar mahkamah menentukan kesahihan pertukaran agama kanak-kanak daripada satu perkahwinan sivil kepada agama Islam oleh bapa atau ibu tanpa persetujuan dan pengetahuan pihak yang tidak menukar agama.

Keputusan 5-0 oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dilihat sebagai satu lagi ‘tamparan’ bagi pertikaian membabitkan pertukaran agama satu sebelah, yang sekian lama menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat pelbagai budaya dan negara sekular yang agama rasminya ialah Islam.

Panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi juga memutuskan bahawa S. Shamala mesti kembali negara jika mahukan perlindungan mahkamah. Ibu berusia 38 tahun itu meninggalkan negara bersama dua anak lelakinya pada 2004. Lokasi semasa mereka tidak diketahui.

Mahkamah Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk menentukan kesahihan pertukaran agama kanak-kanak daripada satu perkahwinan sivil kepada agama Islam oleh bapa atau ibu tanpa persetujuan dan pengetahuan bapa atau ibu yang tidak menukar agama.

Mahkamah tertinggi itu dijadualkan membuat penghakiman terhadap lima persoalan undang-undang termasuk percanggahan undang-undang Islam dan sivil berkaitan pertukaran agama dan hal ehwal keluarga serta Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama.

Shamala berkahwin dengan Jeyaganesh C. Mogarajah, 41, mengikut undang-undang perkahwinan sivil pada 1998 tetapi empat tahun kemudian, Jeyaganesh memeluk agama Islam dengan nama Muhammad Ridzwan Mogarajah. Muhammad Ridzwan turut menukar agama kedua-dua anak lelaki mereka, Saktiwaran dan Theiviswaran yang ketika itu berumur tiga dan dua tahun kepada agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan Shamala.

Satu daripada persoalan yang timbul adalah sama ada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang memberikan hak kepada ibu atau bapa yang menukar agama anaknya daripada perkahwinan sivil tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu atau bapa yang tidak menukar agama, tidak konsisten dengan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961.

Kes hak penjagaan anak Shamala-Muhamad Ridzwan dirujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan persoalan perlembagaan. Malaysia mempunyai dua sistem perundangan iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah, yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman terhadap orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 memberikan hak kepada ibu atau bapa yang menukar agama untuk mengubah agama anak-anak hasil perkahwinan sivil mereka tanpa pengetahuan dan persetujuan ibu atau bapa yang tidak menukar agama.

Peruntukan itu bagaimanapun tidak konsisten dengan pindaan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 yang memberikan hak sama rata kepada ibu atau bapa dalam membesarkan dan penjagaan anak-anak mereka. Shamala yang memperoleh hak penjagaan terhadap dua anak lelakinya itu diperintah untuk tidak mengajar agama kepercayaannya kepada kedua-dua anaknya itu atau memberi mereka makan babi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kembali kepada perundangan Islam. Di dalamnya ada formula penyelesaian menurut Islam, termasuk hak bukan Islam dalam negara Islam, hukum murtad dan lain-lain. Islam agama keselamatan, tidak pilih Islam, tidak selamat.

Sayap Muda PKR Jumpa Wan Azizah Petang Ini.


KL, 12 Nov 10: Selepas memorandum 48 jam meminta pemilihan dibatalkan ‘ditolak’, usaha ke arah itu diteruskan dengan Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman, yang dilantik sebagai perutusan calon jawatan ketua sayap pemuda parti itu, akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini.

Pertemuan itu juga akan meminta agar pemilihan dan proses pengundian, yang diteruskan buat hari keenam hari ini membabitkan 12 cabang, ditangguhkan sebagai salah satu usaha mencari jalan penyelesaian. Esok sebanyak 41 cabang dijadual mengadakan pemilihan. Semalam, jawatankuasa pemilihan pusat mengumumkan pemilihan tidak akan dibatalkan dan diadakan sebagaimana diminta oleh calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub, Selasa lalu.

Mustaffa dijadual mengadakan sidang media pagi ini ekoran keputusan parti menolak kata dua 48 jam yang diberikan beliau. Malam tadi, Fauzi mengakui telah menerima resolusi daripada calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti itu. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak akan mendedahkan isi kandungannya sebelum menyerahkannya kepada Dr Wan Azizah petang ini.

“Saya telah menerima resolusi itu melalui emel dan saya akan serahkannya kepada presiden parti di Kuala Lumpur.

“Demi menghormati presiden parti, saya tidak akan mendedahkan isi kandungan resolusi ini selagi tidak serahkan kepada beliau (Dr Wan Azizah),” kata Fauzi ketika dihubungi.

Bekas timbalan menteri itu berkata tiada sebarang ugutan terhadap parti dalam resolusi yang diterima dan yakin masalah yang berlaku dalam parti dalam diselesesaikan secara baik.

“Tidak ada ugutan, saya yakin masalah ini boleh diselesaikan dengan baik.

“Justeru, saya harap semua pihak dapat memainkan peranan positif bukan sahaja untuk kepentingan parti tetapi juga rakyat,” kata beliau ketika dihubungi di Kuantan.

Badrul Hisham dalam pertemuan yang dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan” malam kelmarin melantik Fauzi sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan. Pertemuan yang disertai sekitar 200 ahli AMK, penyokong Badrul Hisham meluluskan enam resolusi — antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.

Resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi. Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.agi semalam menyatakan kesediaan menjadi “orang tengah” bagi mencari penyelesaian.

Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi. Sementara itu di Johor, Shamsul selaku Ketua AMK menyelar bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim kerana menggunakan media untuk menyerang kepimpinan parti itu. Berikutan itu, beliau mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka mengenai kepimpinan Keadilan dengannya. (AK)

Bapa Anak Sosej Babi Bertanding PRU Atas PKR, 2 Identiti?


YB Zulkifli Noordin


KL 11 NOV 10
: Ahli parlimen Bebas, Zulkifli Noordin menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat kemungkinan bapa kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlauk sosej babi ke sekolah, mempunyai dua identiti.

Semalam, ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu mendakwa kanak-kanak itu adalah anak seorang Muslim bernama Norazman Abdullah @ Beginda anak Minda. Beliau membayangkan kemungkinan Beginda murtad kerana dia telah didakwa mempunyai dua nama yang berlainan.

Dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Zulkifli merujuk kepada blog yang menyiarkan butiran penglibatan Beginda dalam politik. Katanya, Beginda yang dikatakan bapa kepada pelajar tersebut - pada tahun 1998, sewaktu kes Datuk Seri Anwar Ibrahim - namanya adalah Norazman Abdullah @ Beginda Minda dan beragama Islam.

Zulkifli berkata, sijil perkahwinan dikeluarkan pada 29 Julai 2009 sedangkan perkahwinan berlangsung pada 25 Disember 1999 iaitu setahun selepas kes Anwar, ketika Beginda seorang Islam.

Menurutnya, pada hari perkahwinan itu yang kebetulan juga hari Krismas, dia dikenali sebagai Beginda Anak Minda, berkahwin dengan Angela, dan dikenalpasti tidak mempunyai agama pada sijil lahir kanak-kanak tersebut, yang dilahirkan pada 8 Mei 2000 dan dia menggunakan Beginda dan juga dinyatakan tidak beragama.

Katanya, Beginda, yang juga dikatakan bertanding di bawah tiket PKR dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004, memfailkan pencalonannya pada masa itu sebagai seorang Islam. Selain itu, kata Zulkifli lagi, semakan dengan lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pendaftaran pencalonan Beginda menunjukkan dia menggunakan nama Norazman Abdullah.

"Bila kita bertanding dalam pilihan raya, kita mesti memberi kad pengenalan (KP). Bermakna SPR menulis namanya sebagai Norazman Abdullah tetapi kedua-dua dokumen (sijil kelahiran dan sijil perkahwinan) tidak menggunakan nama ini," katanya.

Menurut Zulkifli, inti utama perkara tersebut ialah persoalan yang serius mengenai dua indentiti yang berlainan. (Malaysiakini/AK)

Sebelum ini...

PKR: Pertemuan Mustaffa-JPP, Pemilihan Diteruskan

Dr Molly Cheah

PETALING JAYA, 11 Nov 10
: Pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung sekarang akan diteruskan walaupun ada gesaan agar ia dibatalkan dan diadakan semula proses pengundian ekoran dakwaan kepincangan dan kecacatan.

Ketika dihubungi petang ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah berkata ia antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat Biro Politik yang diadakan semalam.

“Ya, ia hasil mesyuarat Biro Politik, dan diputuskan pemilihan tidak akan ditangguhkan, akan diteruskan seperti yang telah dijadualkan dan diputuskan sebelum ini,” kata Dr Cheah.

Keputusan itu ekoran memorandum yang dikemukakan oleh salah seorang calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub kelmarin. Dr Cheah berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Mustaffa tengah hari tadi untuk menjelaskan keputusan, antara lain meminta bukti dan penjelasan berhubung aduan-aduan yang dikemukakan dalam memorandum beliau.

Mustaffa memberitahu beliau akan mengadakan sidang media pagi esok untuk mengumumkan pendiriannya ekoran keputusan yang disampaikan oleh JPP. “Ada masanya kita kena amalkan (prinsip) ambil dan beri, saya akan umumkan pada sidang media esok,” kata Pengerusi PKR Perak ini.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan keputusan itu, Mustaffa yang kini merupakan Naib Presiden PKR berkata: “Ya, puas hati.”

Mustaffa berkata pertemuan dengan Dr Cheah berlangsung kira-kira sejam. Ketika ditanya sama ada Mustaffa diberikan sebarang tempoh untuk mengemukakan bukti dan penjelasan yang diminta, Dr Cheah berkata beliau berharap ia akan dikemukakan dalam waktu terdekat.

Ditanya hujung minggu ini, kata beliau, “ya, saya harap beliau akan kemukakan dengan segera.” Dr Cheah juga yakin pemilihan membabitkan baki cabang mulai esok akan berjalan dengan lancar memandangkan tiada masalah besar setakat. (AK)

Kemelut PKR sebelum ini...

Thursday, November 11, 2010

Ibadah Haji: Pun Kena Rasuah?

CATATAN SANTAI

Haji, Perjalanan Keimanan Seorang Muslim

BERABAD-ABAD sebelum Rasulullah SAW diutus, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim AS menyeru manusia untuk berhaji (QS Al-Hajj (22): 27-28). Beliau melaksanakannya dan berdoa agar semua hati manusia cenderung dan rindu ke Tanah Haram (QS Ibrahim (14): 37). Maka, berbondong-bondonglah umat Islam ke Tanah Suci untuk memenuhi seruan tersebut hingga hari ini.

Barangkali dari asal-usul panggilan inilah banyak umat Islam meminta dipanggil di Makkah, khususnya di Jabal Qubeis. Padahal panggilannya sudah lama, tetapi sebahagian umat tidak memenuhi seruan ini kerana tidak mampu atau lalai, bahkan tuli disihir gemerlapnya dunia. Sejak seseorang mendaftar haji, yang ada dalam niatnya adalah keikhlasan dan kesiapan berkorban demi mencari ridha Ilahi. Ketika kuota diperolehnya, ia mempersiapkan semua keperluan selama ibadah haji.

Dia membekali dirinya dengan ketakwaan. Belajar manasik dan ilmu yang berkaitan dengan ibadah harian yang wajib selama di perjalanan. Dia korbankan waktu, harta, dan kepentingan dunianya untuk menggapai haji mabrur. Perjalanan haji adalah rihlah (tour) keimanan. Saat keluar rumah menuju ke Tanah Haram, calon haji ini membaca, "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah wa laa haula wa laa quwwata illa billah." Ketika duduk di kendaraan pun berdoa safar.

Dalam segala situasi dan kondisi ia pun senantiasa doa, zikir, dan beribadah. Sungguh hebat jamaah haji ini. Dia menjadi hamba Allah yang terbaik. Semua aspek hidupnya dijadikan ibadah seperti yang diperintah Allah. (QS Az-Zariyat (51):56).

Masa sampai miqat, semua tamu Allah berniat ihram dan membaca talbiyah, yang ertinya, "Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu dan tiada sekutu bagi-Mu, aku memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kerajaan hanyalah bagi-Mu, dan tiada sekutu bagi-Mu."

Jamaah yang mengumandangkannya berderai air mata kekhusyukan dan kebahagiaan sambil mengharap ampunan. Ia sedang menjadi hamba Allah yang utuh kerana sedang memenuhi panggilan-Nya dan menjadi tamu-Nya. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda,

"Orang-orang yang sedang menunaikan haji dan orang yang sedang mengerjakan umrah merupakan duta-duta/tamu-tamu Allah. Maka itu, jika mereka memohon kepada-Nya, pastilah dikabulkan, dan jika mereka meminta ampun pastilah diampuni-Nya." (HR Ibnu Majah hadis No 2883).

Sebagai tamu, seorang hamba harus tahu diri terhadap yang dikunjungi. Kita wajib mengikuti semua peraturan Allah yang mengundang kita. Kita harus tahu peraturan sebagai tamu undangan-Nya. Selama dalam perjalanan haji tidak boleh ada kesyirikan, tidak melakukan rafats, fusuq, dan jidal. Sebagai imbalannya, kita diistimewakan sebagai tamu-Nya. Sudah pasti Allah Yang Maha Rahman dan Maha Rahim akan mengampuni dosa-dosa kita. Mengabulkan semua doa dan permohonan kita. Berapa pun biaya dan pengorbanan yang kita berikan untuk ibadah haji, tidaklah seberapa bila dibandingkan dengan keutamaan haji, ampunan, dan anugerah-Nya.

Tetapi anehnya, semalam seseorang mengadu kepada saya, "Saya sudah pencen masuk dua tahun. Saya daftar tabung haji sejak muda lagi, bila dapat duit pampasan kerja saya bayar habis. Tapi, sekarang saya tak dapat pergi lagi kerana menunggu giliran. Tapi, kalau pakai pakej mahal boleh pergi cepat. Kalau ada orang 'tolong', pun boleh pergi cepat."

"Betul ke? Kenapa tak pergi cara tu?" Saya tanya.

"Saya rasa tersiksa tidak sabar nak pergi. Kerana itu saya tidak sampai hati nak memotong orang yang layak pergi dulu, dah macam saya menunggu lama. Kita nak buat ibadat, buat apa menzalimi orang.." Katanya hampa. "Tapi, saya bimbang, bila tiba giliran boleh pergi, tetapi kesihatan saya pula tidak mengizinkan.."

"Sekarang saya sudah mulai sakit-sakit.." katanya. Tidak disedari kelopak matanya sudah digenangi air..

Rasa pilu terus menyelinap dan menjangkiti dalam diri saya.. Takkan dalam ibadat pun kena rasuah juga?

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Nov 11, 2010

Ayah Islam, Anak Bawa Sosej Babi, Dirotan, Bagaimana?

KL 11 NOV 10: Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.

Katanya, ini kerana, di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri.

"Jadi dalam soal ini negeri mempunyai bidang kuasa; Jakim tidak boleh masuk campur. Lagi pun di sisi perlembagaan, JAKIM sepatutnya berada di bawah Majlis Raja-Raja, bukan kerajaan persekutuan.

"Tapi malangnya ini tidak berlaku. Semua agensi Islam persekutuan dikuasai oleh Umno/kerajaan," katanya ketika diminta mengulas arahan supaya Jakim menyiasat status agama budak itu yang bapanya dikatakan Islam manakala ibunya pula Kristian.

Semalam, kerajaan mengarahkan bahagian penyelidikan JAKIM menyiasat status agama bapa budak itu - Baginda Minda atau Noor Azman Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata, arahan itu ekoran keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa beragama Islam, maka anak itu beragama Islam.

Bagaimanapun, timbul persoalan sama ada arahan itu bertentangan dengan perjanjian 18 Perkara Sarawak ketika negeri di pulau Borneo itu menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Perkara pertama dalam perjanjian itu menyebut tiada bantahan Islam sebagai agama negara, bagaimanapun tiada agama negeri bagi Borneo (Sabah dan Sarawak) dan tiada pengamalan berkaitan dengan Perlembagaan Malaya patut digunapakai di Borneo.

Abdul Aziz dilapor menjelaskan, apa pun perkara dalam perjanjian itu, meskipun ada hujah moral, tetapi peruntukan dalam perlembagaan persekutuan - perkara 3(3) yang mewajibkan perlembagaan negeri tidak beraja memasukkan Agong sebagai ketua agama - berkata sebaliknya.

"Cuma soalnya apakah JAKIM bertindak atas arahan Agong? Pada pendapat saya Agong perlu bertindak atas inisiatif baginda sendiri sebagaimana dalam konteks baginda sebagai ketua agama di negeri baginda sendiri," jelasnya.

Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang status agama anak, Abdul Aziz yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarangsa (UIA) berkata, keputusan itu itu tidak mempunyai kuasa undang-undang.

"Ia sekadar pandangan yang boleh diterima atau ditolak oleh negeri-negeri," katanya.

Sementara itu, pihak ibu pejabat Jakim di Putrajaya dan cawangannya di Kuching ketika dihubungi enggan mengulas perkara tersebut buat masa ini. (Sumber Malaysiakini/AK)

Ikuti kisahnya, klik di sini...

PKR: Tubuh Badan Bebas Menyiasat Aduan...



KL, 11 Nov 10
: PKR Wilayah Persekutuan menggesa ibu pejabat parti itu menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dengan segera segala aduan bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan adil dan telus.

Memandangkan kedua-dua Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub - calon jawatan timbalan presiden mendakwa lebih 160 aduan masih belum disiasat, maka parti harus memulakan siasatan, kata Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Osman Karim hari ini.

Difahamkan aduan-aduan itu meliputi pemilihan peringkat bahagian dan mesyuarat agung tahunan cabang.

“Oleh kerana kedua-dua Datuk Zaid dan Mustaffa mengumumkan bahawa banyak aduan yang belum disiasat oleh jawatankuasa pemilihan pusat, maka kami membuat resolusi agar aduan-aduan ini disiasat segera.

“Jadi, kami merasakan kalau betul ada aduan yang pernah dibuat, tetapi tidak disiasat lagi, kami minta agar ditubuhkan satu badan untuk siasatan, dalam parti sendiri,” kata Osman lagi.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat khas PKR Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi. Biro Politik PKR pula, mengadakan mesyuarat khas malam tadi untuk membincangkan memorandum kata dua calon timbalan presiden berhubung pemilihan pusat tidak membuat keputusan muktamad atas alasan memerlukan bukti kukuh dan keterangan susulan.

Menurut sumber yang layak dipercayai, msyuarat itu yang dipengerusikan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berlangsung kira-kira dua jam, memutuskan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

Memorandum itu diserahkan oleh Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub — salah seorang calon timbalan presiden — kepada presiden dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat Dr Molly Cheah petang kelmarin. Memorandum itu menggesa parti mengambil tindakan segera dalam 48 jam — tempoh yang akan berakhir petang ini.

Ia menggesa agar proses pemilihan dibatalkan dan digantikan dengan pengundian baru walaupun 87 cabang sudah selesai mengadakan pengundian sepanjang lima hari pertama, sehingga Ahad lalu. Sehari sebelum itu seorang lagi calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding atas alasan wujud banyak kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan.

Malah Zaid juga melepaskan semua jawatan dalam parti dan menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon timbalan presiden Azmin Ali keluar parti. Biro Politik mengadakan mesyuarat mingguan malam tadi tetapi calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini termasuk Mustaffa sendiri tidak hadir.

Ia hanya dihadiri oleh mereka yang tidak bertanding manakala Dr Wan Azizah sudah menang tanpa cabaran. Mustaffa dijangka menemui presiden dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat petang ini. (AK)

Teknik Penyampaian Islam Oleh PAS Lebih Toleran



KL 11 NOV 10
: AHLI parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad semalam di diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana dituduh menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Ini membuktikan bahawa teknik penyampaian Islam yang dibawa oleh PAS lebih toleran dan sesuai dengan negara Malaysia yang majmuk ini. Bukan seperti Islam sederhana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Demikian Pandangan editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim sebentar tadi.

Di parlimen semalam, Dzulkefly (kiri -PAS Kuala Selangor) yang berang dengan hujah ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam.

Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah. “Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli.

Namun, menurut Dzulkefly (Kuala Selangor), isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli Noordin kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi". Kenyataan ini telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat.

Dzulkefly (K/Selangor) terus membidas balik, dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Disokong oleh sebahagian ahli parlimen Pakatan Rakyat lain. Turut bangun membantah Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), dan Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja). Dzulkefly (K/Selangor) kemudiannya bangun membantah sehingga dewan menjadi kecoh dan tidak terkawal oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar.

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly (K/Selangor) terus membidas bekas ahli parlimen PKR yang berpaling tadah itu. Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya beliau keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang ini.

"Apa yang memanaskan saya apabila saya disuruh duduk, dalam masa sama Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) terus menerus menyerang PAS, serang Islam dan serang saya," katanya di luar pintu dewan.

Pada sidang media selepas itu, Dzulkefly mendakwa ahli parlimen Kulim Bandar Baharu sengaja menggunakan ruang perbahasan untuk mencetuskan pertentangan.

"Dalam semangat toleransi beragama, Kulim Bandar Baharu membuat satu penyataan yang menunjukkan orang Islam ekstrem.

"Kalau benar mahu bahas isu ini, bukan di sini, tapi Kulim Bandar Baharu terus mengatakan bahawa inilah PAS, yang menghalalkan orang Islam makan babi.

"Inilah cara paling jahat yang sebenarnya mengkhianati agama atas kononnya untuk memperjuangkan agama," katanya kesal.

Sementara itu, Yusmadi Yussof (PKR-Balik Pulau) pada sidang media sama turut mengecam sikap Zulkifli. Katanya, Zulkifli tidak bertanggungjawab dan tidak mengamalkan konsep Islam moderat yang mahu ditonjolkan kepimpinan negara.

"Saya terkilan kerana Kuala Selangor (Zulkefly) menjadi mangsa dalam usaha pertahankan Islam yang sebenar,” ujarnya.

by ASYOK KUMAR

Dia Wanita Pertama Perancis 'Penzina' -Iran

Carla Bruni.. banyak lagi gambar teruk-teruk...? Lihat dalam Google


Akhbar Iran cap Carla penzina

PARIS 11 NOV 10: Iran mengecap wanita pertama Perancis, Carla Bruni (gambar) sebagai ‘penzina’ kerana menyokong seorang wanita yang menerima hukuman rejam sampai mati.

Akhbar Kayhan milik kerajaan republik Islam negara itu mengecam Carla dengan tuduhan menjalani gaya hidup tidak bermoral. Kecaman terhadap Carla dan Presiden Nicolas Sarkozy, 55, itu dibuat selepas pasangan itu merayu pembebasan Sakineh Mohammadi-Ashtiani.

(Gambar kiri: Carla Bruni Without Clothes Picture Auctioned..hollywoodgrind.com). Sarkozy memberi amaran Perancis akan memutuskan hubungan diplomatik sekiranya ibu 43 tahun itu direjam kerana berzina dan terbabit dengan pembunuhan suaminya. “Sarkozy yang bermain kayu tiga dan menceraikan dua isterinya mengahwini Carla yang lebih curang daripada Sarkozy,” lapor akhbar Kay- han.

Akhbar berkenaan diterbitkan di bawah pengawasan kerajaan Presiden Mahmoud Ahmedinejad. -Berita ini dilaporkan oleh Agensi, yang sentiasa bermusuh dengan Iran. (AK)

Bongkar RM200j: Wanita Pej. PM Kumpul Dlm 3 Tahun




KL 11 NOV 10
: Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta. Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri," tulisnya.

"(Beliau) merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Beliau juga dituduh sebagai individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.

"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, (beliau) membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.

Badrul Hisham juga membekalkan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu. (AK)

6 Resolusi Pemuda PKR, Desak Tangguh Pemilihan


KL, 11 Nov 10: Calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin akan kekal dalam saingan, sebaliknya pertemuan anjurannya malam tadi meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.

The Malaysian Insider difahamkan resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.

Keputusan itu diambil ketika tinggal satu hari lagi sebelum hari keenam pengudian pemilihan pusat PKR — di bawah sistem pemilihan secara langsung — dilangsungkan.

Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.

The Malaysian Insider difahamkan Biro Politik ada membuat beberapa keputusan dan ia dijangka diumumkan hari ini.

“Kami memutuskan enam resolusi, ia akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan parti... presiden dan kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam tempoh 24 jam,” kata Badrul Hisham pada sidang media tengah malam tadi.

Pertemuan hampir tiga jam itu yang turut disertai penganalisis politik Prof A Aziz Bari dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, buat seketika, juga memutuskan untuk melantik Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan.

Kedua-dua Aziz dan Nurul Izzah hadir untuk memberikan input sebelum pertemuan tersebut, yang dipercayai dihadiri sekitar 200 ahli AMK dan penyokong Badrul Hisham dan pasukannya.

“Datuk Fauzi sebagai pemimpin yang disegani dalam parti dan tidak terlibat dalam pemilihan, dilantik sebagai perutusan kami untuk membawa resolusi ini ke perhatian kepimpinan parti, dan mencari penyelesaian demi kelangsungan parti dan memenuhi harapan rakyat,” kata Ketua PKR Rembau ini.

Justeru kata beliau, pihaknya telah memutuskan untuk tidak mendedahkan kandungan resolusi malam ini dan menyerahkan kepada Fauzi, bekas Ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri kerajaan pusat untuk mengemukakan kepada parti dalam masa 24 jam.

“Kami sudah lantik Datuk Fauzi sebagai perutusan, jadi tidak adil jika kami yang mengumumkan resolusi ini di sini,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada tindakan menarik diri daripada bersaing jawatan ketua AMK juga salah satu perkara yang diputuskan, Badrul Hisham berkata, “soal bertanding atau tarik diri daripada pertandingan tidak timbul.”

Berhubung soal meminta pemilihan ditangguhkan juga disenaraikan sebagai salah satu resolusi, Badrul berkata, “tidak manis untuk saya memberitahu, kami serahkan kepada Datuk Fauzi membuat keputusan (sama ada mengumumkan ataupun sebaliknya).”

Kata Badrul Hisham, pihaknya sudah memutuskan tindakan-tindakan alternatif sekiranya perkara yang diputuskan tidak mendapat perhatian pucuk kepimpinan.

“Kami ada pelan A, pelan B dan pelan C dan seterusnya,” kata beliau sambil menambah, “ia bukan satu bentuk kata dua.”

“Tujuan perjumpaan ialah untuk fokuskan semua ke landasan perjuangan besar demi menyelamatkan negara di samping mengakui ada masalah dalam pemilihan yang perlukan tindakan segera,” katanya lagi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider tengah hari semalam, Badrul Hisham berkata beliau akan memutuskan sama ada kekal dalam saingan ataupun menarik diri daripada bertanding - mengambil langkah Datuk Zaid Ibrahim - pada pertemuan malam tadi di sebalik dakwaan pemilihan parti berhadapan dengan kepincangan dan kecacatan.

Zaid mengumumkan pendirian menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden Isnin lalu dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti itu.

Kata Badrul Hisham, oleh kerana beliau membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak secara kolektif semasa hendak bertanding sebelum ini, apa jua keputusan pada pertemuan ini akan diputuskan secara bersama.

Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham.

Saingan jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi.

Sebelum ini termasuk semalam, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menafikan pemilihan parti dicemari manipulasi dan penyelewengan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak termasuk Zaid.

Beliau juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan blog bahawa kertas undi pemilihan pusat PKR boleh dibeli.

Isnin lalu, Zaid pula mendakwa beliau memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding kerana kecewa apabila aduan-aduan dikemukakan tidak diambil perhatian.

Seorang lagi calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub juga telah menyerahkan memorandum kepada parti kelmarin meminta pemilihan parti harus ditangguhkan sementara segala masalah dan isu yang ditimbulkan diselesaikan. (AK)

Melayu P.Pg: Generasi Muda UMNO Perlu Betulkan



JELUTONG, 11 Nov:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong, Farid Saad (gambar) mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah kepimpinan Umno semasa berkuasa menjadi punca tanah orang Melayu makin berkurangan di Pulau Pinang.

Justeru itu, beliau sebagai generasi muda dalam Umno mahu membaikinya sekaligus memastikan lain-lain tanah yang masih dimiliki orang Melayu tidak diambil untuk pembangunan yang tidak terancang.

"Sebagai generasi muda dalam Umno, saya rasa ia perlu diperbetulkan apakah kesilapan lalu supaya tidak terus menjadi persoalan siapakah pengkhianat sebenarnya," ujarnya pada Debat Perdana Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Justeru, beliau mahu melupakan kisah lama yang ditinggalkan oleh generasi lama Umno yang nyata gagal menyelamatkan kedudukan tanah tersebut.

Dengan niat ikhlas, beliau mengajak semua parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu agar duduk semeja berbincang bagaimana cara terbaik menyelamatkannya.

"Soal parti terpulang pada rakyat. Saya tidak menghalang orang Melayu mahu memilih perjuangan mana yang mereka hendak kerana yang penting ialah ia jaga tanah masyarakat Melayu," kata beliau.

Program anjuran Yayasan Bina Ilmu itu membariskan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yusoff Latif sebagai ahli panel.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baguslah tu, akui kesalahan. Buatlah apa yang patut. Sokonglah Pakatan..

PKR: Lebih 80 Cwg Minta Tangguh, Tempuh 48 Jam?


Mustafa (kiri) dan Zaid kedua-duanya telah mempertikaikan kesahihan pemilihan PKR yang sedang berlangsung

KL, 10 Nov 10: Susulan tindakan dua calon mempertikaikan kesahihan, sebanyak 24 cabang menggesa kepimpinan PKR agar menangguhkan segera proses pemilihan pusat sementara menyiasat segala aduan wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam proses pengundian.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kesemua cabang berkenaan yang menggelar Gabungan Cabang PKR meminta agar sistem dan proses pemilihan pimpinan pusat dipastikan bersih, bebas dan adil.

“Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya ahli jawatankuasa pemilihan pusat dan juga petugas pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi.

“Fenomena tersebut telah dikesan berlaku dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut diadukan oleh Mustaffa Kamil Ayub (calon timbalan presiden) dan juga ahli yang lain kepada jawatankuasa pemilihan pusat dan juga kepada sekretariat parti,” kata beliau.

Oleh itu kata surat tersebut, “amat wajar sekali pucuk pimpinan parti dengan segera mengarahkan siasatan terhadap aduan dan sementara menantikan hasil siasatan dan tindakan susulan, maka proses pemilihan yang sedang dilakukan sekarang ini harus segera ditangguhkan.”

“Kami sebagai pimpinan akar umbi PKR tidak dapat menerima hakikat wujudnya walaupun satu penipuan atau penyelewengan dalam proses pemilihan pimpinan parti, yang akan diberi amanah memimpin parti dan rakyat seluruhnya di masa akan datang,” kata surat tersebut.

Kata surat tersebut, isu manipulasi dan penyelewengan pengurusan pemilihan pimpinan tertinggi PKR yang diadukan kepada Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam oleh Mustaffa harus diambil berat oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kewibawaan parti terus terpelihara.

“Siasatan segera harus dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan pusat bagi menjawab aduan yang disampaikan oleh Mustaffa dan juga oleh beberapa pihak yang lain sebelum ini,” katanya.

Cabang-cabang yang membuat gesaan terbaru ini ialah Putrajaya, Teluk Intan, Temerloh, Petaling Jaya Utara, Sembrong, Kuala Pilah, Paya Besar, Bagan Datoh, Bentong, Keningau, Tanjung Malim, Ipoh Barat, Tampin, Rompin, Pensiangan, Sungai Siput, Maran, Tambun, Jerantut, Bagan Serai, Tapah, Kuala Kangsar, Kota Kinabalu dan Seremban.

Dalam pada itu, Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar berkata, “sokongan yang kita dapat ini adalah daripada cabang-cabang yang sempat kita jumpa.”

“Kalau hendak diikutkan lebih 80 cabang yang setuju dengan penangguhan,” kata beliau sambil menambah, ini bukan mewakili mana-mana calon, tapi terbuka kepada mana-mana cabang yang hendak menuntut tindakan ibu pejabat.

“Selepas Mustaffa dah bagi tempoh 48 jam, jadi kita mintalah pucuk pimpinan bertindak. Kalau perlu tangguh, tangguhlah.

“Kita hendak minta pihak ibu pejabat bertindak, sebab di bawah kita dengar macam-macam, tapi macam tiada respons,” katanya.

Semalam, Mustaffa menggesa agar pemilihan pusat bersejarah parti itu — menggunakan kaedah langsung — dibatalkan serta-merta dan diadakan semula pengundian dengan menyelesaikan segala aduan yang telah dikemukakan sebelum ini. Mustaffa memberi tempoh 48 jam kepada JPP agar mengambil kedua-dua tindakan itu pada sidang media diadakan oleh Datuk Zaid Ibrahim yang kelmarin memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat.

Tempoh kata dua beliau akan berakhir petang esok.

“Hasil tindakan ke atas memorandum ini, awal Jumaat ini, saya akan mengumumkan pendirian saya sama ada saya akan terus bersaing ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Bagaimanapun Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR akan meneruskan pemilihan langsung yang diadakan sekarang meskipun menerima kata dua dan dipertikaikan oleh dua calon timbalan presiden ekoran dakwaan wujudnya manipulasi dan kecacatan dalam proses pengundian.

Saifuddin juga menolak dakwaan Zaid bahawa proses pengundian pemilihan pusat telah dimanipulasi. Proses pengundian yang bermula dua minggu lalu akan berakhir 21 November ini. Saifuddin juga menegaskan, daripada 87 bahagian yang telah selesai mengadakan proses pengundian, Datuk Zaid Ibrahim menang di 38 cabang manakala Azmin Ali pula di 37 cabang. Mustaffa menang di sebanyak 11 cabang.

“Jika ada (unsur) manipulasi, beliau (Zaid) tidak akan menang di satu cabang pun,” kata Saifuddin. (Malaysiakini/AK)

Dinar Emas Kelantan Tembusi Pasaran China


Datuk Husam perkenal Dinar Kelantan, di Urumqi, Xinjiang.

KOTA BHARU, 10 Nov 10: Kerajaan Kelantan bercadang melantik wakil (wakalah) bagi memasarkan mata wang syariah di China, kata Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi memperluaskan penggunaan Dinar dan Dirham ke seluruh dunia. Kata beliau Dinar dan Dirham digunakan secara meluas di Indonesia yang lebih dikenali sebagai logam mulia. Begitu juga katanya Dinar digunakan di Granada, Sepanyol dan Amerika Syarikat dalam bentuk syiling emas.

”Di Amerika Syarikat gold coin sama berat dengan standard emas 22 karat yang telah digunakan dalam sistem perdagangan antarabangsa.

”Standard yang digunakan itu sama dengan Dinar yang digunakan oleh pemerintah Islam di zaman Khalifah Othamiah,” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (PAS-Pengkalan Pasir) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau juga mencadangkan bayaran deposit pembantu rumah dari Indonesia digunakan menggunakan Dinar berbanding Rupiah yang digunakan sekarang. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, sehingga sekarang lebih 2,000 wanita dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran di Pusat Pengembangan Wanita Kelantan (PPWK).

Bidang kemahiran yang diajar termasuk jahitan, sulaman dan masakan. ”Sebelum ini seramai lapan wanita mendalami bidang sulaman di Bukit Tinggi, Indonesia dan sekarang mereka mengajar kemahiran itu kepada wanita di sini,” katanya menjawab soalan Zulkefli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Dapatkan E-buku di E-Perpustakaan IH. Antara yang berkaitan...

Antara yang berkaitan dengan Dinar Eamas..

Wednesday, November 10, 2010

Kementerian Sukan Lantik P/MSN Haram Di K'tan.


SUKAN

KL 10 NOV 10: Kerajaan Kelantan mendakwa pelantikan pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan selama ini adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ab Fattah Mahmood (Gambar) berkata antara peruntukan itu, Kementerian Belia dan Sukan perlu berbincang dengan Menteri Besar Kelantan terlebih dahulu sebelum melantik pengerusi MSN itu.

"Kementerian Belia dan Sukan melalui menteri perlu mengadakan perbincangan untuk melantik pengerusi (MSN) tetapi kementerian tidak pernah berbuat demikan (mengadakan perbincangan).

"...dan dengan itu saya boleh katakan pengerusi yang dilantik ini adalah pengerusi haram (tidak sah) kerana ketidakpatuhan perkara ini," katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Limbongan) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi MSN Kelantan ketika ini adalah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga timbalan presiden persatuan bola sepak Kelantan dan ketua Umno bahagian Machang. Ab Fattah berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk memilih dan melantik pengarah MSN kerana terpulang pada pihak kementerian dan MSN sendiri.

Sementara itu beliau meminta agar semua pihak tidak mempolitikkan industri sukan negeri ini kerana ia tidak memberi kebaikan kepada semua pihak. "Tidak benar dakwaan kerajaan tidak menepati janji untuk diberikan kepada MSN terutamanya dalam membangunkan sukan negeri ini," katanya. (Sumber Berita, BERNAMA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa Kementerian Belia dan Sukan buat begitu.. main kayu tiga? Hanya kerana PAS parti Islam. Mereka takut bila PAS cuba buktikan Islam mampu membangunkan rohani dan jasmani insan, walaupun melalui sukan. Ertinya sukan pun diIslamkan..

Nganggur K'tan Paling Rendah. Mampu Bayar Gaji Penganggur?


KL, 10 Nov 10: Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh jabatan itu, bilangan dan kadar pengangguran mengikut negeri, untuk Suku Tahun Pertama 2009 (Q1 2009), Kelantan berada di tempat terbaik iaitu 11,300 sahaja penduduknya menganggur. Ia diikuti oleh Melaka (2.5 peratus seramai 7,300 penduduk menganggur), Pulau Pinang (2.6 peratus, 18,300 penganggur) dan Pahang (3.0 peratus 18,600 penganggur).

Negeri yang paling tinggi kadar pengangguran di negara ini adalah Sabah dan Labuan iaitu 6.1 peratus di mana 85,000 penduduknya menganggur. Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Kerana itu, kata dakwaan itu, ramai rakyat Kelantan bekerja di luar dari negeri itu.
Sementara itu, mengikut satu blog, Malaysia Wave, yang mendedahkan data ini, beberapa blogger kenalan penulisnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari pekerjaan di Kelantan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya di Kelantan pengangguran paling rendah di Malaysia. Kalau begitu, memang pemimpin PAS Kelantan layak perintah Malaysia. Melihat kepada kejayaan Kelantan dalam Projek Ladang Rakyat, membayar wang kepada pengusaha-pengusaha, maka tidak mustahil pemimpim PAS mampu membayar wang kepada penganggur-penganggur pula, seperti yang berlaku di negara barat.

Tidak mustahil, berilah peluang PAS perintah Malaysia. Marilah kita sama-sama berdoa, supaya Islam dapat memerintah di Malaysia. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails