Saturday, October 31, 2015

Takut Anak Lebih Seorang. Itu Rakyat China, Islam Bagaimana?

KELIHATAN sepasang suami isteri bersama dengan anak tunggal mereka di sebuah kedai mainan di kompleks beli-belah di Beijing semalam. - Agensi 

BEIJING – Kebanyakan warga China menyambut perubahan dasar polisi kepada dua anak yang diumumkan kelmarin dengan berhati-hati memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi, aspirasi kerjaya serta pening­katan masalah perbandaran.
Sebelum ini, rejim pe­rancangan keluarga satu anak yang diamalkan China sejak lebih tiga dekad lalu telah menyaksikan penguatkuasaan kejam terhadap rakyat republik itu termasuk dipaksa mela­kukan pengguguran bayi, kehilangan pekerjaan dan denda.
Bagaimanapun, bagi keluarga yang mampu membayar denda, mereka boleh mendapatkan anak kedua atau lebih daripada itu. Justeru, kebanyakan keluarga terikat memiliki satu cahaya mata sahaja.
Dasar itu sepatutnya men­yelamatkan China daripada peningkatan populasi penduduk, namun kini menjadi pe­nyumbang kepada lambakan warga emas yang menyebabkan kekurangan tenaga kerja ketika kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu mengekalkan pertumbuhan.
Polisi itu juga telah menghalang kira-kira 400 juta kelahiran di negara tersebut yang kini mempunyai populasi penduduk seramai 1.37 bilion.
Rata-rata media tempatan menggambarkan keputusan melonggarkan dasar tersebut sebagai kejayaan untuk ekonomi dan rakyatnya yang telah lama melahirkan rasa marah terhadap polisi kontroversi yang menafikan hak manusia dalam berkeluarga.
“Plan Lima Tahun terbaharu ini perlu diiktiraf sebagai satu kejayaan yang menepati kehendak rakyat,” tulis akhbar arus perdana, Global Times.
Tetapi perubahan itu mungkin telah terlambat kerana ramai golongan muda di China yang membesar sebagai anak tunggal, melihat lebih banyak kos daripada manfaat dalam memiliki anak kedua.
Polisi baharu itu turut menjadi subjek utama dalam kalangan pengguna media sosial dengan isu berkenaan menduduki tangga kelapan bagi topik rending di mikro-blog Sina Weibo.
Satu tinjauan yang dilakukan semalam terhadap lebih 150,000 orang di laman tersebut mendapati, kurang daripada 30 peratus responden mahu memiliki anak kedua.
“Sewa apartmen sekarang semakin mahal. Siapa yang mampu untuk mempunyai ramai anak?” komen seorang pengguna internet. – AFP

Bagaimana Dalam Islam?

Lihat dalai-dalil ini, Firman Allah SWT..
وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ 
  • “ …dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamu (iaitu anak)” [Al-Baqarah/2 : 187]
Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Anas bin Malik dan lain-lain Imam dari kaum Tabi’in menafsirkan ayat di atas dengan anak (Tafsir Ibnu Jarir dan Tafsir Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat di atas)
  • Maksudnya : Bahwa Allah SWT memerintahkan kita untuk mencari anak dengan jalan bercampur (jima’) suami istri apa yang Allah telah tentukan untuk kamu.
Cukuplah ayat di atas sebagai dalil yang tegas dan terang bahwa Islam memerintahkan mempunyai anak dengan jalan nikah dan bercampur suami-isteri. Dan sekaligus merupakan larangan dan celaan terhadap mereka yang tidak mahu mempunyai anak padahal ada jalan untuk memperolehnya dengan qadar Allah.

Dan sabda Beliau SAW.
تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ فَإِنِّيْ مُكَاشِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ
  • “Nikahilah perempuan yang pecinta (yakni yang mencintai suaminya) dan yang dapat mempunyai anak banyak, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab (banyaknya) kamu di hadapan umat-umat (yang terdahulu)” [Shahih Riwayat Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Hakim dari jalan Ma’qil bin Yasar]
تَزَوَّجُوا الْوَدُوْدَ الْوَلُوْدَ فَإِنِّيْ مُكَاشِرٌ بِكُمُ اْلأَنْبِيَاءَ يَومَ الْقِيَامَةِ
  • “Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak karena sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu dihadapan para Nabi nanti pada hari kiamat” [Shahih Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Sa’id bin Manshur dari jalan Anas bin Malik]
Kelengkapan takhrij dua hadits di atas terdapat di kitab besar kami Riyadlul Jannah (no. 172 dan 173).

Jadi, Islam menganjurkan mempunyai anak yang ramai.

Begitu juga hadits Ma’qil bin Yasar dan hadts Anas bin Malik kemudian hadits yang sangat terkenal di bawah ini yaitu do’a Nabi yang mulia SAW kepada Anas bin Malik.
اَللَّهُمَّ أَكْشِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَبَارِكْ لَهُ فِيْمَا أَعْطَيْتَهُ
  • Ya Allah! Banyakanlah hartanya dan (banyakanlah) anaknya dan berkahilah apa yang engkau telah berikan kepadanya” [Hadits shahih riwayat Bukhari (7/152, 154, 161, 162 dan Muslim 2/128]
Dalam riwayat yang lain yang juga dikeluarkan oleh Imam Bukhari di kitabnya yang lain di luar kitab Shahih-nya yaitu di kitabnya Adabul Mufrad (no. 653), Nabi yang mulia SAW mendo’akannya.
اَللَّهُمَّ أَكْشِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ وَأَ طِل حَيَاتَهُ وَا غْفِرْلَهُ
  • “Ya Allah ! Banyakanlah hartanya dan anaknya, dan panjangkanlah umurnya dan ampunkanlah ia” [Derajad hadits ini Hasan]
Takut anak lebih dari sorang seperti di negara China? Atau cukup anak dua saja di Indonesia. Di Malaysia diperkenalkan perancang keluarga, dan lain-lain.

Inilah salah satu dari sekian banyak kebodohan kerajaan negara umat Islam yang bukan 'negara Islam' sepenuhnya. 

Mengenai keyakinan tentang melonjaknya jumlah penduduk yang akan membuat bumi ini sesak dan habis perbendaharaannya adalah keyakinan yang batil dan sesat menyesatkan. Kerana Allah SWT berfirman.
وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ 
  • “Dan bagi kamu di bumi tempat menetap dan rezki sampai waktu yang telah ditentukan (yakn hari kiamat)” [Al-Baqarah/2 : 36]
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا
  • “Dialah Allah yang menciptakan untuk kamu segala sesuatu di bumi ini semuanya’ [Al-Baqarah/2 : 29]
قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ

  • “Allah berfirman : Di bumi kamu hidup dan di bumi kamu mati dan dari bumi itu (juga) kamu akan dibangkitkan” [Al-A’raaf/7 : 25]
أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا ﴿٢٥﴾ أَحْيَاءً وَأَمْوَاتًا

  • “Bukankah Kami telah menjadikan bumi (tempat) berkumpul (yang cukup). Untuk orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati”[Al-Mursalat/77 : 25-26]
Keutamaan anak ramai.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الرَّجُلَ لَتُرْفَعُ دَرَجَتُهُ فِى الْجَنَّةِ فَيَقُوْلُ : أَنَّى (لِي) هَذَا؟ فَيَقُالُ : بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ

  • Dari Abu Huarirah, ia berkata : telah bersabda Rasulullah SAW, ‘Sesungguhnya ada seseorang yang diangkat (ditinggikan) darjatnya di jannah (syurga)”. Lalu ia bertanya (hairan), “Bagaimana aku boleh dapat ini (yakni darjad yang tinggi di syurga)?”. Dikatakan kepadanya, “(Ini) disebabkan istighfar (permohonan ampun) dari anakmu (kepada Allah) untukmu”.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ الاِنْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مَنْ شَلاَثَةِ : إِلاَّ مِنْ صَدَ قَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ

  • “Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila manusia itu telah mati maka terputuslah dari semua amalnya kecuali tiga perkara : 1.Shadaqah jariyah  2. Atau ilmu yang diambil manfaatnya  3. Anak shalih yang mendo’akannya”  -[Riwayat Muslim dan lain-lain]
Inilah puncak tertinggi dari keutamaan-keutamaan mempunyai anak, iaitu anak shalih yang bermanfaat bagi orang tua di dunia dan di akhirat.

Hanya Allah pemberi rezeki..

Hanya Allah pemberi rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah Allah aturkan kepada mereka, Allah akan menyediakan kecukupan untuk mereka. Allah telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. Allah berfirman;
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام

  • “dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka” -Surah al-An’am, 151-
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء
  • “Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kami-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.” -Surah al-Isra’, 31-
Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada Allah untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Kesimpulan:
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;

  1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
  2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
  3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud. (IH)

Rahsia Sayur Gergasi: Jom Lawat Pertanian Kreatif..

alaska-giant-vegetables-6[2]
WASHINGTON DC – Matanuska-Susitna adalah merupakan sebuah lembah kecil di negeri Alaska, Amerika Syarikat (AS). Malah tidak banyak lokasi dengan pemandangan menakjubkan ada di kawasan luas tersebut.
Ia terletak kira-kira 60 kilometer dari Anchorage, bandar raya terbesar di negeri terpencil AS itu yang berjiran dengan Kanada di barat dan Rusia di Timur serta 3,770 kilometer dari tenggara Los Angeles, California.
Namun Matanuska-Susitna mempunyai daya tarikan yang tersendiri bagi para pelancong asing. Lembah itu merupakan tempat terbaik di dunia untuk buah-buahan dan sayur-sayuran tumbuh dalam saiz raksasa.
Meskipun dihuni 90,000 orang penduduk dalam lembah seluas 60,000 kilometer persegi, bayangkanlah setiap tahun, satu pertandingan produk tani gergasi diadakan di daerah Palmer dengan konsep yang cukup unik.
alaska-giant-vegetables-7[2]
Dalam pertandingan itu, ramai petani di Matanuska-Susitna atau lebih mesra disebut Mat-Su akan membawa hasil tanaman berupa sayur-sayuran dan buahan-buahan raksasa keluaran terus daripada ladang pertanian mereka.
Hasil tanaman seberat puluhan kilogram sebenarnya memang sesuatu yang dianggap normal dalam pertandingan tahunan tersebut, malah disifatkan sebagai ‘biasa-biasa’ sahaja bagi kebanyakan penduduk awam Alaska sendiri.
Tetapi tidak bagi orang luar terutama pelancong asing. Antara yang pernah muncul juara ialah kubis seberat 62 kilogram, tembikai wangi atau cantaloupe seberat hampir 30 kilogram dan brokoli yang beratnya 15 kilogram!
Salah seorang pengadil pertandingan tersebut, Kathy Liska berkata: “Ada beberapa lagi produk pertanian yang begitu besar saiznya sehingga kami sendiri pun tidak dapat mengenal pasti apakah jenis sebenar sayurannya.”
Sayur-sayuran dalam saiz luar biasa itu sebetulnya merupakan ciri-ciri khas yang hanya ada di lembah Matanuska-Susitna dan asalnya ditemui penduduk asli Athabaska sebelum dimajukan oleh pendatang Rusia pada 1818 lalu.
Lembah tersebut merupakan daerah pertanian paling produktif di Alaska dan mungkin di dunia. Namun anehnya tiada langsung kaedah canggih kejuruteraan genetik waima bahan kimia terbaik pun yang digunakan di sana.
Jadi apakah rahsianya? Kajian saintis tempatan mendapati sebenarnya di sebalik pertumbuhan tanaman raksasa di Matanuska-Susitna ialah, kadar sinaran mataharinya yang juga boleh dianggap sebagai cukup luar biasa.
Ini kerana Alaska memiliki musim tanaman amat singkat, hanya sekitar 105 hari dalam setahun. Namun, lokasi sangat jauh dari Khatulistiwa menyebabkan penduduk Alaska menikmati hari sangat panjang pada musim panas.
Matahari secara purata menyinar lebih daripada 12 jam sehari waktu itu, membolehkan tanaman tumbuh sihat gemuk tanpa memerlukan apa-apa baja tambahan seperti di negara empat musim. – Agensi.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Video: 

Alaska, Land of Giant Vegetables

Vape: Kerja Bodoh! K'jaan M'sia Tak Tanggung-jawab, Perosak Kesihatan Rakyat.

Hilmi menunjukkan rokok elektronik atau vape yang akan dikawal penggunaannya.

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan mengesahkan penggunaan cecair di dalam rokok elektronik atau vape yang dibakar melebihi lima voltan berupaya menghasilkan ubat pe­ngawet mayat dan cuka getah yang menjadi punca utama penyakit kanser kepada penggunanya.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, menerusi kajian yang dilakukan, vape mengandungi propylene glycol atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan wap yang banyak termasuk mempunyai cecair nikotin.
Menurut beliau, penggunaannya bukan sahaja boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan malah menghasilkan bahan kimia menerusi pembakaran menggunakan bateri.
“Kalau rokok mengandungi 87 bahan yang menyebabkan kanser tetapi vape, bila kita bakar menggunakan bateri melebihi lima voltan, cecair itu akan menjadi panas lalu membentuk formaldehyde iaitu ubat pengawet mayat dan cuka getah,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia, sama seperti kapitalis-kapitalis dunia lain sanggup membunuh jutaan rakyatnya sendiri melalui rokok, yang dibenarkan, tidak dilarang di negara masing-masing. Kerana keuntungan cukai rokok yang sedikit, sanggup mengorbankan kesihatan rakyat jelata hingga mendatangkan kerosakan lebih besar. 
Kerana itu, wang yang mengalir keluar negara dan masuk ke poket kapitalis lebih banyak dari cukai yang diperolehi untuk menolong rakyat. Ertinya teori ekonomi tersebut tidak menguntungkan rakyat dan negara. Begitulah yang sedang dan akan terjadi pada vape. Itu kerja bodoh!
Solusinya? Kembalilah kepada dasar kebajikan pemerintahan Islam, seperti di zaman kegemilangan Rasulullah SAW, Khalifah Ar-rasyidin, dan selanjutnya. (IH)

Lihat sebelum ini..


Siri 4: Saleh Man Kekal Istiqamah PAS Seumur Hidup. Tahniah Dari Ibnu Hasyim.

KUALA LUMPUR: Adun Permatang Pasir Datuk Salleh Man (gambar) merupakan ahli PAS seumur hidup dan tidak sama sekali menyertai parti lain dan tidak akan mengkhianati pengundi, ahli dan penyokong yang telah memberikan amanah kepada beliau. 
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad dalam satu kenyataan.

Penegasan Salleh Man itu dinyatakan dalam satu pertemuan di Pejabat Permatang Pauh Kampung Semagagah bersama Ajk Pemuda dan Muslimat PAS malam tadi.

Sebelum itu PAS Permatang Pauh telah memanggil Salleh Man bagi menyatakan pendirian beliau berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli, penyokong serta pengundi di Permatang Pauh.

"Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra di pejabat PAS Permatang Pauh. Kita menegaskan agar program perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

"Kepada semua yang berangapan beliau menyertai parti Amanah adalah tidak betul. Beliau tetap Istiqamah bersama PAS," tegas Jamsari.

Menurut Jamsari, walaupun PAS tiada hubungan dengan DAP tetapi hubungan dengan PKR masih seperti biasa dan beliau masih lagi YDP Majlis Agama Islam Pulalu Pinang yang di lantik oleh Yang Di Pertuan Agung.

Katanya, dalam beberapa program kerajaan negeri yang di sertai oleh bekas pimpinan PAS beliau juga hadir sebagai kapasiti YDP majlis bukan kerana menyokong pendirian mereka. 

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu telah merungkai segala isu yang berbangkit dan beliau berjanji akan terus berhidmat dan membawa suara Islam dan menegur jika kerajaan negeri melakukan perkara yang di luar batas Islam. – HARAKAHDAILY 

Tahniah dari sahabat lama Ibnu Hasyim.. Jazakallahu khairan kathira..

Wanita Muda (27) Muslim Ini Jadi Menteri Pendidikan Sweden, Apa Istimewa?

WANITA muda Muslim, Aida Hadzialic yang berusia 27 tahun telah dilantik sebagai Menteri Pendidikan negara Sweden.
Aida yang berasal dari negara Bosnia antara satu-satu wanita Islam yang muda memegang jawatan tertinggi dalam barisan kabinet di dunia.
Menjadi pelarian ketika berusia 5 tahun bersama ahli keluarganya tidak mematahkan semangat Aida untuk berjaya dalam pelajaran serta kehidupan.
Berdasarkan laporan daripada Arab News, Aida merupakan siswazah undang-undang dari Universiti Lund.
Ketika berusia 23 tahun, dia juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandar Halmstad.
 Kini, di bawah Kabinet baru yang dipimpin oleh Perdana Menteri Stefan Löfven, Aida merupakan orang paling muda yang pernah berkhidmat sebagai menteri di Sweden.
 Dia dilantik untuk memangku jawatan ini pada tahun lalu. Jom kita lihat foto-fotonya ketika melakukan tugas.


(IH)

Friday, October 30, 2015

50 Kes Remaja Hamil Luar Nikah Sehari, 4,500 Tiap Tahun? Malu le..


PUTRAJAYA - Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.

"Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata, jumlahnya amat kecil.
    
Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.
    
"Kadangkala ada remaja ini yang sembunyikan kehamilan mereka sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses kehamilan atau ketika bersalin," katanya.
"Isu remaja hamil ini merupakan satu isu yang amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan," katanya lagi.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

"Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi," kata Dr Subramaniam.
    
Mengenai pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan, Dr Subramaniam berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak agar
mengambil tindakan lebih berkesan menghadapi isu wanita dan remaja hamil.
    
Menerusi program itu, Kementerian Kesihatan menyediakan pusat jagaan yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada remaja serta wanita hamil tanpa nikah selain bayi yang bakal dilahirkan.

Ketika ini pusat penjagaan Generasiku Sayang telah diwujudkan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang. - (Bernama).
Perlakuan ke arah najis zina, tanda kegagalan dasar pelajaran Malaysia sehingga berlaku 50 kes remaja hamil luar nikah sehari..

Malu le, kerajaan Malaysia mengaku Islam begini. Mengapa? Kerana Malaysia bukan 'negara Islam', tetapi 'negara umat Islam' saja. Tak mahu laksanakan undang-undang Islam. Lain semua 'Malaysia Boleh', Tapi, nak laksanakan Islam secara syumul, tak boleh. Pemimpinnya berjiwa kerdil...

Sama Seperti Arak, Rokok, Vape Tidak Akan Diharamkan.. -Ibnu Hasyim.


PENGGUNA
SAMA saja seperti arak, rokok atau judi, kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak akan mengharamkan vape. 

Ini, kerana kerajaan Malaysia lebih pentingkan ekonomi dari kesihatan rakyat, atau dari 'soal halal-haram' dalam agama yang menjadi pegangan rakyat. Ekonomi lebih dari segala-galanya, pada kerajaan. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

Mengulas berita mengenai kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan vape, nampaknya menjadi semakin panas walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.

“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,"katanya dipetik mStar Online.

Menurut beliau lagi, 


“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.
"Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti."


Menurut Weblog Ibnu Hasyim melalui editornya Dr Hj Mohd Hashim pula, 

"Pada saya kerajaan tidak berniat untuk mengharamkan rokok, arak, shisha, contohnya.. atas sebab-sebab kesihatan. Kerana kerajaan sendiri lebih penting keuntungan cukainya dari kesihatan rakyatnya sendiri. Begitu juga dengan vape."

Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar dari menghentikan tabiat buruk mereka itu. Ramai sebenarnya perokok hendak berhenti merokok dengan beralih kepada vape. Pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu, tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.

"Apalagi kalau kerajaan nak haramkan vape atas sebab-sebab agama, jauh panggang dari api.. Kerana arak yang jelas-jelas haram dari sudut agama pun kerajaan UMNO tak mampu nak mengharamnya."

Setakat ini, belum ada larangan untuk penjualan vape. (IH)

Menantu Abd Hadi Lawan Husam Fasal Kedah, Apa Kata Datuk Phahrolrazi ?

MENANTU presiden PAS Zaharudin Muhammad tidak boleh mengaitkan kejatuhan PAS di Kedah dengan keadaan politik parti itu di Kelantan kerana ia langsung tidak sama, kata bekas exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Beliau berkata Zaharudin adalah orang luar yang hanya membuat telahan sendiri apabila mendapat maklumat dari pihak lain.
Semalam, Zaharudin mendakwa bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan seperti yang pernah dibuat oleh Phahrolrazi terhadap PAS Kedah.
“Saya tidak boleh nak komen bagaimana dia kata cara itu sama, jadi Zaharudin kena terangkan sikit. Adakah maksud dia kata Datuk Husam itu mendedahkan, mengkritik sesuatu benda yang agak spesifik.
“Saya tarik diri daripada kerajaan kerana berbeza pendapat, Datuk Husam tak sama dengan saya. Datuk Husam tidak ada tarik diri semasa exco tapi saya tarik diri. Jadi macamana dia nak kaitkan sama.
“Bila saya tidak mahu dilantik semula, itu yang dianggap satu krisis, ketika itu saya tidak berapa setuju dengan pemerintahan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum kejatuhan PAS di Kedah, Phahrolrazi yang ketika itu merupakan timbalan pesuruhjaya PAS negeri, telah membidas pentadbiran Azizan.
Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.
Hari ini di negeri Kelantan pula, Husam lantang mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Malah Husam yang juga ADUN Salor menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.
Zaharudin turut menjemput Husam untuk berdebat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkaitan perkara itu bulan depan.
Justeru, Phahlolrazi berkata, beliau sudi menjawab dakwaan yang dikemukakan oleh Zaharudin sekiranya turut dijemput dalam debat berkenaan.
“Saya tidak cadang untuk jawab dakwaan Zaharudin sekarang tapi kalau ada yang berbangkit mengenai Kedah, saya sedia hadir menjawab.
“Saya dengar-dengar ada satu debat Zaharudin dengan Datuk Husam, jadi kalau berbangkit perkara ini, saya akan jawab secara spesifik kerana apa yang ditulis oleh Zaharudin terlalu umum,” katanya. (MK)

Lihat sebelum ini..
Husam Jawab:
Siri 1: Husam Musa Beri Pandangan: Tunggakan SABK Hanya 1/...
Siri 2: Lagi Husam Bela Diri: Dedah Rasuah Balak K'tan?
Siri 3: Husam Jawab Menantu Hj Abdul Hadi Pula..

'Little Ipoh' Di Melbourne: Kerana Visa, Lelaki M'sia Mengamuk?


MELBOURNE: Seorang rakyat Malaysia telah menggemparkan bandaraya Melbourne selepas dikatakan telah mengamuk di sebuah restoran yang juga merupakan milik rakyat Malaysia di sini. Dia yang mengalami kecederaan di tangan tiba-tiba meluahkan masalah peribadinya mengenai teman wanita termasuk menghadapi masalah berkaitan dengan visa.
Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan dikatakan telah bertengkar dengan pekerja restoran berkenaan sebelum mengamuk dengan memegang pisau dan garpu.

Menurut pemilik restoran  Little Ipoh, Mohamed Mokhtar Mohd Ghani, 50, berkata, ketika kejadian dia ebrada di dapur sebelum terdengar keadaan bising di dalam restorannya.

“Lelaki itu mengaku utusan Tuhan dan meminta kakitangan serta pelanggan mengikut ajarannya." 
"Lelaki yang dikenali sebagai *****, memarahi pelanggan dalam restoran sebelum mencederakan dirinya sendiri.
" Dia yang mengalami kecederaan di tangan tiba-tiba meluahkan masalah peribadinya mengenai teman wanita termasuk menghadapi masalah berkaitan dengan visa," katanya ketika dihubungi wartawan Harian Metro.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1:00 petang waktu tempatan, lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 20 an telah mengurung dirinya di dalam restoran berkenaan selama kira-kira 2 jam sebelum berjaya diberkas pihak polis Australia.

Memetik laporan Daily Mail, suspek telah menerpa ke arah polis ambil memegang senjata menyebabkan pihak polis terpaksa menyembur serbuk lada menyebabkan lelaki berkenaan masuk kembali ke dalam restoran dan naik ketingkat atas.
Pihak polis daripada pasukan khas kemudainnya cuba memujuk lelaki berkenaan melalui tingkap yan sudah dipecahkan lelaki berkenaan tetapi dia telah melempar barang-barang ke arah polis seperti epal, limau dan telefon bimbit.

Dia kemudian memegang telefon bimbitnya dan merakam selfie sebelum keluar dari bangunan itu selepas jam 3 petang dengan tangan ke atas, menyerah diri kepada polis.

Isteri kepada pemilik restoran, Raja Yasmin berkata, lelaki berkenaan pernah datang ke restorannya beberapa kali.

Raja Yasmin, 44, dari Ipoh, berkata dalam perbualan mereka sebelum ini, Lelaki itu pernah bekerja di Queensland tetapi kini menganggur dan ketiadaan wang.

“Dia kelihatan tertekan dan saya menggalakkan dia mencari kerja,” katanya.


Menurutnya, lelaki itu menjadi agresif ketika datang ke restorannya hari ini.

Dia beritahu pengurus dia lapar dan mahu makan tetapi tiada wang. Pengurus saya berasakan ada yang tidak kena, berkata akan membawa makanan kepadanya secara percuma,” katanya.

Menurutnya, pengurus itu memberitahunya lelaki berkenaan bercakap seorang diri dan mundar-mandir dalam restoran.

“Dia bertanya perkara pelik kepada pengurus itu sambil menjerit-jerit sebelum mengugutnya dengan garpu untuk membunuhnya jika pengurus itu menghubungi polis.

“Syukur dia sempat melepaskan diri dan menghubungi polis. Suami saya serta pekerja lain segera keluar dari restoran,” kata Raja Yasmin.


Menurutnya, kerosakan dalam restorannya akan teruk kerana lelaki itu merentap kamera CCTV, memecahkan komputer, gelas dan jar. Dia juga mengambil wang dari kaunter dan mencampaknya keluar melalu tingkap.

“Telefon yang digunakannya itu milik kami sebelum dicampaknya keluar. Saya kasihan dan bersimpati dengannya,” katanya.


Lihat sebelum ini..
Peluang kerja di Australia, sekarang!
Hubungi..
IBNU HASYIM/Muaz Jabal - 014 2225865


Lihat keseluruhan kerja di Australia...
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.
E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Patutkah 8 Benda Ini Diharamkan Di M'sia Kerana Telah Dilarang Di Luar Negara?

PENGGUNA

8 Benda-benda ini biasa bagi orang Malaysia, Tapi diharamkan di luar negara, mengapa? Wajarkah Malaysia ikut Mengharamnya?

1. Walker Bayi
Diharamkan di Kanada.
Pada 2004, saintis di Kanada mendapati walker bayi boleh membawa kepada kecederaan kepala, patah tulang, dan maut kerana ia boleh memberikan bayi kepantasan yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.

2. Mannequins
Diharamkan di Iran 
Pada 2009, kerana penularan fesyen-fesyen dari barat, kerajaan Iran mengharamkan kedai-kedai baju dari mempamerkan patung-patung perempuan yang menampakkan bentuk badan seksi dan tanpa hijab.

3. Penyedut Vicks 
Diharamkan di Jepun
Kerana alat ini mempunyai kandungan pseudoephedrine yang mana diharamkan dalam undang-udang penggunaan dadah di Jepun.

4. Seluar Jeans Biru
Diharamkan di Korea Utara
Di Korea Utara, seluar jeans biru adalah simbol Amerika Syarikat.

5. Topeng Masquerade
Diharamkan di Arab Saudi
Pada 2013, Arab Saudi telah mengharamkan topeng muka yang digunakan di dalam filem "V for Vendetta" dan mula merampas topeng-topeng muka yang dijual di pasarannya. Hari ini apa jua jenis topeng Masquerade di haramkan di negara itu.

6. Gula-gula Getah
Diharamkan di Singapura
Kenapa : Pada 1992, Perdana Menteri Singapura mengharamkan jual beli dan import gula-gula getah. Ini kerana gula-gula getah dikatakan boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara apabila ia digunakan sebagai alat memvandal seperti diletakkan di sensor pintu, di pintu-pintu LRT dan sebagainya.

7. Filem "Anna & The King"
Diharamkan di Thailand
Filem ini di haramkan di Thailand kerana ia dikatakan menghina sistem monarki negara tersebut dan tidak menceritakan dengan tepat sejarah Thai.

8. Pokemon
Diharamkan di Turki
Dua kes kanak-kanak Turki terjun dari balkoni pada tahun 2000 kerana percaya mereka memunyai kuasa seperti Pokemon. Kerajaan Turki kemudian mengharamkan rancangan TV pokemon selepas itu. Namun kini status sama ada ia diharamkan lagi atau tidak diketahui. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails