Monday, October 26, 2015

Wujud Kumpulan Militan IS, Tony Blair Minta Maaf



LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair akhirnya meminta maaf kerana tercetusnya perang Iraq dan mengaku dia juga perlu dipersalahkan atas kewujudan kumpulan militan Isla­mic State (IS).
MailOnline melaporkan, pengakuan luar biasa beliau itu dibuat selepas 12 tahun dia menolak untuk meminta maaf berhubung konflik tersebut.
Blair membuat pengakuan berke­naan dalam satu temu bual dengan stesen televisyen CNN tentang ‘ne­raka’ yang disebabkan keputusan­nya bersama bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George Bush untuk menggulingkan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.
“Saya memohon maaf untuk maklumat salah yang diterima daripada perisikan kami.
“Saya juga memohon maaf terhadap beberapa kesalahan perancangan dan sudah tentu, kesilapan kami dalam memahami apa yang akan berlaku apabila anda mengeluarkan rejim itu,” kata Blair ketika ditanya sama ada perang Iraq merupakan suatu kesilapan.
Dalam pada itu, Blair berulang kali memohon maaf untuk kelakuannya itu dan merujuk kepada dakwaan pencerobohan jenayah perang walaupun beliau menafikan turut terlibat.
“Saya fikir ada betulnya dalam dakwaan itu,” kata Blair ketika ditanya adakah perang Iraq menjadi punca utama kebangkitan IS yang mencetuskan huru-hara di Iraq, Sy­ria dan beberapa negara lain.
Ketika sesi temu bual oleh penyiar politik AS, Fareed Zakaria itu, beliau turut mengaku menjadi anjing poodle kepada Bush berhubung konflik itu.
Pengakuan Blair dibuat selepas The Mail kelmarin menerbitkan satu memo daripada White House yang mendedahkan buat pertama kalinya bagaimana Blair dan Bush bersetuju dengan satu perjanjian setahun sebelum pencerobohan itu. – Agensi

1 comment:

Anonymous said...



Adakah permohonan maaf dari Tony Balir boleh menghidupkan kembali berjuta-juta orang Islam yang tidak bersalah yang telah disiksa dan dibunuh beramai-ramai oleh tentera Kristian dan Yahudi?

Langkah yang terbaik ialah menangkap penjenayah-penjenayah perang seperti GW Bush, ahli politik, jeneral dan tentera Amerika, Tony Blair, pemimpin negara, ahli politik, jeneral-jeneral dan tentera NATO dan dibicarakan dan dipancung, dihukum gantung sehingga mati atau ditembak mati oleh skuad penembak!

Akibat dari campurtangan Barat ke atas negara-negara Islam telah menyebabkan pelarian Islam membanjiri Eropah sekarang. itulah harga yang perlu dibayar oleh Barat !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails