Monday, November 08, 2010

Kisah Cinta 2 Ekor Mengkarung

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

INI adalah sebuah kisah benar. Terjadi di Jepun. Mengkarung, bengkarung atau cengkarung ialah nama sejenis binatang seperti cicak, tetapi lebih besar dan biasanya berwarna hijau, perang atau kelabu serta bersisik badannya dalam famili Scincidae, dalam order Squamata. Terdapat lebih 1,200 jenis spesies mengkarung.

Ketika sedang merenovasi sebuah rumah di Jepun, seseorang cuba meruntuhkan tembuknya. Biasanya, rumah di Jepun memiliki ruang kosong diantara tembuk yang dibuat dari kayu. Ketika tembok mulai runtuh, dia bertemu seekor mengkarung. Mengkarung yang terperangkap diantara ruang kosong itu, kerana kakinya melekat pada sebuah paku.

Dia merasa hiba dan kasihan apabila melihat betul-betul paku itu. Ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu mula-mula dibina. Kaki mengkarung itu tidak dapat dipisahkan dan sentiasa melekat di situ selama masa itu. Apa yang terjadi? Fikirnya. Bagaimana mengkarung itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun?

Dalam gelap, tidak bebas bergerak sedikitpun. Mustahil, tidak masuk akal, bagaimana binatang itu boleh hidup? Dia makan apa selama 10 tahun? Manusia yang boleh berfikir itu menghentikan pekerjaannya. Direnung lagi, Diulang-ulang kata-kata.. dia makan apa ya, boleh hidup sampai 10 tahun!

Tiba-tiba muncul seekor mengkarung lain, tidak tahu dari mana datangnya, ada makanan di mulutnya. Astaghfirullah! Maha Suci Allah. Terharu manusia ini melihat binatang itu, bergenang air matanya. Ternyata ada seekor mengkarung lain yang selalu memperhatikan mengkarung yang terperangkap itu selama 10 tahun itu.

Oh. Sungguh, inilah sebuah cinta…Cinta yang indah. Cinta yang tercipta pada haiwan yang kecil seperti dua ekor mengkarung itu. Apa yang dapat diciptakan oleh cinta? Tentu saja sebuah keajaiban. Bayangkan, mengkarung itu tidak pernah menyerah kalah dalam hal rezeki. Mengkarung yang pasrah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Ya, ulat dalam batu pun ada kehidupannya.

Bayangkan bagaimana haiwan kecil kerdill itu dapat memiliki kurniaan mengkagumkan dari Yang Maha Agung! Bahagialah bagi sesiapa yang mampu mengungkapkan rahsiaNya. Allahu Akbar!

Kisah-kisah cinta sebelum ini...

---------------------

Lihat sebelum ini siri UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG...

Bab I

Bab II

2 comments:

JBS said...

Tuan Sheikh. Mengkarung jenis apa yang jangka hayatnya sampai 10 tahun tu?

Ibnu Hasyim said...

Saya tak tahu. Saya cuma kutip cerita ini dari blog luar negara.

Terima kasih komen anda. Saya pun tak terfikir begitu. Ha ha ha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails