Friday, April 12, 2024

Presiden PAS ucap takziah kepada Ismail Haniyyeh

 


PAS mengucapkan takziah kepada Syeikh Ismail Haniyyeh, pemimpin HAMAS atas pemergian tiga anak dan tiga cucunya dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di utara Gaza semalam.

Serangan genosid dan balas dendam ini adalah lambang keangkuhan Zionis Israel yang dilaknat oleh Allah. Tindakan ini tidak akan sekali-kali mematahkan semangat para pejuang Palestin untuk membebaskan Masjid al-Aqsa.

Semoga ahli keluarga Syeikh Ismail Haniyyeh beroleh syahid dan memberi syafaat di akhirat nanti.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 2 Syawwal 1445 / 11 April 2024

Israel pengganas sebenar zaman moden – Fadhli Shaari 

3 anak kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan syahid dalam serangan udara Zionis.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, mengucapkan takziah kepada pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh di atas kesyahidan tiga anak lelaki beliau bersama cucunya akibat serangan bom rejim pengganas Israel, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, ketika umat Islam seluruh dunia menyambut Aidilfitri, bekas Perdana Menteri Palestin menyambutnya dengan berita kematian tiga anak lelakinya sekali gus.

“Sesungguhnya inilah dia rejim pengganas moden yang tidak pernah serik untuk berlaku zalim. Semoga beliau terus tabah menghadapi ujian ini dan ketabahan serta kegembiraan itulah yang dipaparkan melalui video rakaman reaksi beliau apabila dilaporkan tentang berita kematian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam rakaman video yang dipaparkan sebuah portal berita antarabangsa, Ismail kelihatan tenang sebaik dimaklumkan berita kematian anak dan cucunya.

Ahmad Fadhli memetik Ayat 23 Surah Al-Ahzab, iaitu: “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya).” – HARAKAHDAILY 11/4/2024

Komen  Weblog Ibnu HasyimSelamat Hari Raya Aidil-fitri dari Ibnu Hasyim.

"Al-hamdulillah, aidil-fitri dalam perang..
HAMAS, samada menang atau syahid
Syahid juga menang, di akhirat atau di dunia."
 
Semuanya al-hamdulillah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails