Wednesday, October 25, 2017

Dua Aktivis PPIM Didakwa 'khianat dan pencerobohan'.


 MUHAMMAD YUSUF (dua dari kiri) dan Ali (tiga dari kiri) diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Kajang semalam.
KAJANG – Dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan khianat dan pencerobohan sebuah stor kereta di sini Julai lalu.
Kedua-dua tertuduh iaitu Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhamad Yusuf Azmi, 27, dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khasnya, Ali Salimin, 50, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Terdahulu, mereka berdua menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini pada pukul 7.45 pagi namun dibawa ke mahkamah bagi proses pendakwaan yang turut dihadiri kira-kira hampir 150 penyokongnya.
Bagi pertuduhan pertama, Muhamad Yusuf dan Ali didakwa dengan niat bersama telah melakukan perbuatan khianat memotong kunci pagar stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. di Lot 1926A, Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13 di sini.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.30 petang, 10 Julai lalu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau ke­dua-duanya sekali mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails