Saturday, April 20, 2024

DAP Lagi, ambil tindakan! Begini meggajarnya..

 


Ab Halim Tamuri (kiri) dan Nga Kor Ming.

PAS Selangor gesa DAP ambil tindakan terhadap Kor Ming

KUALA LUMPUR: PAS Selangor menggesa agar pucuk pimpinan tertinggi DAP mengambil tindakan tatatertib ke atas Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming daripada DAP.

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri berkata, ini adalah atas tindakan beliau yang sangat tidak demokratik dan bertentangan dengan prinsip, imej dan nama DAP.

Menurutnya, Kor Ming telah menggunakan kedudukannya meluluskan dana yang datang daripada hasil cukai rakyat demi kepentingan parti politiknya dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu akan datang.

“Tindakan ini secara jelas telah mencabuli prinsip demokrasi dalam negara kita dan merupakan satu keaiban yang sangat besar buat Malaysia di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, PAS Selangor juga menggesa agar pimpinan Pakatan Harapan tidak berdiam diri ketika demokrasi dalam negara ini dinodai secara terang-terangan.

“Jangan kita jadi seperti negara-negara besar dunia yang memperjuangkan hak asasi manusia dan keadilan sosial namun membutakan mata dan memekakkan telinga ketika hak asasi dan keadilan sosial rakyat Palestin dinafikan.

“PAS Selangor menyeru kepada pimpinan DAP dan PKR agar kembali menginsafi falsafah, dasar perjuangan, dan manifesto parti mereka.

“Yang (mana mereka) berjanji akan mengangkat nilai keadilan sosial dan demokrasi dalam negara ini. Jangan kalian menjadi musuh dan penentang kepada dasar dan perjuangan asal parti kalian,” tegasnya.

Dalam pada itu, PAS Negeri Selangor juga mengajak pimpinan Kerajaan Madani mencontohi Ahli Parlimen Kemaman, merangkap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menangguhkan pengumuman perincian Bajet 2024 Negeri Terengganu.

“Demi memastikan demokrasi dalam negara ini tidak dinodai dan PRK Kemaman dapat dijalankan secara adil dan saksama,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/4/2024

Jom ajar k'jaan, begini!  

Nadzir Helmi

PRK Kuala Kubu Bharu: Medan rakyat ‘ajar’ kerajaan

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menggesa rakyat untuk ‘mengajar’ pentadbiran kerajaan Madani agar tidak sewenang-wenangnya cuba merendahkan nilai intelek dan kebolehan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi berkata, rakyat tidak wajar terus diperbodohkan oleh kegagalan kerajaan Madani tanpa rakyat mengajar mereka.

“PRK Kuala Kubu Bharu yang bakal menjelma menjadi medan paling hampir untuk rakyat mengajar kerajaan Madani yang gagal,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Madani kian semakin terbukti sudah hilang arah dan kepercayaan rakyat negara ini.

“Perkembangan hari demi hari telah menzahirkan Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Ke-10 (PMX) sedang bergerak dalam keadaan hala tuju yang salah.

(Lanjut sila lihat hari ini – HARAKAHDAILY 19/4/2024

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita juga bersetuju dengan kenyataan dan pemberitaan bahawa..

“Dalam satu minggu yang sama, sudah dua isu besar ditimbulkan. Sentimen ketidakyakinan rakyat bukan lagi sekadar sembang air liur dan cakap-cakap kedai kopi sahaja,

Kegagalan demi kegagalan kerajaan Madani dalam membawa negara menuju ke arah hala tuju yang betul adalah selaras dengan dapatan daripada Ipsos, sebuah firma penyelidikan pasaran antarabangsa yang menunjukkan 47% rakyat Malaysia merasakan kerajaan sedang menuju ke arah yang salah,”

Kalau kerajaan hanya begini, porrah!!

Thursday, April 18, 2024

Tanding pakaian janda, kerja gila? & 1 Mei tuntut naik gaji.

 

Halimah (depan, tengah) ketika hadir mengadakan pertemuan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Pahang.

Halang pertandingan pakaian beragam janda-janda daerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk menghalang acara maksiat sepertimana acara yang dinamakan ‘Pertandingan Pakaian Beragam Janda-janda Daerah Temerloh’ supaya tidak pernah ada di bumi Temerloh.

Ahli Parlimen Temerloh, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, beliau telah menerima dan meneliti semua laporan yang telah sampai ke pejabatnya berkenaan dengan penularan acara tersebut.

“Bertindak atas laporan tersebut, saya telah mengarahkan wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Temerloh untuk terus menghubungi wakil penganjur berdasarkan nombor yang tertera di poster yang ditularkan.

“Saya telah menerima maklum balas daripada pihak penganjur yang memberikan komitmen untuk membatalkan acara ini dan hanya menjalankan acara rumah terbuka Aidilfitri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, beliau bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh, Ustazah Alawiah Kasdan telah membuat laporan polis dan pertemuan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah bagi memastikan acara sebegini tidak akan pernah ada tempat untuk dianjurkan di bumi Temerloh yang sejahtera ini. 

“Saya telah menghantar memo bantahan kepada Al-Fadhil Qadhi Abdul Aziz Abd Karim di Pejabat Agama Islam Daerah. 

“Suka saya mengingatkan bahawa kita semua baru sahaja melepasi bulan Ramadan yang mulia dengan mensucikan diri daripada dosa noda dan kembali kepada fitrah dengan merayakannya di bulan Syawal yang penuh mulia ini. 

“Maka, jangan sesekali pernah ada dalam kalangan kita yang membuka pintu menuju ke arah dosa dan kemungkaran kepada Allah SWT.

“Pesanan saya kepada semua rakyat Temerloh agar perkara ini menjadi iktibar dan pengajaran untuk kita bersama,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/4/2024

NGO rancang berarak 1 Mei, tuntut kerajaan naikkan gaji minimum -BH 

KUALA LUMPUR: Sekumpulan gabungan dianggotai 12 badan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan gerakan sivil merancang mengadakan perarakan pada 1 Mei ini bagi menggesa kerajaan menaikkan kadar gaji minimum menjadi RM2,000.

Menurut Jawatankuasa 1 Mei, mereka akan berarak dari Dataran Maybank di Bangsar ke Dataran Merdeka, bermula jam 10 pagi.

Jurucakapnya, Parameiswary Elumalai, berkata walaupun kerajaan sudah menetapkan RM1,500 sebagai gaji minimum, jumlah itu masih rendah jika dibandingkan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Semua naik tetapi gaji tidak naik. Kebelakangan ini, isu gaji amat dipandang serius. Kerajaan perlu laksanakan 'Gaji Untuk Hidup' RM2,000 supaya pekerja dapat menampung keperluan asas seperti makanan, perumahan, penjagaan kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan pendidikan," katanya pada sidang media Perarakan Hari Pekerja ke-30 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor, hari ini.

Perarakan sempena Hari Pekerja itu adalah acara tahunan yang dianjurkan sejak 1994.

Beliau berkata, tema 'Gaji Untuk Hidup' dipilih untuk perarakan tahun ini.

"Pekerja tidak mahu gaji minimum kerana RM1,500 hari ini tidak cukup. Tahun ini adalah tahun untuk mengkaji semula gaji minimum.

"Oleh sebab itu kami menuntut gaji untuk pekerja boleh hidup, bukan sekadar angka minimum," katanya.

Badan itu antara lain dianggotai Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Muda, dan Persatuan Sahabat Malaysia.

Menurut Parameiswary, kajian sebelum ini menunjukkan gaji minimum dinaikkan pada 2022 sebanyak RM300 dan ia adalah peningkatan gaji minimum paling tinggi dalam sejarah di negara ini.

"Bagaimanapun, sehingga sekarang kami masih belum lagi dijemput oleh jawatankuasa penyelarasan gaji minimum untuk berbincang gaji minimum yang akan datang. Kami amat kecewa," katanya.

Beliau berkata, mengikut standard Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2018, gaji sara hidup untuk orang dewasa adalah sebanyak RM2,700.

Sementara itu, Pengurus Projek Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron, berkata laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan ketika ini 35 peratus pekerja di sektor formal berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.

"Berjuta rakyat Malaysia mempunyai gaji di bawah RM2,000. Kebanyakan pekerja yang berumur 45 sehingga 49 mempunyai gaji di bawah RM3,500. Disebabkan itu, kita tidak membincangkan mengenai gaji minimum tetapi 'Gaji untuk Hidup'," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah jalan selesainya sumua ini adalah dengan kembali kepada Islam. UNDILAH PAS & kumpulannya sepanjang masa!

Wednesday, April 17, 2024

Sanusi MB Kedah Kahwin lagi? & Demokrasi mati.

 


Sanusi (kanan) ketika meninjau kawasan padi huma di Kampung Radik, Chepir hari ini

SIK: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau sudah berpoligami seperti yang sedang ditularkan pihak tertentu menerusi media sosial ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

"Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka," katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita.

Muhammad Sanusi turut memuat naik status di laman Facebooknya kelmarin, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan catatan 'Dok (berada di) Pahang'.

Status itu mengundang reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu. (BH)


Demokrasi M'sia dah mati, ini..


KUALA LUMPUR: “Ini adalah kemuncak salah guna kuasa dan matinya demokrasi serta ruang kebebasan bersuara di Malaysia,” tegas Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, tadi.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan palsu yang dibuat oleh portal pro Pakatan Harapan iaitu HarapanDaily yang bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS’.

“Tetapi sampai ke hari ini Tuanku bertitah, tapi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan kerajaan DAP tidak ada satu tindakan.

“Saya tanya.. ada sesiapa dengar, ada polis keluar kenyataan, panggil siasatan dan sebagainya, tidak ada. Tetapi apabila ada media baru ini pergi rampas, ambil gajet dan sebagainya.

“Kedua, Anwar telah menyalah guna kuasa Fahmi Fadzil, salah guna kuasa dalam bab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini diperkudakan sepenuhnya,” katanya.

Chegubard berkata, MCMC telah ‘memperkudakan’ sepenuhnya dengan dibayar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan berjuta pada setiap tahun sehinggakan telah habis (peruntukan) bajet yang seharusnya diperuntukan untuk kebajikan rakyat.

“Sepatutnya kamu (MCMC) jaga internet rakyat, kemudahan rakyat dan sebagainya, tetapi masalah pelacuran, perjudian dan penipuan atas talian berleluasa.

“Setiap hari kamu memadam dan menggajikan sekumpulan kakitangan yang dibayar oleh duit rakyat untuk buat kerja yang tidak sepatutnya pantau internet dan sebagainya,” tegasnya.

Katanya lagi, pada hari ini bukan hanya berlaku intimidasi sahaja tetapi terdapat salah guna kuasa oleh pihak tersebut.

Chegubard telah hadir di hadapan IPD Bukit Aman, di sini, hari ini, untuk memberi sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Pada Khamis lalu, Tamrin mendedahkan beliau dipanggil polis susulan catatan blog yang disiarkannya, mengenai ramalannya mengenai kepimpinan dan keadaan politik Melayu di negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Apa yang dilakukan ialah menulis ramalan berkenaan dengan 10 tahun lagi. Apa masalahnya? Kau lepas ini saya kata 10 tahun lagi, saya akan kurus, tampan dan kacak bergaya, jadi salah? Ataupun kita kata orang yang melakukan hubungan sejenis ini akan kena HIV positif, adakah benda itu salah?” tegasnya.

Chegubard jelas memperkatakan bahawa segala perkara yang telah berlaku adalah bukan kesalahan daripada pihak polis itu sendiri malah, pihak polis sebenarnya telah disalahgunakan kuasa, dihimpit dan dihina oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Anwar Ibrahim, saya sebut dengan jelas.. mesej kita kepada rakyat ialah bangkit dan bersama untuk tumbangkan kerajaan ini! Kepada pegawai kerajaan kita sangat faham (bahawa) kamu sedang tersepit.

“Saya tahu pegawai kerajaan, saya kenal sahabat-sahabat polis. Jangan, ini bukan salah polis. Ini salah Din Pokka (Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Perdana Menteri sendiri dan Fahmi Fadzil kerana menyalahgunakan kedudukan menekankan kakitangan awam.

“Dulu masa ‘kamu’ jadi pembangkang, kamu hasut rakyat benci polis, tetapi hari ini kamu sekali lagi menyebabkan polis di kemuncak kebencian rakyat apabila kamu mempergunakan polis,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024


Komen rakyat.. SKMM gagal nyatakan kesalahan spesifik Chegubard.

Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hadir di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman, di sini, hari ini, untuk memberi sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

(Ikuti selanjutnya Harakah hari ini  HARAKAHDAILY) 16/4/2024)

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails