Tuesday, October 24, 2017

Tragedi Tanah Runtuh PP: G/Eng/DAP Patut dihukum?


Tragedi Tanah Runtuh Pulau Pinang : JAS Sudah Tolak Permohonan Pemaju

Infografik:

PETALING JAYA: Permohonan para pemaju untuk membina projek kediaman di tapak lokasi kejadian tanah runtuh yang mengorbankan sembilan nyawa pekerja pembinaan itu ditolak oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kerana ia terletak berhampiran tapak kuari.


“Tapak pembangunan itu terletak betul-betul di sebelah Teik Granite Quarry, sebuah kuari granit kekal yang mula beroperasi pada tahun 1960,” kata kementerian itu melalu satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Kementerian itu berkata, pihaknya menerima permohonan kebenaran perancangan daripada pemaju pada 9 Januari 2015 dan Jabatan Alam Sekitar menolaknya pada 23 Januari tahun yang sama.

Kenyataan tersebut menyatakan bahawa tapak kuari itu melakukan letupan dua kali sebulan, yang paling terkini adalah pada 9 Oktober lalu.

“Sebaik sahaja batu-batu itu diletupkan dari lereng bukit, ia akan dihantar ke tapak penghancuran dalam kawasan kuari untuk dihancurkan menjadi batuan kecil yang digunakan bagi tujuan pembinaan,” kata kenyataan tersebut.

Kementerian itu berkata, pihaknya tidak menyokong permohonan itu kerana tidak ada zon penampan di antara projek pangsapuri dengan kawasan aktiviti kuari berhampiran seperti yang dikehendaki oleh Garis Panduan Tapak dan Pengezonan Industri & Kawasan Kediaman.

“Aktiviti penggalian hanya 162 meter (m) dari tapak penghancuran dan antara 400m dan 500m dari tapak letupan.
“Oleh itu, ia bukan persekitaran yang selamat dan damai bagi rakyat untuk hidup,” katanya – The Star

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau pentadbiran kerajaan Malaysia tidak sempurna dari berbagai segi termasuk rasuah dan kewangan, mesti PMnya bertanggung jawab dan patut dihukum.

Begitu juga dengan masalah di Pulau Pinang, G/Eng, Kit Siang dan DAP patut dihukum, sekurang-kurangnya ditolak dalam PRU 14 ini.

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails