Sunday, May 03, 2009

Bolehkah Gabungan 2H Kuasai Pemilihan PAS?

Delegasi niaga Husam (Kelantan) di Beijing

By Megat Ali Megat Alang.


PAS Shah Alam dikatakan mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Husam Musa masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun ini. Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, dua pemimpin itu merupakan gandingan ulama dan profesional yang diputuskan oleh ahli Pas kawasan itu bagi memantapkan lagi pengaruh dan kepimpinan parti.


Katanya, selain Abdul Hadi dan Husam, pihaknya turut mencalonkan tiga pemimpin gabungan muka lama dan baru untuk menduduki jawatan Naib Presiden. Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang yang menyandang jawatan itu ketika ini.


"Dalam mesyuarat khas yang diadakan malam tadi, ahli Pas Shah Alam memutuskan Abdul Hadi kekal sebagai Presiden manakala Husam dicalon mengisi jawatan Timbalan Presiden. Bagi tiga nama yang dicalonkan Naib Presiden, Tuan Ibrahim adalah muka baru setelah beliau menolak untuk dicalonkan bagi jawatan itu sebelum ini.


"Kali ini, kita berharap agar beliau tidak menolaknya," katanya kepada akhbar ketika dihubungi beberapa hari lepas.


Mampukah gabungan 2H kuasai pemilihan? (2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails