Saturday, April 24, 2010

PAKATAN Menang! Lihat Kajiselidik Ini Pula..


H/S'NGOR, 24 April — Selepas kempen lapan hari, Datuk Zaid Ibrahim dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk mengekalkan kerusi Hulu Selangor yang dimenangi Pakatan Rakyat dua tahun lalu. Pungutan suara kendalian The Malaysian Insider di Hulu Selangor menunjukkan Zaid berada di depan dengan 49 peratus sokongan berbanding lawannya P. Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN).

Populariti Kamalanathan di kalangan pengundi adalah dalam lingkungan 40 peratus. Kira-kira 11 peratus pengundi kelihatan masih belum membuat keputusan dengan menjawab soalan “tidak pasti.” Kadar populariti itu diperoleh apabila responden ditanya siapakah calon pilihan mereka apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor esok.

Hasil tinjauan The Malaysian Insider juga mendapati di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Zaid memperoleh 70 peratus undi sementara Kamalanathan pula 30 peratus. Di DUN Kuala Kubu Baru, Zaid memperoleh 45 peratus sementara Kamalanathan pula 30 peratus sementara 25 peratus lagi masih belum membuat keputusan.

Sementara di Hulu Bernam pula, pengundi memilih Kamalanathan dengan 55 peratus undi manakala Zaid 35 undi dan selebihnya masih belum membuat keputusan. The Malaysian Insider mendapati pengundi Cina (14 peratus) dan India (12 peratus) cenderung untuk memilih Zaid berbanding pengundi Melayu (23 peratus).

Sementara itu, Kamalanathan lebih digemari pengundi Melayu apabila 27 peratus memilih beliau untuk memenangi pilihan raya ini sementara pengundi Cina sebanyak lima peratus dan pengundi India sebanyak lapan peratus. Kawasan Parlimen Hulu Selangor itu mempunyai 64,500 pengundi dengan terdiri daripada DUN Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Tinjauan dilakukan hari ini ketika pemimpin-pemimpin kanan BN dan Pakatan Rakyat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkerja keras menemui pengundi awal pagi ini sehingga tengah malam ini.

Daripada sejumlah pengundi yang ditemui di kesemua kerusi DUN dalam Parlimen Hulu Selangor membabitkan komposisi kaum, seramai 85 peratus pernah mengundi pada pilihan raya umum 2008. Seratus peratus responden berkata mereka akan keluar mengundi esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya menjangkakan peratusan keluar mengundi 80 peratus. Ini pilihan raya kecil pertama di Selangor sejak MaC 2008. The Malaysian Insider menjalankan kajian rawak ini ketika muncul pelbagai pandangan bahawa BN dan Pakatan Rakyat masing-masing akan menang.

Ada yang meletakkan 52 peratus untuk BN dan ada juga meletakkan 53 peratus untuk calon Pakatan Rakyat. Ketika ditanya secara individu mengapa mereka sesebuah parti dan calon, pengundi di DUN Batang Kali Rosli Nawawi, 58, berkata: “Saya sebenarnya tidak kisah untuk pilih siapa yang penting calon itu adalah orang Melayu.”

“Jadi sekarang saya akan memberikan sokongan kepada PKR kerana selain faktor calon itu Melayu saya lihat beliau mempunyai potensi untuk menjadi wakil rakyat yang berwibawa,” katanya.

Seorang lagi calon, Shamsuddin Salleh, 70 pula memberitahu, “saya lihat Kamalanathan mempunyai aura yang begitu tinggi sekali kerana beliau seorang anak muda yang bersemangat.”

“Beliau juga seorang yang berpendidikan tinggi serta berkebolehan bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu.

“Tidak salah sekiranya beliau diberikan satu peluang untuk membuktikan bahawa beliau mampu membawa perubahan kepada Hulu Selangor,” katanya.

Selvan Nagapan, 35, juga dari Batang Kali berkata, “sudah tentu saya akan memberikan sokongan kepada PKR kerana parti itu telah banyak membantu pengundi-pengundi di sini.”

“Walaupun baru dua tahun memerintah tetapi mereka telah membuktikan bahawa mereka juga mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Pengundi Parabha Hoiti, 60, juga dari Batang Kali pula memberitahu, sebelum ini dia memang sokong BN tapi kini saya akan menyokong PKR pula kerana mereka lebih peka dengan masalah rakyat berbanding BN.”

Dalam pada itu, pengundi di DUN Kuala Kubu Baru, Lechuman Mariapan, 50, yang akan mengundi kali ketiga berkata, “bagi saya sebagai rakyat sudah menjadi kewajiban untuk mengundi bagi memilih calon yang akan mewakili rakyat.

“Oleh itu, saya memberikan sokongan PKR kerana sepanjang dua tahun memerintah Selangor banyak perubahan telah dilakukan.

“Jadi apa salahnya sekiranya memberikan satu lagi peluang kepada mereka,” katanya.

Ahchoon, 48, juga dari kawasan yang sama memberitahu, “dulu saya sokong BN tapi kini PKR kerana yakin dengan kepimpinan PKR yang dapat menyelesaikan masalah rakyat selain membawa perubahan besar.”

Ganesan Muhisamy, 54, berpendapat, “sepanjang dua tahun memerintah Selangor, PKR telah banyak membantu masalah rakyat selain banyak perubahan dilakukan.”

“Saya melihat calon PKR adalah seorang individu yang boleh buat kerja selain peka dengan masalah rakyat,” katanya.

Pun begitu, Wong Swee Choy, 48, mempunyai pandangan yang berlainan.

“Saya berfikiran ringkas, saya pilih pemimpin yang dapat member bantuan kepada kita.

“Dulu saya ahli PKR, tetapi disebabkan saya tidak diberi layanan yang baik ke atas usaha yang saya sumbangkan, saya keluarlah parti.

“Sekarang, saya sokong BN sebab saya terima bantuan mereka dan mereka memberi elaun bulanan kepada saya,” katanya.

Salah seorang pengundi di Hulu Bernam, Abdullah Mahmud, 73, berkata, “saya sudah lama sokong BN dan sudah pasti akan mengundi untuk mereka esok.”

“Lagipun calon yang dipilih memang bagus dan juga berpendidikan tinggi,” katanya.

Rosnani Sarip, 38, memberitahu, “sejak dulu saya memang sokong BN kerana mereka telah lakukan banyak perubahan kepada rakyat dan negara.

“PKR masih baru dan saya lihat mereka tidak berkemampuan untuk memimpin negara berbanding BN,” katanya.

Seorang pengundi muda, Nurul Salwa Ibrahim, 28, akan memberi peluang kepada PKR untuk membuktikan bahawa mereka mampu membawa satu perubahan yang besar kepada rakyat.

“Selain itu, sejak memerintah dua tahun lalu PKR telah melakukan banyak perkara untuk rakyat,” katanya. Demikian menurut The Malaysian Insider.

Sementara itu, menurut semakan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan: 10:00 pagi - BN 47.6% PR 52.4% 11:00 pagi - BN 49.4% PR 50.6% 12:00 tengah hari - BN 50.2% PR 49.8% 1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7% 2:00 petang - BN 47.2% PR 52.8%

Sebelum ini..

Akhirnya, 4 Pesanan NiK Aziz Kepada Pengundi H/S'ngor.

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS.




ASSALAMU'ALAIKUM warahmatullahi wa barakatuh, dan Salam Sejahtera.


Firman Allah SWT (al-An'am 6:162),




Maksudnya, "Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Sesungguhnya, segala puji-pujian yang tidak terhingga kepada Allah Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Puji-pujian juga yang teramat tinggi kepada Nabi Muhammad Pesuruh Allah, Nabi pengakhir zaman. Didoakan kepada semua pengundi bagi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor berada di dalam keselamatan dan kesejahteraan hendak-Nya. Tuan-puan, dan saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan musim kempen pilihan raya ini, sukacita saya mengingatkan diri saya dan menyampaikan ingatan sama kepada sidang pengundi sekalian yang bakal mengundi pada hari Ahad, 25 April 2010 nanti. Jadilah ingatan ini sebagai panduan utama untuk sidang pengundi sekalian menjadi seorang yang berhak mengundi, menunaikan tanggungjawab mengundi dan memangkah kertas undi dengan pasangkan niat , "sesungguhnya aku mengundi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat."

Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Perkara pertama kita kena tahu, betapa Umno telah menghancurkan simbol Bulan Bintang yang dipakai oleh PAS pada tahun 1971. Sedangkan pada PAS, Bulan Bintang itu mempunyai makna yang besar dari segi mendidik rakyat kepada cara hidup beragama.

Pertama, Bulan Bintang itu dipakai di atas menara masjid-masjid –– rumah Allah Tuhan yang Maha Kuasa.
Kedua, Bulan Bintang adalah simbol bagi PAS untuk menghidup dan menghayati serta melaksanakan falsafah hidup beragama (muslim sejati) berteraskan doa iftitah yang selalu dibaca ketika permulaan sembahyang.

Doa yang dimaksudkan ialah "sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi 'alami)." Oleh sebab itu, melalui simbol Bulan Bintang apabila dilihatnya, maknanya seseorang diajak untuk mengingati tanggungjawab beragama –– sembahyang dan beribadat, serta memikirkan soal hidup dan mati.
Dengan cara itu, harapan PAS supaya rakyat sentiasa berada di dalam kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Akibat daripada larangan penggunaan simbol Bulan Bintang itulah dapat dilihat hari ini, bila mana rakyat hari ini begitu bercelaru amalan hidupnya –– terbabit dengan segala amalan maksiat dan kerosakan akhlak serta berlaku amalan hidup yang berlawanan dengan apa yang ucapkan di dalam solat. Di samping berlaku tingkah laku yang di luar daripada sifat kemanusiaan seperti membuang bayi dan pembunuhan sesama insan.

Perkara kedua yang perlu diingati ialah tindakan pemimpin Umno yang telah menghapuskan penggunaan tulisan jawi. Tulisan jawi juga dihapuskan dalam pendidikan di sekolah. Ia berlaku zaman Almarhum Khir Johari, menghapuskan pengajaran dan penggunaan tulisan jawi itu. Kesannya ramai orang Melayu, khususnya generasi sekarang tidak pandai membaca dan menulis jawi. Sedangkan jawi adalah tulisan dan bahasa al-Quran, dan ia adalah warisan ilmu orang Melayu zaman berzaman.

Maka, ia bukan sekadar menghapuskan budaya ilmu yang menjadi medium pendidikan utama orang Melayu, malah orang Melayu kini amat dangkal dengan pengetahuan al-Quran kerana mereka sudah tidak pandai membaca al-Quran. Inilah bahananya dasar Umno. Rakyat kena persoalkan, kemana Umno nak bawa rakyat. Nak kata Umno nak bawa ke jalan agama, jelas Umno sudah buat banyak perkara yang bercanggah dengan kehendak Islam seperti melarang guna Bulan Bintang dan tulisan jawi. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Pekara ketiga, layak juga dipersoalkan kepada pemimpin Umno, apakah tujuan sebenar Umno lawan sangat PAS ini? Sedangkan PAS sudah diakui sebagai parti yang berjuang untuk Islam, demi untuk melaksanakan pentadbiran dan mengamalkan sistem masyarakat Islam di Negara ini. Boleh jadi, Umno lawan PAS atas dasar demokrasi. Jika begitu, kaedah demokrasi sebenarnya mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak. Apabila bertanding dalam pilihan raya, hendaklah mengamalkan pilihan raya yang adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

Jika PAS menang, kena terima itu mandat rakyat dan perlu dihormati. Persoalannya, apa pasal pula Umno begitu gah kononnya berjuang ikut demokrasi, tetapi prinsip demokrasi tidak sedikit pun dipatuhi? Tengok saja atas isu wang royalti petroleum. Sekian lama negeri Terengganu di bawah kuasa BN, royalti minyak dibayar kepada kerajaan negeri . Tetapi bila saja PAS menang di Terengganu tahun 1999, setahun selepas itu royalti sudah ditarik dan ditukar pula kepada wang ihsan. Itupun sudah tidak diberi kepada kerajaan negeri. Ia disalur terus kepada Umno bahagian.

Semuanya adalah bukti Umno sendiri tidak hormat, malah melakukan perkara yang bercanggah dengan prinsip demokrasi. Benarlah Umno yang mendakwa berpegang dengan prinsip demokrasi, hakikatnya Umno tidak mematuhi prinsip demokrasi. Cuba kita renungkan sedikit, bagaimana Islam pula mengajar umatnya berjuang. Sesungguhnya Islam adalah lebih bertamadun berbanding demokrasi, kerana demokrasi tidak mengajar soal dunia dan akhirat.

Namun, Islam dikatakan lebih bertamadun kerana mengajar kita dengan prinsip bahawa 'apa saja yang kita perjuangkan, semuanya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat.' Prinsip seumpama ini adalah selari dengan prinsip 'sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku, semuanya kerana Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.' Barang ini (prinsip ini) tidak ada dalam perjuangan Umno. Sebab itulah kita berani katakan bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan sekular.

Lebih-lebih lagi, Umno dilihat lebih mengutamakan pembangunan berteraskan kebendaan semata-mata. Maka, tidak ada bezanya perjuangan Umno itu dengan perjuangan parti politik di Barat yang mementingkan pembangunan dan kemajuan semata-mata. Sebab itulah, perjuangan Umno mengasingkan prinsip agama dengan politik. Maka jadilah Umno sebagai parti sekular, iaitu sebuah parti yang mengamalkan politik suku, agama suku. Ia memberi makna, semacam kerja politik tiada kaitan dengan dosa dan pahala lagi.

Sebab itulah ada pemimpin Umno berani melakukan segala amalan politik yang bercanggah dengan ajaran agama. Mereka mengamalkan politik wang, politik ugut dan politik paksa. Sedangkan kesemuanya itu bercanggah dengan ajaran Islam dan dilarang keras oleh Nabi Muhammad SAW. Tuan-puan, dan saudara-saudari sidang pengundi yang dikasihi sekalian.

(Akhirnya), perkara keempat mengenai perjuangan Umno ialah amalan salah Umno yang sentiasa mengasing-asingkan rakyat dengan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum. Akibat amalan salah Umno itu, akhirnya orang Melayu dibeza-bezakan dengan bukan Melayu. Dan paling salah membeza-bezakan antara Melayu yang sokong Umno sebagai Melayu-Umno dan yang sokong PAS sebagai Melayu-PAS. Kemudian berlaku pula pengasingan antara hak Melayu dengan hak bukan-Melayu, diikuti pula hak Melayu-Umno dengan hak Melayu-PAS.

Paling teruk juga, orang Melayu-PAS telah dibeza-bezakan dari segi jawatan dan kenaikan pangkat, subsidi dan bantuan, dan hak-hak antara negeri diperintah Umno-BN dengan negeri diperintah PAS-Pakatan Rakyat. Seperti juga berlaku pada akhir-akhir ini, bila mana persoalan wang royalti petroleum untuk Kelantan sendiri tidak diberikan kepada kerajaan negeri, sedangkan kepada kerajan negeri Sabah dan Sarawak terus diberi. Apa yang berlaku, 'royalti' ditukar kepada 'ihsan' dan pemberian ihsan pula adalah kepada Umno bahagian.


Demikianlah, buruknya amalan membeza-bezakan itu. Ia telah mendera rakyat Kelantan, kerana kerajaan negeri Kelantan hari ini adalah dipilih atas hak dan kehendak rakyat. Amalan Umno sebegitu telah menepikan langsung nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Sekaligus bertentangan dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun adalah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS.

Oleh itu, kembalilah kita kepada ajaran Islam dan mengamalkan cara hidup beragama. Sesungguhnya sistem Islam adalah benar dan adil untuk semua kaum. Ingatlah, firman Allah (surah Ali-Imran 3:102-103),



Bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai ."

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Menolak perjuangan Umno sudah pasti membebaskan diri kita daripada segala-gala amalan salah.

Sehubungan itu, saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi Hulu Selangor yang budiman lagi bijaksana, undilah calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dari parti KeADILan. Saya penuh yakin dan percaya di atas pengalamannya selaku bekas ahli parlimen dan menteri kabinet, sesungguhnya beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk membela dan menunaikan harapan rakyat di parlimen Hulu Selangor.

Keluarlah mengundi beramai-ramai, jangan hiraukan ugutan Umno-BN dan selamat mengundi. Semuga tuan-puan, dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Harapan Baru Malaysia"


*** PAS UNTUK SEMUA ***

Sekian.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Mursyidul Am PAS.

Malaysiakini Lapor Nik Aziz Kurang Berjaya.


APR 24. MALAYSIAKINI melaporkan, tidak seperti dijangka, kehadiran menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat kurang berjaya merancakkan sokongan masyarakat Melayu di Hulu Selangor terhadap calon PKR. Hanya sekitar 400 orang hadir ketika Nik Abdul Aziz merasmikan program Konvensyen Anak Felda di rancangan Felda Sungai Tengi hari ini.

Beliau juga hadir untuk menyelamatkan Datuk Zaid Ibrahim, calon PKR daripada serangan berbentuk peribadi yang dilancarkan BN hinggalah ke saat akhir kempen hari ini. Program hari ini, yang menyediakan pentas ucapan kepada Nik Abdul Aziz, berkenaan diuar-uarkan sebagai satu saluran untuk menarik sehingga enam peratus lagi sokongan daripada golongan pengundi muda di kawasan tersebut.

Tinjauan Malaysiakini ke atas beberapa orang pengundi bagaimanapun menunjukkan Nik Abdul Aziz gagal memainkan peranan itu. Pengamatan Malaysiakini menunjukkan, Nik Abdul Aziz turut mengupas isu pengambilan arak dan judi, seperti yang didakwa ke atas Zaid oleh BN.

Namun, beliau dilihat lebih berusaha untuk 'menyelamatkan' PAS daripada dikaitkan dengan isu tersebut. Katanya, tidak ada masalah untuk Pakatan Rakyat bergabung atas dasar persefahaman ideologi.

Sebelum ini PAS menjangkakan akan meraih sehingga 60 peratus undi daripada kawasan majoriti Melayu ini. Kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan dalam pilihan raya kecil kali ini untuk meraih 66.4 peratus pengundi Melayu daripada keseluruhan kira-kira 17,400 orang pengundi.

Dua DUN lain dalam kawasan parlimen Hulu Bernam mempunyai 30.4 pengundi Melayu di Kuala Kubu Bharu dan 58.5 peratus di Batang Kali. Namun kawasan Hulu Bernam menjadi taruhan utama kerana didiami golongan peneroka di empat kawasan rancangan Felda.

Pemilihan Zaid yang dikenali dengan buku "Saya juga Melayu" itu bagaimanapun mungkin memberi kelebihan kepada PKR. Beberapa poster dan kain rentang yang dikesan di kawasan ini menunjukkan sebahagian daripada pengundi Melayu akan mengundi berdasarkan pilihan kaum.

Komen Blog Ibnu Hasyim: ' ..beliau (Nik Aziz) dilihat lebih berusaha untuk 'menyelamatkan' PAS daripada dikaitkan dengan isu tersebut.' Untungkah Pakatan dengan laporan seperti ini, apalagi di saat besok pilihn raya? (AK)

Minum Arak UMNO, Rapat PAS Tak Minum Lagi -Nik Aziz




BATANG KALI, 24 April — Tinggal kurang enam jam sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi kawasan ini termasuk 300 warga Kelantan mengundi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, esok.

Kata Nik Aziz, pengundi-pengundi wajar memberikan sokongan Zaid kerana yakin terhadap kepimpinannya sebagai seorang yang berprinsip. “Beliau seorang yang sanggup meletakkan jawatan kerana prinsip... mana ada menteri yang sanggup meletakkan jawatan,” kata Menteri Besar Kelantan ini ketika berucap di hadapan penyokong PAS di Batang Kali, petang ini.

Majlis ini diadakan untuk pengundi-pengundi dari Kelantan. Bagaimanapun hampir 3,000 orang termasuk pengundi tempatan hadir untuk mendengar ucapan Nik Aziz — persinggahan kedua terakhir hari ini. Malam ini beliau akan berucap di stadium mini Kuala Kubu Baru bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz memberitahu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Zaid kerana bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu adalah kelahiran Kelantan yang tahu 'soal halal haram.' “Dulu dia minum arak masa dalam Umno, bila rapat dengan PAS sudah tak minum arak,” kata beliau.

Zaid menyertai PKR awal tahun lalu selepas dipecat Umno akhir 2008. Zaid yang diturunkan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor berhadapan dengan serangan peribadi beliau seorang kaki sosial termasuk minum arak. Umno-BN menggunakan isu itu sebagai bahan kempen.

Awal minggu ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah. Dalam ucapannya beliau juga menyentuh soal mengapa PAS harus menjalin kerjasama bersama DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Rakyat.

Sebab itu kata Nik Aziz, beliau banyak kali menolak kerajaan perpaduan antara PAS-Umno termasuk ketika Muktamar PAS 2008 dan 2009. “Dulu (1960-an) dia letih (BN dalam suasana sukar) panggil kita, tetapi selepas itu ketepikan kita.

“Sekarang dia letih balik, hilang beberapa negeri, dia (BN) panggil kita balik, mana boleh? Tidak!” katanya. (AK)

PR 51.7%. BN 48.3% Setakat Ini -Kajian Zentrum UM







H/S'ngor Apr 24 10:
PERTEMBUNGAN antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit. Hingga kini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat. Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok. Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan. Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Siapa?


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus. Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus. Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan. Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR. Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Faktor Pencorak

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang. Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

Mursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor. Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi. (AK)

Agenda Hari Ini. Jom Ramai-ramai!

Kesian, puteri-puteri ini... Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan (kiri) bersalaman dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada majlis Sarapan 1Malaysia sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang hari ini. Kamalanathan akan berdepan dengan calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dalam pilhan raya kecil yang akan diadakan esok. - Foto BERNAMA
Usul pindah pengundi ditolak

Calon BN Tak Mungkin Suarakan Hasrat Rakyat... -Kit Siang

H/S'NGOR, 24 April: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan komitmen membantu calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sebagaimana yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur pula berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh Nik Aziz bersama para pemimpin DAP, PAS dan PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kali ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat jauh lebih menghayati konsep kepelbagaian kaum dalam konteks Malaysia.

Berbeza dengan BN, beliau berkata Umno dilihat bersikap hegemoni sebagaimana yang dapat disaksikan dalam Dewan Rakyat kelmarin.

"Apa yang berlaku dalam Parlimen semalam, dalam isu memangsakan (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim (di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) di mana empat Ahli Parlimen berbicara untuk BN dan Pakatan Rakyat.

“Mewakili Pakatan Rakyat, selain Anwar sendiri, Azmin mewakili Perti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mahfuz Omar mewakili PAS dan saya mewakili DAP, kita cakap bagi pihak Pakatan Rakyat," ujarnya pada sidang media di Rumah Tamu Kuala Kubu Baru, malam tadi.

Tuntas dari hegemoni Umno itu, sekiranya P. Kamalanathan dipilih menjadi ahli parlimen, beliau berkata, calon MIC tersebut tidak mungkin boleh menyuarakan hasrat serta harapan sebenar rakyat Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai sidang media itu ialah Tuan Guru Nik Aziz, Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Zaid. (AK)

Kit Siang's '8 dalils' why MCA members should snub BN on Sunday

Saturday, April 24, 2010 -Kit Siang's '8 dalils' why MCA members should snub BN on Sunday Sabahdaily.

With 24 hours before Hulu Selangor voters go to the polls, DAP veteran Lim Kit Siang (pic) has urged the 8,000 MCA members in the constituency to teach the uMNO leadership "a severe lesson" by voting for the PKR candidate Zaid Ibrahim.

Lim, who said Barisan Nasional appeared to be in the lead due to a vile campaign of character assasination and a difficulty of voters in outlying areas to access alternative information, said he still believed Zaid stood a chance provided "campaigners from PKR, PAS and DAP make a supreme effort to get every possible voter out to the polling stations on Sunday".

Lim said unlike the election in 2008, the 63% of Chinese voters in Hulu Selangor who voted for the late PKR candidate Zainal Abidin would not be able to ensure a victory against the BN this time aroun.

Saying the figure should rise to "80–85%", Lim said the 8,000 MCA members there could make the difference.

"I call on the 8,000 MCA members in Hulu Selangor to reject the BN candidate and to teach the MCA and UMNO leaderships a severe lesson by voting for the PR candidate, Datuk Zaid Ibrahim on Sunday," he said, and gave eight reasons why they should vote against BN, a move Lim said would be welcomed by millions of MCA members nationwide.

Among them, Lim said Pakatan Rakyat had displayed the real spirit of "1-Malaysia" especially during Thursday's debate on the Apco controversy in parliament, in which PKR, DAP and PAS represented Pakatan Rakyat, whereas only UMNO represented the BN speakers.

"One important message of the March 8 'political tsunami' of the 2008 general elections was public anger and rejection of UMNO political hegemony at the expense of the relevance of MCA, Gerakan, MIC, SUPP and other Sarawak/Sabah BN component parties," Lim reminded the MCA vote-bank.

The other seven reasons are:
-the government's move to increase three-fold the fines for traffic offences as proposed by Ong Tee Keat, the Transport Minister from MCA;
-the failure of MCA leaders to censure deputy prime minister over his declaration that his race comes first before his country;
-the long-delayed citizenship problem affecting thousands of people throughout the country as proven by press reports showing the Home Minister Hishamuddin Hussein who resolved the citizenship woes of a senior citizen who waited for 50 years to become a Malaysian;
-the silence by MCA leadership to the emergence of Perkasa;
-the government's refusal to build Chinese primary schools except during elections;
-the refusal to recognise United Examination Certificate (UEC) when all top universities in the world recognise it; and
-the resignation of Joshua Wong, the producer of ntv7 talk show “Editor’s Time”, over censorship of the programme involving the Prime Minister’s wife Rosmah Mansor. (AK)

Tamrin Ghafar Baba Pula 'Bersama' Pakatan.


APRIL 24, 10: Ramai yang terkejut dengan kehadiran anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba ke pentas PKR bersama ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam. Dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Felda Sungai Buaya, Tamrin, anak tokoh besar Umno itu tidak berceramah, sebaliknya duduk di atas pentas bersama pemimpin lain gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, kehadirannya dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh Pakatan apabila Anwar sendiri memperkenal dan memuji kehadiran Tamrin bagi “bersama-sama” mereka dalam ucapannya.

“Ini kawan lama waktu kami dalam Umno dulu... waktu (dalam Umno) dulu-dulu,” katanya kepada lebih 5,000 pengunjung dalam ceramah di kawasan kubu kuat BN. Tamrin yang kemudiannya bangun dan tunduk sedikit kepada penyokong Pakatan mendapat tepukan bergemuruh.

Bapa beliau, Tun Ghafar – yang mendapat jolokan 'ahli Umno yang setia' - sebelum ini pernah pernah mempunyai hubungan yang 'tegang' dengan Anwar apabila dicabar pengasas Angkatan Beliau Islam Malaysia (Abim) itu bagi merebut kerusi timbalan presiden Umno lama dahulu. Ghafar yang mempunya rekod tanpa kalah – sama ada dalam pilihan raya atau pemilihan parti – bagaimanapun menarik diri apabila Anwar yang mendominasi pencalonan bertanding yang jauh melebihinya.

Turut berceramah malam semalam ialah Naib Presiden PKR Azmin Ali, Setiausaha Agung Saifudddin Nasution. Musryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turun pertama kali ke Hulu Selangor malam semalam bagaimanapun gagal turut serta, difahamkan disebabkan keletihan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, ketika terdapat segelintir pemimpin PKR yang melompat, kehadiran Tamrin mampu memberikan tamparan balas kepada BN. “Kehadirannya malam ini membawa satu mesej, di sebalik tindakan keluar parti daripada beberapa pemimpin sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita ceramah selepas tamatnya ceramah tengah malam tadi.

Menjawab soalan, ahi parlimen Machang itu berkata, kehadiran Tamrin tidak dirancang, sebaliknya ia merupakan hasratnya sendiri. “Kamu boleh tengok sendiri. Dia datang sendiri, dia balik pun sendiri. Tiada yang ambil, tiada yang hantar. Tiada sebarang sambutan bunga manggar,” jelas Saifuddin.

Ditanya sama ada Tamrin telah menyertai parti, setiausaha agung PKR itu berkata, perkara itu hanyalah “formaliti semata-mata”.

“Saya belum semak rekod di pejabat (setiausaha agung),” katanya.

Usaha pemberita mendapatkan ulasan Tamrin selepas ceramah bagaimanapun gagal apabila beliau terus bergegas pulang selepas tamat ceramah.

Dalam ceramah tersebut juga, bekas ahli parlimen Sungai Besi daripada MCA Farn Seong Than (dipilih pada 1974) turut hadir menyatakan sokongan. Terdapat juga penyerahan borang keahlian daripada 20 ahli jawatankuasa Pemuda Umno Telok Kemang, Bagan Pinang.

Bercakap kepada pemberita, Farn berkata keluar daripada MCA kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan baru parti Cina itu selepas Datuk SeriDr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden yang baru. (AK)

Nik Aziz Datang Bertongkat.. "Sedarkan Pemimpin UMNO Melalui... "


APRIL 24, HULU S'NGOR: Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu. Penyelamatnya itu hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat."(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad. "Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

"Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya. Wan Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

"(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan."Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.

Sementara itu, tvselangor.com memetik ulama berkenaan secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno. Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran

tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim. Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan. "Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim. "Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.(AK)

Zahid Dicabar Buktikan Khutbah Jumaat Hasan Ali Tidak Sah?

Bernama: Khutbah Berbaur Politik: Hassan Ali Hina Sultan.

HULU SELANGOR Jumaat April 23, 2010: : Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa hari ini sebagai menderhaka kepada titah Sultan.

Ahmad Zahid berkata, Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan.

"Dr Hassan Ali adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama. Beliau sepatutnya mematuhi apa yang dititahkan oleh tuanku Sultan. Bukan menyanggah apa yang dititahkan.

"Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat untuk berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan pelancaran Kad Pintar PLKN di Kem PLK NPelangi Hill Resort di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri itu yang didakwa menyampaikan khutbah berunsur politik sehingga terlupa membaca selawat nabi ketika menjadi khatib di masjid itu.

Ahmad Zahid berkata, kejadian terlupa membaca selawat nabi yang juga merupakan rukun khutbah perlu dijadikan iktibar kerana ia mungkin berlaku akibat keangkuhan mereka untuk terus berkuasa.

"Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu tidak sah.

"Apa ni...sebabnya kerana Tuhan menguji kerana dia riak dan angkuh. Jadi tuhan alpakan, itulah jadinya," katanya.

Beliau berkata, sudahlah perbuatan itu dikira menderhaka, jemaah masjid itu juga terpaksa menanggung akibat kerana sembahyang mereka dikira tidak sah.

Katanya disebabkan kealpaan tersebut, ramai daripada jemaah terpaksa menggantikannya dengan bersolat Zohor.

Sultan Sharafuddin dalam titah baginda pada Oktober tahun lepas mengingatkan pegawai masjid dan jawatankuasa kariah masjid di negeri Selangor supaya memastikan rumat ibadat itu tidak digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan ummah.

Hari ini baginda mengulangi titah supaya masjid dan surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Mengenai dakwaan pembangkang kedatangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi berkempen di Hulu Selangor bakal merubah fikiran rakyat, khususnya orang Melayu untuk mengundi mereka, Ahmad Zahid berkata beliau tidak fikir kedatangan Mursyidul Am PAS itu berupaya mengubah keadaan sehingga sebegitu rupa.

"Nik Aziz tu siapa, malaikat ka. Dia datang saja boleh mengubah (fikiran) orang. Saya tak fikir begitu. Dia mana boleh mengubah pemikiran orang, tak adalah. Jangan percaya kata dia. Dia bukan malaikat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana apa yang lebih utama adalah mereka perlu memikirkan pembangunan yang akan diberikan sekiranya mengundi Barisan Nasional (BN).

Menurut kaji selidik terbaru yang dikeluarkan oleh Ilham Centre, kajian mendapati pengundi Melayu berpendapat BN akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini. - BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Blog ini mencabar Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya membuktikan bacaan khutbah Jumaat (April 23) oleh Hassan Ali, tiada rukun khutbah dan tidak sah, seperti yang dilaporkan BERNAMA di atas. Kalau tidak sah mengapa JAIS diam? (2MA)

Tak Boleh Bertumbuk Dia Jelir Lidah - Nik Aziz


APR 23, 10 HULU S'NGOR: MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidulam PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya."Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.JAIS ditempelak Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu. Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik. Dia bercakap di masjid. Itu juga ucapan politik!

Lihat Khutbah Jumaat Jais 23 April.. http://www.jais.gov.my/khutbah/2010/april/khutbahjumaat%28rumi%2923042010.pdf

Takkanlah apa yang disebut dalam khutbah Jumaat itu tiada kena mengena dengan hidupan harian dan politiknegara? Takkan semuanya kisah akhirat yang langsung tiada kaitan dengan dunia yang di dalamnya ada politik??

Mengenai serang peribadi pula.. Bukan tidak boleh serang peribadi, tetapi BN sudah kehabisan modal, sebab itu dia pilih isu serang peribadi Zahid. Dia tak larat bertumbuk dengan hujah, dia jelir lidah (jeber)! (AK)

Friday, April 23, 2010

Iran & Gasolin: Kaji Dulu Sebelum Sekat -Nik Aziz


KOTA BHARU, 23 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan kerajaan Malaysia menyekat jualan gasolin ke Iran dianggap sebagai menyokong Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam itu.

“Ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat orang Yahudi,” katanya pada demontrasi membantah tindakan kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat Israel APCO Worldwide dalam pentadbiran kerajaan di Medan Ilmu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kajian sepatutnya dilakukan terlebih dahulu sebelum menyekat penjualan gas kepada Iran. “Sedangkan kerajaan Iran menjelaskan penggunaan nuklear di negara berkenaan bukan bertujuan peperangan sebaliknya bagi menjana tenaga,” ujarnya.

Beliau juga berkata, apa yang dilakukan Amerika Syarikat ke atas Iran sekarang sama seperti tindakan mereka menceroboh Iraq atas alasan ada senjata pemusnah. Katanya, setelah serangan dilakukan sehingga mengakibatkan ribuan penduduk Iraq mati, senjata pemusnah yang didakwa George Bush palsu semata-mata.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerajaan BN sanggup membayar sehingga hampir RM80 juta kepada APCO yang ada kaitan dengan Yahudi, sebaliknya wang royalti yang menjadi hak Kelantan dinafikan.

”Royalti sebanyak RM2 bilion yang sepatutnya diberi kepada Kelantan tidak diberi. Dan baru-baru ini duit itu diambil tanpa diberi kepada tuannya dan dibahagi kepada pelajar sekolah.

”Ambil duit hak rakyat Kelantan kemudian beri semula kepada pelajar,” katanya merujuk pembahagian wang ihsan kepada pelajar di Machang oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.

Ribuan menyertai demontrasi tersebut selepas selesai kuliah agama mingguan. Dua siri kuliah mingguan sebelum ini diisi penceramah lain memandangkan Menteri Besar mengerjakan umrah. Pelbagai sepanduk dipamerkan orang ramai sebagai membantah tindakan Najib menggunakan khidmat APCO.

Kemuncak kepada demontrasi itu apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz membakar patung pemimpin dan bendera Israel. Biar pun Perdana Menteri menafikan tiada sekatan jualan gasolin Petronas kepada Iran, namun media asing melaporkan arahan itu dibuat sebagai komitmen Datuk Seri Najib Razak sebelum berjumpa Barack Obama. Petronas diarah menamatkan penjualan gas kepada Iran sejak bulan lepas sebagai menyokong sekatan dan tekanan ekonomi yang dikenakan Amerika serta sekutunya terhadap Iran.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Mohamed Daud, Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof, Angkatan Muda Keadilan, wakil-wakil rakyat dan rakyat pelbagai kaum. Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis ekoran tindakan kerajaan menggunakan khidmat APCO. (AK)

Thursday, April 22, 2010

Penerbit ntv7 Letak Jawatan, Campurtangan Isteri PM?


PENERBIT kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan.

Wong (dua dari kanan), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.

Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama rancangan itu ke udara. Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian kedua-dua gabungan itu sejak pilihan raya umum 2008. Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik menjadi sesuatu yang “membahayakan”.

Wong juga mendakwa SMS itu berbaur perkauman dan ia memberi amaran bahawa masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”. Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada ketuannya. Sehubungan itu, pengurusan tertinggi ntv7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak aduan itu, Wong berkata cadangannya selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangan itu juga ditolak. Malah, mereka diberi amaran bahawa rancangan itu akan ditamatkan, jika arahan tiidak dipatuhi. Selain itu, Wong berkata cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu.

“Akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan. Selain itu, kami dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya. Wong berkata lebih mendukacitakan bahawa ketua-ketuanya gagal mempertahankannya atau menyiasat aduan itu atau juga membuat laporan polis mengenai SMS itu yang mempunyai unsur-unsur hasutan. (AK)

Tolak UMNO-BN Dgn Politik Hiburan & Mabuknya!

HIBURAN

Sumpit saja BN tu, pangkah PR!

HULU SELANGOR, 22 April: Sekumpulan pemimpin Orang Asli tengah hari tadi tampil mempersoalkan jentera Umno/BN melambakkan aktiviti hiburan pada setiap malam demi melalaikan Orang Asli terhadap realiti hidup masing-masing di tanah air.

"Dia (BN) guna hiburan dari pukul 8 malam hingga jam 11 malam, selepas itu dia (BN) bagi duit, layan Orang Asli sampai mabuk-mabuk, kami (sukarelawan) susah nak kawal," ujar Uday Kadir, 45.

Beliau turut mempertikaikan penyalahgunaan aset kerajaan untuk kempen politik BN termasuk peranan tidak langsung Jabatan Hal Ehwal Khas Orang Asli (JHEOA) yang membenarkan kenderaan rasmi kerajaan digunakan oleh jentera Umno/BN sejak kelmarin.

"Orang BN guna jentera dan kenderaan JHEOA untuk kempen ke atas Orang Asli," jelasnya di Pusat Informasi Media, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, JHEOA tidak perlu berpura-pura tidak tahu dengan pendedahan yang dibuatnya. Ini kerana, beliau bersama sukarelawan Orang Asal dari Temerloh berkata, pasukan sukarelawan menyedari bahawa kenderaan yang dipakai oleh para jentera BN untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli adalah kenderaan rasmi JHEOA, milik kerajaan.

"Kami kenallah dengan pelekat BN (yang) dilekat atas logo JHEOA (pada kenderaan JHEOA)," ujarnya.

Berkongsi pengalaman dengan wartawan, beliau pernah melihat seorang wakil rakyat BN cuba membeli undi daripada Orang Asal dari Kampung Gerachi Jaya.

"Di Kampung Gerachi, ada YB dari Pekan datang, saya tak tahu siapa dia (tapi) dia minta semua Orang Asli sokong BN kalau nak duit banyak."

Menurut Nurul Jazelin, 52, sukarelawati Orang Asal dari Rompin pula mempersoalkan kempen BN menggunakan duit ke atas juvana Orang Asal.

"Anak-anak Orang Asal di Hulu Selangor diajar dengan duit, bila kami turun berkempen, anak-anak Orang Asal berjumpa kami dan minta duit saja," ujarnya.

Akibatnya, menurut beliau, mengakibatkan Orang Asal tidak lagi berpegangan hidup seperti sebelum berlangsungnya pilihan raya kali ini.

"JHEOA menggunakan kanak-kanak Orang Asal ini dengan mengajar mereka tentang duit-duit sahaja sehingga mereka tidak seperti dulu,” katanya.

Melihat penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan JHEOA di sini, Ramli Rugam, 28, pula dalam nada menyindir menganggap JHEOA seakan menjadi parti komponen baru dalam BN. "Saya dapati di sini sudah ada parti baru, JHEOA di Serendah," ujarnya.

Menurut beliau, dakwaan tersebut bukanlah dibuat atas pertimbangan politik. Sebaliknya, beliau sendiri mempunyai pengalaman yang tersendiri melihat bagaimana seorang pegawai JHEOA berkempen mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kampung Serendang, Ulu Mlaka, di sini.

"Seorang (pegawai) JHEOA bermain teka teki siapa Perdana Menteri Malaysia (dan) seorang anak Orang Asal beri jawapan betul, Najib jentera BN beri RM10," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau menganggap layanan JHEOA dan BN sendiri seolah-olah menghina maruah keturunannya tanah air.

Disebabkan kempen kesedaran yang dilakukan oleh para sukarelawan Orang Asli Pahang di Hulu Selangor, seorang Tok Batin Perat, 52, merupakan antara pemimpin Orang Asli tempatan yang tampil mempertahankan hak serta warisan Orang Asli di Hulu Selangor.

Dalam kenyataan media yang sama, beliau berkata, beliau sedia dipecat kerana mempertikai JHEOA.

"Raya rela dipecat oleh JHEOA sebagai Batin di sini (Hulu Selangor) kerana mahu pertahan tanah Orang Asal," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempertikai janji-janji manis segelintir pemimpin BN dalam menyelesaikan isu tanah asal mereka masing-masing.

"(BN) cakap tentang pembangunan padahal bohong belaka, buktikan pada Orang Asal di sini, rizabkan tanah-tanah Orang Asal.

"Saya lihat JHEOA dah jadi BN, nak tekan Orang Asal, tanah asal kerana Orang Asal mahu tinggalkan BN," jelasnya.

Ekoran itu, beliau mencabar BN supaya menyediakan peluang yang lebih realistik kepada Orang Asal sekiranya jujur mahu membantu Orang Asal di Hulu Selangor.

"Kalau betul (BN) nak tolong Orang Asal, buat tanaman Felcra, bagi Orang Asal uruskan ladang. Jangan bagi rasuah, jangan bagi rosak Orang Asli,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang komitmen calon Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah malar segar Orang Asal di Hulu Selangor. “Sesiapa pun memerintah, yang penting rizabkan tanah Orang Asal. Kalau Zaid Ibrahim yang berjuang rizabkan tanah Orang Asal, maka Orang Asal sokong mereka yang rizabkan,” katanya.

Sebelum pada itu, Koordinator Bilik Gerakan Khas Orang Asli, Elizabeth Wong mempertikai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kerana membenarkan pihak Polis membuka pondok jaga di kampung-kampung Orang Asli.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, insiatif Polis itu mengakibatkan Orang Asli tidak bebas mendengar kempen-kempen politik sepanjang musim pilihan raya kecil kali ini.

"Sekiranya SPR bermaruah, dia seharusnya keluarkan semua pondok polis dari kampung-kampung Orang Asli. Kalau pondok Polis diletakkan di kampung-kampung Orang Melayu atau Cina, tak ada masalah.

"Tetapi, kalau Polis diletakkan di tempat Orang Asli mereka akan takut," jelasnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya politik mabuk digunakan dalam pilihan raya kecil kali ini. Daripada kisah menteri-menteri Umno mabuk sampai kepada orang asli pun dimabukkan. UMNO bukan sahaja memabukkan orang Asli, bahkan orang tak asli pun dimabukkan melalui hiburan yang malalai dan memundurkan umat.

Pakaian model 'cawat' yang sudah ditinggalkan oleh orang asli, telah telah dipromosikan semula di tv. Pakai menjolok mata wanita mandi berkemban di sungai pun dipuja dan dibesarkan di tv Malaysia. Itulah hiburan model UMNO. Anda setuju begitu? Kalau tak setuju, undilah PR! (AK)

Lihat ini..

Rogol Pensel Dlm Kemaluan, Bukti Lagi Dasar BN Gagal!

Hargailah diri anda dengan mengundi PR di Hulu Selangor..

Remaja Mangsa Rogol Tidak Sedar Ada Pensil Dalam Kemaluannya

GOMBAK: Doktor yang memeriksa dan merawat seorang remaja perempuan yatim piatu berusia 14 tahun yang menjadi mangsa rogol rakan sekelasnya minggu lalu terkejut apabila mendapati bukan sahaja dia telah sebulan mengandung tetapi turut menemui sebatang pensil di dalam kemaluan mangsa.

Doktor mengesyaki sesuatu apabila budak perempuan tersebut mengadu terasa sakit setiap kali dia membuang air kecil. Malah budak perempuan itu tidak menyedari pun yang di dalam kemaluannya terdapat sebatang pencil berukuran 4cm panjang sehinggalah para doktor mengeluarkannya dalam pemeriksaan yang dijalankan di Hospital Selayang Hospital.

Mangsa membuat laporan polis Isnin lalu dengan mendakwa rakan sekelasnya telah merogolnya pada waktu rehat sekolah. Mereka bersekolah di Rawang. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly Hassan berkata, hasil siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama pelajar perempuan itu dirogol.

Malah katanya, budak perempuan itu telah beberapa kali dikasari secara seksual tetapi menyembunyikan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa.

“Kami percaya, perbuatan itu dilakukan bukan oleh seorang suspek tetapi lebih dari itu,” katanya.

Polis, katanya lagi kini masih menyoal siasat mangsa dan berharap akan memperolehi lebih banyak maklumat bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, rakan sekolah mangsa yang disyaki merogolnya di sekolah berkenaan telahpun ditahan di kawasan sekolah beberapa jam selepas mangsa membuat aduan.

Supt Rosly menambah, polis turut menahan enam lagi suspek yang dipercayai bersubahat untuk membantu siasatan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah lama kita perkatakan, bahawa dasar pelajaran Malayisia gagal melahirkan manusia bertakwa yang profesional. Atau manusia bermoral yang membantu pembangunan negara. Tetapi UMNO tetap dengan dasar pelajaran BNnya. Peristiwa di Gombak di atas antara satu dari siri-siri pembuktiannya.

Kerana itu tolak BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor ini!

UNDILAH PR yang di dalamnya ada PAS!
UNDILAH PR!!

(AK)

Mengapa Baru Sekarang Bongkar Skandal Anwar-Wollfowitz?



mStar Online: Ezam Serah Dokumen Bukti Anwar Lindungi Skandal Bekas Presiden Bank Dunia Yang Juga Seorang Yahudi.

KUALA KUBU BARU: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Ezam M. Noor akan menyerahkan beberapa dokumen kepada parlimen yang mengandungi maklumat mengenai bukti Anwar bersubahat melindungi skandal Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz dengan teman wanitanya.

Kata Ezam, beliau berharap dapat menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam Khamis ini dalam satu ceramah.

Bercakap kepada para pemberita di sini, Ezam berkata, maklumat tersebut berguna kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen yang akan mendengar siasatan ke atas Anwar yang dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan 1Israel.

Menurut Ezam, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Bank Dunia telah mengirimkan dokumen itu kepadanya dua hari lalu kerana tidak tahan dengan sikap hipokrit Anwar dalam menuduh Kerajaan Malaysia bersubahat dengan sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan warga Israel sedangkan Anwar sendiri bersubahat dengan presiden Bank Dunia yang juga seorang Yahudi yang turut merancang perang ke atas Iraq.

Dalam skandal yang berlaku pada tahun 2001 itu, Wolfowitz telah menaikkan pangkat teman wanitanya sendiri yang bernama Shaha Ali Riza. Ekoran pendedahan pihak media berhubung skandal itu, Wolfowitz telah meletakkan jawatannya sebagai presiden Bank Dunia.

Bagaimanapun menurut Ezam, dokumen yang diperolehinya itu membuktikan, Anwar telah terlibat secara langsung dalam percubaan untuk melindungi Wolfowitz daripada skandal tersebut dengan bersubahat menerima Shaha Ali Riza untuk dipindahkan ke sebuah yayasan yang bernama The Foundation For The Future.

Yayasan tersebut dipengerusikan oleh Anwar sendiri ketika itu. Dan Anwar memperolehi jawatan tersebut atas rekomendasi Wolfowitz. Dan berdasarkan dokumen itu lagi, Shaha terus menerima gaji yang bebas cukai itu daripada Bank Dunia walaupun telah dipindahkan ke yayasan berkenaan.

Ezam turut mengedarkan salinan surat oleh Anwar bertarikh 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland, iaitu penasihat undang-undang Wolfowitz di Bank Dunia — yang meminta agar Shaha Ali Riza dipindahkan ke yayasan itu tanpa sebarang masalah.

“Surat dan dokumen ini dengan sendirinya membuktikan hubungan akrab antara Anwar dan Wolfowitz malah dia adalah alat dan perkakas kepada Wolfowitz. Rakyat Malaysia perlu melihat isu ini sebagai satu isu moral yang selama ini diagung-agungkan oleh Anwar,” tegasnya lagi.

Kata Ezam, Anwar patut menjawab isu ini dengan jujur kerana ia adalah satu perbuatan yang mengkhianati umat Islam dan juga sebagai rakyat Malaysia dia juga telah mengkhianati negara ini apabila dia sanggup menjadi alat dan perkakas kepada seorang Yahudi.

Malah kata Ezam, Anwar juga telah menggunakan pelobi Yahudi di Amerika iaitu Asia Pacific Policy Centre untuk membuat kerja-kerja melobi bagi dirinya sewaktu dia menjadi timbalan perdana menteri. Dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru Ezam ini, Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya berkata mereka tidak gentar dengan isu ini. Beliau mempersoalkan kenapa Ezam mengambil masa yang begitu lama untuk mendedahkan dokumen tersebut.

“Ini bukanlah kali pertama Ezam membuat dakwaan yang seperti ini,” ujar Latheefa. (AK)

Nik Aziz Ke H/S'ngor. Berkerusi Roda?

Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengusap kepala bayi yang turut menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

PENGKALAN CHEPA, 22 April 10: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru pulang dari menunaikan umrah di tanah suci mengesahkan akan ke Hulu Selangor untuk berkempen dalam pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu.Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam tadi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, petang Jumaat ini (esok) beliau akan berlepas ke sana.

Menurutnya, beliau akan terus berdakwah serta berkempen dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan ianya adalah tugas setiap umat Islam. Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid ditentang calon BN, Kamalanathan.

Tuan Guru kelihatan ceria dan sihat selepas berada di tanah suci untuk menunaikan umrah selama dua minggu. Ketika diminta mengulas berhubung perjalanannya sewaktu di sana, beliau bersyukur dapat menunaikan ibadat itu dengan baik walaupun cuaca begitu panas.

“Memang sewaktu saya melakukan ibadat itu saya menggunakan kerusi roda sebab nak jaga tenaga agar tidak mudah letih,”ujarnya lagi.

Katanya, ibadat umrah perlu dilakukan kerana ia tuntutan Islam di samping dapat menjejaki sejarah peninggalan para nabi. Tambahnya, dengan menunaikan ibadat itu secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keimanan diri kepada Allah. Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci dua minggu lalu untuk menunaikan umrah.

Turut mengiringi mereka berdua, Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi. (AK)

Wednesday, April 21, 2010

Guna Demokrasi, Pilih Pemimpin Amanah -Presiden PAS

HULU SELANGOR, 21 April: Islam, menurut Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebenarnya menuntut rakyat sama ada beragama Islam atau sebaliknya supaya melantik pemimpin yang adil lagi amanah.

Disebabkan itu, maka tanggungjawab memilih kepemimpinan menggunakan sistem demokrasi yang sedia ada merupakan amanah yang besar, yang terpikul di pundak setiap pengundi di Hulu Selangor.

"Walaupun sistem demokrasi ini datangnya dari Eropah, Islam mengiktiraf (sistem) demokrasi kerana kepimpinan yang adil itu datangnya daripada rakyat dan mesti dipilih (melalui) proses pilihanraya yang adil dan bebas.

"(Maka), menjadi suatu tanggungjawab bagi rakyat (dan) amanah yang paling besar bagi kita semua (rakyat) adalah (untuk) pilih pemimpin yang adil," jelas beliau di Dataran Bukit Sentosa, Batang Kali, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Marang mengajak rakyat menggunakan kuasa mengundi untuk menolak pemimpin yang dianggap tidak layak untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat kelak.

"Lihat pilihan raya (Pemilu) di Indonesia, (partai) Golkar akhirnya tumbang menyembah bumi apabila rakyat diberi peluang menghukum pemerintah yang rasuah lagi zalim dua penggal yang lalu.

"Begitu juga di Jepun, rasuah mengakibatkan (parti) LDP turut tumbang apabila rakyat sedar dan bangkit melalui sistem demokrasi yang ada di sana," ujarnya.

Tuntas dari itu, beliau berkata, sekiranya rakyat memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kali ini, keputusan rakyat itu merupakan isyarat awal bahawa rakyat bersedia menghukum Umno BN sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Indonesia dan Jepun kepada parti pemerintah di negara masing-masing.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat berpadu dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari terus diperkudakan oleh Umno BN di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menjadikan tanah air sebagai boneka Amerika Syarikat apabila beliau bersetuju dengan pendirian Presiden Amarika Syarikat Barrack Obama untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara umat Islam, Iran.

Walaupun beliau sendiri mengaku tidak bermusuhan dengan Amerika Syarikat, beliau berkata, Najib seharusnya bersikap adil dengan dunia, khususnya ke atas beberapa negara umat Islam yang dianggap tidak bersetuju dengan hegemoni Amerika Syarikat.

"Saya sendiri mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin tertentu di Amerika Syarikat, tetapi apabila Amerika Syarikat tekad mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam Iran dan Afghanistan kononnya atas nama memerangi pembangunan senjata nuklear dan pengganas, saya kata tidak," tegas Anwar.

Lanjutan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan komitmen Najib terhadap negara haram Zionis-Israel yang juga membangunkan membangunkan senjata nuklear serta merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat.

"Bukan seperti Najib, yang sedia tunduk dengan kemahuan Amerika Syarikat, sedangkan kalau Najib konsistan, apa pendiriannya dengan sekutu Amerika Syarikat (iaitu) negara Zionis-Israel yang juga membangunkan persenjataan nuklear dan mengganas ke atas umat Islam," soal beliau.

Semalam, Perdana Menteri Israel dalam wawancaranya dengan stesen tv Amerika ABC melalui rancangan 'Good Morning America' menggesa dunia agar jangan menjual minyak bertapis atau gasoline kepada Iran.

Tindakan ini, katanya, boleh melumpuhkan Iran kerana negara itu tidak mempunyai kemudahan untuk menapis minyak untuk proses seterusnya. Sebelum ini, iaitu tiga hari selepas berjumpa Obama, Najib dalam sidang medianya memaklumkan, Malaysia telah menyekat penjualan gasoline kepada Iran. Namun, Najib menafikan laporan yang dibuat oleh media antarabangsa itu ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di New York.

Bertitik tolak pada tindak tanduk kerajaan pimpinan Umno BN yang dilihat tidak adil serta dilihat cuba menjadi sekutu Amerika-Israel, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan status sosial supaya menggunakan kuasa mengundi masing-masing untuk menolak calon proksi Najib, P. Kamalanathan (MIC) pada Ahad ini. (AK)

H/S'ngor: Kalau Tidak Pilih Zaid.. Mohamad Sabu.



KUALA KUBU BARU APR 21 10: Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini. Ahli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.

"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.

"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang. Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.

Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.

"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil. Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.(AK)

Tuesday, April 20, 2010

Hentikan Tayangan Media Lucah & Ganas -PAS



KL. APR 20, 10. Bagi membendung peningkatan kes jenayah seks, PAS mendesak kerajaan menghentikan penayangan rancangan televisyen dan filem yang berunsur seks (18SX) dan ganas (18SG) dihentikan.

"PAS tegas agar rancangan (yang dikategorikan sebagai) 18SX dan 18SG tidak lagi dibenarkan penayanganya dalam sebarang media di negara ini.

"Ini semua penting sebagai langkah pencegahan di peringkat awal, di samping memberikan didikan dan pemahaman kepada rakyat tentang seriusnya peningkatan jenayah seks ini," kata ketua penerangannya Idris Ahmad.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat begitu banyak rancangan dalam kategori kategori tersebut dipaparkan di kaca televisyen.

Idris membuat gesaan itu sebagai respons kepada jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memberitahu parlimen, terdapat peningkatan 50 peratus jenayah seks di negara ini sejak 2005-2009.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga berkata, Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan jenayak seks yang diamalkan selama ini "mempunyai masalah".

"Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan, termasuk kerajaan negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama," katanya.

Idris menambah, teknologi semasa - seperti penyebaran klip video melalui MMS, VCD dan DVD lucah - yang disifatkannya sebagai "rangkaian media lucah" - yang terlalu banyak dalam pasaran turut menyumbang kepada peningkatan gejala negatif itu.

"Di sudut yang lain, PAS tetap melihat (hukum) hudud sebagai undang-undang terbaik yang perlu dimasukkan dalam enakmen syariah di semua negeri bagi memastikan wujudnya undang-undang yang lebih tegas, sesuai dengan kehendak Allah yang telah memberikan cara terbaik bagi manusia mengatasi jenayah tegar sebegini.

"PAS berharap kerajaan persekutuan melihat keperluan undang-undang ini dan memberikan sokongan kepada negeri-negeri di negara ini bagi menguatkuasakan undang-undang ini," katanya.(AK)

Monday, April 19, 2010

Zaid Ibrahim 'Kaki Botol' -Nik Aziz Jawab Dari Mekah.

KOTA BARU, 19 April — Di sebalik serangan Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa Datuk Zaid Ibrahim sebagai “kaki botol tegar”, juga menjawab mengenai Umno-BN yang awal-awal lagi telah menyerang Zaid dengan isu peribadi, Wan Nik Wan Yusuf Setiausaha Politik MB Kelantan berkata..

“Tok Guru (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) minta bersabar dan meminta agar Pakatan sentiasa menghadapi lawan dengan cara berhemah.”

“Tok guru tidak terlepas dari perkembangan politik, situasi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, dia minta Pakatan sentiasa berhemah dan lebih berhikmah semasa menghadapi serangan pihak lawan.

“Pesannya, Islam pastinya akan lebih kuat dengan hujah, jadi kita perlu menangkis senjata lawan dengan hujah,” jelas Wan Nik.

Zaid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor. Beliau akan berhadapan dengan calon BN yang mempertaruhkan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan calon Bebas, Johan Mohd Diah. Selain calon Bebas, V.S. Chandran mengiystiharkan menarik diri daripada bertanding tengah hari tadi.

Tok guru Nik Aziz dijangka turun berkempen membantu jentera Pakatan Rakyat sekembalinya dari Mekah. kata Wan Nik ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil memaklumkan Nik Aziz dijangka pulang ke tanah air Rabu ini selepas dua minggu berada di Mekah.

“Dan, tok guru dijangka akan ke Hulu Selangor 23 April ini bagi membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya itu nanti.

“Tok guru sendiri telah nyatakan kepada saya semasa dihubungi dari Mekah kelmarin bahawa dia akan turun bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat di Hulu Selangor bagi membantu calon pakatan, Datuk Zaid Ibrahim,” katanya.

Nik Aziz berlepas ke Mekah 5 April lalu untuk menunaikan umrah, dan pengundian berlangsung Ahad ini. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails