Tuesday, October 13, 2015

Tol Naik Hingga 80 %. Sokong Lagi BN (Barang Naik)!

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di negara ini semalam mengumumkan kenaikan kadar baharu tol melibatkan 14 lebuh raya di Lembah Klang manakala satu di Johor berkuat kuasa pada Khamis ini.
Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Kajang SILK, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart), dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint).
Turut mengalami kenaikan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuh Raya Senai-Desaru.
Kadar kenaikan itu berbeza mengikut kelas kenderaan.
Pengumuman itu dilakukan secara berasingan oleh pemilik-pemilik konsesi menerusi satu kenyataan akhbar semalam. 
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.
Sokong lagi BN=Barang Naik termasuk tol!
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Bila Pas nk masuk Bn. Pas kan dah suka barang naik. Kih kih

aqmalfaiz said...

Memang menyedihkan...tengah struggle nak hidup, tiba-tiba tambah lagi beban...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails