Saturday, October 28, 2017

Tragedi Tanah Runtuh: P/Anak Jati PP Lapor SPRM.



GEORGETOWN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung projek rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, yang didakwa mempunyai unsur rasuah.

Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang, K Praba, berkata pihaknya hairan apabila kerajaan negeri menolak ulasan yang dikemukakan Jabatan Alam Sekitar (JAS), walaupun agensi berkenaan mempunyai kepakaran dalam menentukan jenis pembangunan yang selamat.

"Adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan DAP Pulau Pinang menolak ulasan JAS. Sebelum ini, kerajaan negeri sering mengemukakan syarat supaya mendapatkan kebenaran daripada JAS bagi semua pembangunan baharu.

"Justeru, kami mahu SPRM menyiasat perkara ini. Adakah ia mempunyai unsur rasuah sehingga kerajaan negeri sanggup mengenepikan peranan JAS," katanya ketika ditemui di perkarangan SPRM Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sabtu lalu, 11 pekerja binaan maut termasuk seorang warga tempatan, dalam tragedi runtuhan tanah di tapak pembinaan 980 unit perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini.

Mengulas lanjut, Praba berkata, pihaknya turut menyerahkan pelbagai dokumen berkaitan projek berkenaan, termasuk kenyataan JAS dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), sebagai bahan bukti kepada SPRM.

Katanya, bencana yang kerap melanda negeri itu menimbulkan keraguan terhadap ketelusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Dulu kerajaan negeri kata rakyat adalah tuan, dan mereka akan ikut kehendak rakyat. Tetapi apabila berkuasa, semuanya berubah.

"Banyak NGO yang sudah bantah projek yang merosakkan alam sekitar, tetapi kerajaan negeri tidak peduli," katanya. (BH)



IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Bajet Tak Mesra Alam, Hanya Fokus Pembangunan -Prof Maketab Mohamed



PETALING JAYA: Bekas presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia kecewa dengan Bajet 2018 yang lebih memfokuskan pembangunan fizikal dan tidak menekankan pemuliharaan alam sekitar.


Prof Maketab Mohamed berkata, ia jelas menunjukkan kerajaan tidak mengutamakan alam sekitar kerana tidak memperkenalkan inisiatif atau peruntukan lebih banyak untuk memulihara alam sekitar.

“Memang kerajaan persekutuan tidak mesra alam dengan alam sekitar, sebab itu tidak ada sebarang bajet untuk alam sekitar. Bajet 2018 tidak bercakap untuk kepentingan alam sekitar.

“Alam sekitar ini bukannya untuk saya atau sesiapa, ia untuk anak cucu kita. Ia hanyalah menghulurkan sesuatu untuk jangka pendek, bukan jangka panjang,” katanya kepada FMT hari ini.

Perdana menteri ketika membentangkan Bajet 2018 petang tadi menyentuh tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang mengorbankan 11 pekerja sebuah tapak pembinaan.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM5 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan dalam industri teknologi hijau, RM1.4 bilion untuk Program Non Revenue Water bagi mengurangkan kadar kehilangan air dan RM1.3 bilion untuk membina “off-river storage” sebagai sumber air alternatif.

Mengulas lanjut, Maketab berkata, kerajaan pusat tidak sepatutnya menolak tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada kerajaan negeri semata-mata.

“Jangan letak isu ini (alam sekitar) di atas bahu kerajaan negeri sahaja. Kerajaan (pusat) langsung tidak memberi pertolongan, tetapi kerajaan persekutuan pula suruh jaga alam sekitar.

“Contohnya, jika kerajaan negeri berani bertindak mengawal kegiatan pembalakan, maka kerajaan pusat harus berani beri insentif. Ini tidak, tiada sebarang peruntukan.

“Bajet ini bukan sahaja perlu diberikan kepada negeri pembangkang seperti Kelantan dan Pulau Pinang, tetapi seluruh negara seperti Pahang, Kedah dan negeri lain.”

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, jika tiada peruntukan diberikan untuk penanaman semula pokok, maka habitat flora dan fauna akan musnah.

“Kalau ia tidak dilaksanakan, maka kawasan tadahan dan habitat haiwan yang ada di dalam hutan semakin merosot, manakala pembalakan di sesetengah tempat, sama ada haram atau terkawal masih diteruskan.” (TKO)


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Kecewa K'jaan Anaktirikan Bidang Sastera -Prof Khoo Kay Kim



KUALA LUMPUR: Tan Sri Prof Khoo Kay Kim mengkritik kerajaan terlalu menekankan penyelidikan sains sehingga menganaktirikan bidang sastera menyebabkan generasi muda tidak tahu sejarah negara sendiri.


Beliau kecewa dengan peruntukan RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menerusi pembentangan Bajet 2018 yang disifatkannya tidak bermakna, jika ia tidak diagihkan secara adil.

“Peruntukan bagi tujuan penyelidikan mereka banyak beri kepada sains sahaja berbanding sastera. Ini bagi saya tidak adil, setiap universiti memberi keutamaan kepada sains, jadi masyarakat muda sekarang tidak tahu tentang sejarah negara sendiri.

“Kami dalam bidang sastera dan budaya, tidak dapat menentukan sama ada kami akan diberi layanan yang betul.

“Setakat ini, tidak ada layanan yang baik kepada kami bagi tujuan penyelidikan, bila kami hantar permohonan untuk sokongan ditolak,” katanya kepada FMT sambil menambah peruntukan berat sebelah tidak akan membantu meningkatkan kualiti universiti di persada antarabangsa.

Beliau berkata, tindakan menganaktirikan bidang sastera juga menyebabkan hasil penulisan pensyarah tempatan tidak lagi menjadi rujukan sarjana asing.

“Dulu kami dalam bidang sastera selalu bersaing dengan sarjana asing. Sekarang, mereka tidak lagi bersaing dengan sarjana asing sebab penulisan yang kita ada dan diterbitkan, penting hanya di negara sendiri.

“Dulu, tulisan kami selalu diberi perhatian oleh sarjana luar negara,” katanya.
Hari ini, Datuk Seri Najib Razak menerusi pengumuman Bajet 2018 
mengumumkan RM400 juta akan diperuntukkan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan IPTA, termasuk untuk meningkatkan kedudukan universiti tempatan di persada antarabangsa.

“(Kerajaan beri) RM400 juta untuk geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA berbanding RM235 juta yang diperuntukkan dalam bajet lalu, termasuk satu peruntukan khas kepada Universiti Malaya (UM) untuk mencapai status 100 universiti terbaik di dunia dalam masa terdekat.”

Perdana menteri turut mengumumkan peruntukan RM90 juta menerusi program MyBrain melibatkan 10,600 pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Mengulas lanjut, Khoo membidas kebanyakan universiti tempatan terlalu menekankan kedudukan universiti di peringkat antarabangsa berbanding kualiti.

“Sekarang, mereka terlalu menganggap ranking begitu penting. Tidak macam dulu sebab kita lebih memberi perhatian kepada kualiti, sekarang semua bergantung kepada misalnya lebih ramai penuntut asing dan pensyarah asing, lebih banyak markah untuk universiti itu,” katanya.

Belkiau berkata, kebanyakan pensyarah berpengalaman disingkirkan dan diganti tenaga pengajar muda yang kurang pengalaman, sekaligus menjarakkan lagi kualiti universiti tempatan.

“Para akademik yang sudah tua, tapi banyak pengalaman dikeluarkan daripada universiti. Sekarang yang tinggal hanya orang muda yang tidak begitu banyak pengalaman.”

Jun lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata, universiti penyelidikan (RU) Malaysia melakar sejarah apabila tersenarai dalam kalangan 300 universiti terbaik dunia, berdasarkan senarai dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2017-2018.

Ia terdiri daripada UM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, pencapaian itu meletakkan semua universiti itu dalam kelompok 1% teratas dunia daripada 26,000 universiti di seluruh dunia.


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Bajet 2018: Tiada Apa Untuk Dihebohkan, Kata Rehda



PETALING JAYA: Persatuan pemaju terbesar di Malaysia berkata tiada apa untuk dihebohkan Bajet 2018 bagi ahlinya, kerana seruan untuk melonggarkan garis panduan pinjaman bank tidak terjawab.


Penaung Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Datuk Ng Seing Liong berkata, belanjawan negara itu juga tidak menyelesaikan harga tinggi bahan binaan.

Menuju pembentangan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, Ng berharap Putrajaya akan memberi pengecualian kepada pemaju daripada membayar GST 6% untuk bahan binaan bagi membolehkan projek perumahan mampu milik, atau menurunkan kadar itu, serta mengurangkan kadar GST untuk bahan binaan secara menyeluruh.

“Walaupun langkah kerajaan memperuntukkan dana untuk 2,000 unit di bawah program MyDeposit untuk membantu pembeli rumah membuat bayaran pendahualuan, kami berharap Bank Negara akan melonggarkan garis panduan pinjaman.”

Melalui program myDeposit yang diperkenalkan tahun lepas, kerajaan memperuntukkan dana untuk membantu pembeli rumah pertama membuat bayaran pendahuluan 10% untuk membeli rumah atau RM30,000, yang mana saja lebih rendah.

Sebelum ini, Renda berulangi kali membangkitkan isu mengenai pembiayaan akhir, terutamanya syarat pinjaman yang ketat sebagai batu penghalang dalam jualan hartanah. Pihak lain, seperti Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) berkata pemaju meletakkan harga rumah melebihi capaian kebanyakan orang.

Longgar garis panduan akan tambah hutang

Sementara, agensi hartanah Henry Butcher Malaysia berkata kerajaan mempunyai sebab untuk tidak melonggarkan garis panduan pinjaman yang dilobi sesetengah pemaju.

“Walaupun ada seruan menggesa garis panduan pinjaman dilonggarkan atau memperkenalkan semula skim sama seperti Skim Pemaju Tanggung Faedah (DIBS) yang boleh merangsang pasaran hartanah, langkah seperti itu juga boleh menambah paras hutang isi rumah,” kata Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia Tang Chee Meng.

Beliau memberitahu FMT insentif lain yang diumumkan perdana menteri hari ini, seperti pengeculian 50% cukai ke atas pendapatan sewa bawah RM2,000 sebulan akan mengalakkan orang ramai membeli rumah sebagai pelaburan.
“Perluasan skim pembiayaan berperingkat yang diperkenalkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) untuk pemaju perumahan swasta akan mengalakkan pembinaan dan pemilikan perumahan mampu milik.”

Di bawah skim berperingkat PR1MA itu, pembeli rumah membayar harga yang rendah pada tahun-tahun awal dan hanya membayar ansuran yang semakin meninggi mengikut kenaikan paras gaji.

“Manakala pengecualian GST untuk hartanah yang diuruskan pemaju, langkah itu boleh membantu pemaju, tetapi secara keseluruhan bajet ini tidak menarik buat para pemaju. Namun begitu, bajet kali ini lebih baik berbanding tahun lepas yang tidak menawarkan apa-apa kepada mereka.”

Persatuan bantah pengecualian cukai

Sementara iitu, Setiausaha Agung Kehormat HBA, Chang Kim Loong berkata, pengecualian cukai ke atas sewa hanya akan mengalakkan pembelian spekulatif yang akan melonjakkan harga hartanah perumahan.

Beliau berkata HBA bersyukur Putrajaya komited membina lebih banyak rumah mampu milik, namun projek perumahan seperti itu harus dilaksanakan dengan betul bagi memanfaatkan sasaran pasaran yang betul.

“Mereka mesti bina produk yang betul di tempat yang betul pada harga yang betul dan pada jumlah yang betul.”

Chang turut mengulas perluasan skim pembiayaan berperingkat PR1MA kepada pemaju perumahan swasta, dan berkata langkah itu mungkin membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang.

“Pemaju perumahan akan terdorong untuk menaikkan harga rumah kerana tahu pembeli mampu mengambil pembiayaan akhir yang lebih tinggi. Keadaan itu juga akan menaikkan harga hartanah yang sudah siap dibina.”

Putrajaya sepatutnya mengambil langkah memperlahankan harga hartanah yang semakin meningkat dengan menaikkan kos masuk dan keluar pemilik yang memiliki banyak hartanah seperti menaikkan duti setem dan cukai keuntungan harta tanah.

Dalam masa yang sama, beliau menggesa kerajaan persekutuan memberikan lebih banyak insentif kepada pemaju perumahan untuk membina perumahan mampu milik seperti mengasingkan tanah pada kos yang lebih rendah, memberi kelulusan secara pantas dan pengecualian cukai. (TKO)


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)


E-Buku IH-118: Kisah-kisah Saya Pilih Damai.. Islam (2)
Ikuti seterusnya..

Sebelum ini..

Pengalaman Jiwa, Bagaimana Ku Pilih Islam. -Amina Islam -


Imej yang berkaitan

LAHIR tahun 1953 di Linz bandar di Austria, saya menghabiskan masa kecil saya di Munich (Jerman) sehingga kami pindah ke Salzburg (Austria) ketika saya berusia 16 tahun.

Saya membesar dengan cara Kristian konservatif. Orang tua saya orang Kristian Protestan yang ketat, yang percaya pada Alkitab dan berdoa kepada Isa sebagai anak Tuhan. Mereka mendidik saya untuk mengekalkan piawaian yang tinggi dalam moral dan etika.

Hasil carian imej untuk Linz kota di Austria
Amina lahir di sini, Linz bandar di Austria.

Setelah saya lulus Sekolah Menengah Atas, saya mula mempelajari biologi dan secara parallel saya juga bekerja 'setengah hari', di Universiti Salzburg.
Kerana saya tidak ikut berpartisipasi dalam kegiatan Kristian dari gereja Protestan, orang tua saya kemudian menetapkan saya untuk berhubung dengan gereja evangelis, 'Pembaptis masyarakat' (sebuah gereja Kristian perwakilandari gereja yang terkenal berpengaruh di Amerika Syarikat).

Saya berada di sana untuk menjadi ahli aktif dan juga pemimpin kumpulan pelajar. Saya mempelajari Alkitab beberapa kali dan percaya pada dogma Isa sebagai anak dan sebahagian dari Tuhan, dan keselamatan semua umatnya kerana adanya penghapusan dosa hanya dengan pengorbanan Yesus di salib.

Tetapi beberapa tahun kemudian, masih di komuniti yang sama, saya mula mempunyai keraguan, saya tidak boleh lagi menerima dasar iman Kristian, kerana bertentangan dengan penalaran logik saya. Walaupun saya berulang kali diberitahu bahawa ini adalah misteri Allah dan ini masalah iman. 

Tapi aku berkeras bahawa aku hanya boleh percaya bahawa Yesus adalah manusia dan ia hanya seorang nabi yang mempunyai hubungan khusus dengan Allah, yang ditugaskan menyampaikan kepada umat tentang ajaran kehidupan dan ajaran-ajarannya.

Saya berkahwin dengan seorang lelaki dari gereja Baptist dan saya menyelesaikan kajian hingga mencapai gelar doktor. Dari perkahwinan itu saya dianugerahkan dua anak, tetapi kami bercerai dan saya meninggalkan gereja Baptist, juga kerana keraguan saya tentang dasar agama Kristian.

Aku perlu cari pekerjaan penuh masa, kerana aku sendirian bertanggung jawab untuk anak-anak saya, tapi alhamdulillah saya mendapat pekerjaan yang sangat baik di Universiti Salzburg. Aku puas untuk mendapatkan hasil jerih payah sendiri untuk memastikan kebebasan kewangan.


Pengetahuan tentang Islam pada masa itu hanyalah prasangka terdahulu yang pastor Kristian memberitahu kita dan juga diperkuat oleh media. Saya telah berkahwin untuk kali kedua dan saya masih mencari kebenaran. Namun perkahwinan kedua itu kembali menjadi bencana dan akhirnya pernikahan kedua berakhir dengan perceraian. 

Sama seperti dalam kes pertama, sebab perceraian itu adalah bahawa suami saya memanfaatkan kedudukan saya, wang saya dan hasrat saya untuk harmoni. Dia tidak menyokong saya dengan bantuan kewangan, praktikal atau bantuan psikologi atau membantu menjaga kanak-kanak. Tetapi sekarang, saya sudah bebas dengan asas yang kukuh dalam hidup saya: 

Saya telah menjadi profesor di universiti dengan tanggungjawab saya untuk kerja saya. Oleh kerana saya tidak merasa bahagia dalam kehidupan peribadi saya, tetapi sentiasa dipenuhi dengan pekerjaan berganda, pekerjaan, kanak-kanak dan rumah tangga, saya mengalami kemurungan selama beberapa tahun. Saya hanya terus berjalan di bahtera hidup antara tanggungjawab memupuk anak-anak saya dan kerja saya.

Selepas perceraian kedua saya tinggal dengan lelaki yang lebih muda selama sembilan tahun tanpa perkahwinan, seperti halnya di dunia barat. Apabila dia meninggalkan saya kerana ada seorang wanita yang lebih muda, saya mula menyusun semula hidup saya sebagai satu, sendirian dan sendirian, tanpa harapan orang lain. 

Saya mempunyai pekerjaan yang baik, kanak-kanak menjadi lebih tua, pangsapuri yang bagus, kereta, dan hobi seperti mendaki gunung, bermain ski .. Saya boleh berdiri sendiri dua kaki saya. Tetapi saya tidak berputus asa mencari kebenaran. Saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan agama dan saya tidak mahu berhubung dengan orang-orang ini, kerana nampaknya mereka yang mengaku sebagai agama adalah "menakutkan dan kaku".

September 2002, apabila saya dipujuk oleh seorang kawan untuk menghabiskan minggu bercuti. akhirnya saya bersetuju, dan kami terpaksa menempah penerbangan pada saat-saat terakhir dan mendapati tawaran yang sangat murah untuk perjalanan ke Mesir. Matlamat saya adalah untuk berehat,. Satu-satunya perkara yang saya tidak benar-benar berminat ialah bertemu lelaki lain di mana sahaja.

Malam pertama di hotel yang sangat indah dan saya pergi ke restoran bufet untuk makan malam, apabila saya melihat Walid, seorang lelaki tempatan buat kali pertama, seorang chef di hotel dan kemudian menjadi suami saya 'ketiga' kemudian. Apabila mataku bertemu, bagaimana saya jatuh cinta. Walid berkata perkara yang sama kemudiannya. Kami tidak berkomunikasi selama dua hari lagi sehingga Walid mula menulis surat. Salah satu cadangan pertama yang dicadangkan kepada saya ialah kita mesti berkahwin. 

Selebihnya cuti minggu saya tidak cukup masa untuk membuat keputusan, fikiran saya untuk prasangka yang baik dan banyak keraguan menyala di kepala saya dan berjuang dengan perasaan kasih sayang di hati saya.
Kemudian saya kembali ke Austria. Saya menyedari bahawa kita mempunyai halangan yang jelas kerana perbezaan antara kita (umur, budaya, agama, pendidikan dan bahasa). 

Sesungguhnya penghalang adalah pendapat komuniti tetapi bukan dari pengalaman saya sendiri. Akhirnya saya bercadang untuk kembali ke Mesir dua bulan kemudian untuk memberi peluang untuk mencintai. Tuhan mula memimpin hidup saya. Beberapa hari selepas saya kembali ke Austria, seorang wanita dari Mesir mula bekerja sebagai tetamu saintis di institusi saya selama satu tahun. 

Dua minggu kemudian saya mula melawat kursus bahasa Arab di universiti yang ditawarkan oleh profesor dari Mesir. Mereka juga mengajar banyak tentang Islam, budaya dan bahasa Arab, yang saya ingin belajar untuk memudahkan komunikasi dengan Walid. Berminat untuk mengetahui lebih banyak tentang Islam, saya membeli banyak buku dan terjemahan Quran (dari buku karya Murad Hofmann, duta besar Jerman, yang masuk Islam sebelum ini). 

Saya sangat terkejut dengan pemahaman saya tentang Tuhan dan dunia yang dicerminkan oleh Al-Quran. Saya mendapati kesesuaian dengan "Perjanjian Lama" dan "Perjanjian Baru" dengan Injil Yesus, tetapi tanpa dogma gereja bahawa Yesus dianggap sebagai anak Tuhan. Pada kunjungan kedua saya di Mesir, saya mendapati bahawa Walid adalah orang yang sangat serius yang berasal dari keluarga besar petani, kami melawat keluarganya bersama-sama.

Pada malam pertama, kami berkahwin dengan surat nikah tempatan, Surat nikah tersebut yang melindungi kita sekurang-kurangnya terhadap polis dan juga menyempurnakan undang-undang Islam sebagai bukti perkahwinan antara lelaki dan wanita dan bukan hubungan di luar nikah. Selepas perjalanan ini, saya mengembara tiga kali ke Mesir, sehingga kami boleh berkahwin secara rasmi di Kaherah, dan sehingga kami mempunyai visa untuk Walid supaya dia boleh datang bersama saya ke Austria.


Sebaik sahaja suami saya datang ke Austria, kami menghubungi masjid di Salzburg dan saya membeli lebih banyak buku. Pada tahun ini saya perlahan-lahan mula mempelajari perkara-perkara tentang Islam dengan membaca buku dan dengan bantuan sahabat-sahabat Muslim saya di Austria. Secara luar biasa saya juga dihubungi oleh Universiti Cairo sebagai pemeriksa tesis.

Dua buku yang penting yang membuat saya terbeliak adalah, buku karya Maurice Bucaille "Alkitab, Quran dan Ilmu Pengetahuan Alam", yang membuktikan bahawa semua kenyataan ilmiah dalam Al-Quran sesuai dengan kajian saintifik terbaru, dan "Injil Barnabas", di mana Yesus mengkhabarkan kedatangan Nabi Muhammad dan dia enggan disembah sebagai Tuhan, itu adalah perkara yang membuka mata saya.

Dalam beberapa lawatan ke Mesir, saya akhirnya bertemu seorang Muslimah yang baik sebagai kawan rapat. Saya kagum bahawa kebanyakan orang Islam, termasuk golongan muda, bercakap secara terbuka dan mereka sangat menghormati Allah dan Islam. Al-Qur'an menegaskan bukan hanya penjelasan tentang Tuhan dan dunia, tetapi semua pernyataannya, seperti sains alam, tidak mempunyai percanggahan dengan realiti. 

Saya dibenarkan dan juga digalakkan menggunakan logik saya! Saya mendapati bahawa Islam bukan agama baru, tetapi "pembaharuan" akar agama Ilahi untuk orang Yahudi dan Kristian. Kerana Nabi Ibrahim adalah bapa semua agama monoteistik dan nenek moyang para nabi, termasuk Yesus. Nabi terakhir Muhammad adalah sempurna para nabi dengan membawa syariat yang sempurna.

Al-Qur'an adalah wahyu Allah dan Muhammad adalah utusanNya! Jika ini adalah kebenaran dan saya percaya ini, saya mesti menerima Quran secara keseluruhannya termasuk mana-mana undang-undang di dalamnya. Pada masa itu aku ragu-ragu untuk membuat langkah beralih kepada Islam, kerana saya tahu akibatnya, bahawa bila saya pindah ke Islam maka saya mesti ikuti dan menjaga aturannya juga, menerima sekatan untuk hidup saya (misalnya tidak ada alkohol, tidak ada daging babi) dan bersikap dengan cara yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah.

Pada awal Ramadhan 2004, Walid bertanya kepada saya apakah saya ingin mengambil langkah akhir untuk mengubah agama saya. Dan saya akhirnya menerima Islam pada masa itu. Kemudian kami menjemput beberapa adik-beradik dan saya bercakap tentang menjadi martir (bukti Iman). Saya telah belajar bagaimana untuk berdoa dan mula berdoa seperti biasa. Sudah tentu, saya berpuasa pada Ramadan.

Saya sangat gembira sekarang bahawa saya adalah sebahagian daripada masyarakat Islam. Saya cuba meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dan meningkatkan pengetahuan saya tentang Islam dan berkomitmen untuk memenuhi undang-undang Syariah sebaik mungkin.

Masih terdapat dua isu utama yang masih ada. 

Pertama adalah keluarga besar saya. Walaupun mereka sudah mengetahui pendapat saya tentang Islam, saya tidak dapat memberitahu mereka bahawa saya telah ditukarkan. Mereka sudah tua dan sakit dan jika saya memberitahu mereka tentang Islam saya, sesuatu akan berlaku kepada mereka mengenai kesihatan mereka, saya fikir pada masa itu. 

Masalah kedua, saya tidak dapat memakai tudung di tempat kerja dan di kawasan yang saya kenal. Walaupun di Austria Islam adalah agama yang terkenal, tetapi orang-orang di sana masih mempunyai masalah untuk menerima Islam dan terutama memakai tudung sebagai simbol. Oleh kerana tugas umum saya, dengan penggunaan tudung saya akan mendapat banyak masalah di tempat kerja, terutama sekali yang menjejaskan kumpulan kerja saya di universiti.

Sebaliknya, walaupun saya masih tidak menggunakan hijab, saya menggunakan setiap peluang untuk bercakap tentang Islam. Saya cuba hidup sebagai seorang muslimah yang baik, memohon Islam dan menetapkan contoh yang baik.

Tuhan akhirnya membantu saya untuk mencari jalan yang betul dalam masalah saya dan pencarian saya untuk kebenaran, Alhamdulillah.

-Amina Islam -
Sumber: OnIslam.net
Nota: Gambar yang sepadan tidak ditunjukkan dari sumbernya.

Sila lihat di sini..




IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Belanjawan Tak Bertanggungjawab -Azmin Ali.



Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengkritik Belanjawan 2018 yang diumumkan Najib di Parlimen hari ini sebagai belanjawan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya lihat belanjawan yang dibentangkan tahun ini sama seperti tahun-tahun lepas. Ia belanjawan yang tak bertanggungjawab.

Menurut Azmin, ini kerana peruntukan pengurusan lebih tinggi berbanding peruntukan pembangunan.

“Najib sebagai menteri kewangan memperuntukkan belanja pengurusan yang lebih tinggi, meningkat sehingga 84 peratus, sedangkan peruntukan untuk pembangunan hanya 16 peratus.

“Jadi bagaimana kerajaan Malaysia mahu merancakkan petumbuhan ekonomi jika hanya 16 peratus (untuk pembangunan)?” katanya.

Dalam ucapan Belanjawan 2018 hari ini, Najib mengumumkan peruntukan RM234.25 bilion ringgit perbelanjaan pengurusan sementara RM46 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan.

Mirip belanjawan Selangor

Azmin yang juga merupakan menteri besar Selangor berkata, Belanjawan 2018 turut mempunyai inisiatif yang menyerupai belanjawan Selangor.

"Saya juga melihat inisiatif (Belanjawan 2018) mirip dengan yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan negeri Selangor dah laksanakan TAWAS sejak beberapa tahun lepas kepada anak-anak baru lahir. Tapi hari ini baru perdana menteri memperkenalkan ADAM50.

"Saya melihat pengumuman (Belanjawan 2018) ini mirip kepada (belanjawan) Selangor dan Selangor boleh jadi modul pengurusan ekonomi," katanya.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008 untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor. Dalam ucapan Belanjawan 2018, Najib mengumumkan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang memperuntukkan kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak 200 ringgit melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata tidak seharusnya timbul soal Belanjawan 2018 meniru belanjawan Selangor.

"Apa yang lebihnya bajet Selangor kepada rakyat? Kita kena ingat, kemajuan negeri Selangor bergantung kepada segala prasarana.

"Macam KLIA, tak cukup satu, buat dua. LRT, MRT di negeri Selangor siapa yang buat? Lebuh raya siapa yang buat? Tidak ada perkara yang boleh dibanggakan untuk kata kita (kerajaan pusat) tiru (belanjawan) Selangor.

"Apapun secara keseluruahnnya, bajet kali ini beri faedah kepada semua. Perdana Menteri amat prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat," katanya.

Pemansuhan tol

Menyentuh berkenaan pemansuhan beberapa tol termasuk di Selangor yang turut diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2018, Azmin berkata ia adalah hasil usaha rakyat.

"Soal pemansuhan Tol Batu 3, Shah Alam saya ucapkan tahniah kepada rakyat negeri selangor yg berani bangkit tuntut hak mereka.

"Setelah bebrapa tahun berjuang kerajaan akhirnya tunduk kepada rakyat untuk mansuhkan tol itu," katanya.

Najib dalam ucapannya turut mengumumkan pemansuhan empat tol lebuh raya di Selangor, Kedah dan Johor berkuatkuasa bermula tahun depan.
Tol yang akan dimansuhkan itu ialah di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedan dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Bajet 2018, Bajet Wowww!! -Dr Azman Ibrahim



INILAH istilah yang paling tepat untuk pembentangan Bajet 2018. Puluh bilion sana, belas bilion sini. Ratus juta sana, puluh juta sini.
Beratus bilion untuk bina lapangan terbang baru, MRT2, MRT3, keretapi laju ke Singapura, bina lapangan terbang baru, naik taraf lapangan, bina lebuh raya dan segala aneka ragam lagi.

Ratus juta untuk Amanah Ikhtiar, puluh juta untuk pemandu teksi, puluh juta untuk peneroka felda, penoreh getah, pesawah dengan pelbagai janji tahap wow!

Polis, Askar, APMM, AKSEM dan PGA dijanjikan dengan berbilion termasuk pembelian pelbagai aset baru.

Nama Jeruk Pak Ali dan Telekong Siti Khadijah turut disebut. Kak Wan peserta Amanah Ikhtiar turut diundang ke Parlimen.

Orang asli tak ketinggalan dapat peruntukan jutaan ringgit. Ada anak masuk universiti, RM5,000 menanti sebagai habuan untuk keluarga orang asli.
Bilion ringgit untuk arena sukan negara termasuk bolasepak. Kita harap lepas ni boleh masuk Piala Dunia.

Kaum wanita yang lembut hati mereka dibelai oleh PM dengan sehabisnya. India, Cina semua disentuh.

Beberapa kali diulang ungkapan "Ini adalah sejarah dalam pembentangan bajet negara!" "Peruntukan terbesaaarrr dalam sejarah bajet negara!"
Ia benar-benar menjadikan bajet ini berkualiti tahap wowww!! Inilah bajet PRU!

Tapi nak tanya sikit, dengan segala nilai wow yang dibentangkan tadi, duit dah ada atau nanti rakyat akan kena tekan macam-macam untuk kerajaan nak dapat duit bagi menampung keperluan wow ini?

DR AZMAN IBRAHIM
AJK PAS Pusat
27 Oktober 2017. 



IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

Gagal Banjir, Tarik Balik Mandat Dari Kerajaan DAP PP. - M/Fauzi Yusoff,

 KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (tengah) semasa hadir meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, Tanjung Bungah. - Foto Danial Saad

KEPALA BATAS: PAS Pulau Pinang mengingatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya menjadikan banjir kilat yang melumpuhkan sebahagian besar kawasan di negeri ini Jumaat lalu, sebagai pengajaran kerana terlalu lantang mengkritik kerajaan Kelantan.
Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff, berkata kritikan Guan Eng yang mendakwa kerajaan Kelantan gagal mengurus tadbir negeri itu dengan baik selepas berlakunya banjir besar pada 2014 lalu, mengguris perasaan banyak pihak khususnya rakyat negeri terbabit.
Beliau berkata, setiap negeri tidak terkecuali berhadapan dengan senario bencana alam termasuk Pulau Pinang sendiri yang beberapa kali dilanda banjir kilat.
"Lihatlah, banyak kali negeri ini dilanda banjir kilat, tetapi isu ini masih tidak dapat diselesaikan bahkan keadaan menjadi semakin teruk.
"Semasa PAS di bawah pakatan pembangkang lagi masalah ini wujud dan berlarutan," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Hijau dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Pulau Pinang di sini, malam tadi.
Muhammad Fauzi berkata, susulan daripada masalah banjir yang gagal ditangani kerajaan negeri, rakyat Pulau Pinang harus memikirkan sama ada mahu terus memberi mandat kepada kerajaan DAP Pulau Pinang atau sebaliknya.
"Kerajaan negeri sebelum itu mengkritik kerajaan Kelantan, tetapi dalam masa sama mereka turut gagal menyelesaikan masalah sama.
"Jadi, nak bagi lagi ke mandat kepada mereka untuk memimpin?," katanya. (BH)
IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails