Saturday, July 24, 2010

Serambinews: Jejaki Kerjasama Ekonomi K'tan-Aceh

Gabnor Aceh Irwandi Yusuf

Serambinews: Sat, Jul 24th 2010, 10:08 Kerajaan Kelantan Jajaki Peluang KerjaSama
Ekonomi | Bisnis

BANDA ACEH - Kerajaan Bagian Kelantan, Malaysia, sedang menjajaki peluang kerja sama dengan Aceh dalam bidang pertanian, perkebunan, dan perdagangan. Hal ini didasarkan tas potensi yang dimiliki pada sektor tersebut sangat menjanjikan. Keinginan tersebut terungkap dalam pertemuan antara DPRA dengan delegasi Kerajaan Bagian Kelantan di Aula Ketua DPRA, Kamis (22/7).

Pertemuan itu dipimpin langsung oleh Ketua DPRA, Hasbi Abdullah yang juga turut dihadiri Ketua Komisi D (Jufri Hasanuddin), Ketua Komisi C (Sanusi), dan sejumlah anggota DPRA lainya seperti Darmuda, Thanwir Mahdi, dan Tgk H Muhammad Wali Alkalidi. Sedangkan dari delegasi Kerajaan Bagian Kelantan turut hadir, Ibnu Hasyim, Mustafa Salleh (CEO PMBK), Anhar, Abdul Razak bin Abdul Gani, Umar Ibrahim Vadillo, dan Ramli bin Abubakar.

Ibnu Hasyim
Ibnu Hasyim menerangkan, kedatangan mereka ke Aceh merupakan sebuah langkah awal untuk menjajaki kerja sama antara Kerajaan Kelantan dengan Aceh. “Kami melihat Aceh dan Kelantan ada kesamaan dalam sosial budaya yang sama- sama memiliki tradisi kuat dalam beragama,” katanya.

Disamping itu, Aceh yang saat ini sedang bangkit setelah didera konflik dan bencana memiliki sebuah nilai lebih yang tidak dimiliki Kelantan. “Aceh mendapat rahmat yang luar biasa dengan lahan yang subur dan masih cukup luas untuk bisa ditanami berbagai komoditas perkebunan seperti karet dan sawit,” tuturnya.

Untuk dua komiditas ini, pihaknya ingin melakukan kerja sama dengan Aceh. Disamping dalam bidang lainnya seperti perdagangan dan berbagai sektor yang memungkinan untuk dijajaki. Menanggapi ajakan itu, Ketua DPRA Hasbi Abdullah memberi respon yang positif. Namun langkah selanjutnya sangat ditentukan oleh keinginan kuat para pengusahan dan pihak pemerintah Aceh untuk menindaklanjutinya.(sup) -Serambinews: Sat, Jul 24th 2010, 10:08 

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

Friday, July 23, 2010

Nama Mohd Sabu Disebut-sebut Di Aceh.

Gambar sidang tersebut. Kanan sekali Ibnu Hasyim,

Kanan sekali (atas, berkupiah putih), Kiyahi Mudawali, penasihat Gabenor Aceh bahagian agama, yang disebelah beliau itulah yang bertanya tentang Mohd Sabu.

BANDA ACEH 23, 10: Nama Mohd Sabu mantan Naib Presiden PAS di sebut-sebut dalam sidang antara 10 perwakilan dari Kerajaan Negeri Kelantan dengan wakil-wakil DPR (Dewan perwakilan Rakyat) atau 'Yang Terhormat' Negeri Aceh, di Banda Aceh di sini.

Saudara Mohd Sabu

"Mana Saudara saya Mohd Sabu, tidak hadirkah hari ini?" tanya seorang anggota DPR Aceh, setelah diperkenalkan wakil dari Kelantan satu persatu. Wakil dari Kelantan terpaksa menjelaskan bahawa yang hadir ini wakil dari Negeri Kelantan, bukan dari PAS Pusat, yang melibatkan Saudara Mohd Sabu.

Sewaktu ditanya oleh Ibnu Hasyim di luar sidang, bagaimana beliau mengenal Mohd Sabu, katanya, "Itu kawan saya semasa dipenjara Kemunting satu masa dulu." Beliau juga sempat kirim salam kepada Presiden PAS Datuk Sri Abdul Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan Ketua Perwakilan Kelantan hari itu Datuk Husam Musa, yang mengundur diri terpaksa berlepas ke Jakarta masa itu. (IH)

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

Thursday, July 22, 2010

'Dinar Emas' Pertemu Antara 2 Pimpinan Serambi Mekah


KEMASKINI
BANDA ACEH, JUL 22 10
: Wakil kepada Gabenor Wilayah Acheh Irwandi Yusof iaitu M.Nazar begitu mesra menunjukkan 'Dinar Kelantan' bersama Dato Datuk Husam Musa, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Mereka bertemu dalam suatu majlis kunjungan rombongan kerajaan negeri Kelantan 'Serambi Mekah Malaysia' dengan 'Serambi Mekah Indonesia' ke pejabat Gabenur Banda Aceh tengahari tadi, setelah mendengar taklimat Datuk Husam dan kenyataan sokongan pandangan dari wakil Gabenor tersebut.

Beberapa jam selepas pertemuan itu, diadakan pula perbincangan antara ahli rombongan itu dengan Ahli Dewam Perwakilan Rakyat Aceh, di mana 'Dinar Kelantan' menjadi topik yang begitu menarik perhatian. Turut serta membincang perkara tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh. (IH)

Ibnu Hasyim editor weblog ini (dari kanan), Abul Razak & Ir Mustapa turut serta dalam majlis perbincangan dengan ahli DPR Aceh.

Lihat..
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

Wednesday, July 21, 2010

Mengapa Melayu Ramai Tengok Porno?

KL JUL 21 10: Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh di sini baru-baru ini.

Sementara itu, banyak kerajaan sudah melaksanakan sekatan terhadap Internet dengan menapis akses pengguna kepada laman-laman web lucah serta berkaitan dengan politik dan agama.

Sebuah organisasi bukan kerajaan yang berpangkalan di Perancis, Reporters Without Borders (RWB) menyenaraikan 12 negara yang sudah melaksanakan sekatan itu sebagai China, Myanmar, Korea Utara, Vietnam, Mesir, Iran, Syria, Saudi Arabia, Turkmenistan, Uzbekistan, Cuba dan Tunisia.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Jerman juga tahun lalu telah meluluskan peraturan menyekat akses kepada laman-laman web lucah membabitkan kanak-kanak selepas mencontohi model yang dilaksanakan di Britain, Itali serta negara-negara Scandinavia. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa Melayu ramai tengok porno? Kerana parti UMNO yang memerintah Malaysia sejak merdeka bukan parti Islam yang tidak kira haram halal. Ada fulus semua lulus, ada wang abang sayang. Inilah kesannya.

Ada kaitan..

Tuesday, July 20, 2010

Beras Organik Tok Guru, Dibawa Ke China?

CATATAN PERJALANAN CHINA 11

YB Husam memperkenalkan Kelantan kepada seorang Imam masjid di Beijing.

"APA barang yang berat dibawa berkotak-kotak ni?" Saya tanya salah seorang dari rombongan
Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober ini yang akan berlepas ke China di KLIA hari baru-baru ini.

"Beras Organik Tok guru." Jawab seorang dari mereka.

Terfikir saya, takkan di China tak ada benda-benda macam ini.

Padi organik ialah padi yang disahkan oleh sebuah badan bebas, untuk ditanam dan diolah menurut standard ‘organik’ yang ditetapkan. Walau tidak ada satupun definisi untuk 'organik', kebanyakan definisi memiliki elemen umum.

Gambar YB Husam sedang menunjukkan padi organik
pertama di Kelantan. Ia sememangnya semakin popular di Amerika, India, China dan Indonesia. Hanya Malaysia yang agak terkebelakang.

Misalnya, 'organik' sebagaimana digunakan pada kebanyakan tanaman sawah yang umumnya..

Satu: Tidak ada racun serangga dan baja dari bahan kimia sintetis atau buatan yang telah digunakan.

Kedua: Kesuburan tanah dipelihara melalui proses “alami” seperti penanaman tumbuhan penutup dan/atau penggunaan baja kandang yang dikompos dan limbah tumbuhan.

Ketiga: Tanaman dirotasikan di sawah untuk menghindari penanaman tanaman yang sama dari tahun ke tahun di sawah yang sama.

Keempat: Pergantian bentuk-bentuk bukan kimia dari pengendalian hama digunakan untuk mengendalikan serangga, penyakit dan gulma. misalnya serangga yang bermanfaat untuk pemangsa hama, jerami setengah busuk untuk menekan gulma, dan lain-lain.

Satu Lawatan Kerja ke Projek Tanaman Padi Organik di Tunjung, Salor Kelantan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP) dibawah Program Gerak Gempur PRU13 yang melibatkan hampir 50 peserta dari seluruh Malaysia.

Padi yang subur sebelum dituai di sawah padi organik Tunjung, Kota Bharu

'Beras Tok Guru' adalah beras organik yang dihasilkan dari Taman Organik Tunjung DUN Salor, Kelantan yang diuruskan oleh Sunnah Tani Sdn Bhd dan dengan sokongan padu kerajaan negeri Kelantan. Beras ini dihasilkan menggunakan kaedah yang popular di kalangan pencinta alam iaitu SRI (System Rice of Intensification) atau Tanaman Padi Secara Bersepadu.

SRI amat menekankan aspek pengurusan tanah secara berhemah, memastikan kesuburan tanah, dan ekosistem, serta sifar baja kimia dan sifar racun. Taman Organik Tunjung ini dimulakan pada awal 2009 dan mendapat perhatian khas daripada YAB Tuan Guru Mursyidul Am.

Tok Guru Nik Aziz gembira melihat padi organik yang subur diatas tapak sawah terbiar di Tunjung

Inilah sawah yang asalnya tanah terbiar di kampung Tunjong. Tapak 20 ekar ini disewa oleh Sunah Tani, sebuah syarikat yang digerakkan khas untuk menggalakkan penggunaan sistem organik bagi menghasilkan padi organik di Kelantan. Ia diusaha khusus dengan idea dan kesungguhan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam bagi membentuk satu sistem tanaman padi yang mesra alam di Kelantan.

Seorang pejuang makanan organik dari Tasek Malaya, Bandung, Indonesia, Pak Aep Saepudin, 43, didatangkan khas untuk menjadikan cita-cita ini menjadi realiti. Pak Aep, sejak enam bulan lalu, secara sepenuh masa menghidupkan kembali tanah yang telah mati terbiar ini dan kini mula memberikan hasil. Terbukti, selepas empat bulan ditanam, mulai minggu ini sawah itu mengeluarkan hasil padi organik pertama di Kelantan.

ImageGambar: Pak Aep, pejuang dari Indonesia ini menunjukkan baja organik (mol) yang disediakannya. Ia dibuat dari bahan buangan dapur.

Kerana kaedahnya yang mesra alam, ikan dan siput menumpang hidup di bendang berkenaan sebagaimana lazimnya yang terdapat di bendang-bendang sebelum penggunaan baja dan racun kimia.

Baja organik yang diadun sedemikian rupa dari bahan terbuang seperti najis haiwan, daun kelapa dan berbagai lagi dapat mengembalikan keseimbangan ekosistem yang terjejas akibat pencemaran baja kimia dan racun.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berkesempatan menziarahi kawasan perintis projek penanaman padi tersebuk begitu kagum dengan kesuburan pokok berkenaan. Malah benih padi yang ditanamnya sendiri sebelum ini juga semakin subur dan menghijau.

Tuan Guru berkata, dengan penggunaan baja organik banyak memberi kelebihan pada tumbuhan khususnya padi kerana ianya bebas dari racun.

"Apabila air dan udara tidak beracun, ikan ikan dapat menumpang hidup di bendang berkenaan, saya tengok sendiri keca (spesis siput) juga sudah ada begitu juga belut.

"Jadi apa tujuan kita masih menggunakan baja kimia yang banyak mendatangkan kemudaratan sehingga mematikan alam flora dan faunanya," soalnya.

Menurutnya, beliau begitu seronok melihat pohon padi yang begitu subur menghijau di bendang berkenaan. Sehubungan itu, beliau bercadang supaya petani di setiap jajahan di negeri itu datang melihat sendiri projek perintis yang diadakan di Dun Salor itu sebagai bahan ilmu untuk mereka khususnya di kawasan penanaman padi seperti di Tumpat dan Pasir Putih.

Berdasarkan kejayaan penanaman padi berkenaan, tiada sebab usaha penggunaan penanaman padi secara ini digunakan oleh petani di seluruh Kelantan. Katanya, beras yang dihasilkan dari baja organik juga dijamin lebih selamat berbanding baja dari bahan kimia.

"Mengikut kajian kesihatan juga penyakit pelbagai jenis yang dihadapi oleh manusia sekarang akibat penggunaan bahan kimia dalam pemakanan.

"Bila pokok padi dibajai dengan kimia, padi akan menghasilkan beras dari bahan kimia, udara yang beracun, tak fasal fasal kita terlibat dengan racun,"ujarnya lagi.

Produk “organik” terutama di pasar-pasar maju biasanya menerima harga yang lebih tinggi. Produk organik juga sering dianggap sebagai memiliki manfaat kesehatan yang lebih besar.

Sesi pagi muktamar dimulakan dengan ucapan dasar presiden PAS pagi Jumaat , 11 Jun 2010, diakhiri dengan penyampaian cenderamata 'Beras Tok Guru' dari YAB Tuan Guru Dato Mursyidul Am PAS kepada YB Dato Seri Presiden. Turut menerima ialah YB Dato Seri Anwar Ibrahim, penasihat PKR dan YB Sdr Lim Kit Siang dari DAP.

Begitulah kisah Beras Tok Guru. Teringat saya semasa kecil-kecil dulu, bermain di sawah menghijau di kampung, ikan-ikan haruan, keli, sepat dan belut berenang riang di bendang sementara menunggu padi masak. Waktu itu peluang anak-anak muda cari wang 'mengelau (memancing guna galah panjang bergerak-gerak dan berpindah tempat)'. Namun keindahan bendang sebegitu kini sudah tiada lagi.

Kerana sawah-sawah kini telah diserang racun, baja dan bahan-bahan kimia. Musnah segala binatang-binatang kecil yang menyuburkan tanah. Kini al-hamdulillah Kelantan sudah memulihkan kembali sistem mesra alam itu sepenuhnya. Itulah sistem organik. Tiada lagi racun rumpai dan serangga digunakan. Malah baja kimia juga tidak digunakan. Untuk menghadapi ulat, pepatung pula dijinakkan. Katak-katak juga dijinakkan untuk hadapi serangga. Manakala untuk menghadapi tikus, burong hantu atau helang digunakan.

Jadi, "Mengapa Beras Tok Guru ini dibawa ke China?" Saya tanya lagi.

"Untuk kajian awal" Jawab yang menjawab tadi.

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 11
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 20, 2010

Berkunjunglah ke...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.

Anda semua dijemput hadir dan dapatkan Beras Organik Tok Guru!

Siri ini...

Anwar Ke Penjara, Mustahi Menang -John R Malott


KL 20JUL 10: Sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat, adakah beliau akan dinafikan peluang ikat jamin dan terus dihumban ke penjara?


Senario itu dikemukakan oleh bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, melalui rencana pengarangnya yang disiarkan di The Wall Street Journal, akhbar yang paling tinggi edarannya di Amerika, semalam. "Ketika melawat Malaysia bulan lau, adalah jelas bukan sahaja bagi Anwar tetapi juga pemerhati lain bahawa mereka menjangkakan keputusan bersalah pada Ogos nanti,” tulis Malott.

"Persoalannya sama ada dia akan bebas dengan ikat jamin semasa rayuannya atau terus dihumban ke penjara.”

Menurut Malott pengalamannya berkhidmat di Kuala Lumpur antara 1995 hingga 1998 menyakinkannya bahawa perbicaraan liwat kedua membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu adalah bermotifkan politik. "Segala yang saya ketahui ketika itu dan sekarang ini, membawa kepada rumusan bahawa perbicaraan ini adalah untuk mengketepikan beliau dari politik,” katanya.

Merujuk kepada kejayaan Anwar pada pilihan raya umum 2008, Malot berhujah perbicaraan liwat sekarang bertujuan melemahkan pakatan pembangkang yang semakin bersemangat. "Rancangan politik kerajaan adalah untuk menghumban Anwar ke penjara supaya pembangkang menjadi kucar-kacir dan tidak bersedia. Kemudiannya, pilihan raya mengejut diumumkan dan mereka akan menang dengan mudah,” katanya.

Menurut Malott adalah mustahil bagi Anwar bagi menang pada perbicaraan itu, lebuh-lebih lagi apabila bukti-bukti penting kes itu dinafikankepada peguamnya. Malah, media-media yang dikuasai kerajaan telah juga menghukumnya dengan mendapati beliau 'bersalah' dalam laporan mereka. "Malaysia tidak mempunyai sistem juri. Keputusan ditentukan oleh seorang hakim yang dilantik oleh kerajaan yang sama yang mahu Anwar dikeluarkan dari politik,” katanya.

Dalam artikelnya itu juga, Malott mendakwa kerajaan BN sekarang dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mereka bertekad untuk mengurung Anwar agar segala kepincangan itu tidak dihebohkan. Katanya, ekonomi Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan terdapat kadar pertumbuhan, namun perangkaaan itu disokong oleh perbelanjaan kerajaan.

Tindakan itu menyaksikan hutang negara semakin membesar manakala pelaburan terus asing (FDI) cukup kecil. (AK)

Matahari, Bulan & Bintang, Tentukan Kiblat -Prof Dr Mohd Zamri

SHAH ALAM, 19 Julai 10: Umat Islam bukan sahaja boleh menggunakan matahari sebagai panduan arah kiblat malah bintang dan bulan juga boleh digunakan untuk tujuan tersebut dengan syarat mereka mengetahui caranya.

Dalam gugusan bintang, terdapat satu buruj yang dikenali sebagai Orion berkedudukan tiga berderet dengan jelas menunjukkan arah kiblat.

Pensyarah Kanan Jabatan Fizik, Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin menjawab soalan ketika memberikan informasi tentang tatacara cerapan angkasa yang diadakan di Dataran Kemerdekaan dekat sini, malam semalam.

Dalam taklimat ringkas menggunakan alat audio visual itu, Prof Dr Zambri bercakap khusus tentang Penerokaan Cakerawala Melalui Sains Astronomi yang turut dihadiri Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.

Menurutnya, program itu diadakan sempena sambutan 10 Tahun Falak Selangor dan Konvensyen Falak Selangor 2010 dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kelmarin.

Warga Shah Alam khususnya mengambil peluang itu untuk mencerap angkasa dengan menggunakan tujuh teleskop yang berbagai saiz namun hanya berpeluang sekitar satu jam awal sahaja kerana keadaan malam yang diselimuti awan tebal melindungi bulan dan planet lain.

Memulakan ucapannya, Dr Zambri membaca surah Al-An'am ayat 97 bererti “Dan Dialah (Allah) yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu agar kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan malam di darat dan laut. Sesungguhnya Kami (Allah) telah jelaskan tanda-tanda kebesaran Kami satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui”.

Dalam pada itu, Dr Zambri juga menyatakan Falak Malaysia telah dapat mencipta satu rekod baru di mana berjaya merakam objek anak bulan Syaaban berusia 16 jam yang sebelum ini rekod 19 jam dipegang oleh warga Arab.

Sementara itu, ujarnya, astronomi memberi takrifan bintang ialah seunit jasad berjisim 0.08 hingga 200 kali jisim matahari yang dapat melakukan penghasilan tenaga melalui tindak balas nuklear secara lakuran (fussion reaction).

Menurut spektrumnya, bintang diklasifikasikan menjadi tujuh kelas utama yang mana ia turut menunjukkan suhu, warna dan komposisi kimia.

Bintang yang terdekat dengan bumi ialah matahari yang mana jarak puratanya 150 juta km (0.3 minit kelajuan cahaya) dan bintang terdekat dengan matahari pula ialah Proxima Centauri yang berjarak 35 X 10 kuasa 12 km (4 tahun cahaya).

Planet Marikh pula hampir sama dengan bumi di mana sistem masanya juga 24 jam 37 minit 22 saat namun suhu puratanya adalah 218K bersamaan -55 darjah celcius yang menyukarkan manusia hidup di sana.

Dr Zambri juga menyatakan terdapat sebuah Gunung Olympus di Marikh yang merupakan gunung tertinggi dalam sistem suria dengan ketinggian 24 km dan luas kawahnya pula 500 km sedangkan tinggi Gunung Everest di bumi hanya 8,848 meter.

Bercakap tentang Balai Cerap Astronomi di Unversiti Malaya, Dr Zambri berkata, UM merupakan satu-satunya universiti yang memiliki kemudahan astronomi dan fizik angkasa paling lengkap, terkini dan canggih di Malaysia.

Di dalam Kompleks Balai Cerap UM yang mula beroperasi pada 2005, terdapat Balai Cerap An-Najm untuk bintang dan Balai Cerap As-Syam untuk matahari. (Harakahdaily net/AK)

Masalah Seks Punca Penceraian -PGSM

KL, 20 JUL 10: Perkara-perkara yang berkaitan dengan seks menurut Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menjadi antara punca utama menyebabkan perceraian di kalangan pasangan beragama Islam.

Timbalan Presidennya Musa Awang mengakui pemerhatian mereka terhadap kes-kes yang dibawa ke mahkamah menunjukkan masalah berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah tangga mereka.

Musa menjelaskan perkara itu berlaku kerana kurang keinginan seks sama ada daripada pihak suami atau isteri. Selain itu jelas beliau, ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

“Ia menjadi punca berlaku perbalahan kerana ada pihak yang memendam perasaan dan sakit hati akibat perkara yang dianggap kecil oleh sebelah pihak lagi,” katanya.

Sebenarnya punca masalah adalah kecil tapi bila masing-masing tidak duduk berbincang, ia sukar untuk dipulihkan, kata Musa ketika ditemui media baru-baru ini. Katanya, antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan perangkaan pecahan punca yang membawa kepada masalah bercerai.

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 menunjukkan faktor utama perceraian mendapat peratusan tertinggi ialah tiada persefahaman, curang dan enggan dimadukan. Faktor lain kerana tidak bertanggungjawab, campur tangan mentua atau ipar duai, disebabkan ketagihan dadah atau alkohol, masalah kewangan, terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan serta didera.

Menurut statistik perceraian dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), punca krisis rumah tangga kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, campur tangan keluarga, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan dan suami isteri bermain kayu tiga.

Kajian dibuat syarikat Pfizer pada 2008 menunjukkan 57 peratus lelaki dan 64 peratus wanita tidak berasa puas dengan kehidupan seksual mereka. Kajian dilakukan di 13 negara dari kawasan Asia Pasifik, termasuk Malaysia dengan taburan responden sebanyak 328 lelaki dan 250 wanita. Di negara ini, kajian mendapati 73 peratus wanita Malaysia tidak puas dalam hubungan seks mereka, 62 peratus lelaki turut dikatakan tidak puas.

Laporan pada tahun sama memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.

Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin antara suami isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin, termasuk menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan bau-bauan eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan suami isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra.

Mengulas lanjut isu ini, Musa berkata apabila masalah tersebut tidak diselesaikan ia boleh menyebabkan pasangan terjerumus dalam fenomena berlakunya curang.

“Bila pasangan gagal mencari jalan penyelesaian ia boleh menjurus kepada berlakunya curang yang mana mempunyai kekasih gelap.

“Jadi apabila pasangan berlaku curang sudah tidak ada kepercayaan dan ia menjurus kepada penceraian.

“Selain itu, hubungan seks hambar itu juga disebabkan berlakunya berikutan kebanyakan lelaki dan wanita di negara ini lebih mengutamakan kerjaya daripada kehidupan berkeluarga,” katanya.

Justeru, Musa berharap pelantikan dua hakim wanita syarie oleh Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya baru-baru ini dapat membantu dalam menyelesaikan kes-kes yang melibatkan kekeluargaan dan cerai.

“Saya melihat pelantikan kedua-dua hakim wanita itu bagus untuk membawa kes-kes yang melibatkan kekeluargaan dan juga cerai.

“Ini kerana mereka mempunyai banyak pengalaman memandangkan mereka sebenarnya sudah lama bertugas sebagai pegawai penyelidik di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

“Jadi sudah pasti mereka mempunyai pengalaman yang luas,” katanya.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM Suraya Ramli, 31, dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JKSM Rafidah Abdul Razak, 39, masing-masing dilantik Hakim Syarie di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. (The Malaysian Insider/AK)

Bahan Porno Jejaskan Keselamatan Negara -Dr Mahathir



KL 20 JUL 10: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan menapis semua bahan pornografi di Internet yang kini sudah keterlaluan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara ini.

Beliau bimbang penyebaran bahan tersebut di Internet menjadi penyumbang kepada jenayah seks yang semakin lumrah sekarang.

Pandangan beliau itu yang disiarkan dalam entri terbaru blognya, Che Det, menyatakan kemerosotan moral sepatutnya tidak dibenarkan dipromosi dan disebarkan melalui Internet.

"Perilaku seksual tidak bermoral di kalangan remaja sudah jadi kelaziman pada hari ini berbanding dahulu yang mungkin ada kaitan dengan remaja semakin mudah akses kepada bahan pornografi.

"Justeru Malaysia sepatutnya menapis semua bahan pornografi di Internet," tegasnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan porno di internet sahaja, porno lain di zaman Tun DrM jadi PM dulu pun banyak, kerana dasar UMNO bukan dasar berteraskan agama. Bukan dasar mencabut bahan porno hingga ke akar umbi, seperti di pusat hiburan, media termasuk tv, majalah, filem dan lain-lain. Inilah generasi hasil tarbiah UMNO dan BN atau Perikatan sejak dul. (AK)

Kopi Luwak (Najis Musang) Yang Lawak. Perlukah Fatwa?

Fatwa Kopi Luwak: Perlukah?

KETUA Majelis Ulama Indonesia (MUI) Ma'aruf Amin berusaha mengeluarkan fatwa tentang kopi luwak (atau kopi hasil dari najis musang). Untuk itu ia akan berbicara dengan dua organisasi besar, yaitu Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama atau NU.

Kopi ini adalah hasil produk yang mungkin membuat orang mual jika mengetahuinya. Biji kopi yang dijadikan kopi luwak adalah hasil pencernaan binatang yang bernama luwak (atau musang). Dengan kata lain, biji kopi ini adalah hasil buang air besar luwak.

Kenapa kopi ini berkualitas tinggi? Karena luwak memilih biji kopi yang paling matang dan baik. Tapi karena biji kopi ini keluar lewat dubur luwak, maka wajar kalau banyak orang, terutama umat Islam, menganggap kopi ini najis.

Tidak Mendesak
Kamami Zada dari Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumber Daya Manusia (Lakpesdam) NU tidak sependapat untuk mengeluarkan fatwa tentang kopi yang dikenal sangat mahal ini. Namun ia menambahkan bahwa ini pendapat pribadinya: "Memang itu persoalan hukum Islam, di mana umat Islam perlu tahu posisi hukumnya seperti apa. Tapi bagi saya fatwa kopi luwak itu belum begitu mendesak."
Ia menambahkan, bahwa konsumen kopi ini sangat terbatas.

Menurut tokoh muda NU ini, hal-hal mendesak yang harus diselesaikan sekarang banyak sekali, misalnya soal mafia hukum dan pemberantasan korupsi.

Khamami Zada: "Misalnya kalau saja MUI ini membuat fatwa tentang mafia hukum dan aparat yang korupsi, baik yang kecil maupun yang besar, itu akan lebih bermanfaat bagi bangsa Indonesia untuk memperbaiki pemerintahan daripada mengurusi soal kopi luwak."

Fatwa
Namun apakah masalah korupsi, misalnya, harus difatwakan? Bukahkah tindakan ini jelas dilarang agama atau haram hukumnya? Memang status hukum korupsi jelas haram, tandas Khamami, tapi MUI hendaknya berperan memperingatkan masyarakat tentang hal ini.

Hal lain yang sebaiknya diperhatikan oleh MUI adalah masalah terorisme atau radikalisme Islam. Sebaiknya MUI mengeluarkan fatwa tentang masalah yang merongrong bangsa Indonesia ini. "Karena ini mempengaruhi publik, bukan hanya umat Islam saja, tapi juga orang lain yang kena dampak radikalisme atau terorisme." (RNW/AK)

Buat Kapal Selam Sendiri.

JOM KREATIF

SEORANG warga Cina, Tao Xiangli, yang hanya lulusan sekolah rendah sangat kreatif dalam merancang ciptaan berbagai barangan dengan design sendiri. Ciptaan terakhirnya ialah kapal selam buatan tangan menggunakan bahan terpakai dari tong-tong minyak dengan keberatan 1.6 ton.

Kapal selam buatan sendiri ini juga memiliki beberapa kelengkapan diantaranya memiliki periskop, mengkontrol kedalaman tank, motor letrik, manometer, dan dua baling-baling. Waktu yang dihabiskan untuk itu kira-kira 2 tahun, biaya yang dikeluarkan hampir 30,000 yuan iaitu kira RM14,000. Kapal selam ini dapat beroperasi hingga kedalaman 10 meter dibawah permukaan laut. (Dikutip dari Zhong’an Online/AK) .

Sila lihat siri Jom Kreatif...

Rumah Peguam Kes Altantuya Dipecah Masuk


KL. 19 JUL 10: Rumah salah seorang peguam detektif persendirian P Balasubramaniam di sini, yang kini menjadi saksi penting kes rasuah berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, telah dipecah masuk oleh pihak tertentu.

Peguam Manjeet Singh Dhillon berkata sasaran kejadian itu ialah komputer riba.

“Saya baru sahaja dimaklumkan bahawa rumah saya di Kuala Lumpur telah dipecah masuk dan sasaran utama dan diambil ialah komputer riba.

“Saya sedang pulang dari London untuk menghadapi kes ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau sepatutnya berada di sini bersama afidavit Balasubramaniam, yang menjawab 52 soalan SPRM, untuk diserahkan kepada agensi itu. Ini merupakan kali kedua rumahnya menjadi sasaran. Kali pertama ialah selepas Balasubramaniam ditemu bual di Singapura dan ia disebarkan oleh media tempatan.

“Dan, kini selepas (Balasubramaniam) temu bual di London dan Paris rumah saya dipecah masuk.

“Bagaimanapun barang-barang lain di bilik yang sama termasuk barang kemas tidak disentuh,” katanya.

Katanya, beliau percaya mereka bertindak demikian kerana ada kepentingan dalam kes yang sedang diuruskannya. “Saya akan membuat laporan kemudian,” tambah beliau. (AK)

Monday, July 19, 2010

Turfan, Islam & Anggur

CATATAN PERJALANAN CHINA 10

"Bos kamu (YB Dato Husam) nampaknya cukup berminat dengan pertanian.." kata seorang mewakili Pengetua sebuah Universiti di Chengdu, di China.

KALI ini, pagi-pagi lagi rombongan kami keluar dari Urumqi menuju sebuah kota bernama Turfan. Wilayah (Prefektur) Turfan (Hanzi: 吐鲁番地区; pinyin: Tulufán Dìqū; Uyghur: تۇرپان ۋىلايىتى) terletak di Xinjiang bahagian timur. Memiliki luas wilayah 69,324 km, dengan jumlah penduduk sebanyak 570,000 jiwa (tahun 2003). Pada tahun 2000, terdiri dari penduduk asli Uyghur 70%, Han 23.3%, Hui 6.38%. Ertinya majoriti Islam Uighur.

Melalui lebuhraya kami melintasi bukit-bukit gondol.

Rombongan kami berhenti dan bergambar, menikmati kedinginan pagi di kawasan kincir angin. Ditengah-tengah sekali ketua rombongan YB Dato Husam Musa.

Bekakang.. kincir angin sebagai janakuasa letrik.

Antara restoran Islam di kawasan ini.

Bandar Turfan dan beberapa bandar lain seperti Kashgar, Hotan, Yarkan, Ili atau Ghulja, Kumul Aqsu, Kucha atau Altay termasuk dalam kawasan autonomi Xinjiang Uighur atau disebut Turkestan Timur berbudaya orang Turk. Turkestan Timur yang ditadbir sebagai Kawasan autonomi Xinjiang Uyghur oleh Republik Rakyat China ini asalnya dari Turkistan Besar, kemudian dipecahkan kepada Barat (bekas negeri Soviet Union). Tian Shan (Tengri Tagh), kawasan pergunungan Pamir menjadi perbalahan pecahan kepada 2 Turkistan dan Turkestan Timur.

Turkestan Timur (juga dieja dan ditulis: Turkistan Timur; Uyghur:Sherqiy Türkistan), juga dikenali sebagai Uyghurstan, ia merupakan sebahagian besar Turkistan di Xinjiang, Chinadan terletak di Asia Tengah, disebelah timur jauh. Kawasan ini kebanyakkannya didiami dan diduduki oleh bangsa Turkic. Marco Polo pernah melintasi kawasan ini dalam tahun 1272.

Sebuah perkampungan di Turfan.

Melihat peta di atas Republik Turkestan Timur Pertama (RTT), atau Republik Islam Turki Turkestan Timur (TIRET), atau, Republik Uyghurstan, adalah sebuah negara yang mempunyai hayat singkat yang mengambil pendekatan republik berperlembagaan yang ditubuhkan pada tahun 1933. Ia terletak di tengah-tengah kota Kashgar di mana kini terletak di wilayah Xinjiang yang ditadbir oleh Republik Rakyat China kini.

RTT memiliki penduduk berbilang bangsa seperti Kazakh, Kyrgyz, dan minoriti-minoriti Turkik lain. Republik Turkestan Timur Pertama dihapuskan dengan penyingkiran Kashgar pada tahun 1934 oleh ketua-ketua puak Hui yang secara teorinya bersekutu dengan kerajaan Kuomintang di Nanjing. Walaubagaimanapun, tinggalannya menjadi aspirasi kepada penubuhan Republik Turkestan Timur Kedua satu dekad kemudian, dan terus mempengaruhi penyokong nationalis Uyghur moden untuk menubuhkan sebuah negara Turkestan Timur merdeka.

Isa Alptekin adalah setiausaha agung bagi Republik Turkestan Timur Pertama. Mengikut kerajaan Cina, Turkestan Timur juga merujuk kepada Pergerakan Islamiah Turkestan Timur, yang dikatakan mempunyai kaitan dan pautan dengan Al-Qaeda.. Malangnya lagi, bila disekongkolkan oleh US dan kerajaan Cina, sebagai 'pengganas'.

Cukup sampai di sini, jom kita lihat muzium pertanian, pengairan dan tanaman anggor.

Lorong pejalan kaki pun dibumbungi dan dihiasi pokok-pokok anggor.

Sejarah pengairan di bawah tanah..


Selepas itu, ada beberapa lagi ladang anggor yang kami lawati. Saya pernah tanya YB Dato Husam sebelum ini berhubung kenyataannya dalam sessi perbincangan bersama Gerak Usahawan Muslim disebuah hotel di KL Jun lalu... mengenai hubungan dagang yang melibatkan umat Islam di China. Ekspot kismis bermutu dari China adalah dari kawasan ini, kawasan orang Islam. Jadi kalau ada syarikat dari Malaysia yang berminat, boleh dapatkan maklumat asas dari kami..
YB Dato Husam, awal-awal lagi terjun ke ladang anggor seorang diri, mendahulu kami.

Selepas ini kami ke Chendu, satu negeri lain lagi di China. Banyak kawasan pertanian, dan kilang-kilang memproses bahan pertanian yang kami lawati. Termasuk tanaman cili, cendawan dan lain-lain, yang dilihat kosnya jauh lebih murah dan hasilnya berlipat ganda berbanding di Malaysia. Mengapa? Itu persoalan yang patut dirungkai.

Semasa melawat pusat tanaman cendawan, saya diiringi oleh seorang yang mewakili sebuah universiti di Chengdu, dia kagum melihat kesungguhan dan minat YB Husam dalam hal-hal pertanian. Katanya, "Bos kamu (YB Dato Husam) nampaknya cukup berminat dengan pertanian.. bertuah kamu dapat pemimpin seperti ini." sambil mengisyaratkan tangannya.. "Good!"

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 10
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 19, 2010

Berkunjunglah ke...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.

Anda semua dijemput hadir!

Siri ini...

Benarkah Gambar Dalam Lingkaran Ini UFO?

Gempar lihat UFO terapung
KL 19 JUL 10: Benarkah berita ini? Lihat mYmetro hari ini.. Dalam lingkaran di gambar atas itukah UFO?

KOTA KINABALU: “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu. “Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin. Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Mereka mendakwa objek mengeluarkan cahaya biru dan hijau itu terapung di ruang udara selama seminit sebelum hilang dalam sekelip mata. Malah, ada di kalangan mereka sempat merakamkan gambar piring terbang itu menggunakan telefon bimbit masing-masing tetapi apa yang menghairankan, ada telefon bimbit berkenaan tiba-tiba ‘mati’ dengan semena-mena sebaik merakam gambar objek berkenaan.

Jemas berkata, dia ternampak satu objek terapung yang besar dan tidak bergerak ketika menghadiri majlis jamuan makan seorang rakannya di pusat peranginan itu. Menurutnya, dia sempat merakamkan objek misteri itu menggunakan kamera telefon bimbitnya, malah beberapa pengunjung pusat peranginan itu turut melakukannya.

"Saya tidak percaya UFO, tapi apa yang saya lihat itu benar-benar luar biasa kerana ia berlaku di depan mata.

“Apa yang pelik, telefon bimbit milik beberapa pengunjung yang merakam kemunculan objek itu tiba-tiba ‘mati’. Namun, saya bernasib baik kerana dapat merakamkan imej objek itu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Donny Benedict, 29, berkata, dia tidak percaya dengan kewujudan UFO, namun pandangannya berubah sebaik menyaksikan kejadian itu.

“Saya hanya sempat melihat objek berkenaan terapung selama 20 saat sebelum ia hilang begitu sahaja. Apa yang peliknya, ia tidak mengeluarkan sebarang bunyi seperti dihasilkan pesawat udara.

“Ini pengalaman pertama saya melihat UFO, namun mengecewakan gambar diambil menggunakan telefon bimbit hilang,” katanya.

Kemunculan UFO di negara ini dikesan bermula pada tahun 1950-an apabila seorang lelaki melihat satu piring terbang di Petaling Jaya. Sejak itu, beberapa objek menyerupai piring terbang didakwa dilihat rakyat negara ini. Kali terakhir UFO muncul di negara ini pada 1999 di Tanjung Sepat, Kuala Langat. (AK)

DI BAWAH MERUPAKAN VIDEO PILIHAN PRO REFORM, DEMI KESEDARAN BERSAMA


Golongan Muda Muflis Kerana Kad kredit

PENGGUNA
P/JAYA 19JUL10: Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis.

Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata, 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.

Beliau berkata, ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan mereka untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak. Tambahnya, individu terbabit tidak akan mengalami masalah hutang sekiranya jumlah pinjaman mereka tidak melebihi 40 peratus daripada perolehan kasar pendapatan bulanan.

“Orang ramai perlu mempelajari untuk membuat pengurusan kewangan dan berbelanja bersesuaian dengan kehidupan mereka.

“Jika mereka boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 5 peratus seminggu, mereka boleh menjimatkan 20 peratus menjelang akhir bulan,” kata Devinder yang menyifatkan cara berkenaan dapat membantu untuk membina kewangan asas yang kukuh.

Beliau mengulas laporan Bank Negara bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka berusia di bawah 30 tahun. Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000. Devinder berkata, ramai individu gagal untuk menjelaskan pembayaran kerana pengurusan kewangan yang lemah dan tiada kawalan dalam penggunaan kad kredit.

“Mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang-hutang perlu mencari bantuan awal sebelum sebarang faedah dikenakan ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca), Datuk Pail Selvaraj turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan golongan muda yang diisytiharkan bankrap dan bersetuju bahawa kebanyakan mereka mengalami masalah berkenaan kerana tidak menguruskan penggunaan kad kredit dengan bijak.

“Apabila mereka diisytiharkan bankrap, kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana nama mereka akan disenaraihitamkan di dalam data Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS),” kata beliau yang menambah bahawa keadaan itu akan menggagalkan permohonan pembiayaan mereka secara automatik.

Paul berkata, kebanyakan golongan muda terperangkap dengan hutang kerana mereka hidup melebihi cara yang sepatutnya.

“Permulaannya, mereka begitu mudah terpengaruh terutama gaya hidup rakan-rakan.

“Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dengan teratur sehingga menyebabkan kredit berlaku berterusan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sikap mementingkan jenama di kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak mengambil peduli soal kemampuan dalam perbelanjaan.

“Mereka tidak mendapatkan kesannya ketika menggunakan kad kredit, tapi ‘sakit’nya akan dirasai pada akhir bulan,” tambahnya. (Sumber mStar Online/AK)

Gerakan Anti Islam Ditubuhkan, M'sia Perlu Bantah.


Sibedebah, Geert Wilder!

KL 19JUL10: TIDAK puas cuma menghina Islam, anggota parlimen Belanda yang dikenal anti-Muslim Geert Wilders menyatakan akan membentuk sebuah gerakan untuk membendung masuknya para imigran dari negara Muslim ke negara-negara Barat.

Gerakan anti imigran Muslim itu, kata Wilders akan dilancarkan tahun ini dan untuk tahap awal, gerakan itu akan dibentuk di lima negara; AS, Kanada, Britain, Jerman dan Perancis. "Pesan yang akan disampaikan dalam gerakan ini adalah 'Stop Islam, Pertahankan Kebebasan', pesan ini penting bukan hanya untuk Belanda tapi untuk semua negara Barat yang bebas," ujar ketua Parti Kebebasan di Belanda ini.

Selain melarang para imigran dari negara Muslim masuk ke negara Barat, gerakan ini juga bertujuan untuk melarang dilaksanakan syariah Islam. Wilders mengungkapkan harapannya, gerakan yang didakwanya berasal dari kalangan akar umbi ini boleh meluas dan mendapat sokongan dari anggota parlimen lainnya.

Menanggapi rencana Wilders ini, pemuka Muslim di Belanda, Ayhan Tonca menyatakan kebimbangan propaganda yang disebarkan Wilders akan makin menyuburkan sentimen anti-Islam yang terus tumbuh di Eropah dalam beberapa tahun terakhir.

"Sepanjang hal-hal seperti ini sejalan dengan buruknya perekonomian, banyak orang yang selalu mencari kambing hitam. Saat ini, yang menjadi kambing hitam adalah kaum Muslimin di Eropah Barat," ujar Tonca. Ia menyatakan, warga Eropah yang baik selayaknya menentang gerakan Wilders.

Di Belanda, Wilders mendapat perlindungan 24 jam penuh kerana ia kerap mendapat ancaman akan dibunuh akibat pernyataan-pernyataannya yang anti-Muslim dan melecehkan Islam. Bulan Oktober mendatang, ia akan menjalani proses persidangan terkait filemnya berjudul "Fitna" yang menyebut Quran sebagai kitab suci yang rasis dan memicu terorisme. Tapi dengan arogan Wilders menyatakan akan memperluas propaganda anti-Islamnya ke luar Negara Kincir Angin.

"Saya melihat perjuangan untuk kebebasan dan perlawanan terhadap Islamisasi merupakan fenomena yang sudah mendunia dan menjadi persoalan yang harus diselesasaikan," tukas Wilders yang akan menamakan gerakan barunya dengan Geert Wilders International Freedom Alliance. (AK/Guardian)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Malaysia, negara-negara umat Islam dan negara-negara yang cintakan kebebasan perlu membantah segera, penubuhan tersebut.

Ada kaitan..

Berdangdut Di Masjid, Calon Walikota Artis Diusir


HALAMAN HIBURAN


Pendangdut Saiful Jamil

JAKARTA 19 JUL 10: Selama ini ada-ada saja ulah para calon peserta pemilukada. berbagai cara emang terkadang mengabaikan kesopanan bahkan melanggar syariat. Kali ini calon dari kalangan artis kena semprot pengurus masjid karena sosialisasi menggunakan dangdut di masjid.

Maksud hati sih ingin mendeklarasikan diri sebagai calon wakil Walikota Tangerang Selatan (Tangsel), Provinsi Banten. Namun, bukan dukungan yang diraih, malah semprotan dari warga dan takmir masjid yang didapat.

Hal itulah yang terjadi pada pedangdut Saiful Jamil, saat dirinya hendak mendeklarasikan diri sebagai peserta dalam Pilkada Tangsel, Provinsi Banten, mendampingi Hasnaeni sebagai calon walikota periode 2010-2015.

"Ini masjid, keluar, ngapain lama-lama disini, pergi, ini masjid tempat suci," teriak seorang pengurus Masjid At Taqwa, Pamulang Permai 2, Tangerang Selatan, Sabtu (17/7).

Menurut seorang warga yang tidak ingin disebutkan namanya, acara tersebut tidak meminta izin pengurus masjid setempat. Hal itulah yang kemudian membuat kesal warga dan pengurus masjid.

"Ngapain bikin acara panggung di Masjid, pakai musik dangdut lagi, udah gitu nggak izin sama pengurus masjid dan Warga," ujar seorang warga di sekitar lokasi.

Usai kejadian tersebut Saipul Jamil dengan rombongannya pun pergi meninggalkan tempat. (Inilah.com/AK)

Sunday, July 18, 2010

Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang

CATATAN PERJALANAN CHINA 9

Perkenal Dinar Kelantan, di Urumqi, Xinjiang, baru-baru ini.

DI SAMPING rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa mempromosikan Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober ini, YB Dato Husam juga sempat memperkenal Dinar Kelantan kepada Gabenor kerajaan negeri Xinjiang di negara China.

Pertemuan dengan Timbalan atau wakil Gabenor Negeri Xinjiang di Pejabat Kementerian Pertahanan di Urumqi begitu mendapat sambutan memuaskan. Mereka juga dijemput ke Kelantan sempena Pameran Antarabangsa China yang akan diadakan di Kota Bharu Oktober ini.

DINAR Kelantan (Jawi: دينر كلنتن) asalnya telah dilancarkan pada 2006 oleh Mariwasa Kraftangan, pengeluar cenderamata tempatan bagi objek seni dan budaya. Namun Kerajaan Kelantan cuba untuk memberi dinar satu status sah diperlakukan, tetapi tidak disokong oleh kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur.

Dinar kini telah dikeluarkan secara tidak rasmi, meskipun dengan tiada status sah untuk diperlakukan. Satu-satunya mata wang yang sah diperlakukan di Kelantan adalah ringgit Malaysia. Menurut perlembagaan Malaysia, jadual kesembilan, bahagian 7.a negeri di Malaysia tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan duit syiling.

Pertemuan di Kementerian Pertahanan Negeri Xinjiang.

Memperkenalkan Kelantan, satu juzu dari negara Malaysia.

Memperkenalkan Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China di Kelantan.

Menghadiahkan sesuatu yang memperkanal budaya Kelantan.

Semasa bermesyuarat.

Setelah selesai bertukar-tukar fikiran, maklumat, dan hadiah.

Muka hadapan Dinar Kelantan

Muka belakang Dinar Kelantan
Duit syiling ini mempunyai satu komposisi berlogam emas 22 karat. Terdapat 3 jenis - 1/4, 1/2, dan 1 dinar. Untuk pengguna Malaysia Flag of Malaysia.svg bertujuan..

1. Simpanan
2.Mas kahwin
3.Bayar zakat
4. Hadiah
5.Pelaburan.

Bagaimana kalau belian ketika harga jatuh..


Pengakuan:
Alhamdulilah ketika harga merudum jatuh, kawan dapat menambah beberapa keping lagi 1 Dinar Kelantan, 1/4, 1/2 dan 2 Dinar Kelantan yang dibeli daripada seorang kawan dengan harga yang agak rendah. Sekarang ni kawan telah pun mempunyai 32 keping Dinar Kelantan tanpa laminate. Sasaran kawan seterusnya ialah untuk menyimpan sekurang - kurangnya 40 - 50 keping Dinar Kelantan tanpa laminate menjelang hujung tahun ini di samping koleksi 1/4, 1/2 dan 2 Dinar Kelantan. Insya Allah...

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 9
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 18, 2010

Berkunjunglah ke...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.

Anda semua dijemput hadir!

Siri ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails