Saturday, September 12, 2009

USD Berpotensi Lingkup, Rizab Emas M'sia Susut.

Emas Malaysia susut?


Prof Nouriel Roubini

DOLAR Amerika Syarikat (AS) berpotensi lingkup. Demikian ramalan Nouriel Roubini seorang Profesor Ekonomi New York University yang terkenal jaguh meramal ekonomi. Tiga tahun lalu, dia meramal krisis kewangan melanda dunia, dan memang jelas sudah setahun ini, dunia dicengkam krisis tersebut.

"Jika kita percaya menekan inflasi adalah jalan keluar AS untuk menyelesaikan krisis, kita akan melihat kejatuhan nilai dolar AS," kata Roubini kepada Bloomberg.

Pangkal persoalannya adalah defisit anggaran dan hutang. Bukan mustahil dolar AS akan merudum semakin teruk jika AS tidak bertindak lebih serius menangani kedua masalah ini. Menurutnya lagi kejatuhan dolar tidak terjadi dalam waktu terdekat. Nilai dolar AS tidak berubah banyak terhadap yen dan euro. Tetapi, ada penyesuaian drastik antara dolar AS dengan mata wang negara berkembang dan pengeksport komoditi. Misalnya dengan yuan China dan mata wang negara berkembang Asia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pula, rizab emas Malaysia yang menjadi antara pengukur utama kekuatan ringgit kini susut dengan teruk dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar ekonomi mengenai kedudukan kewangan negara. Rizab emas itu telah merundum kepada hanya 12 tan sahaja sehingga 31 Julai 2009 berbanding 72.7 tan, menurut statistik Bank Negara Malaysia dan data antarabangsa.

Penyusutan mendadak itu dikatakan memaksa Kementerin Kewangan mengarahkan Bank Negara untuk hanya mengisytiharkan simpanan emas negara dalam bentuk nilai matawang dolar Amerika ialah AS379 juta (RM1.1.35 bilion) dan tidak lagi dalam bentuk kuantiti. Nilai emas pada pasaran antarabangsa pada 3 September ialah USD980 atau hampir RM3,500 setiap aun.

Menurut laman web Jabatan Perdagangan dan Industri Afrika Selatan, www.thedti.gov.za yang memperolehi data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Malaysia mempunyai 72.7 tan atau 2.34 juta aun emas antara 1990 hingga Julai 1999. Walau bagaimanapun pegangan rizab BNM turun secara mendadak setelah Menteri Kewangan Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan Umno.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Umno-BN menjual separuh daripada simpanan emas itu, menyebabkan jumlah itu susut kepada 36.3 tan atau 1.17 juta aun pada Ogos 1999. Perubahan drastik ini bermakna BN telah menjual rizab emas negara sebanyak 60.7 tan atau 1.95 juta aun sepanjang tempoh 19 tahun lalu bernilai lebih USD1.91 bilion atau RM6.83 bilion.

Simpanan emas itu terus menurun sehingga mencapai tahap paling rendah sejak tempoh 20 tahun iaitu 12 tan. Sehingga ini, tidak ada usaha dibuat oleh Umno-BN untuk mengesan wang hasil penjualan emas itu atau menyiasat pihak yang terbabit. (Pelbagai sumber AK)

Tarik Balik Filem Dari Toronto International Festival!

HALAMAN HIBURAN

PALESTIN Sabtu, Sept 12 2009. ARTIS dan intelektual Palestin berseru supaya pengeluar-pengeluar filem Arab menarik balik filem-filem mereka dari Toronto International Film Festival (TIFF), sebagai sebahagian dari protes terhadap acara penampilan jelas Tel Aviv mengenepikan sejarah dan budaya Palestin di tanah yang diduduki dan dijajah zionis Israel.

"Sebuah boikot yang lebih kuat dari hanya sekedar protes!" seperti dikutip pejabat berita Maan dari presiden Palestin Cinema Group, Yahya Barakat yang mengatakan hal tersebut, di luar bangunan Kanada di Tepi Barat kota Ramallah.

Yahaya meminta pembuat filem Palestin dan Arab menarik semua hasil karya mereka dari festival tersebut. "Kami tak mahu pentadbir [TIFF] hantar hasil karya perfileman Arab dan Palestin di festival, dengan alasan 'sederhana'.." Katanya menjawab balik pada sebuah surat terbuka dari TIFF, Bailey Cameron.

Ahli Palestin Cinema Group, puluhan penulis dan intelektual telah menandatangani petisyen yang menyatakan pentingnya perpaduan Arab dalam masalah ini.. jadi penonton filem di Toronto akan memahami sifat bias dari program 'City to City' yang menyorot bandar di Tel Aviv secara tidak betul. (AK)

Sweeping Warga Malaysia Di Indonesia -Waspada

EPG RI: Sweeping, Malaysia usah gusar
Warta - Nasional & Politik
WASPADA ONLINE

JAKARTA - Pemerintah Malaysia ternyata sangat khawatir dengan adanya sweeping warga negaranya di Indonesia. Dalam pertemuan Eminent Person Group (EPG) antara Indonesia dengan Malaysia di Kuala Lumpur Malaysia pada 8 dan 9 September, masalah ini dibicarakan kedua belah pihak.

Ketua Eminent Person Group (EPG/kelompok tokoh terkemuka) Try Sutrisno meyakinkan Malaysia bahwa tidak ada sweeping terhadap warga negaranya di Indonesia . "Saya katakan sweeping itu tidak ada, belum terlaksana, jangan gusar dulu," kata Try di Kantor Kepresidenan, Jakarta , tadi malam.

Try meminta pihak Malaysia untuk tidak mudah terpengaruh terhadap isu yang berkembang tersebut, mengingat pihak aparat penegak hukum di Indonesia akan menindak mereka yang melakukan sweeping terhadap warga negara Malaysia .

"Saya tegaskan sekali lagi, insya Allah itu belum terjadi dan mudah-mudahan tidak akan terjadi. Kalau terjadi, ada aturan yang harus ditegakkan oleh pemerintah Indonesia ," ujar Try.

Dalam pertemuan dengan pihak EPG Malaysia, pihaknya memberikan sejumlah rekomendasi bagi pemerintah kedua negara. Rekomendasi itu antara lain kerjasama di bidang pendidikan, pertukaran pelajar/mahasiswa dengan sistem homestay dan kerjasama pariwisata.

"Kalau terealisir, insya Allah kita bisa meneduhkan, meredamkan hal-hal yang sensitif yang ada atau mungkin timbul dari kedua bangsa. Inilah harapan saya," tandasnya.

Sapu Bersih Rakyat M'sia? -Presiden Indonesia


Bernama: Susilo: 'Sapu bersih rakyat M'sia' tindakan kekerasan

PRESIDEN Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan 'menyapu bersih' rakyat Malaysia tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.

Beliau berkata terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia, yang pasti akan berada dalam kebimbangan sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia.

"Saya menerima SMS dari saudara-saudara kita yang bekerja di Malaysia antara lain bunyinya, 'Pak Presiden tolong masalah yang terjadi dengan Malaysia diselesaikan secara bijak dan arif'," katanya seperti dipetik sebuah laman web berita tempatan semalam.

Sementara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya, seperti tersiar dalam laman webnya, Susilo berkata 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa.

Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia di Jakarta dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro untuk mencari rakyat Malaysia.

Semalam, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Indonesia termasuk kira-kira 5,600 pelajar perubatan, kedoktoran dan pergigian di samping ribuan profesional yang bekerja di republik itu, yang terdedah kepada ancaman golongan itu yang menggunakan slogan 'ganyang Malaysia' dan mengakui mempunyai
ilmu kebal.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dan menjamin rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap tindakan keras yang dilakukan di Jakarta seperti membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke kedutaan Malaysia.

Perlu diketahui bahawa banyak rakyat Indonesia sendiri, yang dipantau melalui ulasan-ulasan online, turut mengutuk dan mengecam keras ancaman oleh kelompok Bendera itu, yang mereka anggap tidak berakal, cuba mengganggu hubungan dua hala dan didalangi golongan tertentu yang berkepentingan melihat dua negara serumpun
berseteru.

Susilo menegaskan bahawa pemerintah Indonesia sudah mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul seperti tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali dan mempromosi Pulau Jemur di Riau, melalui saluran diplomatik dan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) kedua-dua negara.

"Sebagai negara tetangga dekat dan sebagai bangsa satu rumpun, memang kerap ada masalah-masalah yang terjadi di antara kita dengan Malaysia, tetapi hubungan baik harus tetap terjaga," katanya dalam laman web presiden.

Susilo berkata masalah lazimnya wujud dari semasa ke semasa, bahkan telah berlaku sejak sekian lama dalam sejarah bangsa serumpun kerana Indonesia dan Malaysia bukan saja dekat malah sentiasa berinteraksi berbanding dengan negara-negara di benua lain yang jarang bertemu dan berinteraksi sehingga tidak terjadi masalah.

"Justeru kalau kita dengan negara di Eropah Barat atau Amerika Latin atau selatan Afrika, tidak pernah ada masalah yang mengganggu kerana jarang bertemu, jarang berinteraksi. Tetapi bangsa Indonesia dengan Malaysia itu sudah terjadi sejak dahulu kala, bahkan sebelum kedua-dua negara ini menjadi negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Punca ketegangan terbaru ini ialah tuduhan kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet untuk promosi pelancongannya, yang kemudiannya terbukti tidak benar kerana klip video promosi itu dibuat oleh syarikat swasta berpejabat di Singapura yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Malaysia.

Semalam beberapa cendekiawan tempatan menggesa media massa tempatan lebih berhati-hati dalam melemparkan tuduhan, dan penulisan serta penyiaran hendaklah berdasarkan fakta yang sudah dipastikan tepat, betul dan benar.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Da'i Bahtiar malah mengakui malu kerana semua tuduhan yang diapi-apikan oleh media massa yang telah membakar semangat segelintir rakyat untuk bertindak membenci Malaysia akhirnya terbukti salah dan tidak berasas.

- Bernama (AK)

Perkembangan Baru PAS, Guan Eng Berbuka Puasa?

Gambar:Lim turut merasai nikmat berbuka puasa di majlis itu


Gambar:Salleh mewakili PAS Tasek Gelugor menghulurkan bantuan untuk seorang wanita India


TASEK GELUGOR, 11 Sept 2009:
Sempena bulan Ramadhan yang mulia tahun ini nampaknya PAS seluruh negara bergerak setapak lagi ke depan dengan mengadakan majlis bersama-sama dengan bukan Islam di samping memberikan bantuan mana yang perlu.

Kalau di Kota Bharu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meraikan Duta Jepun ke negara ini berbuka, di Tasek Gelugor, PAS kawasan itu menyumbang bantuan untuk bukan Islam. Majlis mereka di Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora itu turut dihadiri oleh rombongan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco Kerjaraya Utiliti (Tenaga Air dan Talikom) dan Penggangkutan (Udara, Laut dan Keretapi), Lim Hock Seng dan Exco Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, Phee Boon Poh.

Masyarkat India dari Pokok Machang dan Cina dari Sungai Dua diberikan sekapit beras oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man dengan diringi Lim Guan Eng dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

Semasa Lim dan rombongan tiba beliau disambut penuh mesra oleh Mudir Mahaad Tarbiyah Islamiah Padang Menora yang juga bekas calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Arshad serta Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin. Ratusan ahli dan penyokong PAS turun datang bersama untuk meraikan majlis berkenaan bermula dengan penyampaian sumbangan, berbuka puasa dan majlis tazkirah yang disampaikan oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Zain Abdul Rahman.

Pesuruhrjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man dalam ucapanya berkata, kini tugasnya semakin berat apabila memenangi pilihanraya kecil Permatang Pasir. Namun beliau bertekad akan mempergunakan kesempatan itu untuk berkhidmat sebaik mungkin demi rakyat di Permatang Pasir. "Buat masa ini saya masih diberikan beberapa taklimat khusus pembangunan Negeri Pulau Pinang oleh beberapa agensi kerajaan. Biasalah baru diamanahkan mestilah mereka membekalkan kita pengetahuan tentang kerajaan, " ujarnya.

Sementara itu, Ketua Menteri dalam ucapan ringkasnya menegaskan, Umno rasa cemas apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat memperuntukan bantuan pada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dulunya dihentikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN). Bukan itu sahaja malahan kerajaan negeri juga mengiktiraf para Huffaz sebanding dengan profesional lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lainya.

"Semua itu tidak pernah terfikir oleh Kerajaan BN. Bila kita laksanakan bantuan pada pada Huffaz, Umno mula cemburu dengan menabur fitnah yang berbagai, " terangnya. Program tersebut juga dihadiri oleh wakil jentera PAS dari Kedah, Haji Fauzi Tahir yang membantu jentera Parlimen Tasek Gelugor yang ditugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Permatang Ara ketika pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos lepas. (Harakah/AK)

Lihat sebelum ini..

DAP Tubuh Cawangan Majoriti Ahli & Ketua Melayu.

Ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara menyerah borang DAP kepada Teresa.

Gambar bawah Azli Idris
PUCHONG, 11 Sept 2009: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok. Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara. Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP. "Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu. Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau. "DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP. "Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka. (Harakah/AK)

Lanjutnya sila lihat..
DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?

Friday, September 11, 2009

Syed Mokhtar Bukhary Lepasi Ujian Kesenangan.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Syed Mokhtar.. gambar atas bersama PM.

SEBENTAR tadi saya terbaca kisah jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 tahun ini dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia. Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya. Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.

Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan. Sebut fasal perladangan, teringat saya semasa dalam perjalanan saya dari Medan ke bandar kecil Singkil Aceh, yang terkenal dengan nama tokoh Islam silam Abdul Rauf Singkil. Perjalanan menaiki kereta atau van agak jauh lebih kurang setengah perjalanan dari Medan ke Banda Aceh, tetapi jalan yang berlainan.

Seorang lelaki duduk bersebelahan saya berkata setelah kami saling perkenalkan diri. "Saya berkerja dengan seorang majikan dari Malaysia. Dia membuka ribuan hektar ladang sawit, keuntungan hasil ladang itu digunakan untuk menghidupi sebuah pesantren di tempat kami." Katanya. "Saya tidak pernah jumpa orang kaya sebaik dia."

"Baik sangatkah, apa dia buat?"Saya tanya.

"Dia merendah diri, kuat berderma, ambil berat pekerja bahkan kuat ibadat pula!"

"Bagaimana kau tahu?"

"Dia pernah membawa kami pekerja-pekerjanya pergi ke rumahnya di Kedah, Malaysia. Hidupnya memang sederhana sekali berbanding orang kaya lain di Indonesia ini..."

Ya. Itulah Syed Mokhtar Al-Bukhari. Bila sebut kuat beribadat teringat lagi saya sewaktu kira-kira hujung tahun 1980an saya pernah berjiran pejabat dengannya di bangunan empat tingkat Jalan Pahang off Jalan Sarekei. Pejabatnya di sebelah Pejabat PAS waktu itu, dan pejabat saya adalah kedai buku GG Edar yang saya sewa di bawah pejabat PAS. Pagi-pagi ada juga kadang-kadang kami bertemu minum di gerai 'Kak Ros' depan pejabat kami itu. Saya juga pernah bertemu dengannya atau pekerja-pekerjanya.

Tetapi yang saya ingat sekali ialah abangnya Syed Anuar. Kami selalu berbincang-bincang. Dia pernah menjemput kami (saya & seorang rakan Cina Islam) hadir ke majlis usrah setiap Malam Jumaat, dengan ramai grupnya termasuk dari luar negara. Saya ingat syarikatnya pernah menyumbangkan susu kepada kepada penduduk miskin ibukota melalui PAS, dengan tidak mahu namanya dipamerkan. Kalau nak tahu lanjutnya, sila tanya Ustaz Ishak Surin YDP PAS Batu sekarang.

Mereka juga pernah membekalkan maklumat keselamatan kepada PAS yang sering diintip oleh musuh-musuh PAS waktu itu melalui jiran-jiran pejabat PAS. Itu antara jasanya kepada Pejabat Agung PAS waktu itu, yang saya tahu dan ingat. Kali terakhir saya bertemu dengan Syed Anuar Bukhari di sebuah kilang kasut di Meru, Kelang, setelah pejabat saya berpindah dari Jalan Pahang itu. Begitulah sifat tawadduk dan dermawan Syed Mukhtar berserta kumpulannya.

Maka sesuailah dengan cerita dalam kisahnya yang saya baca, sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat. Beliau yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970an, selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu. Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.

Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan. Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.

Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah. Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996. Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.

Syed Mokhtar Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara. Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.

Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa. Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah. Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid. Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.

Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu. Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.

"Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar. Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.

Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan. Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin. Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.

Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.

Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini. Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.

Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. "Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.

Teringat saya kepada ceramah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ke 6 sebelum yang sekarang, iaitu pesannya.. 'Cubaan itu ada dua, satu cubaan kesusahan dan satu lagi cubaan kesenangan. Ramai yang berjaya cubaan kesusahan, tetapi ramai yang gagal ujian kesenangan.' Lebih kurang begitu yang saya ingat.

Al-hamdulillah Syed Mokhtar pada saya telah berjaya mengharungi ujian kesenangan itu, berbanding dengan orang-orang kaya lain yang tidak sepertinya. Tetapi adalagi pesanan Ustaz Fadzil kepada orang yang menghadapi ujian kesusahan... 'Kalau dalam keadaan kamu tidak senangpun kamu kedekut membelanjakan harta dijalan Allah walaupun sedikit, maka jangan harap kamu nak belanjakan, ketika wang kamu telah banyak.' Begitu, lebih kurang yang saya ingat, untuk peringatan kita semua.

Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
Sept 11, 2009.
KL.

Filem Paparkan Sejarah Pengganas. Siapa Untung Tonton?

HALAMAN HIBURAN




















'THE MANHATTAN RAID', sebuah filem yang menceritakan kebenaran yang tersembunyi dari peristiwa 11 September 2001. Menjenguk kelemahan keamanan negara 'super power' Amerika Syarikat, dan khabar sebenar tentang kecanggihan inteligen kononnya.

Dari gua-gua dan pegunungan Tora Bora di Afghanistan, dengan peralatan sederhana, latihan dan disiplin baja, 19 orang pemuda berani melakukan sebuah aksi hebat, 11 September 2001. Mereka, 19 pemuda berani mati beraksi di Manhattan, New York. Mereka memberikan pelajaran berharga kepada kaum muda umat, mengenai pengorbanan dan keyakinan kemenangan di jalan Allah dan kepercayaan sejati hanya kepadaNya.

Kisah heroik 19 pemuda berani mati, sebahagian besarnya berasal dari tanah suci, Mekkah dan Madinah, kemudian dilatih di bumi jihad, Afghanistan, untuk beraksi di Manhattan, New York. Mereka meranapkan simbol ekonomi AS, Menara Kembar WTC dan bangunan-bangunan penting lainnya, termasuk Pentagon, simbol tentera dan pertahanan Amerika Syarikat. Filem ini juga membentangkan alasan dan latar belakang tindakan mereka. Mengapa mereka buat kerja yang sejarah tak boleh lupa ini?

Muhammad Atta, Marwan Al Shehi, Ziad Jarrah, dan Hanni Hanjur adalah pilot yang menjalankan aksi hebat ini. Mereka dipilih menjalankan misi suci di Manhattan, melumpuhkan pertahanan dan keamanan super canggih penerbangan Amerika. Sebagaimana yang diungkapkan oleh Syekh Usamah bin Laden, mereka benar-benar telah dipilih Allah SWT. untuk melakukan aksi mulia ini.

Filem yang membongkar kembali sejarah 'kepengganasan' kononya. Siapa yang untung dari hasil tontonannya? Anda lihat dan nilai sendiri. (Sempena 11 September/AK)

Sila Lihat...

Hibur, Hibur Sikit...08 -Nasyid Al-Qaeda

Pas Kalah Di Bagan Pinang -Tony Pua DAP


SHAH ALAM – DAP semalam menjangkakan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Setiausaha Publisiti parti itu, Tony Pua berkata, calon Pas yang mewakili PR nanti pada kerusi DUN tersebut juga perlu sedar PR awal-awal lagi PR sudah kalah dengan kira-kira 5,000 undi pos yang didakwanya pasti berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

“Oleh kerana SPR tidak memansuhkan Borang Lampiran 2 yang mengandungi butiran peribadi termasuk nama, Mykad dan nombor siri kertas undi membuatkan pengundi pos yang terdiri daripada kalangan anggota polis dan tentera berasa tertekan kerana mereka tidak diberi kedudukan yang bebas dalam memilih pemimpin.

“Nampaknya, BN menggunakan perang psikologi untuk meraih undi daripada pengundi pos agar memberi kemenangan kepada parti itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurutnya, tindakan SPR tidak memansuhkan butiran peribadi di dalam Borang Lampiran 2 bagi pengundi pos adalah tidak adil.

“Kami masih meragui ketelusan undi pos terutama di kalangan anggota polis dan tentera kerana dipercayai ada di kalangan pengundi pos berkenaan dibayangi ugutan oleh pihak tertentu menyebabkan undi mereka hanya menyebelahi satu pihak sahaja.

“SPR sehar:usnya tidak memberi tekanan kepada pengundi pos yang majoritinya terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan memaksa mereka melengkapkan butiran peribadi dalam borang 2 tersebut,” katanya.

Walaubagaimanapun, Tony berkata, DAP akan memberikan sokongan padu kepada jentera Pas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut dari DAP iaitu yang berjiran dengan Bagan Pinang akan memberi sepenuh kerjasama memastikan Pas menang kerusi tersebut.

“Kita harap pada pilihan raya DUN Bagan Pinang ini, PR dapat menguasai pengundi daripada kaum Cina dan India,” katanya.

Kelmarin, PR Negeri Sembilan sepakat mencadangkan supaya parti Pas bertanding bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Kerusi Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Nor akibat jangkitan dalam darah, Jumaat lalu.

Pada pilihan raya umum lepas, Azman, 54 mewakili BN menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang hanya memperolehi 4,097 undi. (Sumber: Sinar Harian/AK)

Sila lihat..
1.. Analisis N31: Isu Perkauman Senjata UMNO Makan Tuan.
2..P'Raya Kecil N31 DUN Bagan Pinang P132 T/Kemang.

Sebat Kartika: Kalau DAP Tak Nak Terima.. -Nik Aziz.

Hukuman sebat Kartika perlu kekal: Nik Aziz

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hukuman sebat yang dijatuhkan kepada model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, perlu dilaksanakan walaupun negara berhadapan kecaman dunia luar. :

Nik Abdul Aziz berkata, Malaysia tidak perlu tunduk kepada dunia luar sebaliknya perlu patuh kepada ajaran Islam.

“Dunia luar ini dunia Yahudi. Kita mesti tunduk kepada agama bukan kepada dunia luar. Buat apa kita duk sibuk dengan dunia luar. Mereka ini kalau kita tak minum arak pun mereka kata kita tak pandai nak berkawan.

“Bagi mereka yang pandai berkawan ini minum arak, dadah. Kalau boleh bawa perempuan berseronok itu baru dunia luar seronok tapi hati perut kita sebagai hamba Allah takkan kita nak takut kepada dunia luar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim.

Beliau berkata, kita perlu beritahu dunia luar cara yang betul dan bukan dengan cara mengikut kehendak mereka.

“Sebab itu dua tiga hari baru ini saya buat kenyataan keluar dalam Sinar Harian bermakna kita perlu cuba bebaskan diri daripada menjadi pak turut Eropah.

“Cuba ajar diri jadi pak turut Nabi Muhamad SAW. Kalau kita tanya dunia luar bukan mereka setuju, pedulikan mereka. Hak dia (barat) nak kata, biar dia kata. Tapi kewajipan orang Islam ni kena jawab.

“Kita tak boleh sekat mulut orang tapi kita jawab. Mana boleh kita nak ikut orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman yang dibuat negara luar dan media asing ekoran hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan atas kesalahan minum arak di khalayak ramai.

Beliau berkata, hukuman sebat di dalam Islam bukan empat atau lima sebatan sebaliknya hukumannya 80 rotan.

“Dan rotan dalam Islam ni rotan bukan untuk suruh sakit tapi untuk malu. Hudud ni Kelantan dah buat. Kami berbincang dengan ramai tokoh termasuk Ketua Hakim sekarang.

“Kami dah buat dah draf dan lulus kerajaan negeri tetapi kerajaan pusat (dulu) kata kalau buat juga benda ini akan diambil tindakan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, tetapi sekiranya pembangkang (Pakatan Rakyat) menguasai tampuk pemerintahan ia akan dilaksanakan.

“Bila kita yang sekarang ini dipanggil pembangkang menguasai Kuala Lumpur pandai la kita buat. Dia (Kerajaan Pusat) nak kata apa dah.

“Usaha akan terus dilakukan sehingga kiamat. Kalau DAP tak nak terima kita akan tanya di mana tidak kena dan sekiranya dia boleh beritahu di mana saya akan terima,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang menjadi masalah sekarang bukan DAP tetapi orang Islam sendiri. (Sumber Sinar Harian/AK)

Sila lihat...
Hukum Sebat Itu Tidak Islamik -Presiden PAS

PAS For All: Dah Pecahkah Tembok Pemisah Kaum?



HARI INI 11 September 2009, genap dua tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan. Ianya adalah sebagai pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang ditubuhkan pada tahun 2005 iaitu dua tahun lebih awal.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa pelancarannya pada 11 September 2207 lalu adalah bersempena tarikh serangan ke atas bangunan World Trade Center WTC di Amerika yang telah mencetuskan fenomena Islam Fobia di kalangan masyarakat bukan Islam di seluruh dunia. Malah tempias itu juga turut terpalit pada PAS, sebuah parti politik yang rata-rata mengetahui Islam sebagai dasar perjuangannya.

Fenomena tersebut sekaligus memberi kebimbangan bahawa matlamat PAS untuk menarik sokongan bukan Islam akan terbantut. Ianya juga bakal menyukarkan lagi gerak kerja PAS sebagai sebuah parti dakwah untuk mendekati gologan bukan islam itu. Namun siapa sangka, kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini sejak dua tahun lalu, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan Islam Fobia yang cuba di doktrin barat, bahkan ianya juga telah mengubah landskap politik PAS itu sendiri.

Menyoroti kembali sejarah, sumbangan dan matlamat slogan tersebut kepada PAS dan Islam umumnya, wartawan Harakahdaily telah menemubual pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa iaitu tulang belakang yang telah mencetuskan inisiatif ini bersama ahli jawatankuasa LPN yang lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, slogan PAS Untuk Semua, kini semakin mencapai matlamat utamanya. Impian melihat orang bukan Islam menjadi ahli PAS dan Kelab penyokong PAS menjadi sayap penting parti kini hampir direalisasikan. Kesemua pertimbangan sedang dikaji dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

"Untuk pengetahuan, pada retreat PAS di Kedah baru-baru ini, jawatankuasa teknikal diketuai Ust Hassan Syukri telah membentangkan draf pertama kajian mereka. Sekarang sedang kumpul feedback (maklum balas) dari AJK Pas Pusat."

"Tapi secara dasar, tiada sebarang halangan dan masalah. InsayaAllah, awal tahun depan perkara ini kita rasa akan selesai," ujarnya.

Katanya, LPN sekarang melangkah selangkah lagi ke hadapan apabila berjaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikan program dialog peradaban. Program ini katanya bakal menyaksikan PAS dan orang bukan Islam duduk berbincang antara lain tentang perbandingan agama, ketamadunan dan pelbagai cabang lagi.

"Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'engage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain-lain.

"Ini cabang baru untuk setahun akan datang. Saya sendiri ambil tanggungjawab itu," ujarnya.

Ikuti temubual penuh beliau dengan wartawan Mohd Nazri Abdullah.

Harakah (H): Bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan slogan PAS For All ini?

Mujahid (M): Sebenarnya kita dalam Lajnah perpaduan Nasional LPN sentiasa memikirkan bagaimana untuk memecah tembok antara PAS dengan bukan islam. Masalah ini lebih rumit lagi bila berlaku serangan ke atas WTC pada 11/9 sehingga menularnya fenomena Islam Fobia.

Selepas membuat sedikit kajian maka kita bersetuju lancar selogan PAS for All dan kita pilih tarikh sama dengan serangan ke atas WTC iaitu 11/9 2007 untuk melncarkan slogan tersebut. Alhamdulillah selepas dua tahun dilancarkan kita dapati sambutan sangat menggalakkan. Kalau kita tengok logo PAS For All sekarang ini dipakai di mana-mana khusnya pada pilihanraya termasuk pada banner, baju dan lencana.

H: Selain itu, adakah matlamat lebih khusus khasnya kepada PAS itu sendiri?

M: Ya, selain untuk mengikis perasaan islam phobia, kita juga ada matlamat khusus kepada masyarakat bukan Islam negara kita. Selain menarik sokongan mereka, kita juga ingin jadikan slogan ini sebagai medan untuk ahli PAS menyebar luaskan dakwah islam itu sendiri. Sebab itu lah, saya fiki-fikir, akhirnya setuju dengan slogan itu dengan membayangkan bahawa pas ini adalah untuk semua. Jadi senang, slogan mudah nak faham, tak payah nak ceramah panjang.

H: Bagaimana sambutan terhadap kempen itu dan kenggotaan Kelab Penyokong PAS, KPP setakat hari ini?

M: Kelab Penyokong pas diusahakan pada tahun 2005, kini kelab ini ada di seluruh negara. Dalam daftar kita hampir 20 ribu terdiri dari masyarakat kaum india, cina, siam, iban dan terbaru kita berjaya tubuhkan kelab penyokong Pas di Tawau, Sabah.

H: KPP dilihat telah banyak memberi sumbangan khususnya kepada PAS itu sendiri, Apa komen saudara?

M: Ya sudah tentu, saya kira LPN sudah membuka satu frontier baru. Inisiatif penubuhan kelab penyokong dan selogan PAS for all ini telah diterima oleh PAS Pusat termasuk dalam ucaptama Presiden diletakkan tema khas. Saya gerakkan mereka pada kempen pilihanraya. Kita lihat KPP diletak dalam struktor Jawatankuasa Pilihanraya Pusat JPP iaitu dalam jawatankuasa operasi jentera kempen. KPP bergerak dengan stuktur mereka sendiri, buat markas sendiri.

Kita berkempen rumah ke rumah dan umpu kepada masyarakat pengundi bukan islam dan ada pemimpin kelab yang berceramah bersama pimpinan PAS.

H: Bagaimana perkembangan usaha untuk melihat KPP diserap menjadi sayap penting PAS setadaf Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat?

M: Perkembangan cukup menggalakkan. Sehingga hari ni kita di peringkat PAS Pusat bersedia melihatt ruang dan peluang menjadikan kelab ini menjadi sayap penting parti dengan maksud mereka ada perlembagaan sendiri di mana boleh mewakili dalam muktamar dan mesyuarat parti. Untuk pengetahuan, retreat PAS di Kedah baru baru ini, Jawatankuasa teknikal di ketuai Ust Hassan Syukri telah bentang draft pertama, sekarang tunggu 'feedback' dari AJK pas pusat.

Secara dasar tiada sebarang halangan dan masalah. Dan lebih penting apa yang kita fokus untuk pilihanraya umum akan datang ialah, bagaimana kita boleh sediakan ruang kepada mereka bertangding atas tiket pas. Ini lah yang LPN sedang gerakkan dan asasnya adalah PAS For All.

H: Dalam dua tahun sebelum ini, slogan ini dilihat telah banyak mencipta kejayaan tersendiri. Apa pula target untuk tahun ketiga ini?

M: Sebenarnya LPN sejak dua tahun ni berkerja atas mtlamat yang jelas. Kita buat KPP mulanya susah sebab benda baru, tapi akhirnya sekarang diterima oleh ahli pas. Kita sekarang ke tahap tranformasi penting. Saya rasa akan selesai awal tahun hadapan iaitu menjadikan KPP sebagai sayap dan entiti penting parti yang saya kira belum pernah dibuat sepanjang berpuluh tahun pas wujud. Itu fokos paling besar.

Dia tidak habis di situ, saya pun tak nak tua dengan kelab ni saje. Kita sentiasa cari ruang baru dan saya namakan ia sebagai 'The New Frontier' Kita sentiasa fokus memperkasa KPP. Sekarang kita dah wujudkan Unit Keahlian LPN, Unit Latihan dan Bimbingan, Unit Penyelaras Kelab yang dilantik dikalangan YB kita di setiap zon iaitu utara, selatan, timur dan berat.

Kita juga menubuhkan jawatankuasa khas iaitu Dialog Peradaban untuk 'enggage' dalam dialog dan wacana. Kita nak meletakkan perjuangan Islam sebagai satu keperluan masa depan dalam apa jua transisi politik dalam negara. Ianya akan menyentuh isu kemajuan sains, perbandingan agama, tamaddun dan lain lain. Ini cabang baru untuk setahun dua akan datang. Saya sendiri ambil tanggunag jawab itu.

H: Kita melihat kejayaan LPN menggerakkan KPP dan kempen PAS for All bukan sahaja menjadi kebanggaan ahli PAS, tetapi juga turut dicemburui oleh parti lawan. Apa komen saudara?

M: Inilah saya kira satu keunikan kelab ini, kerana ia cuba memecah tembok politik selama ini di mana PAS atau Umno yang kita kata melayu dominan, hanya lihat melayu sahaja sebagai sasaran. Cina kita lepas kepada DAP dan PKR, Umno pula lepas kepada MCA dan GERAKAN. Dengan KPP, kita telah memecah persepsi itu, kita tak boleh lagi serahkan sesuatu kaum atas nama perkauman dia.

Kita perlu melihat sasaran kita melalui pendekatan kita, bukan parti lain. Inilah yang telah meletakkan PAS pada tahap sekarang. Kita sedang menerima sokongan oleh semua kaum. Dan semestinya parti lawan mencemburui kita. Pengalaman saya pergi luar negara dengan Presiden, saya diminta bentang tentang hubungan kita dengan bukan Islam. Gerakan Islam di sana semua terpegun sebab mereka tiada suasana itu. Kita kena pecah pemikiran ini, kita akan pelopor dalam hal ini.

H: Menjelang ulang tahun ke-2 esok, adakah LPN merancang mengadakan apa-apa sambutan?

M: Timbalan saya, Dr. Halimah adalah org kuat yang telah berusaha menjayakan kempen PAS For All ini. Dia serupa orang kanan saya lah. Saya telah diberitahu pasal sambutan ni. Cuma kita sekarang ni satunya dalam bulan puasa, kedua baru habis PRK dan lepasni kena tumpu di Bagan Pinang Pulak. Saya kira susah untuk kita adakan sambutan esok. Saya serah kepada peringkat muslimat yang diketuai Dr. Halimah untuk buat keputusan bila nak di adakan sambutan, kami pusat ni tumpang je. Mungkin lepas puasa, ataupun dilancarkan di Bagan Pinang, sebab kita memang akan turun berkampung di sana.

H: Apakah mesej yang saudara ingin sampaikan kepada ahli PAS sempena ulang tahun kedua pelancaran slogan PAS For All ini?

M: Dengan wujudnya Pas For All dan KPP ini, ianya telah berjaya mendidik ahli PAS supaya melihat orang bukan adalah saran dakwah yang paling penting bagi kita. Kita tidak boleh sekadar bercakap kita parti dakwah sahaja. Jadi dengan penubuhan KPP ini, LPN telah menyediakan ruang dan peluang kepada ahli PAS untuk melaksanakan tugas dakwah.

Ini adalah sumbangan besar LPN. Bukan saya nak bangga, tapi saya rasakan ini satu transformasi baru wajah politik PAS itu sendiri yang kita perlu jaga, pelihara, pupuk dan kekalkan. (Sumber: Harakah)

Lihat ini ada kaitan...

Thursday, September 10, 2009

Hibur, Hibur Sikit...17 -Naheed Iran & Khomeini Speech


















SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..

Album I

Album II

Mereka Tak Faham, Keadilan Kpd Non Islam -Khalid Samad

Oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, 'Kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.

Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan. Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.

Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

DiKurung 3 Hari Hantar Bantuan Ke Gaza. Minta K/M'sia Campur tangan.


AMPANG, 10 Sept 2009: Usaha Malaysia menyelami kegetiran hidup umat Islam Gaza dalam bulan Ramadhan ini terbantut apabila bantuan kemanusiaan dari negara gagal mendapat kerjasama politik negara jiran di Timur Tengah.

Pengerusi Misi Keamanan Sejagat Malaysia (GPM) Ahmad Azam Abdul Rahman pagi tadi mendakwa kerajaan Mesir mengamalkan pilih kasih ke atas NGOnya apabila Ketua Delegasinya ke Gaza, Azlan Muhammad Sharif dipenjara Polis Mesir selama tiga hari tiga malam tanpa suatu asas yang jelas.

Bercakap pada sidang media di depan Kedutaan Mesir pagi tadi, Azam juga mengutuk serta mempersoal tindakan profesionalisme pihak Polis Mesir terbabit. "Kami protes, mengapa Saudara Azlan ditangkap selama tiga hari (serta) disiasat kehadirannya sedangkan mereka tahu usaha-usahanya menghantar bantuan kemanusiaan dan makanan ke Gaza (Palestin) sahaja."

Mendakwa NGOnya mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia sekian lama, Azam meminta Malaysia campur tangan terhadap pencabulan hak asasi manusia ke atas rakyat Malaysia, iaitu Azlan. Tegasnya, Mesir perlu rasional dan memberi peluang kepada Malaysia; menjadikan negeri terbabit sebagai pintu masuk paling realistik serta selamat ke Gaza demi menyalurkan bantuan kepada umat Islam di sana.

Setiausaha Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anwar Musa yang ditemui kemudian, menegaskan bahawa apa yang berlaku itu melambangkan Mesir cuba bersikap tidak adil terhadap peranan NGO Malaysia di peringkat antarabangsa. "Kita memerlukan penjelasan, mengapa NGO-NGO dari Malaysia ini disekat masuk ke Gaza, sedangkan NGO-NGO dari luar diberi pengiktirafan serta kebenaran akses Gaza secara bebas dan meluas."

Dalam pertemuan 15 minit dengan wakil Kedutaan Mesir Sheikh Tamil al-Mawadziny, Azam kemudiannya berkata, Mesir berjanji tidak mengulangi insiden pilih kasih demikian ke atas Malaysia. Beliau juga meminta kerajaan Malaysia menggalakkan usaha kemanusiaan ke sana, melalui hubungan lebih strategik dengan Mesir. "Bantuan kemanusiaan ini sebenarnya membawa nama Malaysia. (Misi) ini tidak akan berjaya kecuali perlu ada kerjasama antara Malaysia dan Mesir sendiri. Jika Mesir gagal tunaikan jaminan, kita bercadang berurusan dengan (kerajaan) Malaysia pula."

Mangsa, Azlan (gambar) yang ditemui media enggan menjelaskan pengalaman peritnya dalam penjara. Dipercayai tindakan tersebut demi memastikan keselamatan dirinya serta keluarganya terus terjamin kelak. Tambahnya lagi, Mesir mengambil tindakan demikian mungkin disebabkan beliau acap kali mengetuai misi keamanan ke Gaza. Ianya berdasarkan pembebasan lebih awal dua sukarelawan baru yang juga ditahan bersamanya 2 September lalu.

Insiden tersebut merupakan salah satu cabaran misi keamanan rakyat Malaysia demi membela rakyat Muslim Palestin yang teraniaya lebih setengah abad; angkara Zionis-Israel serta beberapa kuasa yang mengiktiraf negara haram itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebabnya kerana Mesir dikuasai oleh golongan asobiah kebangsaan Mesir (UMNO Mesir bukan UMNO Malaysia), dan Parti Islam Se Mesir tidak menguasai pemerintahan, seperti juga PAS (Parti Islam Malaysia) di Malaysia. Kalau PAS Malaysia berurusan dengan PAS Mesir, tentu amat mudah pula berurusan dengan PAS Palestin.
(Sumber: Harakah)

Sila lihat ....

Pertemuan Rahsia Iran-Israel: Mana Foto Itu?

JENDELA GLOBAL

Rujukan:http://www.dajjal-iraq.blogspot.com/

Era Muslim: Pertemuan Rahasia Iran-Israel Terbongkar?

KABAR burung akan adanya hubungan gelap dan perselingkuhan diam-diam antara Iran dengan Israel rupanya kian berembus semakinn kencang. Sebuah situs berita independen Iran, Jihan News, baru-baru ini memuat foto terkait isu panas yang kemudian menyulut kontroversi di khalayak luas Iran pasca pemuatannya.

Dalam foto tersebut, tampak mantan menteri ilmu pengetahuan Iran era Presiden Ahmadinejad, Muhammad Mahdi Zahiri, tengah duduk berdampingan dan terlihat "rukun" dan "mesra" di samping seorang menteri Israel Ragib Mujadalah.

Banyak pihak yang dibuat bingung dan berpikir ulang dengan tersebarnya foto tersebut. Pasalnya, masa kepemimpinan Ahmadinejad terkenal dengan retorikanya yang keras dan menghujam di hadapan Israel.

Para pejabar Iran, pasalnya, hampir setiap kali selalu menyatakan bahwa mereka tidak akan sudi berkawan dengan negara Zionis Israel, apalagi mengadakan pertemuan dengan pejabat-pejabat negaranya.

Isu dimuatnya foto tersebut kian menjadikan hawa dalam negeri Iran kian memanas. Pasalnya, dalam hari-hari ini, Ahmadinejad telah membuat struktur kabinet barunya, dan dalam prosesi pengangkatan menteri-menterinya, Ahmadinejad "memangkas" beberapa nama (kebanyakan dari kubu reformasi) yang tak disukai oleh kubu konservatif.

Diterangkan oleh Jihan News, foto antara kedua menteri Iran dan Israel itu diambil pada medio 2008 silam, yaitu ketika keduanya bertemu di konferensi Sazami yang digelar di Yordania.

Beberapa pejabat Iran memberikan catatan terkait beredarnya foto terebut. Dikatakannya, dalam foto tersebut jelas antara meneri Iran dan Israel tidak sedang berdua-duaan, melainkan banyak pejabat negara lain yang juga berada di samping keduanya. (Era Muslim)



Rujukan:
http://www.dajjal-iraq.blogspot.com/

1..Demontrasi Adalah Tunjuk Perasaan
2..30 Tahun Revolusi Iran Apa Manfaat Pada Kita?

Aqidah Sendiri UMNO, Umpama Setinggan -Nik Aziz

ImageKOTA BHARU, 10 Sept 2009: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno supaya memperbetulkan pengertian sebenar aqidah di sisi Islam. Ini kerana tiada aqidah lain kecuali Islam sahaja.Katanaya, seperti dilaporkan Harakah hari ini.

Menurutnya, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah Umno seolah-olah menggambarkan pemimpin Umno menganuti aqidah lain.

Kata beliau 'aqidah Umno' yang cuba dibawa pemimpin tertinggi parti itu sebenarnya fahaman yang salah kerana manusia tidak boleh mencipta aqidah sendiri.

"Manusia tak boleh membuat aqidah sendiri, begitu juga PAS tidak boleh memperkenalkan aqidahnya sendiri kecuali berpegang pada aqidah atau ajaran Islam sebenar," katanya di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Perdana Menteri ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Kuala Krai meminta PAS jangan menuduh Umno Islam pada luaran sahaja. Beliau juga mengingatkan PAS jangan sekali-kali mempersoalkan aqidah orang Umno. Ini, kata Najib, boleh timbulkan kekalutan dan kekeliruan dalam masyarakat.

Nik Abdul Aziz berkata, apabila Umno membuat aqidah sendiri, ia jelas menggambarkan aqidah baru ciptaan parti itu. "Kalau pun kita ada dasar parti, dasar parti itu mesti diselaraskan dengan Islam dan bukannya membuat aqidah sendiri," ujarnya.

Kata beliau apabila dasar parti mengikut acuan Islam sudah tentu ia tidak memberikan masalah kepada sesiapa juga. Katanya, kerana itu beliau sering mengingatkan pemimpin Umno supaya mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam kerana ia selaras dengan aqidah sebenar. "Kerana itu tiap-tiap orang mukmin akitivitinya kerana Allah, jadi saya hairan bila Umno menyebut istilah 'aqidah Umno'," ujarnya.

Kata Nik Aziz juga, apabila manusia menolak hukum Allah, tarafnya seumpama setinggan di bumi ini.

Sementara itu menurut Editor Blog Ibnu Hasyim semalam, "Kalau hal ini berlaku , ertinya UMNO setuju ikut Islam secara praktikal, bukan cuma mengaku saja (yakni pemimpin Umno sanggup mengubah dasar parti dari kebangsaan kepada Islam), maka saya adalah orang pertama akan menyertai UMNO kalau ada kesempatan!". (AK)

Rujuk artikel ( Nik Aziz Setuju Beri Kerjasama Cadangan Najib..)

Tahniah Sahabatku 3.. Usahawan Pemborong.

Sebahagian peserta Kursus Memborong di China anjuran Anzac Consultancy MEGA - Utusan Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Peluang jadi usahawan borong

JANGAN pandang remeh label Made in China (Diperbuat di China) yang berlambak di pasaran. Jika anda perhatikan betul-betul, label itu bukan sahaja didapati pada pakaian atau barangan dijual di pasar malam malah butik berjenama di pusat membeli-belah terkemuka dunia juga tidak dapat lari daripadanya.

Ini kerana negara China cukup terkenal sebagai hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia dengan persaingan harga yang cukup sengit di samping tahap kualiti barangan juga semakin meningkat.

Tidak hairanlah ramai rakyat tempatan sendiri mula beralih ke Shenzen dan Guangzhou disebabkan kepelbagaian barangan jualan dengan harga jauh lebih murah berbanding Jakarta, Bandung atau Bangkok.

Menurut Shahabudeen Jalil, terdapat keinginan yang tinggi di kalangan usahawan Islam khasnya untuk mengurangkan pergantungan kepada orang tengah sebaliknya menjadi pemborong secara terus.

"Ramai yang ingin keluar untuk mencari harga lebih baik memandangkan keadaan ekonomi sekarang menuntut pengguna agar berhati-hati berbelanja.

"Penyelesaiannya adalah menjadi pemborong secara terus dan mendapatkan produk berkualiti pada harga murah dari China, pada masa yang sama menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan," katanya yang merupakan Penasihat Anzac Consultancy.

Syarikat perunding itu mengendalikan Kursus Memborong di China dengan usahasama akhbar sisipan MEGA - Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan lebih 120 peserta menghadirinya.

Kursus itu turut melibatkan topik penting berkaitan urusan pasport dan visa, tambang penerbangan, hotel atau hostel penginapan, pengangkutan, persediaan memborong, contoh produk berpotensi, melakukan urusan kewangan dan menghantar balik barangan ke Malaysia.

"Tidak semestinya orang Cina, Melayu juga boleh dikatakan bijak melakukan pemasaran tetapi masih kurang yakin untuk keluar negara bagi meneroka pasaran borong yang jauh lebih murah," ujarnya.

Atas kesedaran itu, beliau mengambil inisiatif mereka modul 'Kursus Memborong di China' khas untuk umat Islam. Usaha itu mendapat sokongan menggalakkan terutama di kalangan para pemborong Melayu.

Kini, Anzac Consultancy turut menganjurkan rombongan memborong ke China dan negara sumber lain seperti Vietnam, India, Korea dan banyak lagi.

Sementara itu, Kursus Memborong Di China bersama Mega mendapat respons daripada para peserta yang terdiri daripada usahawan berpengalaman, peniaga kecil-kecilan mahupun mereka yang baru berjinak-jinak dengan industri borong.

Antaranya, Razaly Abdullah, 60, pemilik Syarikat Perkhidmatan Zainal lebih dikenali sebagai Zainal Canopy yang menjalankan perniagaan sewa peralatan, pengendali dan perunding cara majlis sekitar Lembah Klang, Seremban dan Melaka.

"Tujuan saya menyertai kursus ini adalah untuk mendapatkan panduan yang tepat berbanding sebelum ini. Apatah lagi masalah bahasa dijadikan kesempatan oleh para peniaga di China untuk mengambil untung atas angin.

"Sebagai syarikat menyewa khemah dan kanopi di samping menjalankan perniagaan katering, saya kerap ke China untuk mendapatkan kelengkapan dengan harga borong," katanya sambil menambah, pasaran sewa beli khemah juga semakin sengit disebabkan pengurangan harga kos.

Bagi Mohd. Yunus Mohd. Shaarif, 50, kursus seumpama itu membuka peluang perniagaan baru kepada usahawan kecilnya dan isteri yang sebelum ini memperoleh bekalan barangan jualan aksesori wanita dan kain ela dari Jogjakarta dan Bandung, Indonesia.

Tambahnya, kebanyakan suri rumah memilih perniagaan seumpama itu memandangkan permintaan tinggi oleh komuniti sekitar disebabkan harga yang kompetitif di samping tidak perlu menempuh kesesakan jika membeli-belah di ibu kota.

"Ramai berpendapat bahawa barang di Indonesia murah tetapi di China, harganya jauh lebih rendah dan pelbagai produk berkualiti ditawarkan serta menepati selera rakyat tempatan," katanya yang memiliki butik di USJ1, Subang Jaya.

Suri rumah, Yusni Idris, 46, pula ingin mendapatkan pandangan dan maklumat terperinci akibat tertarik setelah membaca buku mengenai perniagaan borong yang selama ini dimonopoli para peniaga Cina.

"Buku itu mengenai bagaimana untuk menjadi jutawan dengan menjalankan perniagaan berpotensi besar, salah satunya memborong.

"Sebelum ini saya pernah berniaga kain ela secara kecil-kecilan tetapi kurang mendapat sambutan. Inilah hasrat saya untuk menceburi bidang perniagaan demi masa depan anak-anak," kata ibu kepada enam orang anak ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan pemborong, lawati laman webwww.kursusborongchina.com.

Tahniah Sahabatku 2: Penyelamat HIV, Aids

Ustaz Amin (empat dari kiri) bersama wakil Mais, kakitangan dan penghuni pusat perlindungan.

Penyelamat HIV, Aids

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my

Ustaz muda ambil inisiatif tubuhkan pusat khas untuk penghidap penyakit maut ini di Petaling Jaya

HAMPIR 10 tahun Muhamad Abdullah Al-Amin, 30, terbabit dalam aktiviti keagamaan, memberi ceramah, motivasi, merantau ke segenap dunia menyebarkan agama Allah.

Namun, anak muda yang digelar Ustaz Amin ini belum pernah mengalami masalah terkedu, atau kaku lidahnya kerana terlalu berat untuk berkata-kata menyampaikan sedikit ucapan ringkas seperti dialami baru-baru ini.

Hatinya sedih bercampur baur apabila diminta memberikan kata-kata semangat kepada sekumpulan penghidap penyakit HIV dan Aids. Bukan memandang hina, tetapi ini kerana pesakit beragama Islam itu ditempatkan di sebuah gereja di Rawang, Selangor.

Digagahi juga untuk berucap, cuma dua minit dirasakan umpama 20 jam, terlalu lama dan berat hati.

"Apa yang boleh saya katakan. Jika saya bagi nasihat Allah masih sayangkan kamu, Islam itu bersaudara, saling tolong menolong...adakah itu tepat dan kena pada masanya?. Siapa yang sebenarnya menolong mereka.

"Apa yang saya dan rakan Muslim lain lakukan hingga sanggup membiarkan saudara seagama yang tenat ditempatkan di gereja. Bukankah itu umpama menepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri.

"Memang mereka bersalah kerana terjerumus ke lembah hina akibat kesilapan hidup hingga ditimpa musibah penyakit, tetapi adakah kita cuma mampu melihat dan mencerca mereka. Walau apapun yang mereka lakukan, apa yang penting ialah bagaimana hidup mereka berakhir.

"Jika mereka berakhir di jalan yang direda, misalnya sedang membaca al-Quran, bersembahyang, mengikuti kelas agama, itu sebenarnya lebih baik daripada mereka mati di lorong hitam tanpa sempat bertaubat," katanya.

Sejak peristiwa menyentuh hati di Rawang pada awal tahun lalu, beliau nekad melakukan sesuatu untuk menolong pesakit itu beragama Islam dengan menempatkan mereka di tempat khas untuk orang lelaki dewasa.

Ini kerana di Selangor dan Kuala Lumpur, belum ada mana-mana tempat yang diletakkan di bawah jagaan badan bukan kerajaan (NGO) yang khas untuk menjaga pesakit HIV dan Aids lelaki dewasa berbanding di beberapa negeri lain, sedangkan pesakit paling ramai berada di Lembah Klang.

Atas kesedaran ini, beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pusat khas untuk pesakit HIV dan Aids bagi lelaki dewasa beragama Islam bertempat di Petaling Jaya. Dengan sokong kuat rakan dan beberapa pihak lain, niatnya menjadi kenyataan sejak Mei lalu.

Menggunakan platform Yayasan Al Ijabah yang digunakan untuk menguruskan anak yatim, Ustaz Amin turut menerima sokongan padu Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Kini bertempat di sebuah rumah dua tingkat, di situlah beliau menempatkan sembilan pesakit dengan bantuan dua ustaz yang ditugaskan menjaga mereka. Pelbagai program disusun, bermula dengan pengisian jiwa membabitkan solat berjemaah, bacaan al-Quran, tazkirah serta urusan pengendalian diri.

Peliknya, ditanya dari mana datang sumber kewangan untuk menguruskan pusat berkenaan, jawabnya ringkas tetapi penuh makna: "Allah sentiasa menolong umatnya yang berusaha, apatah lagi membantu saudara seagama yang sedang menderita.

"Konsep kasih sayang dalam Islam perlu diterjemahkan melalui amalan dan praktikal, bukan sekadar menunggu dan berdoa," katanya.

Katanya, memang benar, kadar sewa premis itu saja sudah mencecah RM3,500 sebulan, belum termasuk kos makan, bil elektrik serta pengurusan lain.

Rezekinya memang murah ketika wartawan Berita Minggu meninjau pusat berkenaan, secara kebetulan, sebuah lori tiba di situ membawa muatan katil terpakai yang disedekahkan oleh Pusat Perubatan Selangor (MSC).

"Kami sangat mengalukan jika ada mana-mana sukarelawan yang sedia membantu. Jika ada yang ingin membantu dalam bentuk lain, itupun dihargai," katanya yang memerlukan dana kewangan kukuh untuk menguruskan pusat berkenaan.

Ketika ini, semua peserta di pusat penjagaan berusia antara 20-an hingga awal 40-an, dikategorikan sebagai 'positive living' iaitu pesakit yang boleh menguruskan diri kerana mereka ini disahkan menghidap HIV dan belum mencapai tahap sakit Aids.

Selepas ini, pusat itu akan menerima pesakit Aids yang kebanyakannya perlu diuruskan semuanya termasuk mandi, makan, memberi ubat dan urusan membawa ke hospital. Atas sebab itulah beliau memerlukan ramai sukarelawan.

Menyingkap kisah menyayat hati, beliau pernah ditanya satu keluarga mengenai dosa tindakan mereka menghantar saudara mereka yang menghidap Aids ke gereja disebabkan tidak mempunyai hala tuju dan tiada pilihan.

Hingga sekarang beliau tidak mampu menjawab soalan itu tetapi ia menguatkan lagi azamnya membantu pesakit Aids beragama Islam.

Profil: Muhamad Abdullah Al-Amin. (http://www.ustazamin.com/)
Pendidikan:


  • Pendidikan awal di Johor.
  • Ke Pakistan untuk program tahfiz ketika berusia 15 tahun.
  • Menuntut di Maahad Muhammadi Kelantan.
  • Belajar di UM cawangan Nilam Puri, Kelantan (sering berulang alik ke Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas).
  • Menuntut di Maahad Ihsaniah Penang.
  • Universiti Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir.
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Diploma Administration of Islamic Judiciary (DAIJ)
  • Kursus Sarjana di UM
  • Sarjana kedua di UIAM dalam bidang LLM (AIOL).

    Pengalaman:
  • Bermula 2003 - merantau ke negara Arab - bertemu dengan ulama di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Sepanyol, Mesir, Iran, Uzbekistan.
  • Menyertai operasi kemanusiaan di Indonesia:
    1) Tsunami di Aceh
    2) Tsunami Pangandaran Jawa Barat,
    3) Gempa bumi di Bengkulu.
  • Menyertai operasi gempa bumi di Pakistan.
  • Mengasas rumah anak yatim di Subang Jaya.
  • Menyertai Yayasan al-Ijabah dalam program amal.
  • Tahniah Sahabatku 1.. Jaguh Matematik..

    Mohd Suhaimi Ramly, Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa Malaysia.

    Mohd Suhaimi turut berkongsi ilmu dengan menulis buku. Untuk dapatkan buku ini atau apa-apa khidmat berkaitan sila hubungi blog beliau..
    http://suhaimiramly.wordpress.com/

    Jaguh Matematik

    Oleh Mohd Azis Ngah
    azis@bharian.com.my

    Mohd Suhaimi dipilih antara juri termuda pertandingan dunia

    TIDAK ramai yang tahu, bidang Matematik juga sebenarnya ada seni kreatif tersendiri. Bukan setakat bermain dengan nombor tetapi juga membabitkan pemikiran kreatif dan kritis bagi membolehkan seseorang itu layak digelar pakar Matematik.

    Ini bermakna, pelajar sekolah khasnya digalakkan sentiasa berfikir bagi mencari jalan penyelesaian sendiri bagi setiap permasalahan dan bukan setakat menerima dan mengamalkan kaedah tertentu dalam buku pelajaran atau diajar guru.

    Mohd Suhaimi Ramly, 27, yang kini bergelar Ketua Jurulatih Olimpiad Matematik Antarabangsa (IMO) Malaysia adalah antara genius Matematik yang terpilih sebagai juri termuda untuk menghakimi pengiraan markah pertandingan IMO peringkat dunia.

    Anak muda itu mengakui, pertandingan IMO itu bukannya suatu yang mudah kerana ia membabitkan pelajar terpilih di seluruh dunia, namun di situlah terletaknya keseronokan menyahut cabaran sebagai peserta dan kini beliau bertindak selaku jurulatih.

    Sehubungan itu, setiap kali tiba musim pertandingan IMO peringkat dunia membabitkan 108 negara, ketika itulah pasukan IMO Malaysia sibuk mencari bakat baru dan melatih mereka supaya berfikiran kreatif.

    "Ramai yang tersalah anggap. Tidak semestinya pelajar yang cemerlang dalam Matematik dan sering mendapat markah A layak menyertai IMO.

    "Matematik sebenarnya memerlukan pelajar sentiasa ligat berfikir mencari jalan penyelesaian bagi setiap soalan atau permasalahan. Mereka perlu kritis dan kreatif. Sebab itulah pada sesi latihan, hubungan mereka dengan pengajar umpama jurulatih dan pemain.

    "Hubungan ini berbeza jika dibandingkan antara guru dengan murid kerana jurulatih akan mendedahkan taktik dan pemain akan melaksanakan dengan pelbagai cara. Sudah semestinya mereka perlu berfikir dan idea sentiasa berkembang," katanya.

    Mohd Suhaimi sendiri pernah muncul antara pelajar terbaik pernah dilahirkan bagi pertandingan IMO, termasuk meraih anugerah juara Olimpiad Matematik Kebangsaan pada 1998 dan 2000.

    Berdasarkan kejayaan itu, Suhaimi terpilih mewakili negara selama empat tahun berturut-turut bagi IMO peringkat Asia Pasifik dan peringkat dunia di Romania, Korea dan Amerika Syarikat bermula 1999 hingga 2001.

    Namun, sejak pertandingan Olimpiad Matematik peringkat kebangsaan diperkenalkan mulai 1970-an, sering kedengaran rungutan pelajar dan guru mengenai masalah mereka tidak biasa dengan kaedah, soalan dan cara penyelesaiannya.

    Menyedari masalah itu, Suhaimi mengambil pendekatan bijak untuk berkongsi pengalamannya melalui penulisan buku khas mengenai asas Matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan.

    "Buku itu mengandungi empat siri dan ia sebenarnya membabitkan nota lama yang disimpan sejak peringkat sekolah hingga sekarang. Ia terbukti banyak membantu dan pada masa sama saya sering mendapat input baru daripada pelajar yang banyak menampilkan idea bernas," katanya.

    Menyingkap sejarah pembabitan awalnya dalam bidang Matematik Olimpiad, anak jati Kuala Lumpur ini mengakui ia menyedari bakatnya selepas terpilih mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk pertandingan peringkat kebangsaan dengan muncul naib juara.

    Tanpa sebarang latihan, beliau terkejut dengan keputusan itu seterusnya ditawarkan berlatih bersama Prof Abu Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk mewakili negara. Kini beliau menjadi ketua jurulatih menggantikan gurunya dan sudah 10 tahun mengetuai kontinjen Malaysia.

    Sekalipun ahli keluarga langsung tidak terbabit dalam bidang itu, beliau mengakui dorongan kuat keluarga yang banyak memberi kemudahan mendapatkan buku dan internet banyak membantunya belajar untuk mendapatkan maklumat tambahan.

    Selain menerbitkan buku panduan khas untuk Olimpiad Matematik, beliau juga banyak memberikan ceramah kepada pelajar dan guru serta terbabit dalam pertandingan peringkat MRSM dan Matrikulasi.

    Profil
    Mohd Suhaimi Ramly
    Tarikh lahir: 29 Disember 1982
    Ayah: Ramly Mustafha, 58
    Ibu: Zainab Abd Ghani, 59

    Adik beradik:

  • Nurfariza, 31, (doktor)
  • Nurul Aini, 29, (pegawai kerajaan)

    Pendidikan:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Selangor (1995-1997)
  • Maktab Rendah Sains Mara, Jasin Melaka (1998-1999)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik), Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat (2001-2005)

    Kerjaya:
  • Pengarah Urusan Ardent Eduicational Consultants Sdn Bhd
  • Pengarah Eksekutif Aidan Corporation Sdn Bhd

    Kepakaran:
  • Matematik: Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor, Geometri, Analisis Fungsian
  • Latihan Olimpiad Matematik kepada guru dan pelajar
  • Ketua Jurulatih Malaysia ke IMO 2007 - kini

    Info
    Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa

  • Hampir 600 pelajar terbaik dunia terpilih
  • Ujian peperiksaan dua hari
  • Enam soalan dalam masa sembilan jam
  • Markah berdasarkan kaedah pemikiran kreatif pelajar menjawab soalan
  • 108 negara bertanding.
  • 100 juri profesional seluruh dunia
  • Peserta mesti berusia bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.
  • LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails