Saturday, July 16, 2022

Blackpink akan datang KL lagi. Wajarkah?

 

Blackpink berkongsi kejayaan single Kill This Love yang meraih tontonan lebih 1.6 bilion di YouTube melalui entri di Instagram (IG) kumpulan itu. Foto IG Blackpink Official

HALAMAN HIBURAN

1. Blackpink datang KL Mac tahun depan

KUALA LUMPUR: Empat gadis yang mencetuskan fenomena dalam dunia K-pop, Blackpink mengesahkan Kuala Lumpur menjadi antara lokasi siri jelajah konsert mega mereka, Mac tahun depan.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa akan menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 4 Mac tahun depan dalam konsert sempena kemunculan album terbaharu mereka, bulan depan.

Memetik laporan portal hiburan TwentyTwo13, Blackpink akan singgah di Kuala Lumpur dalam siri jelajah yang dikatakan terbesar pernah dianjurkan sebuah kumpulan K-pop wanita.

Kali terakhir Blackpink beraksi di Malaysia adalah pada konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Februari 2019.

Album baharu Blackpink cukup dinantikan peminat selepas empat sekawan itu melancarkan bingkisan diberi judul The Album pada Oktober 2020.

Selain Blackpink, Kuala Lumpur juga menjadi destinasi pilihan Billie Eilish yang akan mementaskan konsert di premis sama pada 18 Ogos depan, disusuli Calum Scott, Oktober depan dan Jay Chou pada 15 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, konsert Justin Bieber yang dijadualkan dianjurkan di sini, pada 25 Oktober depan, belum dapat dipastikan.

Ini berikutan penyanyi itu mengalami sindrom Ramsay Hunt atau kelumpuhan wajah yang memaksa beliau menangguhkan siri jelajah dunia. - AGENSI

2. Billie Eilish bikin konsert di KL 

Mei tahun lalu, tiket konsert bagi siri jelajah penyanyi Bad Guy ini di Amerika Utara, United Kingdom (UK) dan Eropah habis dibeli peminat. Foto IG Billie Eilish

KUALA LUMPUR: Bintang elektropop sensasi yang meraih tujuh trofi Anugerah Grammy, Billie Eilish akan mengadakan konsert sulungnya di sini, sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan.

Penyanyi berusia 20 tahun itu akan menghangatkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada konsert yang cukup dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia.

Selain Kuala Lumpur, siri jelajah itu akan singgah di beberapa ibu kota di Asia seperti Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.

Konsert itu sempena album studio terbaharu, Happier Than Ever edaran Universal Music.Mei tahun lalu, tiket konsert bagi siri jelajah penyanyi Bad Guy ini di Amerika Utara, United Kingdom (UK) dan Eropah habis dibeli peminat. 

Eilish pilih Kuala Lumpur antara enam destinasi Asia dalam siri jelajah dunia, Happier Than Ever, Ogos depan. Foto Agensi

Sejak melancarkan single Ocean Eyes pada 2015, populariti penyanyi kelahiran Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) ini melonjak dengan karya unik dan muzik berbeza.

Album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? yang diterbitkan pada 2019, melonjak ke tangga pertama carta Billboard 200 di AS dan 17 negara lain.

Album itu termasuk bingkisan terbaharu, Happier Than Ever ditulis, diterbit dan dirakam sepenuhnya Eilish bersama abangnya, Finneas.

Dalam tempoh empat tahun, Eilish mencipta fenomena dan dilaporkan karyanya distrim lebih 73 bilion.

Dibawa Live Nation Malaysia, pra-jualan untuk kelab peminat Eilish dibuka jam 10 pagi esok, disusuli ahli Live Nation, Sabtu ini pada jam 10 pagi.

Tiket berharga RM308, RM408, RM508 dan RM598.

Layari www.livenation.my untuk mendaftar sebagai ahli dan mendapat akses pra-jualan tiket.

Tiket untuk orang ramai mula dijual Isnin ini, jam 10 pagi melalui www.golive-asia.com dan GoLive Ticketing App. - NST Online

Komen Weblog Ibnu HasyimBlackpink akan datang KL lagi. Wajarkah? 

Malaysia yang sedang menyemai budaya hidup Islam adakah wajar dibiarkan dilanda ribut budaya barat bercanggah dengan cara hidup Islam di negara sendiri? Sedangkan pihak Islam sedang menyemarakkan disiplin 'patuh syariah' sesuai dengan tuntutan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah suatu amalan terpuji..

Ya, marilah kita sama-sama fikirkan!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Tuntutan waris Sultan Sulu, kerajaan PH burukkan keadaan - Najib

 

Datuk Seri Najib Razak. - Foto hiasan NSTP/ROHANIS SHUKRI

1. Tuntutan waris Sultan Sulu, kerajaan PH burukkan keadaan - Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membidas tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang menyalahkannya berhubung isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Sabah, sedangkan kesilapan paling besar dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Najib menyifatkan kesilapan besar itu ialah tindakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menulis surat kepada waris Sultan Sulu untuk menyatakan rasa kesal dan menawarkan bayaran RM48,000 bagi menyelesaikan kes bayaran yang dihentikan kepada waris berkenaan waris berkenaan.

Najib berkata, pendirian kerajaan Malaysia ialah tidak pernah mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Kesultanan Sulu dan kerajaan PH juga tidak menghantar atau melantik peguam untuk mempertahan kerajaan di mahkamah timbang tara.

"Bukan setakat kerajaan PH tidak membincangkan perkara ini dalam Kabinet, biar pun ia tuntutan RM66 bilion tetapi kerajaan PH juga tidak menghantar peguam untuk mengambil bahagian semasa timbang tara.

"Paling jahanam adalah walaupun kerajaan PH mengambil pendirian kita tidak iktiraf tuntutan pihak yang mendakwa waris Sultan Sulu tetapi Peguam Negara kerajaan PH pula menulis surat untuk mengaku kesal, mengiktiraf waris Sulu dan menawarkan untuk membayar tunggakan RM48,000.

"Di sana tak mahu iktiraf, di sana pula tulis surat untuk iktiraf? Surat ini pula digunakan sebagai bukti dalam mahkamah timbang tara yang Malaysia mengaku salah dan kita dikenakan tuntutan membayar RM66 bilion pula," kata beliau melalui Facebooknya, malam tadi.

Semalam, Rafizi mendakwa kegagalan dan kecuaian pentadbiran kerajaan ketika diterajui Najib menjadi punca menyebabkan harta milik PETRONAS dan agensi lain terdedah tindakan sita di seluruh dunia, dalam isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu kerana didakwa cuai dalam kes berkaitan isu tuntutan waris Sultan Sulu kepada kerajaan.

Najib mendakwa, menteri kerajaan PH cuba lepas tangan dan mengatakan mereka tidak tahu Tommy menghantar surat berkenaan.

"Tak ambil berat untuk bincang dalam Kabinet kerajaan PH, tak hantar peguam untuk mengambil bahagian dan menulis surat untuk mengaku kesal dan salah pulak? Mahu kita tak kalah," katanya. (BH)


2. Waris Sultan Sulu rampas aset PETRONAS RM8.87 bilion – Financial Times 

Kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis pada 3 Mac 2022. (FOTO Serambinews.com - Tribun)

LONDON: Dua anak syarikat milik syarikat gergasi minyak Malaysia, PETRONAS yang diperbadankan di Luxembourg didakwa telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia dengan perjanjian yang didakwa ditandatangani 144 tahun lalu.

Menurut laporan Financial Times yang berpangkalan di London, peguam yang mewakili waris Sultan Sulu yang sebelum ini mendakwa memegang hak terhadap tanah di negeri Sabah berkata bahawa bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka pada Isnin (11 Julai).

Dua anak syarikat terbabit yang didaftarkan di Luxembourg itu ialah Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang menguruskan kepentingan gas syarikat tenaga milik PETRONAS, dilaporkan bernilai lebih daripada AS$2 billion (RM8.87 bilion).

Langkah itu, yang pertama kali dilaporkan, adalah sebahagian daripada usaha undang-undang yang dilancarkan pada 2017 oleh pewaris Sultan Sulu untuk memenangi pampasan ke atas tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878, sebelum penemuan besar sumber alam di kawasan tersebut.

Pada Mac 2022, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain, mesti membayar waris berkenaan sebanyak RM62.59 bilion. 

Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dilaporkan telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang sebelum ini menuntut sebanyak RM62.59 bilion dari Malaysia dengan perjanjian yang didakwa ditandatangani 144 tahun lalu.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II, menuntut jumlah amat besar sebagai pampasan daripada Malaysia berikutan proses timbang tara berkenaan.

Sehubungan itu, pada 3 Mac 2022, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi membatalkan Final Award berhubung isu tuntutan pihak mengaku sebagai waris Sultan Sulu di Mahkamah Arbitari Paris, Perancis dalam memastikan kedaulatan dan kepentingan Malaysia terpelihara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika itu berkata, tindakan berkenaan dibuat bagi memastikan keputusan tersebut tidak boleh dikuatkuasakan selain memastikan Malaysia tidak perlu membayar wang pampasan sebanyak RM62.59 bilion seperti yang dituntut waris Sultan Sulu berkenaan. – HARAKAHDAILY 12/7/2022


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO

BANGSAMORO MNLF-mujahideen in jolo-sulu MINDANAO


Bangsamoro Mujaheedin (Nasheed)




MNLF, MILF leaders sign joint declaration urging passage of BBL



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Aaliyah raih gangsa. Nak raih 'patuh syariaah'?

 


Aaliyah (kanan) meraih gangsa acara tricks wanita dalam Sukan Dunia 2022. - Foto FB Hanifah Yoong Yin Fah

Aaliyah raih gangsa temasya Sukan Dunia 2022

KUALA LUMPUR: Ratu ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah menyumbang pingat kedua buat Malaysia di temasya Sukan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi gangsa acara tricks wanita dalam aksi final, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Oak Mountain State Park itu, Aaliyah, 19, beraksi cemerlang untuk mengakhiri saingan di tempat ketiga daripada lima peserta yang beraksi di pentas final apabila mengutip 7,960 mata.

Emas dalam acara itu dimenangi atlet Kanada, Neilly Ross yang mengumpul 9,690 mata manakala wakil tuan rumah, Anna Gay kedua dengan 9,190 mata. Kejayaan itu juga dianggap sebagai hadiah istimewa buat Aaliyah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini.

Jurulatih yang juga bapa kepada Aaliyah, Hanifah Yoong Yin Fah, berkata kejayaan anaknya itu adalah hasil usaha semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet berkenaan.

"Syabas dan terima kasih kepada Larry Gisler, jurulatih Aaliyah selama 14 tahun sejak 2008 ketika Aaliyah berumur 5 tahun. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penaja dan rakyat Malaysia yang menyokong Aaliyah," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, Aaliyah sekali lagi berpeluang untuk melakar satu lagi keputusan positif apabila turun beraksi dalam acara jump terbuka wanita yang dijadual esok.

Aaliyah mengesahkan kemaraan ke pentas final selepas menamatkan saingan pusingan kelayakan dalam kelompok lima terbaik dengan berada di kedudukan keempat apabila mengumpul 6,700 mata.

Saingan pusingan kelayakan diungguli Neilly yang mengutip 9,750 mata diikuti Anna 9,190 mata manakala atlet Colombia, Daniela Verswyvel ketiga dengan 7,100 mata.

Gangsa yang diraih Aaliyah adalah yang kedua buat Malaysia di temasya kali ini gandingan beregu boling wanita negara, Natasha Roslan-Sin Li Jane turut memenangi pingat sama, Selasa lalu.

Kejayaan itu dianggap sebagai hadiah istimewa buat Aaliyah yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini. (BH) 

Aksi Aaliyah Yoong Hanifah pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia. - Foto ihsan FB Hanifah Yoong.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aaliyah raih gangsa temasya Sukan Dunia 2022. Tapi aktiviti sukan di negara Malaysia masih belum 'patuh syariah' sepenuhnya, kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu, iaitu di negeri yang diperintah oleh Parti PAS.

Kalau orang Islam mahu negaranya ini mengikut peraturan Islam 'patuh syariah', maka inilah peluangnya, PRU 15 akan datang ini bantulah dan berilah kemenangan kepada PAS!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails