Wednesday, April 17, 2024

Sanusi MB Kedah Kahwin lagi? & Demokrasi mati.

 


Sanusi (kanan) ketika meninjau kawasan padi huma di Kampung Radik, Chepir hari ini

SIK: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau sudah berpoligami seperti yang sedang ditularkan pihak tertentu menerusi media sosial ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu berkata, beliau belum berhasrat berbuat demikian, namun tidak menolak kemungkinan itu sekiranya ada jodoh dengan mana-mana wanita.

"Belum lagi (berkahwin baharu). Mana tahu kalau ada jodoh, kalau jodoh dengan orang Sik apa salahnya? Orang Sik, orang Alor Setar ka," katanya berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Benih Padi Huma di Kampung Radik, Chepir di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa Muhammad Sanusi sudah berkahwin lain secara senyap bersama seorang wanita.

Muhammad Sanusi turut memuat naik status di laman Facebooknya kelmarin, mengenai saranan berkahwin pada bulan Syawal dengan catatan 'Dok (berada di) Pahang'.

Status itu mengundang reaksi serta komen pengikutnya di media sosial itu. (BH)


Demokrasi M'sia dah mati, ini..


KUALA LUMPUR: “Ini adalah kemuncak salah guna kuasa dan matinya demokrasi serta ruang kebebasan bersuara di Malaysia,” tegas Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, tadi.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa berhubung laporan palsu yang dibuat oleh portal pro Pakatan Harapan iaitu HarapanDaily yang bertajuk ‘Sultan Pahang beri amaran terhadap amalan bawaan PAS’.

“Tetapi sampai ke hari ini Tuanku bertitah, tapi Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan kerajaan DAP tidak ada satu tindakan.

“Saya tanya.. ada sesiapa dengar, ada polis keluar kenyataan, panggil siasatan dan sebagainya, tidak ada. Tetapi apabila ada media baru ini pergi rampas, ambil gajet dan sebagainya.

“Kedua, Anwar telah menyalah guna kuasa Fahmi Fadzil, salah guna kuasa dalam bab Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini diperkudakan sepenuhnya,” katanya.

Chegubard berkata, MCMC telah ‘memperkudakan’ sepenuhnya dengan dibayar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan berjuta pada setiap tahun sehinggakan telah habis (peruntukan) bajet yang seharusnya diperuntukan untuk kebajikan rakyat.

“Sepatutnya kamu (MCMC) jaga internet rakyat, kemudahan rakyat dan sebagainya, tetapi masalah pelacuran, perjudian dan penipuan atas talian berleluasa.

“Setiap hari kamu memadam dan menggajikan sekumpulan kakitangan yang dibayar oleh duit rakyat untuk buat kerja yang tidak sepatutnya pantau internet dan sebagainya,” tegasnya.

Katanya lagi, pada hari ini bukan hanya berlaku intimidasi sahaja tetapi terdapat salah guna kuasa oleh pihak tersebut.

Chegubard telah hadir di hadapan IPD Bukit Aman, di sini, hari ini, untuk memberi sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Pada Khamis lalu, Tamrin mendedahkan beliau dipanggil polis susulan catatan blog yang disiarkannya, mengenai ramalannya mengenai kepimpinan dan keadaan politik Melayu di negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Apa yang dilakukan ialah menulis ramalan berkenaan dengan 10 tahun lagi. Apa masalahnya? Kau lepas ini saya kata 10 tahun lagi, saya akan kurus, tampan dan kacak bergaya, jadi salah? Ataupun kita kata orang yang melakukan hubungan sejenis ini akan kena HIV positif, adakah benda itu salah?” tegasnya.

Chegubard jelas memperkatakan bahawa segala perkara yang telah berlaku adalah bukan kesalahan daripada pihak polis itu sendiri malah, pihak polis sebenarnya telah disalahgunakan kuasa, dihimpit dan dihina oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Anwar Ibrahim, saya sebut dengan jelas.. mesej kita kepada rakyat ialah bangkit dan bersama untuk tumbangkan kerajaan ini! Kepada pegawai kerajaan kita sangat faham (bahawa) kamu sedang tersepit.

“Saya tahu pegawai kerajaan, saya kenal sahabat-sahabat polis. Jangan, ini bukan salah polis. Ini salah Din Pokka (Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), Perdana Menteri sendiri dan Fahmi Fadzil kerana menyalahgunakan kedudukan menekankan kakitangan awam.

“Dulu masa ‘kamu’ jadi pembangkang, kamu hasut rakyat benci polis, tetapi hari ini kamu sekali lagi menyebabkan polis di kemuncak kebencian rakyat apabila kamu mempergunakan polis,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/4/2024


Komen rakyat.. SKMM gagal nyatakan kesalahan spesifik Chegubard.

Sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard hadir di hadapan Ibu Pejabat Polis (IPD) Bukit Aman, di sini, hari ini, untuk memberi sokongan kepada bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

(Ikuti selanjutnya Harakah hari ini  HARAKAHDAILY) 16/4/2024)

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails