Sunday, May 03, 2009

Nik Abduh Celaru, Tunggu Apa Kata Ayahnya? Editor Jiwo Kelate.


SINAR Harian menyiarkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nik Abduh diselar Ketuanya sendiri, Mohd Zaki Ibrahim dengan tajuk besar “Dewan Pemuda selar Nik Abduh” atas isu yang dicipta Nik Abduh sendiri melalui kerja-kerja bodoh dalam PAS dalam blognya.


“Kita yakin kalau Tok guru dikelilingi ‘Pembantu sesat’ PAS tidak mampu kekal berkuasa selama 19 tahun di Kelatan. Semua kerja dilaksanakan secara kolektif dikalangan penggerak parti dan kerajaan. Ini menunjukkan Tok Guru dibantu oleh pembantu-pembantu yang baik dan jujur dalam menjayakan program kerajaan dan parti,” kata Zaki yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan.


Zaki berkata demikian mengulas kenyataan Nik Abduh dalam blognya yang mendakwa ayahandanya dikelilingi ‘Pembantu-pembantu yang sesat’. PAS mampu mengekalkan kuasa di Kelantan kini selama 19 tahun kerana Tok Guru dikelilingi Pembantu-pembantu yang baik dan bukannya pembantu yang sesat.


i..Nik Abduh dipanggil beri penjelasan. Memang Nik Abduh dipanngil Ketua Dewan Ulamak, lantas katanya “Ya, saya telah dipanggil dan saya berharap untuk terus dipanggil lagi dan lagi. Saya telah ditegur sebagaimana lebih kurang ayahanda menegur saya. Saya juga telah menyatakan pendirian saya lebih daripada apa yang telah saya sampaikan kepada ayahanda kerana ianya adalah pertemuan lebih satu jam.” Kata Nik Abduh lagi, “Pertama, sila ke berita BERNAMA semalam. Apa al Fadhil Al Ustaz Dato Mohamad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat kata pasal pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden”.


ii..Memang mengcelarukan!! Tetapi nampaknya Nik Abduh masih cuba menegak benang basahnya walaupun telah di”nasihat”kan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan. Tarik sajalah, menjatuh maruah diri sendiri!!! Menyusahkan ahli-ahli PAS yang ikhlas bekerja yang setengahnya tak berupahpun. Apapun kita tunggulah apa kata ayahandanya? (2MA)


Lanjut, sila layari http://jiwokelate.wordpress.com

3 comments:

Anonymous said...

salam

....Menyusahkan ahli-ahli PAS yang ikhlas bekerja yang setengahnya tak berupahpun.....

Yg benar2 ikhlas tak susah pun, cuma yg berkepentingan dan seangkatannya je mengharubirukan keadaan!

Gara2 cubaan kemenangan yg sedikit!

Anonymous said...

pemuda pc tak berapa digemari...

ketua whip mpkb tu... sombong... tak kira la anak sapa... sapa sekali pun... nak gabung ngan amnu... tinggalkan pas... isi borang amnu... bawak la diri sendiri... pas bukan parti anak beranak dia...

orang bawah kerja macam nak mati, bagi duit takde kesah berapa kali, buat kerja takde nak mintak upah... semuanya pasal nak tumbangkan amnu yang rakus menindas, mereka yang kat atas, suka-suki nak gabung ngan amnu, nak jadi tunjang kuatkan amnu kembali... keluar parti lah... jadi nakhaei, jadi omar khalid dan rakan-rakan...

pemimpin pas ni gila nak bercakap, tak pikir kesan sebalik apa yang mereka cakap bila diputarbelit media amnu dan pengampu... semuanya menyusahkan orang bawah...

Yanaam said...

Saya berpendapat, Nik Abduh berada di pihak yang benar. Memang ramai orang yang salah faham tentang idea kerajaan perpaduan. Tapi mereka rasa mereka dah faham sangat, tanpa menyedari mereka sudah dijangkiti virus buruk sangka sesama sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails