Sunday, July 18, 2010

Amah China Kena Fasih Inggeris, Amah M'sia Bagaimana?


Sekumpulan pembantu rumah yang mengikuti projek khas kerajaan China bergerak ke tempat latihan.

Amah China kena fasih Inggeris

BEIJING: Kerajaan China membelanjakan 20 juta yuan (RM9.5 juta) menerusi sebuah projek khas bagi melatih 400,000 pembantu rumah di Beijing dengan pelbagai kemahiran termasuk fasih berbahasa Inggeris, lapor akhbar China Daily semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Hak-hak Asasi Kesatuan Sekerja Perbandaran Beijing, Guo Jianxin berkata, amah itu amat diperlukan bagi memenuhi keperluan 250,000 keluarga kaya yang berpendapatan 2.4 juta yuan (RM1.1 juta) setahun.

"Menerusi projek ini yang sudah bermula akhir tahun lalu, pelatih kena tahu memasak makanan Barat, gaya hidup moden dan mengajar anak majikan dalam bahasa Inggeris dengan gaji asas bulanan ditawarkan 3,000 yuan (RM1,420)," kata Jianxin.

Dianggarkan cuma 15 peratus pembantu rumah di ibu negara China itu memiliki kelayakan akademik minimum peringkat kolej dan menerusi projek itu, lebih 70,000 amah telah menerima latihan intensif dua minggu sebelum ditauliah. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakata kalau amah di Malaysia perlu disiapkan dengan ilmu agama Islam seperti boleh mencontohi kanak-kanak dalam sembahyang bagi keluarga Islam atau berakhlak mulia bagi keluarga bukan Islam?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails