Friday, May 08, 2009

Mas Selamat Disyaki Pengganas JI Guna Pelampung Larikan Diri.

Bom di Bali 2002: Gambar Atas, bendera negara para korban .
Gambar Bawah, ledakan.



Tertuduh Mas Selamat


SINGAPURA: Mas Selamat Kastari, yang disyaki pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah telah menggunakan apa sahaja alat yang boleh dijadikan pelampung untuk melarikan diri dari pantai utara Singapura ke Johor Bahru. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura Wong Kan Seng berkata, ini berlaku selepas dia menyelamatkan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley pada 27 Feb tahun lepas di mana dia ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri.


Wong berkata demikian di sini hari ini dengan kementeriannya mengesahkan penangkapan Mas Selamat oleh Polis Cawangan Khas Malaysia pada 1 April. Wong yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Singapura gembira bahawa Mas Selamat telah dapat ditangkap sambil menambah bahawa polis Malaysia telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Mas Selamat akan dibawa balik ke Singapura dan dihantar ke pusat tahanan yang sama sekali lagi dengan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, selepas Malaysia menyelesaikan soal siasat mereka, katanya.


Wong berkata Mas Selamat berjaya ditangkap selepas pihak berkuasa Malaysia mendapat maklumat dari rakan sejawatan di negara ini akhir tahun lepas, dan kerajaan Singapura telah dimaklumkan mengenai tangkapan itu sebaik sahaja ia dilakukan. Mas Selamat dikatakan sebagai dalang yang disyaki dalam komplot untuk menawan sebuah pesawat dan merempuh lapangan terbang Changi.


Sementara Di Putrajaya pula, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengesahkan bahawa Mas Selamat yang melarikan diri dari sebuah pusat tahanan Singapura tahun lepas telah ditangkap di Malaysia. "Ya, saya mengesahkan dia (Mas Selamat) di bawah tahanan kita dan sedang disiasat sekarang tetapi saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut kerana ia adalah isu sensisitif membabitkan tiga pihak kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia.


"Ia juga membabitkan agensi perisikan di bawah tiga kerajaan dan ia merupakan sesuatu yang saya tidak mahu ia menjadi ancaman dan ia juga membabitkan orang lain juga," katanya kepada pemberita di sini. Hishammuddin berkata apa yang boleh dikatakannya sekarang ialah Mas Selamat sedang merancang sesuatu yang membolehkan pihak berkuasa Malaysia menangkapnya. Katanya pihak berkuasa Malaysia akan memastikan Mas Selamat tidak akan melarikan diri untuk kali kedua dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura.


"Saya tidak berada dalam kedudukan di mana saya boleh mengumumkan kerana siasatan masih berjalan, apa yang ingin saya katakan hubungan kita dengan pihak berkuasa Indonesia amat erat sekali.. Tak mungkin kita dapat tangani isu sebegini kalau tidak ada kerjasama dan dalam kes Mas Selamat ini tanpa kerjasama daripada pihak berkuasa Indonesia tidak mungkin kita boleh sampai ke tahap penahanannya," katanya.


Mas Selamat ditangkap dalam operasi polis di Johor Baharu kirakira sebulan yang lepas. Bernama difahamkan anggota polis daripada Cawangan Khas menangkap Mas Selamat di sebuah kawasan berhampiran Skudai, yang terletak kirakira 25km dari pusat bandaraya Johor Baharu. "Kita mengetahui dia (Mas Selamat) mempunyai saudara-mara yang tinggal di sekitar kawasan Skudai itu," kata sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang operasi penangkapan ketua JI itu kepada Bernama hari ini.


Bernama turut difahamkan, bahawa Mas Selamat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara ini. Bagaimanapun menurut sumber itu lagi, ketua pengganas kumpulan JI di Singapura itu masih di bawah tahanan polis dan belum dihantar ke Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping yang khusus untuk tahanan di bawah Akta ISA.


Sumber itu juga berkata, operasi pemantauan dan penangkapan Mas Selamat di kawasan pinggir Johor Baharu itu dilakukan sepenuhnya oleh anggota polis negara ini, tanpa penglibatan pihak luar. (Sumber: BERNAMA, Mstar dll. AK)

Mas Selamat Pemimpin JI (?) Ditangkap Di Malaysia..


Jakarta - Pimpinan Jamaah Islamiyah Mas Selamat Kastari berhasil ditangkap pemerintah Singapura. Penangkapan Kastari sendiri dikabarkan dilakukan di Malaysia.

"Pemimpin Jamaah Islamiyah yang terlibat bom Bali 2002, tertangkap di Malaysia," demikian tulisan yang dirilis oleh media, seperti dikutip dari Reuters, Jumat (8/5/2009).

Berdasarkan tulisan yang terdapat di harian The Straits Times, Mas Selamat Kastari telah ditangkap sejak tanggal 1 April kemarin. Namun demikian, pihak pemerintah Singapura hingga saat ini belum memberikan keterangan kapan Mas Selamat Kastari ditangkap dan ditahan dimana saat ini.

Mas Selamat Kastari awalnya ditangkap oleh Kepolisian Indonesia pada Januari 2006, kemudian diserahkan kepada pihak Singapura. Dia dikenakan undang-undang keamanan negara yang dianut oleh Singapura. Dimana dalam ketentuan tersebut, penahanan dapat dilakukan tanpa melalui proses persidangan.

Mas Selamat Kastari melarikan diri dari penjara Whitley Road Detention Center pada 27 Februari 2008. Ketika itu Mas Selamat Kastari berhasil keluar melalui jendela kamar mandi yang tidak terkunci. Akibatnya sembilan pejabat Singapura dipecat. (http://www.detiknews.com )

Krisis Di Perak Dari Sudut Perlembagaan –Prof Dr Abdul Aziz Bari.


BERLAKU krisis politik di Perak bukan salah perlembagaan. Sebaliknya, ia kerana perlembagaan dilanggar dari segi peruntukan dan semangatnya. Demikian ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari di Putrajaya Rabu lalu pada forum bertajuk ‘Dewan Perundangan, Eksekutif, Kehakiman dan Raja Berperlembagaan itu’. Pakar perlembagaan itu berkata penyelesaian di Perak bergantung kepada komitmen terhadap perlembagaan.

Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau membuat kejutan apabila mengatakan tindakan Barisan Nasional salah dari mula lagi dan Tuanku Sultan tidak mempunyai kuasa memecat Menteri Besar. Beberapa minggu lalu, Mahathir berkata sebaliknya. Ini juga berubah dari awal Februari lalu apabila bekas Perdana Menteri keempat itu berkata tindakan Barisan di Perak itu adalah salah.

Dalam hujahnya, Aziz berkata kerajaan yang memerintah -baik di pusat mahu pun di negeri- adalah milik dewan. Ini kerana, jelas Aziz, ketua kerajaan berkenaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti yang dimilikinya. Beliau berkata adalah salah dan tidak wajar apabila seorang menteri besar mendakwa bahawa dirinya dilantik oleh Sultan. Aziz seterusnya berkata prinsip itu turut menjadi tunjang kepada konsep kabinet yang diwajibkan bertanggungjawab kepada dewan.

"Oleh sebab itu tidak timbul soal konvensyen sebagaimana di Britain kerana di Malaysia prinsip kabinet ini telah menjadi undang-undang - yakni Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan - dan bukan lagi sekadar konvensyen," tambahnya.

Seorang lagi panelis, Tricia Yeoh, berkata perkhidmatan awam perlu bebas dari politik dan tidak boleh engkar kepada perintah kerajaan yang memerintah. Beliau yang merupakan pegawai penyelidik kepada Menteri Besar Selangor berkata prinsip federalisme yang dikandung oleh perlembagaan perlu dihormati. Sebelum itu, Mahathir mengakui bahawa parti-parti dalam Pakatan bukan lagi "pembangkang kerana mereka telah memerintah negeri-negeri berkenaan".

Seorang lagi panelis, Alif Benjamin Suhaimi, yang merupakan wakil pelajar undang-undang UiTM, berpendapat perlembagaan tidak menjadi masalah. Beliau optimis terhadap masa depan negara kerana perlembagaan itu cukup baik dan tidak perlu direformasikan. Sewaktu soal jawab Aziz menjelaskan tidak ada undang-undang yang boleh dibuat untuk menyekat pilihan raya kecil kerana ia adalah ketetapan perlembagaan. Sementara itu Tricia Yeoh berpendapat pilihan raya senat perlu diadakan kerana ada peruntukan berkenaan dalam perlembagaan. (2MA)

3 Hindraf Akan Dibebas, Tiada Motif Politik?

3 pemimpin Hindraf (dari kiri) P Uthayakumar, M Manoharan, dan K Vasantha Kumar akan dibebaskan dalam masa terdekat

PUTRAJAYA Mei 8, 2009. Baki tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) adalah antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Mereka adalah M Manoharan, P Uthayakumar dan K Vasantha Kumar. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu hari ini.

"Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini. Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik. Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina. Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril. Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih. Bulan lalu, dua pemimpin Hindraf iaitu V. Ganabatirau dan R.Kenghadharan adalah antara 13 tahanan ISA yang dibebaskan. Tahanan lain yang turut dibebaskan bulan lalu adalah tujuh anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Tangkap kerana politik, bebas tiada motif politik? Awal bulan ini, Manoharan dikatakan mempertimbangkan untuk meletak jawatan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, kerana dikatakan tidak mampu melaksanakan tugas itu. Sementara itu, semalam pula, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak rayuan Uthayakumar agar pertuduhan mengikut Akta Hasutan ke atasnya digugurkan. Apakah ini tiada kena mengena dengan ‘bukan bermotifkan politik’ seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri itu? Porrah!! (AK).

Kawal Jual Arak Di Selangor? Sejauh Mana Kini?


Ibnu Hasyim Catatan Santai


SEBELUM kawal jual Arak di Selangor, kita lihat dulu cadangan kawal jualan arak di MPK (Majlis Perbandaran Klang). Mari kita lihat sedutan cadangan Mohd Termizi Ismail seorang ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK). Cadangan beliau menghadkan jualan arak dalam kawasan MPK asalnya dirancang untuk dibentangkan dalam mesyuarat MPK pada 26 November 2008.


Bagaimanapun ia tidak jadi dibentangkan, Malaysiakini.com telah menerbitkan dengan kebenaran penulisnya dan pihak kami siarkan semula memandangkan pentingnya. Kami Blog Ibnu Hasyim juga merasa hairan mengapa tidak jadi di bentangkan? Apakah jualan arak dan minuman keras di Selangor sudah dalam kawalan kerajaan? Bagaimana statusnya sekarang?


[ Hukuman dan penalti bagi peminum arak:

Para ulama fekah bersependapat menyatakan bahawa hukuman bagi orang yang minum arak ialah dirotan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali rotan. Ini adalah pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa hukuman bagi kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali rotan. Walaupun demikian boleh juga pesalah itu dikenakan rotan sebanyak lapan puluh kali jika pada pendapat pemerintah pesalah itu patut dirotan sebanyak tersebut.


Jadi hukuman hadnya ialah empat puluh kali, manakala yang selebihnya adalah dianggap sebagai hukuman ta'zir. Punca perselisihan di kalangan mereka ialah disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum arak tidak diterangkan secara jelas di dalam al-Quran dan juga hadis-hadis dan athar (pendapat) para sahabat. Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan tentang pengharaman arak tetapi tidak menetapkan hukuman had kepada peminum-peminum arak. Begitu juga Nabi Muhammad tidak menetapkan kadar yang tertentu.


Ada kalanya baginda merotan pesalah tersebut hanya beberapa kali sebatan, tetapi tidak melebihi daripada empat puluh kali sebatan. Kemudian Sayidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri dan Ali bahawa Nabi Muhammad menghukum orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebatan. Apabila tiba pada zaman Sayidina Umar, maka beliau meminta nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata (maksudnya): Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.


Undang-undang kesalahan jenayah syariah bagi peminum arak di Selangor:


Peruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat dua insitusi seperti jabatan agama Islam negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, jabatan agama Islam negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan.

Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2):

Seksyen 18 (1)

Mana-mana orang Islam yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


Seksyen 18 (2)
Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Manakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.


Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing. Pihak jabatan agama Islam tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan, menyita dan lain-lain lagi. Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan premis adalah di bawah bidang kuasa PBT.


Justeru, PBT adalah satu-satunya pihak yang bertanggungjawab untuk membuat segala peraturan dan kawalan yang berkaitan dengan kaedah jualan, pengeluaran lesen jualan, bilangan premis yang dihadkan dan peraturan-peraturan lain yang dilihat bercanggah dengan hukum syarak, khususnya bagi kesalahan yang dilakukan oleh pihak yang beragama Islam. Bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor walaupun pada hakikatnya terhad dan sempit, namun berdasarkan kepada peruntukan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Jabatan Agama Islam Selangor mempunyai bidang kuasa untuk membuat serbuan di kilang-kilang arak yang besar di sekitar Lembah Klang yang difahamkan ramai pekerjanya yang terdiri daripada masyarakat Islam.


Begitu juga boleh dicadangkan Jabatan Agama Islam negeri mengambil tindakan ke atas premis yang menjual arak, yang turut membabitkan orang Islam, sama ada di hotel, kelab-kelab eksklusif, pasar raya, begitu juga di kedai-kedai serbaneka seperti 7-Eleven, pasar mini 99 dan lain-lain dan yang mencampuradukkan arak dengan minuman ringan lainnya. Peruntukan ini terdapat dalam Seksyen 18(2) yakni menjual atau mempamerkan minuman yang memabukkan adalah satu kesalahan.


Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam:


Dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia, setiap penganut agama mempunyai hak mereka sendiri. Mereka yang bukan Islam mempunyai hak untuk makan dan minum perkara-perkara yang tidak dibenarkan ke atas umat Islam. Antaranya ialah arak. Bagi umat Islam pula mempunyai hak agar mereka dihormati dalam perkara pengendalian arak. Namun perlu diketahui bahawa agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya minum secara berlebihan, biarpun mereka tidak mengharamkannya.


Penjualan arak kepada masyarakat bukan Islam adalah diharuskan kerana ia adalah minuman bagi mereka. Agama Islam tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam sama ada menjual atau meminumnya. Kerajaan Islam yang memerintah tidak boleh menghentikan atau menyekat penjualan arak di kalangan masyarakat bukan Islam. Malah minuman keras itu dibenarkan diimport oleh orang bukan Islam. Namun pelaksanaannya hendaklah disesuaikan dengan undang-undang negeri berkenaan di samping mengambil kira majoriti masyarakat setempat. Aktiviti mengambil minuman keras mestilah dikawal PBT di premis yang tidak bercampur dengan aktiviti perniagaan untuk orang Islam.


Kaedah dan peraturan penjualan arak:


Memandangkan membeli dan meminum arak adalah fenomena yang begitu kritikal menular di kalangan muda-muda hari ini, maka sebagai negeri maju dan didominasi oleh orang Islam, maka tindakan drastik perlu dibuat segera agar gejala buruk ini dapat dibendung melalui pelaksanaan undang-undang yang berkesan yang dapat dipatuhi oleh masyarakat awam selain daripada kesedaran daripada pihak masyarakat sendiri.

Pelaksanaan ini boleh dilihat kepada negeri Kelantan yang menghadkan kelulusan lesen penjualan arak kepada premis bukan Islam, namun dikeluarkan dalam jumlah yang terkawal mengikut keperluan sesuatu tempat. Antara langkah awal yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan ialah menyusun semula premis penjualan arak berkuatkuasa mulai 1 Julai 1993. Semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel, restoran atau kedai makan.


Namun orang bukan Islam boleh minum di rumah kediaman mereka atau di tempat bukan tempat awam. Ini dapat dibuktikan sebagai contoh di bandar Kota Bharu hanya terdapat 19 premis perniagaan bukan Islam yang menyediakan minuman itu kepada bukan Islam. Kejayaan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan peraturan Islam di kawasan pentadbirannya menarik minat pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan dan penyelidik dari institusi pengajian tinggi.


Pelaksanaan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak PBT di negeri Kelantan boleh diikuti di negeri lain, khususnya di negeri Selangor, walaupun suasana politik dan populasi masyarakat mengikut kaum yang berbeza. Langkah pensrukturan semula kedai menjualan arak di mana hanya lapan kedai milik orang bukan Islam yang diberi lesen bagi menjual minuman keras berbanding sebelum 1990 adalah sebanyak 86 buah. Pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Kelantan begitu berhemah, bermula dengan memperkenalkan arak sebagai produk yang berbahaya dan haram, peraturan penjualan diperketatkan.


Peringkat awal setiap peniaga arak dipantau dan memastikan mereka tidak menjual arak kepada orang muslim. Kini mereka semakin memahami dan ramai yang menutup kedai untuk bertukar ke perniagaan lain yang lebih baik. Akhirnya rakyat bukan muslim di negeri itu memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa arak. Pendekatan utama yang dilihat ialah memastikan pengeluaran lesen penjualan arak yang diluluskan adalah terhad mengikut kesesuaian majoriti penduduk bukan Islam di sesuatu tempat. Begitu juga kedai-kedai 24 jam yang menjual arak dikenalpasti sebagai tempat yang menjadi tumpuan anak-anak remaja Islam, seperti di 7-Eleven.


Semua kedai dan pasaraya terutama kedai 24 jam ini hendaklah menjual arak kepada pelanggan yang layak sahaja iaitu mereka yang bukan Islam dan menurut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Selain itu, premis-premis hendaklah mengeluarkan dan menguatkuasakan arahan tidak menjual arak kepada mereka yang Muslim. Sebagai contoh pasaraya Giant kini telah menguatkuasakan arahan tersebut.

Terdapat di kalangan pasar raya menggunakan troli yang mempromosikan arak yang turut sama digunakan oleh orang Islam yang mengunjungi pasar raya tersebut. Justeru pihak pasaraya perlu melakukan penambahbaikan dalam pengurusan mereka demi menjaga sensitiviti masyarakat Islam dan negara Malaysia yang dilabelkan sebagai negara Islam.


Cadangan:


1.Penjualan arak juga hendaklah dilakukan di satu sudut yang agak tertutup dan memaparkan dengan jelas papan tanda yang menyatakan bahawa penjualan arak kepada umat Islam adalah merupakan satu kesalahan.


2.Manakala kaunter penjualan arak hendaklah dikendalikan oleh orang yang bukan Islam. Mereka juga hendaklah memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam.


3.Mengeluarkan lesen perniagaan daripada MPK dengan syarat tidak menjual arak kepada premis seperti berikut:
a. Kedai 7-Eleven
b. Kedai runcit/pasar mini (seperti 99 )/kedai ubat
c. Restoran /kedai makan yang terbuka (restoran yang tertutup sahaja dibenarkan)
d. Kiosk stesyen stesyen minyak. ]


Begitulah, walaupun cadangan ini amat bernas, tetapi undang-undang syariah Islam Negeri atau Malaysia masih tertakluk atau terkebawah dari undang-undang sivil atau Perlembagaan Persekutuan. Itu sebabnya Hukum Hudud tidak dapat dilaksanakan di Kelantan, kerana ditafsirkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi masalah kawal jual arak di Selangor, memang boleh diatasi, sekurang-kurangnya seperti yang dilaksanakan di Kelantan.


Bagaimana pula di Kedah atau negeri-negeri PAKATAN lain, walaupun Perak dah terlingkup? Sekurang-kurangnya penjelasan mengenai perlaksanaan perundangan Islam perlu dijelaskan kepada rakyat, terutama kepada yang bukan Islam. Pandangan Islam perlu diperjelaskan untuk jangka panjang. Perlu memotivasikan kepada yang tidak yakin boleh! Kita (Pakatan) memerintah, takkan nak bercakap pun tak boleh? Nak bercita-cita pun tak boleh? Nak jadi macam UMNO dan BN juga?? Yakinkan kepada rakyat, Islam Untuk Semua! Islam Boleh!! Islam Boleh!!!


Sekian, untuk kali ini. Wassalam.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 8, 2009. KL.

Siapa Dalang Krisis Ekonomi Global?

Siapa sangka negara macam Iceland yang kaya pun akan melebur sebegini?




LAPORAN terbaru lembaga Center for Public Integrity menyatakan, bank-bank asing dan bank-bank AS bukanlah mangsa korban dari krisis ekonomi, tetapi bank-bank itulah dalang yang telah menyebabkan berlakunya krisis ekonomi.

Menurut laporan itu, lembaga-lembaga pemberi pinjaman yang menjadi pemicu krisis ekonomi global, adalah lembaga-lembaga yang dimiliki atau mendapat sokongan dana dari bank-bank besar bertaraf internasional. Sekarang, lembaga kewangan dan bank-bank besar itu menerima suntikan dana bantuan dari kerajaan. Center for Public Policy Integrity, lembaga yang melakukan berbagai survei investigative, dalam laporannya menyebutkan 25 perusahaan ‘pemberi pinjaman’ yang telah memberikan pinjaman beresiko tinggi dijangka bertanggung jawab atas runtuhnya pasaran properti di AS dan meluasnya krisis ekonomi ke seluruh dunia.

Perusahan-perusahaan pemberi pinjaman itu, menurut hasil penelitian Center for Public Policy Integrity, beranggungjawab atas pinjaman yang nilainya mencapai 1 trilun dollar atau meliputi 72 % industri pinjaman di AS. Pinjaman itu diberikan kepada peminjam yang sebenarnya tidak memenuhi syarat menerima pinjaman tersebut untuk keperluan kredit perumahan (mortgage).

“Bank-bank besar yang didanai oleh industri 'pemberi pinjaman' bukanlah korban krisis ekonomi seperti yang sering mereka katakan masa ini. Bank-bank ini sengaja melumpuhkan banker pemberi pinjaman yang mengancam sistem kewangan.” kata Bill Buzenberg, Direktur Eksekutif Center for Public Policy Integrity.

Lembaga penelitian itu sudah menyampaikan hasil kajiannya kepada anggota Kongres AS, bersamaan dengan rancangan Kongres untuk membentuk kumpulan tenaga pakar yang akan menyelidiki penyebab krisis kewangan yang melanda AS. Majoriti suara di Kongres AS bersetujui pembentukan kumpulan pakar tersebut untuk membongkar kejahatan dan penyelewengan ekonomi yang menjadi penyebab lumpuhnya perekonomian di negara kapitalis itu.

Mereka sikit lupa, dasar ekonomi kapitalis itupun juga sebenarnya adalah penyumbang besar yang mula menampakkan ciri-ciri kelemahannya, seperti juga sistem komunis atau sosialis yang runtuh di tempat lahirnya sendiri. Dunia kena cari alternatif lain, dengan sistem yang lebih adil lagi menjamin pembelaan ke atas kemanusiaan!! (Dari berbagai sumber -AK)

AS Paksa Pakistan Khianati Janji Damai Dengan Rakyat..

Pengganas AS mulai memusnahkan ketenangan di Lembah Swat..


Mulai jadi pelarian semula..

Ibnu Hasyim Catatan Santai


MEMANG pun kita dah agak, dalam catatan lalu ‘Saturday, April 25, 2009 Ketenangan di Lembah Swat, Membuat AS Tidak Tenang.. AS (Amerika Syarikat) tidak akan diam kalau perlaksanaan hukum Islam dilaksanakan, walau di dalam negara umat Islam sendiri. Mereka tetap akan memaksakan perlaksanaan hukum bukan Islam (kafir) ke atas umat Islam, supaya orang Islam menjadi buta terhadap agamanya sendiri.


Apalagi kalau kita cuba dakwahkan Islam kepada penganut agama lain, jauh panggang dari api! Kini AS secara terang-terangan pula meminta Presiden Pakistan memerangi apa yang disebutkan sebagai pejuang pro-Taliban. Kernyataan itu disampaikan Richard Holbrooke, utusan khas AS ke Pakistan dan Afghanistan. Holbrooke mengatakan AS tidak akan mampu selesaikan konflik di Afghanistan tanpa bantuan Pakistan.


Kata pepatah orang tua, sebilah kapak tidak akan mampu menebang pohon kayu, kalau hulu kapak itu tidak dibuat dari kayu juga, walaupun mata itu tajam dan keras yang dibuat dari besi. Ertinya hendak mengalahkan orang Islam, perlu gunakan orang yang digelar Islam juga. Hasrat ini telah disampaikan Holbrooke sebelum Presiden Barack Obama bertemu pemimpin Pakistan lagi.


Asakan AS ini ada kaitan dengan munculnya serangan baru ke atas Muslimin Lembah Swat yang dicop sebagai kelompok pro-Taliban, dan meminta Pakistan mengakhiri perjanjian damai dengan rakyatnya itu. “Kita perlu beri lebih banyak tekanan kepada rakan kita di Pakistan untuk bergabung dalam peperangan melawan Taliban dan sekutunya,” kata Holbrooke semasa taklimat di Washington.


Hal ini dilakukan setelah termaterainya perjanjian damai antara pemerintah Pakistan dengan kaum Muslim di Lembah Swat yang telah diberikan hak khusus dalam melaksanakan syariah Islam. Alasan Holbrooke, keamanan nasional Amerika di situ akan terancam dan AS tidak akan berjaya di Afghanistan tanpa bantuan dan penglibatan Pakistan. AS perlu tegas membantu menstabilkan demokrasi Pakistan yang dicapai melalui pemilihan presiden bonekanya. Demokrasi yang AS sendiri mengkhianatinya.


Memang kita dah tuhu, di manapun kaum Muslimin cuba melaksanakan hukum Islam, maka di situlah AS akan ikut menyebuk campur-tangan seluas-luasnya. Sementara itu di serata tempat, sudah ratusan penduduk Lembah Swat mula meninggalkan kediamannya Selasa lepas, apabila menyusul serangan-serangan dari aparat keparat Negara Pakistan. Data rasmi pemerintah menunjukkan lebih dari 500,000 menjadi pelarian dan 6 kem pelarian telah disediakan.


Dua beradik ini menghadapi masa depan yang tidak jelas.. terombang-ambing angkara penggana AS durjana..


Cahaya ketenangan di Lembah Swat yang impikan perundangan Islam, rupanya menjadi fatamorgana sahaja, gara-gara penipu dan pengganas AS yang memakai topeng demokrasi. Ilmu-ilmu jahat inilah yang disemaikan kepada pemimpin negara anakdidiknya, sehingga berlaku pemusnahan terhadap agama bangsa anakdidik itu sendiri. (Dari berbagai sumber.) Sekian.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 8, 2009. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails