Thursday, June 18, 2009

Pakai Tudung, Walaupun Tidak Islam -Spencer Wall


SPENCER Wall, seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berusia 20 tahun asal West Texas, tergolong unik dan luar biasa di tengah masyarakat majoriti bukan Islam. Dia yang beragama Kristian, tetapi sejak akhir April lalu telah memutuskan untuk memakai pakaian Muslimah, bertudung lengkap selama satu tahun ini. Apa tujuannya?

Wall mengatakan dia bukan ber'eksperimen' tetapi belajar dari pengalaman. Dia nak rasa bagaimana menjadi golongan minoriti seperti komuniti Muslim, yang selalu dipandang sebelah mata dan dicurigai di negaranya, walaupun dia bukan mewakili komuniti tersebut. "Saya bukan ingin mewakili Muslimah atau komuniti Muslim.. Saya hanya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seperti mereka.. sebentar saja ..." ujar Wall.

Perubahan penampilan Wall tentu sahaja mengundang banyak tanya dari teman-teman dan orang-orang sekeliling. Wall memang mengalami hal-hal yang tidak diharapkannya sejak memakai tudung dan pakaian Muslimah. Orang kerap memandang Wall dengan curiga, tidak mahu bercakap dengannya dan sering dicemuh. Bahkan pernah ada pengunjung di restoran tempatnya bekerja, menolak dilayani Wall. Tetapi seperti kebanyakan Muslimah di AS yang kerap menerima kelaku seperti itu, Wall tidak ambil peduli dan tetap terus melangkah.

Pertanyaan yang kerap diterima ialah, asal dari mana? Kerana orang-orang Amerika masih melihat warga Muslim sebagai imigran atau pendatang. Mulanya Wall menjelaskan, 'ingin belajar dari pengalaman..' Tapi lama-lama, dia pun bosan juga, dan jawab pendek,"Saya bukan Muslim, tetapi saya pakai tudung kerana sukakanya!" Meski demikian, Wall mengakui jawapan itu tidak sepenuhnya benar, kerana jauh di dalam hatinya ia merasa tidak boleh keluar rumah tanpa berpakaian Muslimah. "Saya pernah cuba tak pakai tudung sehari saja, tetapi tak boleh..."

Kini bukan hanya dalam berpakaian, Wall juga mengikuti kebiasaan bagaimana sepatutnya sikap seorang Muslimah. Ia menolak hubungan bebas terutama dengan lelaki. Pernah di toko pakaian, Wall meminta pelayan toko itu menutupi ruang terdedah apabila kakinya ternampak semasa mencuba-cuba pakaian. Wall mengatakan, pengalamannya 'menjadi seorang Muslimah' mengajarnya untuk menghargai dan menghormati hal-hal yang bersifat peribadi. Satu hal yang tidak pernah ia rasakan dalam ajaran agama Kristien.

Bahkan katanya, suatu hari nanti ia juga ingin rasa bagaimana hendak bersolat 5 kali tiap hari. "Seperti yang anda tahu, kami hidup di tengah masyarakat yang tidak peduli dengan aktiviti ibadah. Dengan pengalaman saya sekarang, saya rasa diri saya lebih dekat dengan Tuhan," ungkap Wall. "Pengalaman ini mengajar saya untuk menghormati wanita yang membuat keputusan ' tinggal tetap di rumah, menjaga dan mendidik anak-anak saja..' menghormati mereka yang bertudung lengkap, beraktiviti di luar atau menjadi seorang CEO.." sambungnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Marilah kita sama-sama berdoa, semoga di suatu saat Allah SWT memberikan hidayah Islam padanya. Wallahu 'aklam. (2MA)

4 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Macam mana ada orang Islam Malaysia faham orang bukan Islam tak boleh baca al-Quran? Macam mana pula orang Islam Malaysia yang tak benarkan orang Kristian sebut Allah?

obakh said...

Orang Melayu Islam Malaysia adalah orang yg paling taat didunia dalam 3 perkara :
1. Sangat berhati dlm hal najis mukhallazah (anjing, babi)
2. Sangat2 menghormati naskah al Quran.
3. Puasa dibulan ramadhan.

Itu saja. 3 benda ni aje orang Melayu jaga. Not bad.

Hal#1. Ok banyak menafaat dalam ni.
Hal#2. Saya lihat ia sampai tahap menyukarkan orang Melayu mendekatkan diri dengan Al Quran. Damping al Quran hanya untuk Melayu exclusive aje? (jangan sampai ujub/riak tau..).

Hal#3. Puasa sunat mua'kkad dijalankan secara holistic(diakui oleh bangsa cina, india... sampai mereka hormat Ramadhan seperti yg sepatutnya). Tapi melayu..Solat waib=tanda soal.

Tiada paksaan dalam Islam. so... apa kita buat? biarkan begitu saja? Kan sejarah memperlihatkan Islam diajar melalui tauladan. Apalagi if sayang sangat Islam, tunjukkan lah tauladan yang baik melalui cara hidup Islam, jangan complain sana-sini without doing any good deeds. Nak untung aje ke.."Aku buat ni mestila dapat balasan baik punyeee!" Mana ada hal, mana iklasnye(Quote:"iklas disisi Allah lebih tinggi kedudukannya dari iman".
Al Quran without doubt dijaga oleh Allah, orang kafir ke alien ke binatang ke (scooby doo) nak baca Al Quran apa kita (Melayu) nak sibok2. Kan Allah jaga. --Arwah datuk Rasulullah S.A.W dulu, masa Abrahah(Kristian Nasrani berbangsa Habshee) dah sampai Kota Mekah untuk memusnahkan kota itu, apa arwah tu buat selaku ketua/ Field Marshall Kota Mekah.--> Dia suro penduduk Mekah lari ke tempat selamat. Pas tu dia jumpa Abrahah lalu dia mintak balik suma kambingnya n ternakan dia yg dirampas dan...dan..? itu saja dia buat. Abrahah pun pelik dengan tindak tanduk Ketua Mekah ni(dia ni..selfish ke, harta dia jaga betul2, kota dia akan musnah dia tak ambil pot pun?) So.. Abrahah pun suarakan kepelikannya, soo Apa yang arwah jawab..... Kambing tu hak aku, aku berhak nak tuntut sekarang. Tapi Kota Mekah hak Allah,, Allah la yang menjaganya. Memang benar... Maashaallah. Tentera Abrahah di musnahkan oleh burung dengan kehendak Allah.(koon faya koon) Manusia mekah tak payah angkat tangan pun.

Uztaz Harun Din pernah berpesan "Islam ni senang aje.. kita ikut aje prioriti, kita dulukan yang wajib dan diikuti oleh selainnya. Simple kan hidup dalam Islam. or lebih tepat hidup dalam EEman.

Perkara2 kecil spt kafir sebut nama allah, kafir nak baca Al quran, tuh kan Allah ada menjaganye. Jangan la kita nak kecoh2. Tak kenal maka tak cinta. Tak nengok Quran camna kafir tu nak kenal Islam? Sebutan nama Allah, secara scientifik/ medicinal dapat menguatkan jantung manusia.(haaa jangan terkezut!). Si kafir nih nak sebut, biarkan aje! kita yg beriman ni sepatutnya senyum sinis dan berkata dalam hati( haaa sebutla nama tu, nanti naik syok sebut, tak lekang dari mulut kau*) kan bagus tuh. *(Insyaalah mereka dapat merasaii nikmat sihat tbh badan/ hati dgn menyebut nama Allah). kan Kafir ni adalah dari Kaaf, Faa', Raa' ertikata bahasa Arab= yg menolak, menepis, tak mau embrace. diaorang ni kan dilahirkan dalam fitrah juga, sama macam saya dan awak. Itulah detik(walau seciput ciputnye) mereka nak mengingati kembali fitrah mereka(nostalgic), kenapa kita pulak sibuk nak halang? oooii simpang maklaekat4444 hehehe'.

---CONTINUED

obakh said...

..CONTINUE
Allah is great.'Allahhu Akhbrr" sEbut aje le. jangan la tak nak faham. Kita dituntut baca, teliti Al quran. Baru ada kick sebut Allahu Akbrr! Bagi yang teliti, baca Ummul kitab'Al-Fatihah' pun boleh buat leleh. Eh.. Melayuni faham sangat ke bahasa arab..... Kan allah dah janji Tanzil Quran ni.. diturun didalam bahasa "Arab"**, yg mudah difahami. Itu janji Allah, bahasa Arab mudah? mudah ko kata?..kawan aku belajar arab... pening kepala, banyak sangat hukumnye..itu feedback yg kita dapat. Memangla betul.. itu bahasa Arab. Ayat Al-Quran yang diturunkan menggunakan perkataan Arab, tapi BAHASA Al-Quran tuh yg senang difahami bukanya "bahasa ARAB per-say". Sangka baik dengan Allah, insyaalh apa kita buat dimudahkan. Nak senang naik pangkat, buat terbaik untuk boss, GM, Ceo, dapat lah naik pangkat(itu hukum logika dunia, terbatas kepada upaya dunia dan makhluknya). Tapi kalu kita cari jalan melalui Allah lagi senang hidup kita, lagi banyak benda yang Allah bole kasi, lebih banyak dari GM kita, Ceo ke sapa saje). amacam ada logik tak?
Melayu synonym Islam. dalam Islam ada iman, iman ada kemanisan. sebab tu orang Melayu muka manis-manis, seri2 lagi tuu.

Kafir dah syok pakai tudung? tak heran, Europe zaman feudalism sezaman Jahiliah Mekah dan sewaktu dgnnya, wanita meraka menutup aurat, tudung (shoal) tu pakaian mereka, tak heran pun. Memang bagi wanita aurat ni adalah something very personal bagi mereka. Sesuai dengan fitrah mereka baik muslimah maupun kafiroon. Cuma nilai fitrah mereka yang tak tutup aurat telah dicemari/compromized oleh unsur2 negative...mmm shaitan yg hasut kot? Yes..kita salahkan shaitaan, sbb manusia ni sebenarnya baik, fitrah dia cuma dipesongkan. Janji tuhan, setiap manusia, jin telah didatangkan seorang nazir(pemberi peringatan) semasa hayatnya, cuma dia hendak masih kafir atau tidak itu urusan Allah. Kita Islam kena mentabligh/sampaikan kepada bro n sis kita yng kafir tuh, kesiaaaan mereka. Jangan la ejek mereka, mereka tu hanya terpesong dari fitrah, kita cuba la tolong mereka kembali kepada fitrah mereka. amacham ada game ka? ada berani? Kutok maki ketua Islam kita ada berani jugak ka? Kita buat la yg priority dulu kan.. Kita kan orang Islam, lebih hebat dari kafir. Kan tentera allah sentiasa ada untuk membantu. Ehhh.. mengarut punye cerita ke ni? Tentera allah tolong aku? macam cita magic hollywood aje! Apalagi start believing and start experiencing the magic la, benda yang lari dari hukum dunia (Newton's law) Insyallah bole kalu yakin. (kena belaja erti ikhlas tau!)
We (Islam) are the best. Kita ada suma tools yg diperlukan di dunia maupun diakhirat, tapi kita masih complain lagi, amerika jahat la, israel jahat la, British dalang la, apaaaa la.
Tau tak kamu, Allah anugerah kepandaian, kekuatan, Kuasa kepada Amerika U.S.A untuk membolehkan mereka membuktikan bulan pernah terbelah sesuai dengan kebenaran AlQuran. Maasyaaalah. Hebatnya allah putar belitkan cerita history of the world.
---to continue

obakh said...

..continue

"The blessed place on earth" tau kat mana. Mestilah negara Islam Malaysia. Penat jerih orang putih, orang cina, tamdun lain membangunkan teknologi kesenangan hidup, last-last orang Malaysia yang dapat enjoy teknologi ni degan senang dan murah. contoh: allah mengangkat hijab angin, budak tadika malaysia sekarang ni boleh comunikasi(melalui angin) pakai H/P mereka sendiri. Hebat tak hebat Budak2 tadika malaysia! Matsaleh nak pakai microsoft words kena bayar mahal, ori punye, kita beli pc ciplak siap ngan macam software, apa tak hebatke Malaysia. Negara lain kena usaha lebih untuk menempuh musim salji, kita sepanjang tahun mengangkanggg je, tak hebat lagi? Orang Melayu Islam kalau diberi amanah bekerja, buat relaaaax aje, percaya pada rezeki aje, tawakal aje, Allah utuskan orang Cina ke Malaysia untuk membangunkan ekonomi Malaysia. Kita tanpa segan silu mengumumkan kita negara Islam membangun terulung. Allah utuskan orang India ke Malaysia untuk nuetralizekan dominan Cina keatas Melayu. amacham hebatkan anugerah allah kepada Melayu Islam Malaysia. dalam pada tu orang Melayu masih boleh lagi bersikap acuh tak acuh dan masih menerajui negara Malaysia yang kira OK dimata dunia dan DI PUJI oleh negara ISLAM lain.

Allahu Akhbrr!! Melayu BEST for now!
**** Hopefully in future Islam Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dibawah naungan 'the prferred' ISLAM. Tiada lagi semangat kebangsaan!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails