Saturday, October 17, 2015

P'raya S'wak: Amanah Bukan Orang Lain, Sahabat Kita Juga. -Jofri Jaraiee


PAS Sarawak berharap Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mengganggu kawasan yang akan ditandingi olehnya dalam pilihan raya negeri yang dijangka awal tahun depan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee (gambar) berkata jika perlu, pihaknya akan berbincang secara tidak langsung dengan Amanah Sarawak bagi mengelakkan berlaku pertandingan dengan kumpulan serpihan parti Islam itu untuk kerusi negeri.

"Amanah ini bukan orang lain, sahabat-sahabat kita juga.
 "Kita akan maklum mereka secara 'formal' supaya jangan kacau kerusi kita," kata Jofri kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Miri, Sarawak.

Bagaimanapun, katanya beliau akan merujuk PAS Pusat terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa rundingan dengan Amanah yang kini menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.

"Kita akan bincang dengan pusat dulu dan nampaknya pusat tidak akan bekerjasama dengan Amanah.
"Jika pusat kata okay, kita akan bincang secara rasmi. Jika tidak, kita buat secara tidak formal," katanya.

Di peringkat pusat, PAS hanya mempunyai hubungan dengan PKR selepas berpisah dengan DAP. Menurut Jofri, PAS akan bertanding 10 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang selepas bertanding hanya 5 kerusi dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Jofri dilantik sebagai pesuruhjaya selepas kematian Adam Ahid pada 17 September lalu akibat sakit jantung.

"Kita mensasarkan untuk menang sekurang-kurangnya satu atau 2 kerusi dalam pilihan raya ini," kata Jofri dengan mensasarkan kerusi Beting Maro sebagai paling berpotensi untuk parti itu.

Sementara itu, Amanah berkata ia sedia bertanding melawan PAS dalam pilihan raya negeri akan datang jika terpaksa selepas berunding dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan.

"Orang bertanya di mana kita akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
"Besar kemungkinan di kerusi yang ditandingi PAS sebelum ini," kata Pengerusi Amanah Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

Amanah, sebagaimana PAS juga mensasarkan untuk menang sekurang-kurangnya satu kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.

"Kita sasar satu kerusi baharu di Kuching dan kita berharap rakan-rakan memberi laluan kepada Amanah," kata Fidzuan merujuk kepada 11 kerusi baharu yang dibentuk di Sarawak dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.

PAS, Amanah serta PKR dijangka akan bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang kini dikuasai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunggak Barisan Nasional (BN) yang memerintah Sarawak.

Dalam pilihan raya negeri 2011 lalu, PKR hanya menang di 2 kerusi majoriti Dayak dan satu Cina tetapi kalah di semua kerusi majoriti Melayu. Pembangkang dijangka akan menghadapi laluan sukar dalam pilihan raya kali ini berikutan pencapaian baik yang dibuat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. (IH/sumber The Malaysian Insider.)

Badminton: Kesian, Chong Wei Sudah Dianggap Kuda Tua. Habis Manis Sepah Dibuang?

    SUKAN
    Lee Chong Wei
    Datuk Lee Chong Wei ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam. WikipediaLahir21 Oktober 1982 (umur 32), Bagan Serai, MalaysiaKetinggian1.70 m. Berat60 kg

ERA kegemilangan bekas pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei sudah berakhir. Pada usia 33 tahun, pemain yang mula dilabel sebagai ‘kuda tua’ itu semakin hilang taring seperti mana yang turut dilalui seteru utamanya dari China, Lin Dan.
“Chong Wei sekarang bukan Chong Wei yang dahulu”.
Itu kenyataan daripada pengulas yang membuat ulasan siaran secara langsung Kejohanan Badminton Terbuka Denmark awal pagi semalam.
Pada kejohanan tersebut, Chong Wei ditunjuk jalan keluar oleh pemain kurang ternama dari Hong Kong, Wei Nan yang menduduki ranking ke-26 dunia pada pusingan kedua kempen Siri Super Terbuka Denmark yang berlangsung di Odense Sports Park, Odense awal pagi semalam.
Chong Wei yang kini menduduki ranking ke-25 dunia, tewas 18-21, 19-21 kepada Wei Nan dalam tempoh 45 minit.
Kekalahan itu merupakan kali ketiga Chong Wei tersingkir pada pusingan awal kejohanan Siri Super selepas Terbuka Jepun dan Korea Selatan bulan lalu.
Pada Terbuka Jepun, dia tewas kepada Lin Dan pada pusingan kedua diikuti kekalahan kepada pemain muda Korea Selatan, Heo Kwang Hee pada aksi kelayakan Terbuka Korea Selatan.
Jurulatih perseorangan negara, Hendrawan berkata, beliau terpaksa akur dengan kekalahan itu selepas menyaksikan permainan Wei Nan yang ternyata lebih sempurna.
“Kami akur dengan kekalahan Chong Wei. Buat masa ini, saya memberi ruang kepadanya untuk berehat dan saya akan berbincang dengannya bagi merungkai kelemahannya sejak kebelakangan ini,” jelas Hendrawan semalam.
 Kesian, Chong Wei sudah dianggap 'kuda tua'. Habis manis sepah dibuang? (IH)

Raja Dadah Mexico Terlepas Lagi..


SINALOA, Mexico – Raja dadah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman (gambar) sekali lagi berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa meskipun pasukan tentera berjaya mengesan jejaknya di sebuah kawasan pergunungan di sini.
Serbuan pihak tentera itu hanya hanya menemui sebuah telefon bimbit dan beberapa helai pakaian Guzman di lokasi berkenaan.
Tentera berjaya mengesan kedudukan Guzman dengan bantuan ejen penguat kuasa dadah Amerika Syarikat (AS) minggu lalu selepas empat bulan dia melarikan diri daripada kurungan penjara.
Menurut sumber pe­nguat kuasa undang-undang, ejen AS mengenal pasti telefon Guzman dan menjejakinya di pergunu­ngan Sierra Madre yang disyaki menjadi lokasi persembunyiannya.
“Satu misi pencarian dilakukan oleh pasukan tentera Mexico tetapi hanya menjumpai telefon dan beberapa helai pakaian,” kata sumber itu.
Mereka kemudian menutup laluan 13 komuniti dari Jesus Maria iaitu 48 kilometer dari ibu negeri Culiacan sehingga negeri berdekatan Durango dan Chihuahua, dalam usaha memburu Guzman.
Beratus-ratus tentera kini membanjiri kawasan tersebut menyebabkan penduduk tempatan bergegas pulang ke rumah ma­sing-masing. – Agensi

Gadis Diculik Dikurung Sewenang-wenang, Negara Tidak Aman Lagi?

Di kawasan perumahan di Taman Keladi, Sungai Petani inilah seorang gadis diculik tiga lelaki Isnin lalu.
SUNGAI PETANI – Seorang gadis trauma apabila mendakwa menjadi mangsa culik selama dua hari oleh tiga lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di Taman Keladi di sini pada Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan menunggang motosikal seorang diri dipintas sebuah van ketika me­lalui lorong belakang kawasan perumahannya di Taman Keladi.
Mengapa kerajaan Malaysia takut melaksanakan hukum jenayah seperti yang dituntut oleh Islam?
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, dua lelaki keluar dari van tersebut lalu merampas barang milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai dibawanya.
“Seorang suspek menampar muka mangsa sehingga pengsan dan ketika sedar, mang­sa mendakwa, dia berada di dalam sebuah bilik kosong tanpa menge­tahui lokasi,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Negara seolah-olah tidak aman lagi, apakah hal ini berlaku kerana negara orang Islam ini menolak hukum Allah SWT yang diturunkan untuk dilaksanakan oleh penganutnya? Beginilah berlaku bila pemimpinnya memiliki tahap iman kelas rendah? Takut untuk mencuba hukum agamanya sendiri. Sekurang-kurangnya malu kepada negara kerdil Brunei Darussalam.. (IH)

Pendemo Anti-Islam Terkejut Sambutan Ramah Jamaah Masjid Ini..



Seorang penunjuk perasaan anti-Islam terkejut dengan sambutan keramahan muslim ketika melakukan tunjuk perasaan itu di hadapan sebuah masjid di Columbus, Ohio, Amerika Syarikat.

SEORANG jamaah masjid yang berada di Pusat Kebudayaan Islam Noor Columbus, Cynthia Eugenia Cox DeBoutinkhar telah menyambut penunjuk perasaan anti Islam dan mengajak mereka untuk melihat isi masjid.

Penunjuk perasaan itu diketahui bernama Annie asal Lancaster. Annie bersama pendemo lain merancang melakukan beberapa siri tunjuk perasaan di beberapa masjid di Amerika Syarikat (AS). Tetapi, semasa perhimpunan berlangsung hanya Annie yang hadir.

Jamaah masjid tidak mengusir Annie tetapi mengundang beliau untuk masuk ke masjid, menawarkan makanan dan minuman, serta memperkenalkan Islam.

"Sesuatu terasa datang kepada saya dan saya menuju dirinya (Annie) dan bertanya apakah saya boleh memberikan pelukan," ujar Cynthia seperti dikutip Mirror, Khamis (15/10).

Cynthia mengaku, tubuh Annie sempat tegang dan ia pun mengajaknya masuk ke dalam masjid. Ia berjanji kepada Annie akan menjaganya. Cynthia berkata, Annie terkejut dan menyesal telah membawa papan berisikan protes pada keberadaan muslim.

Selepas peristiwa itu, kata Cynthia, Annie meninggalkan papan tersebut dan membawa pulang sebuah Al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris.

(IH/Mirror)

Friday, October 16, 2015

Wanita Ini Berbogel, Mengamuk Dalam Restoran, Mengapa?

ANCHORAGE, ALASKA - Seorang wanita Alaska ditahan semalam selepas dia menanggalkan pakaiannya dan mengamuk merosakkan barangan dalam restoran Subway di Anchorage.

Menurut majalah Time, Nikki Abrell, 35, memasuki Subway pada kira-kira 5 petang dan dikunci dirinya di bilik mandi selama dua jam, didakwa merokok ganja sintetik.

Apabila dia muncul, dia benar-benar telanjang. Dia mula merobek jubin siling, memecahkan kerusi, mengetuk komputer dan sapukan makanan sekitar dalaman kedai. Menurut seorang pekerja yang kemudiannya mendapati najis manusia di atas lantai. News.com.au melaporkan.

Pekerja menghubungi polis pada kira-kira 07:30 berkata seorang wanita telah bertindak pelik. Abrell telah ditahan dan didakwa tiga tuduhan mendatangkan kerosakan jenayah, gangguan, dan menentang penangkapan. 

Penyelia penyelenggaraan bangunan berkata kerosakan di restoran itu dianggarkan lebih daripada $20,000. Sarjan polis Shaun Henry memberitahu KTVA bahawa varian ganja sintetik boleh membuat beberapa orang tidur dan boleh juga menjadikan mereka ganas. 
Ini lain, seorang wanita terekam dalam video juga mengamuk berelanjang di jalan Kota Hongkong..

Itu sebabnya agama Islam mengharamkan arak, menyebutnya sebagai najis, yang di dalamnya termasuk, dadah, ganja dan yang sejenis dengannya. Jauhi najis arak dan kuncu-kuncunya! (IH)

Datuk Saifuddin, Kenapa Pilih PKR, Bukan Amanah?


SHAH ALAM - Secara logiknya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu. Tetapi beliau bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, tidak perlu masuk poiltik. Katanya.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR semalam  berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

‎"Secara logiknya saya perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu. Tetapi saya bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, kita tidak perlu masuk poiltik. Tetapi saya memilih yang bersesuaian. Dari dahulu saya percaya terhadap parti berasaskan semua kaum.

"Saya masuk Umno pada tahun 1986 kerana saya ingin masuk BN tetapi tiada sistem yang terus boleh jadi ahli BN. Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi Umno tetap berkeras mahu memakai sistem lama.

"Ya Parti Amanah juga ingin menjadi multiracial, Pas juga ingin menjadi begitu. Tetapi yang lebih menjadi ialah PKR. Sekurangnya pada peringkat tertinggi pusat," katanya kepada Sinar Online di Shah Alam semalam.
 
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perubahan politik sedang berlaku dan beliau kini mengikut jalan tersebut.

"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.

"Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya," katanya. (IH)

Ini Kisah Sebenar Pelajar Orang Asli SK Pos Tohoi Yang Hilang.

KOTA BAHARU: Berikutan kes 7 orang pelajar Orang Asli yang hilang selepas melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas, polis Kelantan hari ini mendedahkan cerita sebenar disebalik kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim kejadian bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 pelajar sekolah tersebut keluar mandi di seungai berdekatan pada jam 1 tengahhari. Pegawal sekolah yang mengetahui tentang apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang warden.

Tiga dari 25 pelajar yang terbabit kemudian dipanggil oleh warden terbabit dan memaklumkan kesemua mereka akan dihukum pada keesokan harinya.

23 dari 25 orang pelajar berkenaan kemudian merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," kata Mazlan memetik laporan dari Bernama.

Mengulas lanjut berkenaan tragedi tersebut, Mazlan memberitahu pada keesokan harinya, dari pukul 7 hingga 9 pagi, warden asrama membuat pemeriksaan dan mendapati 23 orang pelajar asrama telah melarikan diri.

Mengetahui kehilangan pelajar-pelajar terbabit, warden bersama pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari pelajar-pelajar tersebut.

"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).

Menurut Mazlan lagi, rancangan pelajar-pelajar tersebut untuk melarikan diri diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 pelajar yang berjaya dipujuk untuk kembali ke asrama.

Pada 24 Ogos, usaha mencari baki 7 pelajar yang masih hilang diteruskan pada pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 KM dari kawasan sekolah. Selain itu ibu bapa pelajar tersebut turut ditemui di Kampung Penad dan Kampung Gawin.

"Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.

Pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) 7 pelajar berkenaan digerakkan.

"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.

Sebelum ini Malaysia digempparkan dengan tragedi kehilangan 7 orang pelajar orang asli SK Tohoi yang mana dua dari pelajar terbabit ditemui masih hidup. Pelajar yang berjaya diselamatkan, Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.

Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti. Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7. (IH)

Jokowi Kerah Tentera Ke Aceh

JAKARTA – Indonesia mengerahkan pasukan keselamatan untuk menamatkan kekacauan di utara wilayah Aceh semalam selepas kumpulan perusuh membakar beberapa buah gereja dan membunuh seorang penduduk dalam keganasan agama pada minggu ini.
Negara itu mempunyai populasi penganut Islam terbesar di dunia dengan majoriti penduduknya mengamalkan ajaran Islam secara sederhana. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukum hudud.
“Situasi di Aceh Singkil kini tenang dan terkawal.
“Kami melakukan rondaan di daerah berkenaan dengan bantuan pihak tentera,” kata jurucakap polis nasional, Agus Rianto dalam satu wawancara telefon.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan anggota pasukan keselamatan yang telah dikerahkan.
Rianto turut menafikan laporan bahawa beribu-ribu orang berpindah dari Aceh Singkil selepas keganasan tercetus pada Selasa lepas.
Polis berkata, seramai 10 orang telah ditangkap daripada sekumpulan 50 perusuh yang membakar beberapa buah gereja berkenaan dan mengugut penganut Kristian, lapor media tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi meminta keganasan di daerah berkenaan dihentikan.
“Keganasan, walau apapun puncanya, terutamanya agama dan kepercayaan akan merosakkan kepelbagaian (di Indonesia),” katanya di laman sosial Twitter kelmarin.
Aceh diberikan wilayah autonomi istimewa dalam perjanjian damai pada 2005 bagi menamatkan oleh penentangan puak pemisah. Kuasa autonomi itu membolehkan wilayah berkenaan menguatkuasakan undang-undang Syariah. – Reuters

Lihat sebelum ini..

K'tan, Jangan Tebang Hutan Menjelang Musim Banjir. -Husam.

Datuk Husam Musa memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini. - Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2015.

Datuk Husam Musa hari ini memberi amaran kepada kerajaan negeri Kelantan supaya tidak meneruskan rancangannya membenarkan sebuah syarikat perladangan membersihkan 4,500 hektar hutan simpan menjelang musim hujan yang dijangka tiba akhir tahun ini.
Bekas naib presiden PAS itu berkata, aktiviti itu yang dijalankan secara besar-besaran menjadi penyumbang kepada banjir yang berlaku semasa musim hujan yang sangat lebat di Kelantan pada Disember tahun lepas, sehingga 200,000 orang terpaksa dipindahkan susulan banjir paling buruk melanda negeri itu.

"Saya pernah menegur kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini beberapa kali. Sama ada secara dalaman mahu pun terbuka," kata ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Salor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau ada menulis surat kepada kerajaan negeri Kelantan pada 3 Oktober membangkitkan mengenai penebangan hutan secara besar-besaran tersebut.

Husam berkata, suratnya itu tidak mendapat sebarang respons, maka beliau membuat keputusan menyalurkan isu itu kepada media hari ini.

Beliau berkata, rancangan terkini pihak berkenaan ialah untuk meluluskan kawasan hutan tebang habis dijalankan sebuah syarikat perladangan.

"Syarikat ini dimilik individu yang selalu mendapat kelulusan seperti ini, sudah berkali-kali.

"Kelulusan seluas 4,500 hektar ini menambahkan lagi jumlah keluasan hutan simpan kekal yang akan dibersihkan buat selama-lamanya, bersama semua flora dan faunanya," katanya.

Beliau merayu kepada kerajaan negeri untuk menghentikan kelulusan tersebut pada masa hadapan.

"Fikirkan tugas dan amanah di bahu anda sebagai khalifah di bumi yang wajib menjaga semua makhluk termasuk haiwan di hutan, kelangsungan khazanah bumi untuk generasi akan datang, keadilan dalam pengagihan kekayaan," katanya sambil menggariskan beberapa kesan lain akibat kegiatan tebang habis hutan secara besar- besaran.

Selain daripada kesan ekologi pembalakan seperti itu, kelulusan tersebut juga dakwanya diberi secara rundingan terus dan bukan tender terbuka.

"Ia merugikan hasil negeri, menguntungkan segelintir kroni dan membolehkan amalan rasuah berlaku dalam pelbagai cara," katanya.

Sebaliknya, katanya, tanah itu sewajarnya diagihkan untuk dimiliki oleh lebih ramai rakyat Kelantan dengan pelbagai skim komersial dan bukan komersial secara terhad dan seimbang sekiranya perlu.

Tahun lalu, Kelantan mengalami banjir yang amat dahsyat, dengan banyak pihak menyalahkan kegiatan penebangan hutan secara terbuka dan besar-besaran di negeri itu sebagai antara puncanya. - 15 Oktober, 2015. (TMI)

Thursday, October 15, 2015

Tak Mahu Pindah, Pemaju Ganas Korek Parit Keliling Rumah.


SEBUAH syarikat pemaju perumahan di sini bertindak ganas dengan menggali parit sedalam 1.5 meter di dekeliling sebuah rumah selepas mereka dikatakn gagal memujuk pemilik rumah berkenaan untuk meninggalkan rumah mereka untuk dibangunkan.

Pasangan Yin Yiangju, 52, dan suaminya Xiao Ming berkata, mereka menetap di rumah itu sudah 30 tahun dan enggan berpindah kerana pampasan yang ditawarkan syarikat pemaju terlalu rendah, tidak setimpal dengan nilai rumah berkenaan.

Kerana parit tersebut mereka mengalami kesukaran untuk keluar daripada kediaman lebih-lebih lagi mereka sudah berumur.

Hal ini berlaku di Wuhan, China. Dengan bantuan kerajaan tempatan, pemaju merobohkan 545 rumah di kawasan itu, kecuali empat lagi. Keempat-empat keluarga berkenaan berkata, mereka enggan berpindah kerana jumlah pampasan yang ditawarkan terlalu kecil. (IH)

E Cigarets: Surat Terbuka Kepada Nurulhidayah Anak Zahid Hamidi.


PENGGUNA
INI, seorang pengguna laman sosial bernama Firdaavinci Azmi telah memuatnaik ke laman facebooknya surat terbuka yang ditujukan kepada Dato Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan Ikon Belia Negara.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau,

Isu e cigarets merupakan antara isu yang hangat di perbincangkan semasa kini. Dari sudut halal haram produk ini dari pandangan ilmuan islam sehingga kepada kesan jangka panjang penggunaan vape ini masih di dalam proses kajian.

Hasil kesimpulan beberapa kajian terkini ada menyebut penggunaan vape ini adalah "amat tipis" untuk TIDAK membawa apa apa kesan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Cuba anda bayangkan, cecair nikotin dengan pelbagai bahan kimia tambahan lain, diserap ke paru paru untuk jangka masa panjang, sudah tentu, sedikit atau banyak, ada kesan yang negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh badan suatu hari nanti.

Tahukah anda, kesan buruk merokok kepada manusia hanya di temui setelah berpuluh tahun kajian dilakukan. Kajian terkini juga ada membuktikan vape merupakan "pintu masuk" atau permulaan kepada ketagihan barangan terlarang lain seperti ganja,heroin dan syabu terutamanya kepada golongan remaja. Kajian yang menyatakan e cigaret boleh membantu perokok tegar untuk berhenti merokok merupakan kajian yang telah biayai oleh syarikat tembakau antarabangsa. Cuba fikir fikirkan, mengapa mereka mahu membiayai kajian sedemikian?

Menurut perangkaan, 1.4% wanita dewasa di Malaysia merupakan perokok berbanding 38% di kalangan lelaki. Jika dahulu, wanita, khususnya wanita melayu amat berselindung dan berhati hati untuk menunjukkan sebagai imej "perokok". Tetapi dengan peningkatan populariti Vape sebagai satu trend terkini dan "cool", kemungkinan lebih lebih ramai wanita akan terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut. Kini bukan sahaja wanita, malah kanak kanak turut terdedah untuk mencuba dan seterusnya terus di belenggu oleh bahana perangkap Nikotin yang mempunyai fungsi dan kesan ketagihan yang sama seperti dadah yang lain.

Kementerian kesihatan dan pelbagai agensi lain berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia dengan mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti kempen "Tak Nak", mewujudkan kawasan zon bebas asap rokok untuk melindungi mangsa asap rokok pasif dan menawarkan rawatan untuk berhenti merokok di klinik berhenti merokok di Semua fasiliti kesihatan di Malaysia. 

Kini, dengan kehadiran "Vape/ e cigaret ", seluruh warga KKM sewajarnya bersedia, mempersiapkan diri dengan ilmu untuk menjawab pelbagai persoalan dan hujah hujah lantang "vaper" yang bagaikan menegakkan benang yang basah.

Saya menghormati hak kebebasan Dato untuk mengekspresikan pendapat, berkongsi ideologi dan memaparkan gaya hidup di media sosial yang merupakan satu ruang perkongsian terbuka untuk semua masyarakat.

Di atas tanggungjawab sosial yang Dato miliki sebagai "Ikon Belia" saya menyarankan agar Dato dapat menghentikan tabiat pengambilan nikotin menggunakan peralatan elektronik yang digelar " Genius Machine" tersebut serta menghentikan advokasi penggunaan Vape sebagai salah satu gaya hidup yang cool .

Sebagai ikon belia, tindak tanduk Dato mampu memberi impak kepada masyarakat khususnya golongan belia. Sewajarnya, posisi tersebut dimanfaatkan sebaik mungkkn untuk mempromosikan cara hidup sihat.

Salam sihat tanpa asap rokok. - Firdaavinci Azmi. (IH)

Aceh Tenang.. Tapi, Begini Asal Mulanya...



SUBULUSSALAM - Kerusuhan yang pecah di Kabupaten Aceh Singkil, Provinsi Aceh, Selasa siang (13/10), bernuansa agama. Sekelompok warga membakar satu gereja dan satu undung-undung –rumah peribadatan berukuran kecil– di Desa Suka Makmur.

Bupati Aceh Singkil, Safriadi, menyatakan sesungguhnya ada kesepakatan antarwarga di daerahnya bertahun-tahun lalu.

“Ada perjanjian damai antara umat Kristen dan Islam pada 1979 yang dikuatkan lagi di musyawarah tahun 2001,” kata dia, dikutip ACW dari CNN Indonesia

Berdasarkan perjanjian damai tersebut, ujar Safriadi, di Aceh Singkil disetujui berdiri satu gereja dan empat undung-undung. Namun kini ternyata jumlah rumah ibadah telah lebih dari yang disepakati.

“Menjamur menjadi 23 undung-undung. Ini menyebabkan gejolak,” ujar Safriadi. Jumlah gereja pun bertambah melebihi yang tercantum dalam kesepakatan.

“Tanggal 6 Oktober, umat Islam mendesak Pemerintah Daerah untuk berpatokan pada perjanjian tahun 1979 dan musyawarah 2001,” kata Safriadi.

Pada tanggal itu, ujarnya, disepakati untuk melakukan pembongkaran rumah ibadah yang jumlahnya melebihi kesepatan.

“Kami menyetujui pembongkaran yang oleh bupati lama tidak dilaksanakan,” ujar Safriadi.

Semua itu, kata Safriadi, demi ketenangan di Aceh Singkil. Selanjutnya digelar lagi pertemuan warga tanggal 8 Oktober, namun tak membuahkan hasil.

“Sebab pihak non-muslim keberatan rumah ibadah dibongkar."

Barulah akhirnya tanggal 12 Oktober, ujar Safriadi, rapat Musyawarah Pimpinan Daerah menyepakati untuk membongkar 10 undung-undung yang jemaatnya berjumlah relatif sedikit. 

“Pertimbangannya, jemaat di 10 undung-undung tak berizin itu bisa beribadah di daerah tetangganya yang memiliki rumah ibadah lebih besar,” kata Safriadi.

Pada 12 Oktober itu disepakati pembongkaran akan dilakukan pekan depan, tanggal 19 Oktober.

“Tapi warga tak sabar sehingga terjadi insiden. Berlangsung demonstrasi yang disusul tindakan anarki,” ujar Safriadi.

Kerusuhan bermula pada pukul 11.00 WIB ketika sekitar 700 orang mendatangi satu gereja di Desa Suka Makmur, Aceh Singkil, dan membakarnya. Massa membawa senjata tajam sehingga aparat keamanan pada awalnya sempat kesulitan menghadang mereka.

“Polisi tak bisa berbuat apa-apa selain meminta jemaat untuk pergi,” ujar Pendeta Erde, Kepala Gereja di HKI Gunung Meria.

Satu orang tewas dan tujuh lainnya terluka dalam kerusuhan tersebut. 

Tenang

Kini situasi di Aceh Singkil mulai tenang setelah polisi dan tentara mengerahkan 300 personel ke wilayah itu.

“Alhamdulillah, sekarang bisa diatasi. TNI menambah personel. Jadi TNI menurunkan 150 personel, dan Polres juga 150 personel,” kata Bupati Aceh Singkil, Safriadi, lansir CNN Indonesia.

Menurut Safriadi, saat ini massa yang terlibat bentrokan sudah berarak pulang.

Kerusuhan bermula pukul 11.00 WIB ketika sekitar 700 orang mendatangi satu gereja di Desa Suka Makmur, dan membakarnya. Massa membawa senjata tajam sehingga aparat keamanan pada awalnya sempat kesulitan menghadang mereka.

“Polisi tak bisa berbuat apa-apa selain meminta jemaat untuk pergi,” ujar Pendeta Erde, Kepala Gereja di HKI Gunung Meria.

Selanjutnya setelah membakar gereja, kata Pendeta Erde, massa melakukan sweeping. “Betul, ada sweeping, dan ada satu korban tewas dari warga. Sekarang sudah tenang,” ujar Safriadi, sang Bupati.

Kapolri Jenderal Badrodin Haiti menyatakan jajarannya di Aceh Singkil terus berupaya untuk meredam emosi massa dari kedua pihak di daerah itu. (CNN ID)



Sementara itu, Teungku H. Faisal Ali, Wakil Ketua III Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh, menyatakan bahawa peristiwa di Aceh Singkil merupakan sesuatu yang tidak semestinya terjadi.

"Ini kerana kelalaian kerajaan yang tidak tegas walaupun berlarutan sehingga 3 tahun tidak diselesaikan," ujarnya ketika dihubungi hidayatullah.com, Rabu, (14/10/2015).

Menurut Faisal, pihaknya juga tertanya-tanya, kenapa sampai kurun waktu tiga tahun, aduan masyarakat soal banyaknya gereja yang tidak mempunyai surat izin terus dibiarkan.

"Kami mengesyaki ada penekanan-penekanan dari pihak tertentu," tegasnya. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Dr Syed Azman, ADUN PAS Batu Buruk 'Bersama DAP'..

Satu rombongan pemimpin DAP membuat lawatan kerja ke beberapa negara Timur Tengah seperti Turki..


Dr Syed Azman 

The Malaysian Insider melaporkan, selepas lawatan kerja kali pertama ke Mesir dan Jordan yang mencetuskan kontroversi, DAP meneruskan lagi rombongan ke negara Islam iaitu Tunisia dan Turki, yang sedang diadakan ketika ini sejak Isnin hingga Sabtu ini.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang berada di sana ketika ini, lawatan kerja DAP ke negara Islam itu diketuai Lim Kit Siang, bersama Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Turut menyertai rombongan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Terengganu dari PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Berita ini agak mengejutkan, bagaimana Dr Syed Azman Syed Nawawi, boleh berada bersama pemimpin-pemimpin DAP itu? Dia sudah 'bersama DAP'? Ramai ahli PAS nak tahu..(IH)

PAS Johor Lumpuh? Lihat Ini..

 Biar gambar bercerita..



PAS Johor terus mengorak langkah ke mercu kejayaan. Program JELAS 13.0 DMPNJ di SERTIK, AYER HITAM .....  Satu lagi tanda PAS Johor "TIDAK LUMPUH", bahkan semakin semarak dan berkembang pesat...

Lihat..

Biadab! Selipar Lafaz 'Allah' Tersebar.


Selipar bertulis 'Allah' Dedahan, Ketua DPD Front Pembrla Islam Jawa Timur Habib Haidar al Hamid. 
PENGGUNA
LAFAZ Allah, yakni Allah Yang Maha Agung tersebar di media sosial. Sebuah syarikat bertanggung jawab menghasilkannya, bahkan telah menghasilkan 100,000 pasang sejak tahun 2014. (tribunenews13 / 10/2015).
Selipar berwarna putih itu berjenama GlaciO G 2079. Hasil siasatan polis menyebutkan bahawa pengeluar alas kaki itu adalah PT PPM terletak di KM 33.2 di Jalan raya Wringinanom, sempadan Surabaya-Gresik.
Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur telah bertindak cepat. Dan langsung berkoordinasi dengan Polda Jawa Timur.
"Produk itu jelas merupakan bentuk pelecehan simbol agama. Lafaz Allah adalah simbol yang diagungkan oleh umat Islam, "kata Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Timur KH Abdusshomad Bukhori kepada kompas.com, Selasa (13/10/2015).
Walaupun syarikat itu menghasilkan 6000 pasang awal Oktober lalu. Saat ini 300 pasang berjaya dirampas dan diamankan di Mapolsek Wringinanom Gresik. Hal itu sebagaimana dikatakan Yusron, Kanitserse Polsek Wringinanom.
Sementara itu,di Surabaya: Sebanyak 10,000 selipar yang mempunyai corak kalimah Allah di bahagian tapak dimusnahkan Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Timur semalam. 

Ribuan selipar itu dirampas di sebuah pasar raya di kawasan Wringin Anom di Gresik sebelum dikumpulkan di hadapan pejabat PWNU. 
Selipar itu menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam apabila dipasarkan syarikat Pradipta Perkasa Makmur sejak beberapa bulan lalu.


Ketua PWNU, Mutawakil Allallah bersama pemilik syarikat itu, Liem Long Hwa turut hadir untuk melihat selipar itu dibakar.



Mutawakil berkata, pemilik syarikat itu datang bertemu pihaknya dan mengaku tidak tahu mengenai kalimah Allah di tapak selipar berkenaan. Syarikat itu memberitahu, selipar berkenaan diimport dari China.

"Kami mendapati penjualan selipar ini tidak disengajakan dan pemilik syarikat dengan tulus memohon maaf.

"Sebagai orang Islam kita mesti memaafkan mereka.

"Saya juga berharap penduduk Islam di sini menjaga adab mereka dan tidak bertindak keterlaluan," katanya.

Tidak mustahil ianya mungkin akan sampai ke Malaysia. Tugas membela agama Islam adalah tugas wajib kepada semua penganutnya yang bertaqwa atau yang imannya bermutu tinggi. (IH)


Wednesday, October 14, 2015

Konflik Gereja Tanpa Izin, Aceh Singkil Tegang. 1 Korban 4 Luka..


Ribuan Warga Aceh Singkil Mengungsi ke Tapanuli
Ribuan warga Aceh Singkil mengungsi ke wilayah Tapanuli Tengah, Sumatera Utara, pasca bentrok yang berakibat pembakaran gereja di Desa Sukamakmur, Kecamatan Gunung Meriah, Kabupaten Aceh Singkil. Dalam insiden ini, seorang warga meninggal tertembak dan empat warga lainya terluka.

Jakarta: Satu mangsa meninggal dunia akibat tembakan dan 4 orang luka semasa terjadi ketegangan di Aceh Singkil. 

korban diketahui bernama samsul, warga yang menolak penubuhan rumah ibadah tanpa izin. Pertengkaran bermotifkan agama ini berlaku antara Pemuda Peduli Islam dengan warga Kristian di desa Dangguran, Kabupaten Aceh Singkil, Provinsi Aceh. 

Pertengkaran terjadi berawal dari protes Pemuda Peduli Islam beserta para ulama Aceh Singkil atas penubuhan puluhan rumah ibadah tanpa izin di Aceh Singkil.

Seperti di ungkapkan oleh Kapolri, Badrodin Haiti bahawa pencetus pertengkaran adalah adanya pembangunan rumah ibadah tanpa izin.

"Dipicu adanya pembangunan rumah ibadah yang tidak diluluskan warga," kata Kapolri Jenderal Badrodin Haiti seperti dilapor, Selasa (13/10/2015).

Korban dilaporkan sudah berjatuhan akibat pertembungan ini. Berdasarkan pantauan di rumah sakit umum daerah Aceh Singkil, korban pertengkaran ada tiga orang. Satu diantaranya adalah anggota TNI. Hal ini memancing massa lain datang membantu dengan berbekal senjata tajam.

Menurut perjanjian, ada sepuluh gereja di Aceh Singkil yang akan dibongkar dalam dua minggu ke depan. Hal itu disepakati dalam rapat antara Bupati Aceh Singkil, Safriadi, Muspida, ulama, organisasi masyarakat islam serta tokoh masyarakat, Isnin (12/10/2015) di bilik mesyuarat pejabat Setdakab setempat di Pulau Sarok, Singkil. Titik lain dari kesepakatan adalah pendirian rumah ibadah perlu ikut keperluan sebagaimana diatur dalam undang-undang.

Sebagaimana diketahui sebelum ini, pihak massa Pemuda Peduli Islam (PPI) Aceh Singkil, Selasa (6/10/2015) lalu mengisytihar tunjuk perasaan. Mereka mendesak agar gereja tak mempunyai kebenaran dibongkar. Jika sampai besok, Selasa (13/10/2015) tidak dilaksanakan maka mereka yang akan membongkarnya. Demikianlah tuntutan Pemuda Peduli Islam Aceh Singkil.
singkil
Masyarakat Aceh Singkil tolak gereja ilegal di perkampungan Muslim
Hingga berita ini diturunkan, keadaan di Aceh Singkil masih mencengkam. Sekurang-kurangnya ratusan anggota TNI dibantu Polis berjaga di lokasi. Sedangkan sebahagian rakyat memilih untuk berpindah ke Tapanuli Tengah, Sumatera Utara. (IH/nn / dtk / ld)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails