Sunday, October 25, 2015

K'jaan Kehabisan Dana, Bergantung Duit Rakyat. Cukai & GST -PAS


SHAH ALAM – Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam jelas menunjukkan bahawa pendapatan kerajaan semakin terhad dan kehabisan dana.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, kerajaan kini hanya mampu bergantung hidup dengan duit rakyat melalui hasil kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Tahun lepas, ekoran kejatuhan harga minyak dunia, Najib mengumumkan langkah intervensi ke atas Bajet 2015 untuk mengurangkan kadar operasi pengurusan berkurang sebanyak RM5.5 bilion manakala mengekalkan perbelanjaan pembangunan pada RM48.5 bilion.
“Contohnya, antara langkah yang dibuat ialah menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang membawa penjimatan sebanyak RM400 juta. Ketika itu, GST belum dilaksanakan lagi.
“Ini menunjukkan sebenarnya kerajaan mampu mengurangkan perbelanjaan mengurusnya. Sepatutnya langkah itu diteruskan. Namun tidak, di dalam Bajet 2016, PLKN muncul semula dengan peruntukan sebanyak RM360 juta dalam keadaan kerajaan kehilangan sumber pendapatan daripada Petronas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jika ekonomi dunia menyebabkan anggaran perbelanjaan Bajet 2016 tersasar lagi, beliau membayangkan apa lagi langkah intervensi yang akan diambil kerajaan bagi menangani perkara itu.

“Apakah kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan mengurusnya seperti di 2015? Sudah hampir pasti tidak. Kali ini, Pas percaya kerajaan akan menaikkan kadar GST sebagai penyelesaian mudah daripada berusaha mengurangkan perbelanjaan mengurusnya.
“Dengan tumpuan sebegitu berat kepada GST dalam Bajet 2016, Pas ingin melahirkan kebimbangan terhadap kenaikan kadar GST,” katanya.

Malah beliau menasihatkan rakyat agar bersiap sedia berdepan dengan kemungkinan itu untuk tahun-tahun akan datang.

“Tidaklah melampau untuk dikatakan bahawa Najib telah membuka laluan kepada kenaikan kadar GST yang lebih tinggi di 2017 dan tahun-tahun seterusnya untuk menampung operasi pengurusannya yang sentiasa ketirisan dan bertambah jika sumber pendapatan kerajaan dan harga minyak sedunia tidak banyak berubah.
“Ini tidak termasuk lagi kesan kejatuhan nilai ringgit dan 1MDB kepada pendapatan negara yang langsung tidak disentuh di dalam Bajet 2016. Bersedialah dengan tali di perut, rakyat Malaysia. Sesungguhnya BR1M itu hanyalah seperti ajinomoto yang menyedapkan makanan seketika tapi meninggalkan kehausan berpanjangan,” katanya. (SH)

10 comments:

Anonymous said...

PAS NI CAKAP KAT LUAR BERDEGAR2... TAPI TUANG SIDANG PARLIMEN. ..
SAYA TAK AKAN UNDI PAS DI PARLIMEN PASIR PUTEH KELANTAN.

Anonymous said...

Pemimpin PAS yang agak berani canggah arus presiden baru hendak bersuara dan baru terjaga dari lamunan mimpi enak dalam tidur padahal rakyat telah sekian lama mahukan wakil rakyat yang dilantik bersuara diatas keritan hidup seharian dengan pelbagai cukai cuba ambil perhatian kronologi cukai yang rakyat terpaksa tanggung :
1. Cukai pendapatan (Pada yang berkerja samaada awam atau swata atau ahli koperat dan bisnes )
2. Cukai pintu dan cukai tanah kediaman atau pertanian (Setiap Hujung Tahun)
3. Cukai Jalan Kenderaan (Selepas tamat tempoh)
4. Bayaran Tol harian (Bagi yang berkerja dan ahli perniagaan dan persendirian)
5. Cukai GST (Yang tiada pengecualian sama ada kamu kaya atau miskin atau papa ,tidak terkecuali
para asnaf yang sepatutnya menerima zakat dimana mereka-mereka ini tidak boleh dicukaikan tas
sebab apa sekali pun.
6. Dan perbagai cukai lagi yang tidak sepatutnya terbebabn atas bahu rakyat untuk meringankan
perbelanjaan yang tidak perlu oleh kerajaan sekarang.
Adakah bajet 2016 ini boleh meyakinkan rakyat untuk terus meyumbang apa yang diserukan oleh PM itu,bayangkan bila datang hujung tahun setiap keluarga yang punyai anak akan bersiap pula untuk kemasukan sekolah pada tahun berikutnya apakah PM tidak ada rasa keperitan yang ditanggung oleh rakyat terutam bagi mereka yang tiada pekerjaan tetap seperti penjawat awam yang PM telah gula-gulakan dengan kenaikan yang boleh membebankan rakyat ramai dengan kenaikan cukai jika berlaku.Ingatlah bukan semua rakyat dapat nikamt hasil negara yang dikutip tapi berlaku adillah dengan agihan menigkut keperluan rakyat bukan untuk satu gulungan yang hidup bermewahan diatas keringat rakyat yang tidak dapat bersuara seperti penjawat awam yang punyai cupec itu.Penat jerih dan keringat rakyat juga perlu ditimbang demi keadilan.

Anonymous said...


Anon 8:56 AM bersikap bodoh dan tidak rasional kerana beliau meletakkan kesalahan BN ke bahu PAS! Sepatutnya semua beban rakyat itu ditujukan kepada BN bukan PAS. PAS telah lama menyuarakan bantahan terhadap tindakan BN membebankan rakyat dengan pelbagai beban. Masalahnya ialah orang-orang yang mementingkan diri sendiri seperti Anon 8:56 AM dan Anon 8:56 AM tidak mahu memberikan undi kepada PAS maka PAS tidak boleh memerintah negara ini dan menghapuskan beban rakyat dan penyalah-gunaan kuasa. Berikan undi anda kepada PAS dalam PRU14 jika anda mahu PAS melakukan perubahan di negara ini.

Anon 8:56 AM berumur 7 tahun dan tidak layak mengundi. Kesian.

Anonymous said...


PEMBETULAN RALAT untuk komen 9:40 AM:

Anon 9:08 AM bersikap bodoh dan tidak rasional kerana beliau meletakkan kesalahan BN ke bahu PAS! Sepatutnya semua beban rakyat itu ditujukan kepada BN bukan PAS. PAS telah lama menyuarakan bantahan terhadap tindakan BN membebankan rakyat dengan pelbagai beban. Masalahnya ialah orang-orang yang mementingkan diri sendiri seperti Anon 9:08 AM dan Anon 8:56 AM tidak mahu memberikan undi kepada PAS maka PAS tidak boleh memerintah negara ini dan menghapuskan beban rakyat dan penyalah-gunaan kuasa. Berikan undi anda kepada PAS dalam PRU14 jika anda mahu PAS melakukan perubahan di negara ini.

Anon 8:56 AM berumur 7 tahun dan tidak layak mengundi. Kesian.

Anonymous said...


Assalamualaikum tuan Ibnu Hasyim. Dengan segala hormatnya saya mohon tuan delete komen 9:40 AM saya.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...


Kemelesetan ekonomi dijangka akan berlaku di seluruh dunia dalam tahun 2016. Kerajaan yang kehabisan dana akan menyebabkan rakyat hidup menderita.

Anonymous said...

PARLIMEN PASIR PUTEH.. saya telah mengundi PAS selama 4X PRU... tetapi HAMPA dgn cara bertindak kej PAS di peringkat NEGERI atau dalam parlimen. Anom. yg kata beri undi kpd PAS dlm PRU14 utk perintah M.sia.. . mcm mn nk perintah jk bersendirian. .. so lebih baik undi PHR sebagai alternatif kpd BN UMNO

Anonymous said...


61% daripada rakyat Malaysia adalah orang Islam. Jika 61% beri undi kepada PAS, insya Allah PAS akan mendapat majoriti besar untuk membentuk kerajaan yang bersih, amanah, cekap dan takut kepada Allah dan boleh melaksanakan hukum-hukum Allah supaya Allah memberkati negara ini.

Kita berpendapat DAP mempunyai pengaruh yang besar ke atas setiap keputusan PHR yang bererti PHR tidak boleh diharap untuk membentuk kerajaan Islam. Adalah tidak masuk akal bagi seseorang yang mengaku beragama Islam tetapi masih mengundi untuk DAP yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini! PR berpecah pun kerana sikap DAP yang menentang hukum Allah maka tidak wajar orang yang mendakwa beragama Islam tetapi mengundi DAP yang menentang hukum Allah !

Anonymous said...

ANGAN2 MAT JENIN.... bertanding berapa kerusi nak perintah M.sia... mcm mana nk dpt majoriti mudah....?
Paling senang PAS gabung dgn UMNO...BN.. baru bole bentuk kerajaan campuran. .... tp undi saya...dan ahli keluarga tetap tidak memihak kpd BN.

Anonymous said...


Anon 1:08 PM adalah contoh MAT JENIN yang amat takut melihat perubahan di negara ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails