Tuesday, July 12, 2022

2 anak Ziela Jalil dalami agama di Yaman & nasihat hidup bermadu

 

Pemergian Ibrahim turut ditemani anak keduanya, Megat Jufri pada Khamis lalu. - Foto IG Ziela Jalil

HALAMAN HIBURAN

1. Ziela lepaskan dua anak dalami ilmu agama di Yaman

KUALA LUMPUR: Demi mengejar impian melihat anak bongsunya, Ibrahim Junid Abdullah mendalami ilmu agama, penerbit drama, Datuk Ziela Jalil nekad melepaskan kanak-kanak berusia 10 tahun itu belajar di sebuah sekolah agama di Yaman.

Ziela berkata, meskipun menyedari Ibrahim terlalu muda untuk merantau, namun, dirinya berpegang teguh kepada pendirian melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

"Saya bersama rakan-rakan pernah dijemput berkunjung ke rumah seorang guru agama di Yaman, tiga tahun lalu. Kediamannya turut dijadikan pusat pengajian agama dan saya sangat menyukainya.

"Dari situ, saya tertarik dan berhasrat untuk menghantar Ibrahim. Bagaimanapun, pada masa itu, Ibrahim baru berusia 7 tahun.

"Ramai rakan-rakan menasihatkan saya memandangkan Ibrahim terlalu muda untuk belajar di luar negara.

"Bagaimanapun, kali ini Allah gerakkan hati saya dan nekad menghantarnya bersekolah di sana. Dengan usianya masih muda, saya rasa ini adalah masa terbaik untuk Ibrahim mendapat asas agama yang kukuh," katanya kepada BH Online.

Tambah Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu, pemergian Ibrahim turut ditemani anak keduanya, Megat Jufri Nasrullah pada Khamis lalu.

"Ibrahim pergi ke Yaman bersama abangnya, Megat Jufri. Secara kebetulan, Megat Jufri juga akan mengikuti pengajian intensif agama di sekolah yang sama selama 40 hari.

"Bagaimanapun, Megat Jufri akan berada di Yaman untuk menemani adiknya selama tiga bulan. Saya juga terharu dan bersyukur kerana pemergian Megat Jufri atas kehendak sendiri yang mahu memperkukuhkan pengetahuan agama," luah pelakon filem Perawan Malam ini. 

Meskipun menyedari Ibrahim masih muda untuk merantau, namun, Ziela berpegang teguh kepada pendirian melentur buluh biarlah daripada rebung. - Foto IG Ziela Jalil

Berkongsi perasaan terpaksa berpisah dengan anak-anaknya, wanita berusia 52 tahun ini mengakui, dia gagal menahan rasa sedih disebabkan mereka tidak pernah berenggang sebelum ini.

"Mula-mula rasa macam kuat, tetapi balik sahaja dari lapangan terbang dan masuk ke dalam rumah, saya terus menangis. Lebih lagi, apabila mengenangkan Ibrahim sengat rapat dengan saya.

"Bagaimanapun, saya bersyukur perjalanan Megat Jufri dan Ibrahim dipermudahkan Allah. Doa saya semoga yang baik-baik sahaja buat mereka," ungkapnya dalam nada sebak.

Sempena sambutan Aidiladha, Ziela memaklumkan, dia juga membuat ibadah korban di institusi pengajian agama tempat anak-anaknya belajar.

"Tahun ini, saya korbankan lapan ekor kambing mewakili jumlah anggota keluarga termasuk saya, suami, anak, menantu dan dua cucu.

"Di sana makanan kegemaran adalah kambing. Rasa puas apabila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan," ujarnya.


2. Artis minta nasihat hidup bermadu daripada Ziela 7 Feb 2022

Ziela mengaku dihubungi seorang artis melalui mesej peribadi yang bertanya mengenai pengalaman hidup bermadu. - Foto IG Ziela Jalil

KUALA LUMPUR: Hanya disebabkan pengalaman dua kali hidup bermadu, penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil mengaku pernah dihubungi rakan artis untuk mendapatkan nasihat mengenai persediaan menjadi isteri kedua.

Ziela yang juga pelakon terkenal era 1980-an mendedahkan antara soalan yang diajukan apakah perlu berterus terang atau merahsiakan status diri kepada umum, jika ditakdirkan hidup bermadu.

"Ada seorang artis ini hubungi saya melalui mesej peribadi dan bertanya secara umum bagaimana dengan kehidupan bermadu.

"Ketika itu, saya tidak pasti status diri artis terbabit apabila pertanyaan diajukan.

"Nasihat saya, jika benar dia hidup bermadu, dia ada pilihan. Pertama, jika memilih untuk berterus terang, dipersilakan.

"Tetapi jika dia mahu berahsia, terpulang. Berilah alasan apa sahaja tetapi jangan sesekali menafikan perkara itu," katanya kepada BH Online.

Ziela berkongsi pernah disoal media mengenai perkahwinannya.

"Saya cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan itu, tetapi, dengan cara berdiplomasi dan mereka faham.

"Kita tidak mahulah dituduh menipu jika suatu hari nanti, rahsia kita diketahui ramai," katanya. 

Ziela tidak sangka ditawarkan menjadi duta jenama tudung Fa Collection pada usia separuh abad. - Foto Ziela Jalil

Pesan pelakon drama sitkom 2+1 ini, mana-mana individu tidak perlu takut dengan kata-kata negatif hanya kerana memilih berkongsi suami dengan wanita lain.

"Artis terbabit menyatakan perkara yang paling dirisaukan adalah kecaman netizen.

"Saya katakan kepadanya, kalau ada komen negatif yang ditinggalkan dalam media sosial, padam sahaja dan sekat mereka.

"Ini media sosial kita dan kita berhak untuk buat apa sahaja," katanya yang pernah membintangi filem Mr OS dan Driving School ini.

Kali pertama Ziela atau nama sebenar, Norzilah Abdul Jalil bermadu adalah menerusi perkahwinan dengan bekas menteri Kabinet dan tokoh politik ternama, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pada 1991.

Pada 2019, dia sekali lagi bertemu jodoh dengan suami orang apabila menikahi Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.

Ziela ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta jenama tudung Fa Collection di Sungai Penchala, Sabtu lalu.

Yang turut hadir pada majlis menandatangani perjanjian pelantikan itu adalah Pengasas Fa Collection, Fadylah Aldin.

Mengulas pelantikan sebagai duta koleksi tudung bawal itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini terharu masih diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta produk pada usia separuh abad.

"Alhamdulillah, ketika mula ditawarkan menjadi duta mereka, saya seakan-akan tidak percaya. Tapi inilah yang dinamakan rezeki.

"Sebagai penggemar tudung jenis bawal, koleksi yang disediakan sangat cantik. Tampak premium tetapi harga yang ditawarkan mampu milik," katanya. (BH)

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Persoalannya bukan durian atau getah atau ....

Persoalan utama ialah kenapa gondol tanah secara meluas sekaligus hingga sebabkan hakisan. Dan tinggalkan tanah gondol tanpa tindakan sepatutnya.

Siapa pantau. Dulu mungkin banjir tak teruk sbb kawasan godol x banyak. Tapi klau skrng banyak gondol, akibatnya nyawa melayang.

Kena cerdik sikit

Anonymous said...

Musang King tokey Cina kaya raya, orang kampung Melayu mati tenggelam.

Konsep ladang rakyat yang diperkenalkan oleh Azizan itu digagalkan oleh Menteri Besar selepas itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.

Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.

"Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.

Zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

"Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.

RCI platform terbaik cari punca bencana, pihak bertanggungjawab. Sama seperti Tun maka Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut menafikan kerajaan negeri ketika pimpinannya mempunyai kaitan dengan ladang durian di Gunung Inas.

Mukhriz berkata 'Bukan salah saya'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails