Wednesday, October 28, 2015

Minuman 'favourite' Bubble Tea, Kandungi Tapak Kasut & Tayar Terpakai. Jaga-jaga Heee..


PENGGUNA
Shandong, China - Satu laporan terbaru dari penyiar berita tempatan mendedahkan salah satu minuman 'favourite' di negara tersebut, bubble tea, mungkin mengandungi tapak kasut dan tayar terpakai.

Melalui satu program "Life Help", seorang wartawan di Qindao meminum "pearl milk tea" dari kedai tempatan dan pergi ke sebuah hospital berdekatan untuk melakukan imbasan CT. Hasil dari imbasan tersebut menunjukkan perutnya dipenuhi dengan "bubble" yang masih belum dihadam.

Di pusat eksperiment Universiti Qindao, saintis menjadi bingung dengan bahan "bubble" tersebut. Walaupun mereka tidak dapat memastikan apa sebenarnya benda itu, tetapi mereka menyifatkannya sebagai satu bahan yang sangt mudah melekat.

Melalui temuramah 'undercover' yang dilakukan dengan pengurus kedai-kedai yang menjual minuman tersebut di sekitar kota, kebanyakan mereka tidak mengetahui apa bahan yang digunakan untuk membuat "bubble" di dalam minuman tersebut.

Namun di salah satu kedai yang enggan dikenali berkata : "Ianya dibuat di kilang kimia. Lebih jelas, ia semua diperbuat dari tapak kasut dan tayar terpakai"

Bubble tea atau turut dikenali sebagai boba selalu digunakan di dalam minuman teh dan "bubblenya" yang asal diperbuat daripada ubi kayu. 
Sumber : www.hongkongfp.co

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails