Friday, October 16, 2015

Jokowi Kerah Tentera Ke Aceh

JAKARTA – Indonesia mengerahkan pasukan keselamatan untuk menamatkan kekacauan di utara wilayah Aceh semalam selepas kumpulan perusuh membakar beberapa buah gereja dan membunuh seorang penduduk dalam keganasan agama pada minggu ini.
Negara itu mempunyai populasi penganut Islam terbesar di dunia dengan majoriti penduduknya mengamalkan ajaran Islam secara sederhana. Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan hukum hudud.
“Situasi di Aceh Singkil kini tenang dan terkawal.
“Kami melakukan rondaan di daerah berkenaan dengan bantuan pihak tentera,” kata jurucakap polis nasional, Agus Rianto dalam satu wawancara telefon.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan anggota pasukan keselamatan yang telah dikerahkan.
Rianto turut menafikan laporan bahawa beribu-ribu orang berpindah dari Aceh Singkil selepas keganasan tercetus pada Selasa lepas.
Polis berkata, seramai 10 orang telah ditangkap daripada sekumpulan 50 perusuh yang membakar beberapa buah gereja berkenaan dan mengugut penganut Kristian, lapor media tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi meminta keganasan di daerah berkenaan dihentikan.
“Keganasan, walau apapun puncanya, terutamanya agama dan kepercayaan akan merosakkan kepelbagaian (di Indonesia),” katanya di laman sosial Twitter kelmarin.
Aceh diberikan wilayah autonomi istimewa dalam perjanjian damai pada 2005 bagi menamatkan oleh penentangan puak pemisah. Kuasa autonomi itu membolehkan wilayah berkenaan menguatkuasakan undang-undang Syariah. – Reuters

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...


Bapak Rahmad Bastian penjudi brengsek ! Anjing goblok !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails