Saturday, October 17, 2015

Gadis Diculik Dikurung Sewenang-wenang, Negara Tidak Aman Lagi?

Di kawasan perumahan di Taman Keladi, Sungai Petani inilah seorang gadis diculik tiga lelaki Isnin lalu.
SUNGAI PETANI – Seorang gadis trauma apabila mendakwa menjadi mangsa culik selama dua hari oleh tiga lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di Taman Keladi di sini pada Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa yang berusia 21 tahun dan menunggang motosikal seorang diri dipintas sebuah van ketika me­lalui lorong belakang kawasan perumahannya di Taman Keladi.
Mengapa kerajaan Malaysia takut melaksanakan hukum jenayah seperti yang dituntut oleh Islam?
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, dua lelaki keluar dari van tersebut lalu merampas barang milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai dibawanya.
“Seorang suspek menampar muka mangsa sehingga pengsan dan ketika sedar, mang­sa mendakwa, dia berada di dalam sebuah bilik kosong tanpa menge­tahui lokasi,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Negara seolah-olah tidak aman lagi, apakah hal ini berlaku kerana negara orang Islam ini menolak hukum Allah SWT yang diturunkan untuk dilaksanakan oleh penganutnya? Beginilah berlaku bila pemimpinnya memiliki tahap iman kelas rendah? Takut untuk mencuba hukum agamanya sendiri. Sekurang-kurangnya malu kepada negara kerdil Brunei Darussalam.. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

Kalau hukum hudud,rasanya penculik ini akan terlepas hukuman kerana tiada 4 orang saksi,kalau ada saksi pun mungkin tidak cukup syarat.

Anonymous said...

Undang-undang Islam itu sendiri (bukan kira lepas tak lepas), sistemnya mendidik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails