Sidang DUN Perak: Perkembangan Terkini.
Update 11.30am - (HOT) Speaker DUN pulak bertelagah ( Siva vs. Ganes ) Hampeh !! Sidang berehat kejap. Sementara sidang Siling disambung, kita layan foto kat bawah yg diambil oleh jurufoto wak, blogger ajijoi .
11.35am : Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulakan sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali. Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?
Speaker yg baru dilantik, tak tahu nak duduk kat kerusi mana, ala..kau duduk ajer bersila depan siva tu!
Kalau budak kecik … boleh diketuk sorang sorang. Tapi kalau dah besar .. nil ah masalahnya. Tak cukup dengan rebut kuasa di luar .. membawa ke dalam dewan. Hee Yit Phoong yang telah di tolak orang orang kampong, sekarang cuba jadi jaguh rampas kuasa Speaker Perak. Wakakakaka !!! Kalau tak nanti … nampak sangat pelaburan tak berbaloi .. kena tunjuk sikit beb. Wakakaka !!!
Kalau sidang ini sehingga petang, nampaknya sampai ke petang la acara lawak ini berjalan. Aku tak kesah .. ia di dalam dewan. Tapi berita seperti ini akan di ketahui sampai ke luar Negara. Wakakakak !!! Lawak pemimpin Malaysia. Nak letak mana muka?
Raja Muda pun tak sempat nak rasmi perhimpunan, jadi tunggu lah isyarat kalau kalau kekecohan menjadi reda. Kalau sampai petang .. maka sampai petang lah dia. Kita tunggu … syok ni !!! Wakakakaka !!! Aku ingat Raja lawak paling lawak .. rupa nya Dun Perak lagi lawak ...
Update 11.15am - (HOT) Sidang Bawah Siling sedang bersidang..wakakka !!
Apa nak jadi dengan hangpa semua ni oii ! Merooyan rakyat Perak nengok kelaku Adun-Adun semua ! Macam sidang taik kucing ! Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri. Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi. Lucu, aneh, tapi benar...
Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN sebagai speaker haram
Makin tegang ! Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker). ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan. ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat. adeh..apa nak jadi Sidang DUN negeri ku !albanjari3 comments Links to this post
Update 11.00am - (HOT) Rampasan Kuasa dalam dewan ??
Rampas kuasa speaker ? ADUN BN sedang berkerumun dan mengelilingi adun Jelapang dalam dewan sama seperti sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker. Makin getik, tapi menarik, suasana ini dapat disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir. Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan. Hee dkerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakyat. Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan. Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir!
(9) 7May @ Perak - Update 10.30am
10 Adun yang digantung oleh Speaker diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker, Sivakumar. Kedudukan Adun seperti asal. PERUBAHAN kerusi telah dicelakan oleh Adun2 PR. Sumber dari dalam dewan menyatakan, kesemua yg diarahkan keluar, toyo..dan mangkaq..macam tak faham bahasa, tak menguit sikit pun dari kerusi..suasana makin panas di dalam dewan, Adun2 PR kelihatan lebih mantap dan penuh keyakinan yg tinggi..!
Adun Bebas, no komen..kejap lagi nak layan..! Dewan tidak dapat bersidang. Arahan Tuan Speaker diderhakai oleh mereka yg tidak diundang ke dewan. 10 Adun yg digantung itu, 7 adalah dari BN dan 3 dari adun yg melompat. Speaker telah mengarahkan sekuriti untuk melaksanakan tugas mereka untuk mengarah keluar, makin panas beb!
KZambry (Pangkor) mencuba kemuka usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, suasana dalam dewan makin kecoh, kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula. Tapi depa degilll....!
Lanjut sila layari http://politikbanjar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment