Tuesday, July 20, 2010

Bahan Porno Jejaskan Keselamatan Negara -Dr Mahathir



KL 20 JUL 10: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan menapis semua bahan pornografi di Internet yang kini sudah keterlaluan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara ini.

Beliau bimbang penyebaran bahan tersebut di Internet menjadi penyumbang kepada jenayah seks yang semakin lumrah sekarang.

Pandangan beliau itu yang disiarkan dalam entri terbaru blognya, Che Det, menyatakan kemerosotan moral sepatutnya tidak dibenarkan dipromosi dan disebarkan melalui Internet.

"Perilaku seksual tidak bermoral di kalangan remaja sudah jadi kelaziman pada hari ini berbanding dahulu yang mungkin ada kaitan dengan remaja semakin mudah akses kepada bahan pornografi.

"Justeru Malaysia sepatutnya menapis semua bahan pornografi di Internet," tegasnya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukan porno di internet sahaja, porno lain di zaman Tun DrM jadi PM dulu pun banyak, kerana dasar UMNO bukan dasar berteraskan agama. Bukan dasar mencabut bahan porno hingga ke akar umbi, seperti di pusat hiburan, media termasuk tv, majalah, filem dan lain-lain. Inilah generasi hasil tarbiah UMNO dan BN atau Perikatan sejak dul. (AK)

3 comments:

mr edz said...

setuju.. bukan sahaja porno di internet tetapi majalah dan rancangan di tv sepatutunya di tapis

Anonymous said...

kat internet nak tapis camna? melainkan kena buat mcm korea utara yg mengawal access internet utk rakyatnya.

yg majalah dan tv tu la antara penyumbang akaq umbi besaq. sikit demi sikit membentuk sahsiah umat islam. bila mai internet lagi terukla jadinya

Anonymous said...

Maksiat selama ini....akan memporak-perandakan UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails