Thursday, July 14, 2022

Surat Firdaus Wong kepada pengasas Comedy. & Pemisah S/Filipina.

 


1.. Surat terbuka buat Rizal van Geyzel (Crackhouse)

KEPADA saudara seagamaku, Rizal
Selama ini saya dan mungkin majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui akan kewujudan Crackhouse Comedy Club yang diasaskan oleh Rizal sehinggalah tularnya video seorang wanita menghina Islam pada Sabtu, 9 Julai iaitu 9 Dzullhijjah, Hari Arafah di Malaysia. ( https://themerdekatimes.com/blog/2022/07/buat-komedi-separuh-bogel-wanita-bangga-hafal-15-juzuk-al-quran/ )

Pada hari yang sama, Crackhouse membuat laporan polis walaupun video kejadian telah dimuat naik tiga minggu lepas dan Crackhouse tidak membuat sebarang laporan polis ke atas wanita itu walaupun sedar tindakannya itu salah. 

Rizal dan Crackhouse tidak seharusnya melepaskan tangan dan lari dari tanggungjawab dengan meletakkan semua kesalahan pada wanita dan suami atau boyfriend dia semata-mata kerana kakitangan anda sebagai saksi boleh membuat laporan lebih awal sebagai ‘cover report’.

Keesokan harinya iaitu pada 10 Julai, telah terbit satu wawancara antara The Vibes & Rizal ( https://www.thevibes.com/articles/news/65501/we-were-shocked-says-crackhouse-co-founder-on-performance-that-allegedly-insulted-islam ) dan ada beberapa perkara yang disebut saudaraku, Rizal yang menarik perhatian saya tetapi saya hanya ingin fokus satu sahaja iaitu;

“…We, however, make sure our newbies know that insulting royalty or religions is off-limits.””

Lega mendengar bahawa menghina agama dan institusi diraja adalah dilarang namun adakah saudaraku Rizal tertinggal untuk menyebut menjadikan bangsa atau kaum juga dilarang atau sebenarnya ianya OK bagi Crackhouse?

Semalam juga telah tular satu video di mana saudaraku Rizal membuat persembahan dalam Bahasa Tamil dan memerli orang Melayu? ( https://themerdekatimes.com/blog/2022/07/tahu-tak-kenapa-saya-buat-persembahan-dalam-tamil-sebab-saya-suka-perli-orang-melayu/ )

Malahan semakan saya di Twitter yang dinisbahkan kepada saudaraku Rizal @rizalvangeyzel juga mendapati ada beberapa ciapan yang sinis terhadap Islam dan Melayu saya tidak nampak ciapan yang sinis terhadap agama mahupun bangsa lain (Saya tidak bermaksud Rizal perlu dan patut buat perkara itu).

Saya berlaku adil dengan Rizal dengan melihat sendiri majoriti ciapan dari Twitter dan mungkin saya terlepas ciapan lain yang menjadikan agama mahupun bangsa lain sebagai gurauan.

Saya juga dapati bahawa saudaraku Rizal seorang yang baik hati dan pemurah dengan melakukan beberapa aktiviti kebajikan ketika PKP. Tahniah dan syabas.

Kita berdua adalah saudara seagama dan sebaya kerana kita berdua dilahirkan pada tahun yang sama. Namun, saudaraku Rizal dilahirkan Islam dan saya baru sahaja 17 tahun memeluk Islam. Saya juga pernah mengalami pengalaman yang hampir sama dengan Rizal

Saban hari kita didedahkan dengan politik dan ahli politik sehingga adakala kita jadi ‘frust’ atau meluat namun, we cant live with them but we also cant live without them. Perasaan ‘frust’ dan meluat itu menjadikan kita kurang rasional sehinggakan kita kaitkan agama dan bangsa si pelaku sebagai sama sahaja.

Saya faham perasaan ‘frust’ Rizal dan ramai sahabat di luar akan senario politik di Malaysia dan juga isu rasuah dan pecah amanah. Saya sebagai Muslim juga benci pada rasuah dan pecah amanah tetapi apakan daya, kita tidak mahu dan mungkin tidak mampu menjadi ahli politik dan ahli politik tidak dapat dipisahkan dari kehidupan seharian kita. 

Saya sebagai Muslim dan Islam sebagai agama tidak anti-komedi atau anti-gurauan. Tidak sama sekali. Saya juga suka komedi tetapi Islam ada garis panduan dalam bergurau;- tidak berbohong, tidak menghina agama (6:108), tidak menjadikan agama sebagai gurauan (6:70), tidak meremeh/hina/sindir/stereoaip bangsa (49:13).

Nabi Muhammad S.A.W juga bergurau, Sahabat Nabi juga bergurau, ulamak Islam juga bergurau tetapi ada sebabnya Islam tetapkan garis panduan dalam segala aspek kehidupan untuk menjaga keharmonian, perasaan, keselamatan majoriti masyarakat.

Saya ingin menghulurkan tangan persaudaraan buat saudaraku Rizal. Bukan untuk memberikan idea lawak kerana Rizal dan sahabat lain lebih pandai dan berpengalaman tetapi menghulurkan tangan persaudaraan agar komedi dan gurauan Rizal diteruskan tetapi dengan Insya-Allah cara yang lebih baik selari dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta Rukun Negara kita.

Saya bukannya Ustaz dan sudah tentu bukannya Ustazah mahupun asatizah. Saya cuma Muslim seperti saudaraku Rizal yang mahukan keharmonian bermasyarakat. Saya pendakwah bukan pendakwa. Saya sayangkan Rizal sebagai saudara seagamaku. 

Banyak perkara baik yang Rizal lakukan adalah baik tetapi saya percaya ada juga perkara yang boleh ditambahbaik. Kita mungkin bukan yang terbaik tetapi kita berusaha jadi orang yang baik, Insya-Allah.

Jikalau saudaraku Rizal sudi menerima tangan persaudaraan ini, saya bersedia dihubungi di https://api.whatsapp.com/send?phone=60182678268. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan kekurangan kita dan kurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap perkara yang baik. Allahuma Ameen.

Ikhlas dari saudara seagama Rizal van Geyzel.

FIRDAUS WONG WAI HUNG
Multiracial Reverted Muslims – MRM – HARAKAHDAILY 12/7/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/773088628/posts/pfbid02tRWHrGoeVNqG1Z8oFdraULF24i64hezHUQxq91dHN1QZCPzM4Je15bPUjsRSB1drl/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lawak juga mesti 'patuh syariah'.


2. Lebih 7,000 bekas pejuang pemisah lulus peperiksaan polis Filipina. 

MANILA: Lebih 7,000 bekas pejuang pemisah di selatan Filipina lulus peperiksaan kemasukan untuk menyertai pasukan keselamatan negara itu, kata pihak berkuasa tempatan, semalam, dalam usaha mengekalkan keamanan di salah sebuah wilayah yang paling dilanda konflik di Asia Tenggara.

Proses damai di Bangsamoro, wilayah yang meliputi kawasan majoriti penduduk Islam di pulau Mindanao, dilaksanakan selama hampir sedekad sejak kerajaan mencapai perjanjian gencatan senjata kekal dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), selepas konflik selama hampir 40 tahun.

Kumpulan pemisah bersenjata Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), gerakan pemisah Islam tertua di Mindanao, MILF terus berjuang apabila organisasi induknya mencapai perjanjian damai dengan kerajaan Filipina pada 1990-an.

Hanya pada 2014, pejuang MILF bersetuju menyerahkan senjata mereka sebagai pertukaran untuk penubuhan Bangsamoro yang ditadbir sendiri.

Sebagai sebahagian daripada proses damai, penduduk wilayah itu mengundi untuk mendapatkan autonomi lebih besar dalam referendum yang diadakan pada 2019. Tempoh peralihan akan tiba di kemuncaknya pada 2025, apabila Bangsamoro akan memilih badan perundangan dan eksekutifnya.

Langkah mengarusperdanakan bekas pejuang ke dalam pasukan keselamatan negara itu adalah sebahagian daripada projek autonomi. Pada akhir Mei, 11,000 bekas pejuang MILF dan MNLF menduduki peperiksaan untuk menyertai pasukan polis Filipina.

Setiausaha Kabinet Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim, Mohd Asnin Pendatun dalam satu kenyataan, berkata daripada jumlah itu, 7,145 orang lulus ujian berkenaan.

"Kami sangat bersyukur kerana mempunyai kadar kelulusan yang tinggi bagi peperiksaan kelayakan.

"Ini hanyalah bukti yang melambangkan kerjasama antara kerajaan nasional dan Bangsamoro untuk proses damai," katanya.

Kira-kira 5,000 daripada calon dijangka menyertai pasukan polis, permulaannya sebagai pegawai peronda, selepas latihan dan ujian perubatan.

Konflik selama beberapa dekad merencatkan pembangunan dan menjadikan bahagian Mindanao antara wilayah termiskin bukan sahaja di Filipina, tetapi juga di Asia.

Bekas Penolong Setiausaha di Pejabat Penasihat Presiden mengenai Keamanan, Rekonsiliasi dan Perpaduan, Wilben Mayor, memberitahu Arab News, sebelum peperiksaan diintegrasikan sekali ke dalam pasukan polis, bekas pejuang MILF dan MNLF akan membantu memastikan keamanan dan keselamatan bukan saja dalam Bangsamoro, tetapi di seluruh negara."

"Di bawah proses damai antara kerajaan Filipina dan MILF, ini adalah kali pertama anggota sah MILF dan MNLF diberi peluang untuk memasuki pasukan Polis Kebangsaan Filipina," katanya.

"Mereka kini dianggap sebagai penjaga keamanan dan pembina keamanan," katanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimLebih 7,000 bekas pejuang pemisah lulus peperiksaan polis Filipina. Apakah ini suatu perkembangan baru yang menarik atau hanya 'gimik politik murahan' biasa, sebagai strategi atau tektik tewaskan lawan?


Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO

BANGSAMORO MNLF-mujahideen in jolo-sulu MINDANAO


Bangsamoro Mujaheedin (Nasheed)




MNLF, MILF leaders sign joint declaration urging passage of BBL

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails