Tuesday, September 21, 2010

Harimau Himalaya Dalam Salji

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Sebuah kamera tersembunyi Perbadanan Penyiaran British menunjukkan seekor harimau berjalan di satu denai sempit di banjaran Himalaya.

LONDON - Beberapa ekor harimau Bengal ditemui hidup di banjaran Himalaya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelibat haiwan itu dilihat menerusi rakaman beberapa buah kamera yang dipasang pada pokok dan lurah sempit pada ketinggian 3,969 meter dari paras laut di banjaran tersebut di Bhutan.

Rakaman itu dipasang oleh satu pasukan Unit Sejarah Semula Jadi Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam satu ekspedisi enam minggu.

Seorang jurukamera hidupan liar, Gordon Buchanan berkata, dia menitiskan air mata apabila melihat buat kali pertama rakaman kamera itu yang menunjukkan seekor harimau berjalan di kawasan yang dipenuhi salji. - Agensi

Lihat siri 'Ungkap Rahsia Yang Maha Agung'.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails