Friday, June 19, 2009

K/Perpaduan UMNO-PAS Menuju K/Perkauman -Dr Mahathir.

KUALA LUMPUR Jumaat Jun 19, 2009 : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno perlu mendapatkan pandangan akar umbi dan komponen Barisan Nasional (BN) sebelum mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan. "Dalam Umno pun kita tidak tahu pandangan ahli-ahli parti, kita tak tahu pendirian mereka... sebab itu kita perlu jelaskan apakah asas kita (bincang kerajaan perpaduan)?

“Adakah kita akan tinggalkan rakan-rakan kita dalam BN dan Pakatan untuk tubuh sebuah kerajaan yang seratus peratus bumiputera?.. Kalau kita buat demikian akan ada konfrontasi antara kaum dan ini tidak baik untuk negara kita,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku ‘Things in Common’ yang ditulis oleh Syed Akbar Ali di sini hari ini.

Menurut Dr Mahathir, penjelasan mengenai idea penubuhan kerajaan perpaduan adalah satu perkara yang besar dan penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak. “Sama ada mereka percaya BN dengan Pakatan Rakyat bercantum jadi satu atau mereka berpendapat Umno dan PAS sahaja… semua ini kita tak tahu.. Jadi macam mana kita nak buat keputusan,” katanya.

Ketika ditanya apakah pendapat peribadi beliau dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata: “Saya rasa ia bukan cadangan yang bagus. Saya tidak rasa negara kita mahu sebuah kerajaan yang 100 peratus dikuasai oleh orang Melayu.. Kita sentiasa berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen dalam BN. Kenapa kita perlu tinggalkan mereka hanya kerana ingin tubuhkan kerajaan yang bersifat perkauman... ia (kerajaan perpaduan) akan meyusahkan rakyat,” katanya.

Tegasnya, jika idea penuhuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno diteruskan bagaimana pula dengan peranan parti-parti komponen dalam BN seperti MCA dan Gerakan. “Jika kita tubuhkan kerajaan perpaduan Umno dan PAS... apa peranan MCA dan Gerakan dalam kerajaan. Ini bukan kerajaan perpaduan tapi kerajaan Melayu. Tapi saya bukan penyokong Nik Aziz.. Saya fikir kerajaan perpaduan antara PAS dan umno tidak begitu baik. Tapi dalam soal-soal agama kita punya pendapat yang sama itu baik,” katanya. (mStar Online & pelbagai sumber, AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails