Saturday, June 20, 2009

Gay Irak Bebas Di Istambul, Kenapa?

JENDELA GLOBAL

KINI di Istambul, sebahagian dari kaum 'Gay', disebut juga 'hombreng' atau 'mat lembut' dalam istilah bahasa pasar di Malaysia dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya dengan berpindah ke Turki. Sebenarnya bukan kebebasan, tetapi ke'terbabas'an..

Kota Istanbul yang sekular itu sangat memberikan kelonggaran bagi anak muda Gay asal Irak ini, sehingga mereka merasa hidup aman, nyaman dan tenang selama negara itu masih sekular dan berbeda jauh dengan tinggal di Irak sebelumnya, yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian. Dikatakan mereka diancaman bunuh oleh puak mujahidin, kerana selain dari mereka melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah umat Islam di Irak.

Dikisahkan.. ada seorang anak muda dari keluarga menengah ke atas Turki, hidup bersama berbahagi tempat di sebuah apartemen kecil di kota Istanbul dengan lima pria Gay asal Irak. Dia mengasingkan diri dari gelombang intoleransi dan mengatakan bahawa untuk pertama kali dalam hidupnya dia dapat mengekspresikan orientasi seksualnya secara terang-terangan di khalayak ramai. Boleh begitu kalau di Turki.

Tindakan homoseksual adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Timur Tengah, namun mereka dapat sedikit bernafas lega setelah AS menjajah Irak. Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Irak itu tidak berlangsung lama, setelah terjadinya kebangkitan puak mujahidin Islam memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana mereka kaum gay juga dikatakan menjadi target dan sasaran mujahidin.

"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer. "Tapi disini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Irak."

Di Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman gaynya sahaja yang tahu. Kerana di Irak dulunya tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Irak setelah keluarganya melarikan diri dari kekerasan sektarian, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibentengi Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan aman bagi orang asing disana.

Kes pembunuhan golongan Gay terjadi pada bulan Mac dan April lalu, dimana ditemukan enam orang gay terbunuh, empat diantara yang terbunuh itu didada mereka tertulis dalam bahasa Arab kata-kata 'menyimpang'. Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka dan dipersetujui setelah tiga kali wawancara di pejabat PBB, Ankara Turki. Ia berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS.

"Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya. Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara sekular Turki yang majoriti penduduknya Muslim, dimana dirinya merasa aman dan nyaman dengan ke 'hombreng'annya.

Untuk bertahan hidup di Turki, Ameer mendapat sedikit kiriman wang dari keluarganya di Irak sambil berkerja cuci kereta. "Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Irak..."

Macam juga pejudi-pejudi atau pelanggan-pelanggan pelacur yang terpaksa lari keluar dari Kelantan pergi ke Golok atau ke negeri-negeri di bawah tadbiran BN, kerana suasana Islam menjadi neraka bagi mereka. (Sumber: Era Muslim dll/AK)

Pusat Serenti Terbakar, Bolos & Lolos.

LIHAT gambar ini...

ORANG ramai termasuk para wartawan dan jurugambar berkumpul di hadapan Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor bagi mendapatkan maklumat terkini kebakaran yang memusnahkan pusat serenti itu, malam tadi. Turut kelihatan anggota bomba dan penyelamat serta polis yang bertugas mengawal keadaan. Kebakaran yang bermula sekitar pukul 6 petang tadi dipercayai dilakukan penghuni pusat serenti itu. --fotoBERNAMA

Berita dari Butterworth Sabtu Jun 20, 200 : Seramai 30 penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini dipercayai dapat memboloskan diri dari pusat itu semasa rusuhan yang mengakibatkan kebakaran beberapa blok bangunan semalam. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, selepas pemeriksaan hanya 492 daripada 522 penghuni pusat itu yang berada dalam kawasan berkenaan awal pagi Sabtu dan polis sedang mengenalpasti identiti mereka.

Katanya, polis melancarkan gerakan memburu mereka dengan mengadakan sekatan jalan raya serta pemeriksaan di kawasan berhampiran serta merta. Semasa bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, dua daripada 30 yang melarikan diri berjaya ditahan semula di kawasan Padang Serai, iaitu sempadan antara Pulau Pinang-Kedah. Katanya, kesemua 492 penghuni itu akan dipindahkan ke beberapa buah pusat serenti yang lain dalam masa terdekat.

Kena Siasat, ada apa-apa ke? (AK)

Pembantu Rumah, Pemerintah Kita Buat Bodoh.. -A.Kadir Jasin


JAKARTA: Indonesia kemungkinan menghentikan seketika penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas seorang pembantu rumah Indonesia dilaporkan didera baru-baru ini, menurut agensi berita Indonesia, Antara.

"Kami kemungkinan menghentikannya (penghantaran pembantu rumah) sementara waktu. Namun sebelum itu, kami akan menjemput menteri-menteri dan pihak-pihak berkenaan bermesyuarat pada 23 Jun bagi membuat penilaian awal," lapor Antara yang memetik kenyataan Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Erman Suparno semalam.

Beliau berkata, antara yang dijemput menghadiri mesyuarat tersebut adalah menteri mengenai pemerkasaan wanita, menteri luar negeri, menteri undang-undang dan hak asasi manusia, menteri dalam negeri, ketua polis dan duta Indonesia ke Malaysia serta wakil-wakil Malaysia.


Berkata A.Kadir Jasinhttp://kadirjasin.blogspot.com, antaranya...


"Ini adalah reaksi kepada berita yang tidak putus-putus mengenai majikan jahanam yang menyeksa, merogol dan memperdaya pembantu rumah Indonesia mereka. Saya setuju kalau pemerintah Indonesia melaksanakan ancamannya itu. Malangnya bagi kita di Malaysia, kerana beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia yang membuat najis habis semua rakyat jelata kita yang baik budi terpalit. Nama Malaysia dan rakyat jelatanya menjadi busuk kerana perbuatan beberapa kerat haiwan bertopengkan manusia ini. Mereka ini sebenarnya tidak layak menjadi majikan. Tetapi dek kerana mereka orang kaya atau berada maka mereka mampu mengambil bukan seorang, tetapi ramai pekerja asing yang mereka layan umpama khadam.

Pemerintah kita boleh buat bodoh.
Boleh kata ini hanyalah kelainan bukan kebiasaan. Atau pemerintah kita mengotakan ikrar mengenai sejahtera, aman dan makmur.
Kalau pemerintah kita, seperti diulang cakap oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, akan menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu, maka dia dan Kabinetnya pasti masih ingat bahawa sejahtera, aman dan makmur adalah ikrar parti Barisan Nasional. Haiwan yang bertopengkan manusia ini wajib dihumban ke dalam penjara dan diharamkan daripada menjadi majikan. Polis, pendakwa raya dan hakim tidak boleh berlembut lagi. Berikan mereka hukuman maksimum."

Ini satu lagi kegagalan projek BN dalam melaksanakan janji-janji dalam manifestonya. (Sumber: Berita Harian,
The Scribe A Kadir Jasin dll)

Untuk lanjutnya sila lihat..

1.
.Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumah Asing... Dr Siti Mariah
2..
Ibnu Hasyim: Masalah Pembantu Rumahtangga, Suatu Pelan Tindakan ...

UMNO Jujur, Bawa Saranan Ini! - Kickdefella.


TPM Muhyiddin, telah membuka laluan seluas-luasnya buat PAS untuk berunding dengan UMNO. Ramai terkejut dan merasakan ianya adalah satu perangkap atau satu petanda betapa desperadonya UMNO.

Blog http://kickdefella.wordpress.com/ berpendapat, "Tetapi semua silap. Ini adalah petanda betapa jujur dan seriusnya UMNO mahu berunding dengan PAS. Timbalan Presiden UMNO hari ini berkata, “We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I’m concerned, we have to be open,”(di sini)

Muhyiddin mengajak pemimpin, ahli dan penyokong PAS lupakan yang lalu, let bygones be bygones katanya. Muhyiddin dengan ikhlas bersetuju untuk UMNO tidak meletakkan sebarang syarat tetapi sebaliknya bersedia menerima sebarang syarat dari PAS supaya rundingan ini berjaya.

Syukur kepada yang Maha Kuasa, akhirnya dianugerahkan kepada UMNO seorang messiah yang akan membuka pintu kebenaran buat UMNO. Keikhlasan Muhyiddin pasti bersambut, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Memandangkan Muhyiddin bersedia menerima sebarang syarat, saya mencadangkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk mengusulkan syarat-syarat berikut sebelum rundingan bermula.

  • Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia harus mengambil cuti dan serahkan kedua-dua jawatan tersebut kepada Muhyiddin Yassin sebagai Pemangku sepanjang tempoh perundingan.
  • Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera menyiasat kes pembunuhan Altantunya dan mencari segala jawapan yang tidak terjawab didalam perbicaraan di Mahkamah dengan tujuan membersihkan nama Najib Razak buat selamanya. Sesiapa yang didapati bersubahat didalam kes ini harus didakwa segera.
  • UMNO dan BN harus mengundurkan jenteranya dari Manek Urai segera dan bukan sahaja tidak bertanding tetapi tidak akan meletakkan calon-calon bebas di situ. PAS wajib diberi kemenangan tanda bertanding.
  • Muhyiddin Yassin terus mengetuai perundingan bagi pihak BN sehingga nama Najib dibersihkan.
  • Kedua-dua parti, UMNO dan PAS perlu memanggil EGM segera bagi mendapatkan mandat perundingan.

Dengan persetujuan UMNO menerima syarat tersebut, rundingan boleh dimulakan segera. Berikut adalah saranan intipati rundingan.

  • UMNO dan PAS hendaklah dibubarkan.
  • Sebuah parti baru ditubuhkan yang menggabungkan ahli kedua-dua parti tersebut. Ini supaya parti yang lebih besar tidak menekan parti yang lebih kecil untuk tujuan politik.
  • Parti baru hendaklah mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai pedoman dan intisari perlembagaannya.
  • Parti baru hendaklah ditadbir berlandaskan pertadbiran yang Islamik dari segenak aspek.
  • Parti baru hendaklah diterajui berdasarkan konsep kepimpinan Ulama iaitu, ianya dikawal oleh sebuah Majlis Perundingan Ulama-ulama tertinggi di dalam parti tersebut. Ini tentu tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli dan pemimpin UMNO kerana beberapa bulan kebelakangan ini mereka berpegang teguh kepada Ulama memimpin parti.
  • Parti baru perlu komitted untuk menjaga kebajikan dan mempertahankan kebebasan mereka yang bukan Islam dan bukan Melayu.
  • Parti baru hendaklah komitted mempertahankan pengagihan kekayaan negara secara adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa keturunan.
  • Barisan pimpinan parti hendaklah di pilih terus menerusi pengundian oleh ahli-ahli dengan menghapuskan kuasa perwakilan bagi memastikan segala elemen yang memakmurkan politik wang dalam UMNO dahulu tidak merebak ke parti baru.

Selamat bersatu umat Melayu dan selamat melangkah sebagai ummah."

Sekian. Wallahu 'aklam... Fikir-fikirkan lah. (AK)

Ketua Pemuda PAS Dicabar..



KETUA Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada Malaysiakini, tempohari. Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

“Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini? Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno). Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”


Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan. Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia. Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah satu tenaga kea rah penubuhan PAS. Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi? PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn Islam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan: ” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs. The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”

Dalam senyap2 PAS berdakwah dengan UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO. Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi (Ketua Pemuda PAS), mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata. Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan? Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa. Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah. Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.

Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu. Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO. Sila baca:
a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

Komen Blog Ibnu Hasyim: Demikian Tulang Besi (http://www.malaysiawaves.com) mencabar Ketua Pemuda PAS yang baru mengenai '
PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun'. Kita tunggu jawapan ke atas pandangan ini demi mencari kejernihan.. Wallahu 'aklam. (AK)

Perubahan: UMNO Macam Sumpah-sumpah..

Oleh Ustaz Idris Ahmad

TAJUK ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Muktamar ke-55 pada 11 Jamadilakhir 1430/5 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, adalah 'Islam Memimpin Perubahan'. Tema ucapan dasar ini membuktikan PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan parti.

Ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain, merangkumi urusan hidup dan mati. PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan negara). Islam yang hendak diperjuangkan ialah Islam syumul, lengkap, bukan tempelan, bukan dijuzukkan sehingga menampakkan Islam hanya digunakan sewaktu mati sahaja.

Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Islam ialah agama Allah bukan ciptaan daripada mana-mana dogma manusia. Islam ialah Islam dan bukan lain daripada itu walaupun ada dalam tulisan orientalis Barat yang cuba mengelirukan perkataan Islam dengan menyebut Muhammadism seolah-olah agama Islam adalah ciptaan Nabi kita Muhammad s.a.w. Malahan dalam tulisan mereka juga disebut dengan Muhammadan Law bukan disebut Islamic law. Ini adalah mainan orientalis seolah-olah undang-undang ini adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

Islam adalah agama yang tidak disandarkan pada individu tetentu. Tidak seperti agama Kristian dengan dikaitkan kepada Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agama Zoroasterianism kepada Zoroaster. Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana tempat, seperti agama Yahudi yang dikenali dengan dengan Judaism yang berasal daripada nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe) demikianlah dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudian bertukar sebutannya kepada Hindu.

Tetapi Islam adalah daripada Allah, daripada acuan Allah (Siibgah Allah) dan bukan ciptaan mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal. Islam adalah Islam dan ia berdiri dengan sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan yang lain. Al-Syahid Syed Qutb menulis "Al-Islam huwa al-Hadharah" yang menyebut memang Islam itu maju dan yang mundur apabila tidak melengkapkan diri sebagai Islam yang tulen.

Jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang telah membawa kemajuan dan memimpin bangsa Arab walaupun sebelum baginda diutuskan orang Arab adalah bangsa nomad yang tidak maju dan dikalahkan oleh musuh-musuh. Keadaan berlaku sebaliknya apabila baginda membawa Islam ke dalam masyarakat Arab, sehingga bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Begitu juga di negara kita apabila Kesultanan Melayu mengamalkan Islam yang sebenar maka kekuasaan Melaka telah menguasai dua pertiga Kepulauan Melayu. Inilah yang sepatut direnung bukan mengambil Islam separuh dan meninggal Islam separuh. Sampai bila pun tidak maju, kalau pun maju, kemudian ia akan membawa kehancuran pada negara dan bangsa seperti yang dialami di Amerika Syarikat sekarang penghidap HIV 2 hingga 3 orang dalam satu jam manakala di negara kita 13 jangkitan HIV dalam seminggu.(Mingguan Malaysia 3/10/04, hlm. 19).

Contoh praktikal Islam memimpin perubahan ialah di Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dengan Islamlah kerajaan Kelantan menerajui dan memimpin perubahan seperti cuti bersalin 60 hari, kerja 5 hari, rumah tiga bilik, kifalah untuk warga emas. Sekarang kerajaan Kelantan mendahului, dan kerajaan Pusat ikut belakang.

Maknanya Islam mampu memimpin perubahan dalam apa suasana sekalipun. Tidak ada alasan untuk orang menolak Islam kerana kehebatan Islam sudah teruji berbanding dengan ideologi dan sistem manusia yang lain.Islam tetap segar, berbanding dengan ideologi lain. Sewaktu ideologi komunis runtuh pada tahun 1990-an, maka orang mengatakan bahawa sistem kapitalis adalah yang terbaik dalam penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Selepas 30 tahun lebih runtuh ideologi komunis, maka sekarang giliran ekonomi kapitalis pula runtuh dengan teruk. Negara Amerika Syarikat yang dianggap 'otai' kepada sistem kapitalis mengalami keruntuhan yang amat dahsyat, lebih teruk daripada apa yang dialami pada tahun 1929.

Perjuangan Umno untuk Islam bersifat 'flip-flop'

Bahananya telah dirasai sekarang oleh masyarakat seluruh dunia termasuk negara kita. Islam yang diperjuang oleh PAS, tidak seperti mana Umno, perjuangan terhadap Islam ialah 'flip flop' ikut suasana dan keadaan. Perjuangannya seperti sumpah-sumpah yang ikut suasana warna dan alam sekeliling. Kalau suatu tempat itu kuat Islam, mereka akan gunakan Islam banyak sikit. Wanita Umno dan Puteri Umno yang tidak bertudung pun akan pakai tudung. Kita boleh lihat di Manek Urai nanti. Pemimpin Umno yang hipokrit akan menggunakan platform agama untuk meraih keuntungan undi.

Perkara ini pernah berlaku di Pengkalan Pasir sewaktu pilihan raya kecil. Dato' Seri Najib selaku Timbalan Presiden Umno boleh dikatakan setiap waktu ke masjid untuk solat berjemaah di daerah mengundi di Pengkalan Pasir. Tidak berapa lama pula berlaku pilihan raya kecil di Ijok, Selangor, pemimpin Umno berwajah lain pula. Kerana suasana ke-Islaman tidak sekuat di Pengkalan Pasir.

Umno tidak menjadikan Islam sebagai memimpin perjuangannya. Ia menjadikan Islam hanya sebagai kuda tunggangan. Ambil Islam yang untung pada perhitungannya, contohnya zakat. Umno akan bermatian menggunakan agama kerana ia akan dapat menimbunkan duit dalam kantung.

Berkenaan dengan judi, dan arak, hukum hudud Umno buat tidak kisah kerana ia mendatangkan wang. Umno lebih rela mengenakan hukum denda daripada melaksanakan hukum Allah. Ini kerana denda dapat wang, hukum Allah tidak dapat wang. Ini adasar Umno hanya bersandarkan kepada ringgit dan sen sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Sewaktu Dr Mahathir Mohamad memimpin negara dan Umno, atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.

Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan.

Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Kenyataan Dr Mahathir dalam bukunya 'The Malay Dilemma' dalam halaman 15, membuktikan dakwaan ini: "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihan raya yang akan datang."

Apabila Islam tidak memimpin perubahan, kemajuan yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung keciciran. Ini dapat dilihat dengan keadaan pencapaian ekonomi bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4 peratus meningkat pada tahun 1990 ialah 19.3 peratus manakala tahun tahun 2000 telah menurun kepada 18.7 peratus. Tanah rizab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar pada tahun 1995 hanya ada 1.7 juta hektar. Inilah kemajuan yang tidak dibimbing oleh Islam. Yakinlah bahwa Islam mampu memimpin perubahan di dunia dan di akhirat.

Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Jun 2009.

PAS-UMNO Saja Bergabung, Bukan K/Perpduan -K/Dewan Ulama PAS.


KUALA TERENGGANU, Jun 2009 – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut. "Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya hanya akan menerangkan, bukan memberi pandangan. Ianya adalah (konsep kerajaan perpaduan) yang dikemukakan Presiden PAS,” jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik itu berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”. Katanya, Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam. "Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh Islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

"Sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran," tambah beliau. Menurutnya, lontaran ini hanya jika semua orang (pihak) bersetuju. "DAP setuju, PKR setuju, UMNO setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,” tegasnya. Namun, beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah 'kerajaan gabungan (campuran)'.

"PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan," jelasnya. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang gagasan dan keinginan ahli PAS untuk bergabung dengan UMNO. Menurutnya lagi, konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, beliau berkata jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS. Justeru, menurutnya lagi perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat.

(Sumber: http://www.pas.org.my)

1 Malaysia, Menurut PAS..


INILAH kenyataan media Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad..

Apabila baca formula 1Malaysia yang dibentang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen 15hb Jun 2009 , maka rumusan yang boleh dibuat ini adalah idea lapok yang tidak ada penyegaran semula atau idea yang baru. Kalau tengok dalam media macam hendak runtuh dunia ini, seperti yang dilaungkan oleh pengampu-pengampu Umno, bahawa ini adalah idea yang berinovasi dan kreatif dari pemimpin baru negara . Dua aspek utama dalam 1 Malaysia, iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.

Teras-teras perpaduan:
  • Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia.
  • Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
  • Keadilan Sosial.
Nilai-nilai aspirasi merangkumi:
  • Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.
  • Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.
  • Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.
  • Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.
  • Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
  • Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.
Kalau kita perhatikan 3 teras perpaduan dan 6 teras aspirasi, semuanya idea lama dan tidak ada reform dalam pentadbiran baru.

Sepatutnya yang kita hendak melihat mesti ada soal pembaharuan dalam memerangi rasuah. Mana hilang 18 fail yang pernah disebut oleh Rais Yatim dahulu?. Dulu nama BPR sekarang SPRM, indeks rasuah masih tidak berubah.

Sepatutnya 1Malaysia yang kononnya berteraskan Rukun Negara, kenalah hormat undang-undang. Tetapi apa yang terjadi di Perak adalah jawapannya. Makhluk yang memperkanalkan 1 Malaysialah yang bertanggungjawab sehingga politik di Perak menjadi kelam kabut.

Sepatutnya 1 Malaysia, ada keazaman untuk mempebaiki system kehakiman supaya lebih telus dan adil. Kes rakaman Video V.K.Linggam sudah hilang begitu sahaja. Bagaimana perlantikan hakim boleh dipermainkan macam jual baju bundle sahaja.

Sepatutnya 1Malaysia, ada berusaha untuk menjadikan sistem pilihanraya di Malaysia bebas dan SPR mesti bebas daripada bawah dagu BN/Umno. Kalau SPR masih pak turut Umno jangan harap sistem pilihanraya di negara ini akan menjadi adil. Undi tentera dan polis yang masih tidak selesai, dan menimbul keraguan di kalangan rakyat jelata di negara ini.

“Datuk Seri Najib juga menyatakan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia sambil menyatakan konsep itu jauh berbeza dengan idea DAP yang tidak berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan”

Datuk Seri Najib kata 1Malaysia ikut Perlembagaan Persekutuan. Tidak sedarkah bahawa pemimpin umno sudah mengkhianati perlembagaan Persekutuan dalam perkara 152 (1) mengenai Bahasa Malaysia. Kenapa bantahan pengajaran sains dan metematik tidak dilayan dan dibangkul sampah sahaja. Sepatutnya semakin lama sudah merdeka, semakin baik bahasa di daulatkan. Apa yang berlaku Umno pusing 50 tahun kebelakang.

Macam mana pula dengan Perlembagaan Persekutuan perkara 153 (3). Iaitu mengenai biasiswa orang Melayu dan bumiputera. Bukankah Umno yang menghancurkan?. Yang mencabul hak keistimewaan bumiputera bukan DAP, bukan PKR, jauh sekalilah Pas.

Saya bersetujulah dengan Datuk Seri Najib yang menyatakan bahawa kerajaan tidak langsung mencuri idea Malaysian Malaysia, cuma melaksanakan ideanya sahaja. Tepuk dada tanya Datuk Seri Najib.

(Sumber: http://www.pas.org.my)

Friday, June 19, 2009

Dubai.. Tempat Pelancung Berbogel?

JENDELA GLOBAL

CUBA anda berjalan-jalan di pantai Dubai.. walaupun ia di sebuah negara Arab bermajoriti penduduk Islam, anda akan lihat ramai wanita-wanita di situ sedang berjemur bersantai di pantai dengan tak berbaju, hatta seurat benang sekalipun. Reaksi penduduknya biasa saja, dan begitu juga dengan pemerintahnya.

Menurut Gulf News, Dubai juga menjadi salah satu negara dengan tingkat perkembangan nude club yang cukup banyak, terutama di wilayah Timur Tengah. Melihat keadaan perkembangan di kawasan perlancungan begitu, Foreign and Commonwealth Office (FCO) dari British, telah mengeluarkan arahan larangan di mana berlaku topless dan nude club seperti itu adalah sesuatu yang berlawanan dengan hukum serta budaya Dubai.

FCO secara rasmi memberikan peringatan keras kepada warga British yang keluar dari negaranya, terutama ke negara Arab dan khususnya ke Dubai, jika tertangkap bertelanjang di negara tersebut akan dikenakan hukuman yang tidak ringan. Kedutaan besar British sendiri sudah mengeluarkan panduan 'Kenali Kemana Anda Pergi' agar warga negaranya dapat berlaku sopan di negara yang dikunjungi.

Rupanya selama ini yang meramaikan Dubai dengan perempuan tanpa baju di pantai dan kelab-kelabnya adalah pelancong yang berasal dari Eropah. Sebelumnya, British juga menjadi salah satu negara yang ramai warganya melakukan hal seperti itu di Dubai. Kerajaan British tahu mendisiplinkan rakyatnya, bagaimana dengan pemerintah Dubai yang buminya diamanahkan Allah supaya mentarbiahkan penghuni-penghuninya? (2MA)

K/Perpaduan UMNO-PAS Menuju K/Perkauman -Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR Jumaat Jun 19, 2009 : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno perlu mendapatkan pandangan akar umbi dan komponen Barisan Nasional (BN) sebelum mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. "Dalam Umno pun kita tidak tahu pandangan ahli-ahli parti, kita tak tahu pendirian mereka... sebab itu kita perlu jelaskan apakah asas kita (bincang kerajaan perpaduan)?

“Adakah kita akan tinggalkan rakan-rakan kita dalam BN dan Pakatan untuk tubuh sebuah kerajaan yang seratus peratus bumiputera?.. Kalau kita buat demikian akan ada konfrontasi antara kaum dan ini tidak baik untuk negara kita,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku ‘Things in Common’ yang ditulis oleh Syed Akbar Ali di sini hari ini.

Menurut Dr Mahathir, penjelasan mengenai idea penubuhan kerajaan perpaduan adalah satu perkara yang besar dan penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak. “Sama ada mereka percaya BN dengan Pakatan Rakyat bercantum jadi satu atau mereka berpendapat Umno dan PAS sahaja… semua ini kita tak tahu.. Jadi macam mana kita nak buat keputusan,” katanya.

Ketika ditanya apakah pendapat peribadi beliau dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata: “Saya rasa ia bukan cadangan yang bagus. Saya tidak rasa negara kita mahu sebuah kerajaan yang 100 peratus dikuasai oleh orang Melayu.. Kita sentiasa berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen dalam BN. Kenapa kita perlu tinggalkan mereka hanya kerana ingin tubuhkan kerajaan yang bersifat perkauman... ia (kerajaan perpaduan) akan meyusahkan rakyat,” katanya.

Tegasnya, jika idea penuhuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno diteruskan bagaimana pula dengan peranan parti-parti komponen dalam BN seperti MCA dan Gerakan. “Jika kita tubuhkan kerajaan perpaduan Umno dan PAS... apa peranan MCA dan Gerakan dalam kerajaan. Ini bukan kerajaan perpaduan tapi kerajaan Melayu. Tapi saya bukan penyokong Nik Aziz.. Saya fikir kerajaan perpaduan antara PAS dan umno tidak begitu baik. Tapi dalam soal-soal agama kita punya pendapat yang sama itu baik,” katanya. (mStar Online & pelbagai sumber, AK)

Mahyiddin Lontar Bom Perangkap.. 'Tiada Apa-apa Syarat..'

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan (mengenai Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS) berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka," katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran.

Komen Blog Ibnu Hasyim: PAS ???? Sebuah bom dilontarkan, sila bersilat (walaupun silat lidah), sehingga jelas siapa perangkap siapa?

Politik Harijadi, Bebaskan Aung San Suu Kyi!

JENDELA GLOBAL


BRUSSELS Jumaat Jun 19, 2009: Pemimpin-pemimpin Persatuan Eropah (EU) 'menyambut' ulang tahun kelahiran ke-64 pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dengan menggesa pembebasan segera dan tanpa syarat bagi pemimpin itu.

Draf pengisytiharan yang akan dikeluarkan pada sidang kemuncak EU hari ini menyatakan kredibiliti Myanmar untuk mengadakan pilihan raya tahun depan akan "terus lemah" melainkan Suu Kyi dibebaskan. Pemimpin-pemimpin EU menggesa rejim tentera Myanmar melaksanakan "peralihan tulen kepada demokrasi".

Gambar Suu Kyi telah dipaparkan di bangunan Parlimen Eropah bagi membantah penahanannya. Suu Kyi menyambut hari lahirnya di penjara, sementara kempen-kempen supaya membebaskannya sedang giat dijalankan di seluruh dunia dan internet.

EU mempolitikkan hari lahir Suu Kyi untuk kepentingan demokrasi.. (Sumber AP/AK)

Strategi Hapuskan Melayu/Islam Di Pattani.

JENDELA GLOBAL

Gambar: Polis Thai memeriksa mayat orang Islam yang ditembak polis di daerah Bannang Sata di Yala semalam.

SEJAK peristiwa pembunuhan kejam di Masjid Al-furqan Bechah Airong, pihak penjajah Thai telah berbalah sesama sendiri tanpa henti-henti. Ini bermula apabila terbungkarnya rahsia bahawa pihak tentera lah yang merancang pembunuhan kejam ini bertujuaan untuk meng sabotajkan Abhisit vejjajiva Perdana Menteri Thailand yang sedang berada di Malaysia ketika itu. Perancangan ini bermula apabila kerajaan Abhisit meluluskan peruntukan sebanyak 76 billion baht bagi pembiayaan pembangunan di tiga wilayah Patani, Jala dan Naratiwat. Kerajaan Abhisit telah mengumumkan perlantikan jawatanakuasa perlaksanaan peruntukan itu yang terdiri dari seramai 18 orang Menteri-menteri dan individu tertentu.

Pihak tentera dan Polis terutama para Jenderal merasakan mereka disisihkan dari urusan perlaksanaan peruntukan tersebut. Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana pentadbir penjajah Thai samaada pihak tentera atau awam , sesiapa yang terlibat dengan pengurusan peruntukan kewangan akan mendapat faedah yang besar dari agihan wang tersebut.Kebiasaanya hanya sebahagian kecil sahaja peruntukan sampai ka matlamat. Kebanyakannya di songgelap dan disapu oleh pegawai-pegawai atasan. Perbalahan diantara mereka juga saling menuding jari tentang siapa yang bertanggung jawab.Yang paling kurang ajar dan mengkhianati bangsa sendiri ialah beberapa orang tokoh melayu yang menuduh puak-puak pejuang yang melakukan pembunuhan tersebut.

Sedangkan majoriti orang-orang Siam sendiri menuduh tentera mereka yang melakukannya. Diantara anjing-anjing ini ialah wakil rakyat Pachatipak Che Min Tok Tanjung dan beberapa orang tokoh–tokoh wahbi dan penjilat-penjilat penjajah. Mereka-mereka ini memang tidak berhak mengaku Melayu/Islam dan selayaknya dihantar ke neraka jahanam! Sedangkan kami tidak pernah memusuhi orang-orang Melayu yang bekerja dengan penjajah asalkan tidak mengkhianati bangsa dan ugama sendiri.


Sejak mutakhir ini pihak penjajah Thai telah melancarkan beberapa strateji bagi menghapus dan melemah bangsa Melayu/Islam. Antaranya ialah..

(Pertama) ... menggalakkan dan memberi peruntukan yang banyak bagi memoden dan mengkafirkan pondok-pondok pengajian Islam yang selama ini dipertahan-kan oleh tok-tok guru. Tok-tok guru banyak mendapat undangan melawat kota-kota besar saperti Bangkok dan kebanyakannya di suakan dengan betina-betina yang dahi licin. Banyak yang tumbang disana.

Keduanya dalam program jangka panjang untuk menghapuskan keturunan Melayu mereka memerentahkan doktor-doktor yang menjalankan khatan pada anak–anak muda supaya mengenakan bius yang banyak pada batang zakar (kebiasaan hanya pada kulit sahaja) supaya zakar tersebut tidak berdaya dan hilang nafsu sexnya bila dewasa nanti.

Ketiga mereka menggalakkan pemuda-pemuda Siam terutamanya tentera penjajah, berzina dengan anak dara melayu sehingga dapat anak. Jumlahnya amat ramai sekali buat masa ini. Ini bertujuan melahirkan jenerasi anak haram dan anak-anak campuran. Kemudian mereka akan masuk Islam dan merosakkan ugama ini dari dalam..

(Keempat) Tujuan utama mereka menghantar begitu ramai tentera ke tiga wilayah ialah untuk persiapan menjadikan mereka ini penduduk tetap di tiga wilayah. Ini bagi persiapan sekiranya satu masa jika ada tekanan antarabangsa bagi mengadakan pungutan suara maka mereka sudah bersedia dengan orang Siam yang diimport.

Kelima mereka telah membekal kan senjata moden yang banyak kapada hampir semua kampung-kampung dan penduduk berbangsa Siam. Orang Siam ini digalakkan membunuh bangsa Melayu sesuka hati mereka. Dan mereka akan di lindungi oleh tentera jika ada tindak balas dari orang-orang Patani!

Kita menyeru kapada seluruh anak bangsa yang insaf .Bersiap sedialah menghadapi cabaran ini dengan serious dan tegas. Kita di serang dari segenap penjuru! Apa tah lagi pengkhianat dari bangsa kita yang lebih kasihkan penjajah Thai dari bangsa sendiri. Cabaran-cabaran lain ialah pihak Kerajaan Malaysia dan OIC sedang berusaha untuk mendesak para pejuang terutamanya pemimpin-pemimpin yang sedang berada di luar Negara supaya menerima plan yang akan di usahakan oleh Malaysia dengan sokongan OIC. Iaitu program damai supaya kita berhenti menentang penjajah Thai mengaku kalah serta menerima pemerentah sendiri yang kaedahnya ialah untuk mengekalkan penjajahan Thai keatas bumi Patani Darussalam!

Sudah banyak partai-partai perjuangan dan pemimpin perjuangan yang menerima tawaran ini. Bahkan ada yang merasa sedih kalau tidak diundang sama mengikuti plan damai ini. Segala pengorbanan kita selama 200 tahun akan jadi sia-sia jika kita mengaku kalah sebelum tercapai matlamat. Penjajah Thai sekarang begitu rapuh. Hanya menunggu pihak kita mempertingkatkan kekuatan untuk mereka jatuh. Kita harus istiqamah dan bersabar menunggu kemenangan. Usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kekuatan kita bagi menumpaskan musuh seluruhnya.

Patani pasti akan tertegak sebagai Daulat Ilahiah. Seluruh rakyat harus bersedia berkorban apa sahaja termasuk nyawa demi kejayaan perjuangan kita ini. Kemenangan terakhir akan hanya tercapai bila sebahagian besar anak-anak muda sudah bersedia untuk syahid sebagai hadiah untuk Allah demi Islam di Patani.

Tulisan ini disalin dari http://patanikini.wordpress.com/ yang boleh dianggap sebahagian dari suara hati rakyat Pattani, mewakili antara wilayah yang berjuang menuntut keadilan dan menegakkan agama Islam.

Lihat juga artikel lalu..

1..Saturday, June 13, 2009 Pattani: Perjuangan Bersenjata Diteruskan... 2.. Tuesday, June 9, 2009 Narathiwat, 10 Korban Angkara Siapa? 3.. Tuesday, June 9, 2009 Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Ceramah & Soal Jawab Ustaz Hadi Di London..













Parasit Menyerang Parti, Ustaz Hadi Perlu Pulang Segera.


GAGASAN Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang kini telah menjadi parasit yang menyerang parti sehingga wujud perpecahan yang begitu menyediihkan di kalangan ahli parti, 'yang terburuk semenjak zaman PAS dipimpin oleh golongan nasionalis, Datuk Mohd Asri Hj Muda'. Demikian pandangan atau siaran dari Kelab Greenboc, sebuah blog yang sedang meningkat naik, diterbitkan pagi ini.

Menurut blog tersebut, Gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditarik balik beberapa hari sebelum pencalonan jawatan Presiden dan lain-lain jawatan bermula untuk Pemilihan Muktamar kali ke 55 berlansung, telah dihidupkan semula pada hari muktamar, sekalipun tidak disebutkan di dalam ucapan dasarnya, tetapi diwarwarkan kepada pihak media sewaktu ditanya oleh para pemberita. Haji Hadi mengesani bahawa jika gagasan tersebut dimasukkan ke dalam Ucapan Dasarnya sepastinyalah beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden PAS, Dato Mohd Asri dimana ucapan dasar Mohd Asri telah ditolak oleh perwakilan PAS sehingga Mohd Asri diturunkan dari jawatannya dan digantikan oleh Hj. Yusof Rawa.

"Satu hal yang nyata, gagasan Kerajaan perpaduan ini adalah satu penjenamaan semula terhadap gagasan Kerajaan Campuran yang pernah dilontarkan untuk menyaingi gagasan 16 September yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun yang nyata juga, sekalipun gagasan Anwar gagal, namun arus kebangkitan rakyat menunjukkan bahawa sokongan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat terus meningkat dengan Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan demi kemenangan di dalam setiap pilihanraya kecil yang dijalankan di Semenanjung menjadikan cita-cita untuk menuju ke Putrajaya sebagai sesuatu yang semakin hampir." Kata blog itu lagi.

Namun gagasan Kerajaan Perpaduan tajaan Hadi, serupa dengan gagasan OneMalaysia tajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak jauh berbeza, sekadar slogan retorik yang amat dimenyampahi oleh rakyat. Ia tidak bejejak di bumi nyata dan tidak ada perbincangan serius serta komprehensif dilakukan untuk mempastikan gagasan itu dikupas agar ianya menjadi gagasan ideal yang boleh diterjemahkan di alam realiti sepertimana gagasan-gagasan besar negara contohnya Revolusi Mental, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan seumpamanya. Penjelasan blog itu selanjutnya.

"Kerajaan Perpaduan" hanyalah idea peribadi yang belum diseminarkan, tetapi telah menampakkan kesan barah yang terlalu mengerikan sehingga wujud perpecahan yang memberantakkan perpaduan jemaah PAS sendiri. Gangasan Kerajaan Perpaduan gagal untuk disepakati lantaran ia berpaksi dari tujuan yang tidak murni. Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam di Parimen, idea ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura (majlis tertinggi di dalam PAS di dalam soal perlaksanaan dasar dan halatuju parti) yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS.

Yang nyata gagasan Kerajaan Perpaduan ini disokong dan disambut penuh kegirangan oleh UMNO, yang mengharapkan bantuan dan sokongan ahli-ahli PAS terhadap survival mereka yang semakin tenggalam di dalam senario politik tanahair. Sementara di dalam PAS pula, yang menyokong gagasan ini adalah mereka yang menjadi penyokong taksub Haji Hadi di kalangan mereka yang tewas di dalam pilihanraya yang lalu untuk mencari jalan singkat menerima jawatan dan habuan sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Justeru itu, greenboc mencadangkan, ".. idea yang menjadi duri dalam daging ini perlu segera dibuang jauh sebelum duri itu terus membusuk dan merosakkan daging, dan perlukah pelupor yang menyebabkan luka ummah menjadi semakin parah ini turut dibersihkan dari jemaah dengan meminta beliau mengundur diri sebelum nantinya ahli-ahli mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau sepertimana tidak disangka-sangka digerakkan hati mereka oleh Allah untuk berdirinya semalam 10 Ahli Parlimen dan sayap parti Dewan Muslimat PAS Pusat secara tegas menolak Kerajaan Perpaduan untuk terus bersama Pakatan Rakyat?"

Komen Blog Ibnu Hasyim: Patutkah di dalam keadaan ummah sedang kecoh berantakan dengan racun Kerajaan Perpaduan ini, Ustaz Abdul Hadi memilih untuk terus berada di luarnegara disaat sepatutnya beliau WAJIB berada di Dewan Rakyat? Bagaimana pula pandangan Dewan Pemuda PAS? Mendiam seribu bahasakah?
Dikatakan, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi oleh dua naib presiden parti itu. Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani pertahankannya, sementara presiden PAS pencadang idea itu, kini berada di luar negara.

Mungkinkah apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu. Sanggupkah Ustaz Abdul Hadi pertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan? Perlukah Ustaz Abdul Hadi pulang segera? Apakah gelombang ini masih gelombang kopi dalam cawan?

Thursday, June 18, 2009

Manik Urai: Terburai Terurai, T/Kasih MAFREL,..

MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial.

Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar di bawah ini menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.


Terima kasih MAFREL, lanjutnya sila lihat..
http://mafrel-kelantan.blogspot.com/2009/06/lambakan-projek-mee-segera bagi-menjamu.html

Kukuhkan Pakatan Rakyat -MP PAS

Lihat klip vedio ini...





Kemaskini :K/Perpaduan, 10 Ahli Parlimen Isytihar Tolak.

SEPULUH ahli parlimen PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini - mengisytiharkan beramai-ramai penolakan kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada mursyidul am untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Kenyataan tersebut, bersama tandatangan sepuluh anggota Dewan Rakyat berkenaan, diedarkan dalam satu sidang media di lobi Parlimen.

Ahli-ahli parlimen PAS itu seperti berikut:

Dr Hatta Ramli (Kuala Krai),
Khalid Samad (Shah Alam),
Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor),
Datuk Kamaruddin Jaffar (Tumpat),
Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa),
Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
Taib Azamuddin Md Taib (Baling) dan
Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Mesyuarat ukhuwah

Sementara itu di Kota Bharu, Nik Aziz merancang mengadakan mesyuarat khas yang hanya dihadiri pemimpin tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi dan timbalannya Nasharudin Mat Isa.

"Saya sendiri akan menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan presiden (Nasharudin) dan beberapa pemimpin PAS lain yang akan saya tentukan kemudian.

"Pertemuan ini saya namakan mesyuarat ukhuwah (persaudaraan) yang akan menyelesaikan isu kerajaan perpaduan ini.

"Buat masa ini masa, tarikh dan lokasinya belum lagi dapat ditentukan sama ada di Kuala Lumpur atau di Kelantan, bergantung kepada kesesuaian masa tetapi akan diadakan secepat yang boleh," Nik Aziz dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan hari ini.

Sementara itu Dewan Muslimat PAS Pusat dan Ahli Parlimen Muslimat PAS telah sebulat suara menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dan Barisan Nasional.

Sebaliknya sayap parti PAS itu membuat ketetapan mahu PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP di dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Penegasan tersebut kata, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dibuat sebagaimana keputusan muktamar PAS ke-55 pada 5 hingga 7 Jun yang lalu yang sebulat suara mahu PAS bersama Pakatan Rakat.

Beliau yang bercakap dalam satu sidang media di Lobi Parlimen berkata, mereka faham dengan kecelaruan yang berlaku di kalangan ahli-ahli akar Umno serta pimpinan peringkat bawah serta di kalangan penyokong dan pengundi PAS.

"Kami menyeru supaya ahli-ahli PAS, Kelab Penyokong PAS dan penyokong PAS bertenang dan tidak cemas dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk memecah belah Pakatan Rakyat dan perpaduan dalam PAS," katanya yang turut ditemani, Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Ahli Perlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi.

Malah Dr Mariah berkata, Muslimat menyeru kepada semua pimpinan PAS supaya tidak membuat kenyataan-kenyataan atau cadangan baru di luar keputusan muktamar atau perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat atau Majlis Syura Ulama.

Dalam keadaan sekarang katanya, ahli-ahli PAS diminta terus bermunajat kepada Allah S.W.T. supaya memberi petunjuk dan hidayah kepad pemimpin-pemimpin PAS.

"Berilah sedikit masa kepada pimpinan untuk berbincang dan mencapai keputusan terbaik dan kata sepakat yang berhikmah untuk PAS menangani fitnah dan mehnah yang dihadapai sekarang," katanya.

Ujarnya, PAS sebagai parti yang sudah berusia 55 tahun dan sering berhadapan pelbagai cabaran politik memounyai pengalaman yang luas untuk menangani cabaran.

Beliau berkata, seharusnya pemimpin dan ahli melatakkan wala' dan thiqah (kesetian dan kepercayaan) kepada pejuangan jamaah.

Semua keputusan yang menyentuh dasar dan polisi yang diambil oleh pimpinan wajib berpaksikan kepada keputusan muktamar (yang merupakan kuasa membuat keputusan tertinggi dalam PAS).
Kami Ahli Parlimen PAS ingin menyatakan kami berpegang teguh dengan keputusan Muktamar PAS yang sebulat suara mahu PAS memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan menolak sebarang kerjasama dengan Umno/BN, termasuklah konsep ‘Unity Government (UG)’.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, kami ingin menegaskan bahawa persoalan UG tidak pernah merupakan agenda PAS seperti yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman semasa berucap di Dewan Rakyat semalam (17 Jun 2009) sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008.

Kami juga menyokong penuh ketegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menangani persoalan ini.
(Sumber http://greenboc.blogspot.com)




Rampas Royalti Petroleum Rakyat Kelantan RM 1 Billion, Adalah Bukti..


KOTA BHARU. JUN 18 2009 Kerajaan Negeri Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menjelaskan bayaran tunggakan royalti hasil pengeluara:n petroleum di Kelantan yang kini dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, tunggakan itu berikutan Kerajaan Pusat tidak menjelaskan royalti yang sepatutnya diberikan kepada rakyat negeri ini seperti yang sewajarnya.

“Dalam mesyuarat exco hari ini (semalam), Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju menghantar surat rasmi kepada Kerajaan Pusat supaya menjelaskan royalti hasil minyak itu yang tertangguh setakat ini kira-kira RM1 bilion.. Menjadi harapan rakyat Kelantan supaya bayaran itu dapat dijelaskan berikutan ini tahun keenam sejak Kelantan disenaraikan sebagai pusat pengeluaran petroleum negara selepas Sarawak, Terengganu dan Sabah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Mingguan di sini, semalam.

Menurutnya, anggaran pengeluaran minyak di negeri tersebut berjumlah RM2.5 bilion setahun berdasarkan data-data yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan negara. Katanya, sebanyak RM2.615 bililon dihasilkan pada 2006 dan terbaru sebanyak RM2.7 bilion pada 2008. Husam berkata, dengan konsep 1Malaysia yang dicanangkan selama ini, Kerajaan Pusat diharap tidak menghadapi masalah menjelaskan royalti itu kepada rakyat Kelantan.

“Perkara ini baru dibangkitkan kerana perangkaan itu baru diedarkan kepada pegawai kita Mac lalu ketika menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri.. Pelbagai alasan boleh diberikan bagi mengelak menjelaskan bayaran itu tetapi amat memalukan jika Pusat tidak memberikan hak rakyat Kelantan itu,” katanya. Semetara itu, di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution telah membangkitkan isu tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tindakan zalim ini adalah satu bukti terbaru menunjukkan Kerajaan BN tidak berminat untuk berkerjasama dengan PAS, walaupun Kerajaan Perpaduan sentiasa digembar-gemburkan dibibir mereka. Banyak lagi bukti-bukti lain antaranya termasuk rampasan royalti minyak sewaktu PAS memerintah Terengganu baru lalu, dan lain-lain. (Sumber Jiwo Kelate, MalaysiaKini dll/AK).


Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam. (2MA)

'1 Malaysia', Jadi Negara Pelacur? -Dr Hj Mohd Hasyim

BY ASYOK KUMAR




KL Jun 18 2009. AMERIKA Syarikat (AS) yang menyenarai-hitam Malaysia antara 17 negara utama di dunia terbabit dalam penyeludupan manusia khususnya untuk pelacuran, adalah sebagai satu hadiah kepada kempen 1 Malaysia dari PMnya Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang sewaktu dihubungi pagi ini.

Menurutnya, Malaysia berkongsi 'penghormatan' itu dengan negara seperti Zimbabwe, Sudan, Korea Utama, Papua New Guine, Fji dan Arab Saudi sebagai destinasi paling aktif dalam penyeludupan manusia seperti yang dilapurkan oleh Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat. Malaysia telah digugurkan daripada senarai itu pada tahun lalu, tetapi kemasukan begitu ramai rakyat asing secara haram untuk pelacuran dan pekerjaan memaksa Washington sekali lagi meyenarai hitamkan Kuala Lumpur.

Menurut laporan itu, selain pelacuran, Malaysia turut menjadi destinasi untuk mengeksplotasi pekerja asing. Malaysia didapati gagal mencapai tahap minima untuk membanteras penyeludupan manusia dan tidak dilihat sebagai melaksanakan apa-apa usaha berkesan ke arah itu. Laporan itu turut mengatakan pegawai Imigresen didapati terbabit dalam sindiket mendagang rakyat Mynamar di persempadanan Malaysia-Thailand.

Pegawai Imigresen dikesan menjual rakyat Myanmar untuk RM700 tiap seorang kepada kumpulan tertentu yang beroperasi di situ. Laporan itu turut merujuk kepada layanan majikan terhadap pepekrja asing yang penuh dengan kes-kes penderaan, termasuk penyiksaan seksual dan fizikal. Kerajaan Barisan Nasional dilaporkan membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk melancar, apa yang dicanang sebagai operasi membersihkan negara daripada pendatang tanpa izin.

Laporan terkini itu yang mengesahkan Malaysia sebagai pusat khidmat seks dan pekerja asing untuk diekplotasi menzahirkan kebimbangan rakyat mengenai mengenai hala tuju negara yang tercinta ini.
Hakikatnya ialah semua bandar-bandar besar malah pekan-pekan kecil semakin dilimpah dengan pekerja seks dan pekerja asing tanpa izin.. dan jumlah mereka semakin meningkat.

"Rakyat telah mual dengan rhetorik termasuk Slogan 1 Malaysia yang cuba dijaja oleh Perdana Menteri, tetapi tidak mahu memikirkan dan mengambil inisiatif bersungguh-sungguh ke arah Islam sebagai suatu cara penyelesainnya. Dimana praktiknya Islam sebagai agama bagi Persekutuan seperti yang tercatat dalam perlembagaan negara?" Tanya Dr Hj Mohd Hasyim lagi. (AK)






Putarbelit Lagi, 9 Sebab U/M'sia Perlu Disaman!

KOTA BHARU, 17 Jun 2009 - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia yang dianggap memutar belit kenyataannya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.

Kerana, kata Tuan Guru...

Ke1: "Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.

Ke2:"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Ke3: Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti-parti, hanya nasihat awal.

Ke4: Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.

Ke5: Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.

Ke6: Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.

Ke7: "Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya... Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.

Ke8: Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.' Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.

Ke9:Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.

"Ini semua kerja yang tidak masuk akal lebih lagi bila saat nak menghadapi pilihan raya kecil.. macam ni lagilah untuk menambahkan rasa kebencian kepada saya dan PAS," ujarnya. (Sumber, Harakah dll. 2MA)

Wednesday, June 17, 2009

Polemik K/Perpaduan, Najib, Nasharuddin, Nik Aziz, Mahfuz, Hatta, Mujahid , Abd Halim, Kit Siang, Khalid Dll..

1..Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional.



2..Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meminta Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Anggota Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.



3..Serah pada parti. - Datuk Mahfuz, Dr Hatta, Dr Mujahid, Dll.



4..Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Tuesday, June 16, 2009

Siapa Aminah Wadud Di Malaysia?



SESEORANG memberi komen pada artikel 'SIS, Anak Murid Aminah Wadud? ' Tulisnya..

"Dr Aminah Wadud mengajar di UIAM PJ dalam Islamic Revealed Knowledge Dept yang dipelopori oleh Tan Sri Dr Kamal Hassan manatan Rektor UIAM pada tahun 89 hingga 93. Beliau mengajar subjek Scineces of Quran dan beberapa kursus yang lain. Beliau telahpun mengutarakan bahawa perempuan layak menjadi Imam dalam solat yang dimaklumkan lelaki.

Tetapi apabila diminta membawa nas dan dalil, sampai akhir semester, beliau gagal. Dan beliau juga tidak menunjukkan bahawa Islam ini adalah pelindung kepada wanita. Dalam penulisannya lebih cenderung kepada Islam yang di zaman Rasulullah itu tidak sesuai dengan zaman sekarang. Oleh itu banyak perkara perlu diubah dan dipinda mengikut kehendak masyarakat sekular yang dikuasai fahaman berasaskan Rom dan Yunani yang terdapat di Eropah dan Amerika Utara.

Sister in Anti ISlam mendapat dokongan dan tunjuk ajar untuk menghentam Islam trasional dari Dr Aminah. Seorang phd dari Jab Pengajian Islam Universiti Michigan. Dr Mashitah Ibrahim dan Zambry Kadir lebih mengenali beliau.

June 16, 2009 3:46 PM

Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails