Monday, October 23, 2017

Lagi Serangan Dekat Mogadishu..









MOGADISHU, 3 Safar 1439H, Isnin – Tatkala bumi Somalia masih berkabung susulan kejadian letupan bom trak di ibu kota negara itu minggu lalu, satu lagi serangan dilaporkan berlaku berhampiran Mogadishu semalam, lapor Al Jazeera.
Menurut sumber agensi berita berkenaan, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh membabitkan wanita dalam serangan ke atas sebuah bas mini yang membawa penumbang dari bandar pesisir.
Dilaporkan, kesemua mangsa terkorban adalah petani.
Saksi kejadian, Mohamed Hasan berkata, beliau percaya mangsa yang terkorban adalah orang awam. Malah katanya, beliau melihat kenderaan tentera Somalia melepasi tempat kejadian.
“Saya melihat mayat-mayat bergelimpangan selepas letupan itu, dan tidak menolak kemungkinan serangan itu menyasarkan kumpulan tentera,” katanya.
Sementara saksi lain, Harun Osman berkata, bas yang diletupkan itu dalam perjalanan menuju ke bandar Balad di rantau Middle Shabelle.
Sehingga kini, tiada pihak yag bertanggungjawab atas serangan itu, sebagaimana yang berlaku di ibu negara berkenaan sebelum ini.
Minggu lalu, sejumlah 358 orang terbunuh dan 288 yang lain cedera parah dalam kejadian letupan bom trak di Mogadishu.- Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails