Friday, October 30, 2015

Sama Seperti Arak, Rokok, Vape Tidak Akan Diharamkan.. -Ibnu Hasyim.


PENGGUNA
SAMA saja seperti arak, rokok atau judi, kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak akan mengharamkan vape. 

Ini, kerana kerajaan Malaysia lebih pentingkan ekonomi dari kesihatan rakyat, atau dari 'soal halal-haram' dalam agama yang menjadi pegangan rakyat. Ekonomi lebih dari segala-galanya, pada kerajaan. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.

Mengulas berita mengenai kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan vape, nampaknya menjadi semakin panas walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.

“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,"katanya dipetik mStar Online.

Menurut beliau lagi, 


“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.
"Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti."


Menurut Weblog Ibnu Hasyim melalui editornya Dr Hj Mohd Hashim pula, 

"Pada saya kerajaan tidak berniat untuk mengharamkan rokok, arak, shisha, contohnya.. atas sebab-sebab kesihatan. Kerana kerajaan sendiri lebih penting keuntungan cukainya dari kesihatan rakyatnya sendiri. Begitu juga dengan vape."

Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar dari menghentikan tabiat buruk mereka itu. Ramai sebenarnya perokok hendak berhenti merokok dengan beralih kepada vape. Pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu, tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.

"Apalagi kalau kerajaan nak haramkan vape atas sebab-sebab agama, jauh panggang dari api.. Kerana arak yang jelas-jelas haram dari sudut agama pun kerajaan UMNO tak mampu nak mengharamnya."

Setakat ini, belum ada larangan untuk penjualan vape. (IH)

2 comments:

Anonymous said...


Mengikut undang-undang buatan manusia yang ingkar lagi sesat, benda haram menjadi 'halal' apabila cukainya dibayar oleh malaun ! Parti kuali Imayam Putu Mayam, PKKR dan DAPig suka sangat dengan undang-undang sekular. Parti DAPig memang parti kafir yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Persoalannya ialah apakah agama pemimpin-pemimpin parti kuali Imayam Putu Mayam dan PKKR yang bersekongkol dengan DAPig?

Sebaliknya, mengikut hukum Allah, benda haram adalah tetap haram dan tidak boleh dihalalkan oleh cukai ! Jika seseorang malaun menghalalkan benda yang haram, maka ia boleh menjadi murtad !

Anonymous said...

kat pastakim pun apa kurang yg berasap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails