Monday, October 26, 2015

BRIM: Malu Tapi Mahu, B/Wakil Rakyat Minta Naikkan Pencen. He He He..

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) meminta kerajaan agar menaikkan elaun pencen bekas wakil rakyat dinaikkan kepada RM5,500 sebulan atau setengah daripada gaji yang diterima sebelum ini.
Ia kerana rata-rata daripada mereka hanya menerima pencen sekitar RM1,000 sehingga layak mendaftar untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Perkara ini diusulkan oleh Mubarak Negeri Melaka Datuk Sahar Arpan dan dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Mubarak ke-12 di Hotel Seri Pasifik hari ini.
“Ada yang dapat RM1,060. Ada yang dapat RM1,009. Ada yang lihat selekeh (bekas wakil rakyat)… sehingga layak untuk dapat BR1M. Kita nak daftar BR1M pun malu.
“Orang tanya kerja apa, jadi wakil rakyat, malu je dekat orang BR1M,” katanya.
Sahar berkata,sebelum ini perkhidmatan menjadi wakil rakyat adalah tugas yang tidak mengira waktu, tempat bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat.
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti masalah mereka kerana kumpulan itu sebelum ini berkhidmat kepada negara bagi menerangkan kepada orang-orang luar bandar mengenai kepimpinan negara.
Parlimen tak lagi berkecuali
Sementara itu dalam ucapan penggulungan, Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman mendakwa ada pihak yang menyerahkan parlimen kepada kerajaan untuk diuruskan sehingga badan itu kini dilihat tidak lagi berkecuali.
Katanya, sebelum ini parlimen mempunyai sistem dalam urusan tadbir tersendiri dalam menentukan pentadbiran mereka, namun kini tidak lagi.
“Parlimen mesti berkecuali. Ada orang yang menyerahkan parlimen balik kepada jabatan kerajaan untuk menguruskan parlimen, ia menunjukkan parlimen itu tidak bebas.
“Dulu berkecuali, boleh buat perkara kamu sendiri, sistem sendiri dari segi kerja.
“Entah macamana speaker serahkan kepada kerajaan jadi jabatan pula. Ini tidak pernah terjadi... Tiada sesiapa di parlimen yang menimbilkan perkara ini.
“Saya minta ia disampaikan kepada sahabat-sahabat kita di parlimen. Kita minta rombak semula parlimen jadi institusi yang bebas daripada kongkongan kakitangan kerajaan, tapi speker tu menguruskan bajet itu sendiri dan sebagainya,” katanya. (MK)

1 comment:

Anonymous said...


Kakitangan kerajaan terpaksa bekerja 25 tahun untuk mendapat pencen separuh gaji ! Jika gaji terakhir mereka ialah RM1500 maka pencen bulanan mereka ialah RM750 sahaja. Bayangkan RM750 untuk menampung keluarga pesara di zaman kenaikan harga barang dan perkhimatan yang melampau!

Adakah adil wakil rakyat yang bertugas selama 5 atau 10 tahun berhak mendapat pencen bulanan RM5000 sedangkan mereka hanya bertugas selama 5 atau 10 tahun sahaja? Dan mungkin di antara mereka telah menjadi kaya-raya atau jutawan kerana jawatan mereka tersebut ! Tambahan pula mereka menerima pelbagai elaun sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan dll. Itu pun belum dikira habuan yang diterima oleh orasng tertentu dari tauke-taukeh yang 'dermawan'(konon) !

Sepatutnya wakil rakyat belajar bersyukur dan membantu pesara-pesara kerajaan dan rakyat yang hidup miskin setelah mereka berkorban untuk negara !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails