Monday, October 26, 2015

Angkat Sumpah Kerahsiaan -Takiyuddin Sokong Ahli PAC

Ahli Parlimen PAS dari Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan menyokong saranan supaya ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengangkat sumpah kerahsiaan kerana beliau merasakan tindakan itu satu keperluan.
Beliau yang baru dilantik sebagai anggota jawatankuasa di bawah Parlimen itu berkata, bagaimanapun, itu tidak bermakna ahli PAC langsung tidak boleh memberi sebarang kenyataan.
“Saya rasa itu perkara yang perlu, sebab kita lihat dalam jawatan penting seperti jawatan menteri, menteri besar termasuk jawatan sebagai exco kerajaan negeri, kita diwajibkan mengangkat sumpah kerahsiaan.
“Saya bersetuju untuk anggota PAC mengangkat sumpah kerahsiaan. Tetapi bukanlah bermakna anggota PAC ini tidak boleh langsung bercakap.
"Ada perkara yang melibatkan hal yang disiasat itu perlu didedahkan kepada rakyat, tetapi ada tahap-tahapnya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.– 26 Oktober, 2015. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails