Ibnu Hasyim Catatan Santai
“PAK Ibnu, nak tanya sikit, apa hukum nyanyian, muzik atau wanita menyanyi dalam Islam? Kalau salah mengapa Pak Ibnu berkerjasama mempromosi mereka?” May 2, 2009 5:27 AM jagatepikain said.. Komen dari artikel Friday, May 1, 2009 Sah, Waheeda Isteri Kedua Akhil Hayy?
Jawapan.. Ok. Dari segi hukum agama, anda boleh lihat tulisan Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam buku soal jawab agama dengan panjang lebar, saya tak pasti dalam weblog ada atau tidak. Tapi dalam web http://ulamak.pas.org.my (Dewan Ulama PAS Malaysia) ada. Begini jawapannya terhadap hukum alat muzik, menyanyi bersama perempuan, dan dedah suara…
[ 1..Dalam hal ini, ulama’ berselisih pendapat antara yang membenarkan dan mengharuskannya. Bagi yang mengharuskannya seumpama Ibnu Hazm, Asy-Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi, Asy-Syazili At-Tunisi dan lain-lain meletakkan syarat mestilah mempunyai niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’. Di samping itu, mestilah tujuannya yang tidak melanggar batas-batas syara’.
2..Isu nyanyian dan muzik dalam Islam juga merupakan perkara yang diperselisihkan oleh ulama’. Semenjak sekian lama para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini antara menghukumkannya sebagai haram dan harus. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini. Walaupun di sana terdapat perselisihan pendapat, ulama’ bersepakat dalam menghukumkan haram bagi setiap jenis nyanyian yang mengandungi unsur kekejian, unsur kefasikan atau unsur penggalakkan ke arah melakukan maksiat.
Perselisihan pula berlaku dalam seumpama golongan yang mengharuskan sebarang bentuk nyanyian samada menggunakan alat muzik ataupun tidak, ada pula golongan yang mengharuskan jika sekiranya tanpa alat muzik dan ada juga yang mengharamkan secara mutlak samada menggunakan alat muzik ataupun tidak. Berkait dengan hukum nyanyian bersama wanita, Islam telah meletakkan disiplin yang jelas tanpa wujudnya sebarang bentuk diskriminasi dan penindasan terhadap kaum wanita.
Bagi mengelakkan sebarang fitnah yang berunsurkan pandangan yang bersyahwat dari golongan kaum lelaki dan memperagakan tubuh badan dari golongan kaum wanita, mengalun-alunkan suara (iaitu cara selayaknya sebagai penyanyi) dan seumpamanya, Islam melarang dan tidak membenarkan lelaki berduet bersama wanita dalam persembahan nyanyian. Ia bersalahan dengan adab Islam yang disebut di dalam Al-Quran Al-Karim iaitu firman Allah (s.w.t):
Yang maksudnya: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]
Dan sabda Nabi (s.a.w): “Wahai Ali ! Jangan kamu iringi pandangan pertamamu dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu pandangan pertama tapi tidak pada pandangan kedua”.
3. Nyanyian yang dipersembahkan oleh wanita adalah suatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam. Al-Quran Al-Karim menyatakan arahan Allah (s.w.t):
Yang maksudnya: “…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”. [Surah Al-Ahzab : 32]
Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.]
Itulah mengenai jawapan pertama, hukum nyanyian, muzik atau wanita menyanyi dalam Islam. Mengenai pihak saya dikatakan berkerjasama membantu mempromosi mereka atau disebut artis, anda sendiri berhak menilainya, samada blog ini mempromosi ke arah kebaikan (amal makruf) atau membantu mungkar (yakni tidak mencegah mungkar).
Sekian, wallahu ‘aklam.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Mei 3, 2009.
KL.
No comments:
Post a Comment