Thursday, May 07, 2009

Siapa MB Perak, Di Tangan Mahkamah Isnin Ini.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah Isnin ini. Dalam kes ini bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar pelantikan penggantinya Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang tidak sah.


Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata mahkamah akan membuat keputusan tersebut secepat mungkin kerana desakan dalam isu tersebut. Mohammad Nizar memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 13 Februari lalu bagi mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah dan Zambry yang dinamakan sebagai responden tidak berhak memegang jawatan tersebut.


Komen Blog Ibnu Hasyim: Maka terserlahlah siapa sebenar dalang di belakang rampas kuasa negeri Perak dari Pakatan Rakyat. Siapa perkuda siapa?. Sidang belum dirasmi, bagaimana mahkamah penentu status? Ingat rakyat masih tetap berkuasa! Ya, tunggu masa. (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan dan Mahkamah d Negara ini kedua duanya tidak boleh d guna pakai...Peristiwa Rampasan Kuasa yang pertama d Negara ini berlaku d Negeri d Bawah bayu Sabah pada tahun 1994 dan d Lakukan oleh Kepimpinan BN d bawah Tun Mahatir...Keduanya d Negeri Perak pada Tahun 2009 yang baru saja berlalu yang d Lakukan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu @ Najib yg sudahpun menjadi PM pada saat ini.Dunia sudahpun sedia maklum akan perkara ini,D manakah Maruah Kempimpinan Negara dan Melayu? Apakah Bangsa ku Melayu ini adalah terdiri daripada Keturunan Lanun Somalia dan Abu Sayaff d Southern Philippines? D Negeri Perak ini adalah Melayu Rompak Melayu d atas Restu Pihak yg Berkuasa...D Sabah Philippines,Indonesia,Melayu Rompak Dusun,Melayu,China,Murut...Saya BERHARAP dan BERDOA agar Rompakan ketiga adalah CARMA @ KERMA BN d Rompak oleh Pakatan Rakyat....Ini adalah Rompakan Besar2an dan akan Menangislah PM dan Menteri dalam Negeri sepupu berdua yg tidak akan mendapat balik Kuasanya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails