Saturday, December 15, 2012

Bukti Didikan Barat Hancur, Obama Menaangis..


Siaran berita oleh WCBS di New York menunjukkan Ryan Lanza, 24, abang kepada Adam Lanza yang merupakan penembak bagi tragedi berdarah di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat dibawa masuk ke kereta polis. 

Adam Lanza, 20, membunuh ibunya di rumah dan melepaskan tembakan di dalam sekolah berkenaan di tempat ibunya mengajar, sehingga mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai, sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh termasuk 20 kanak-kanak. Foto AP 

Tembakan Amuk Di Connecticut: 28 Terbunuh Termasuk 20 Kanak-Kanak
Polis Connecticut membawa keluar menyelamatkan pelajar dari Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden tembakan amuk yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang termasuk 20 kanak-kanak. Foto AP
NEWTOWN, Connecticut: Seramai 20 pelajar sekolah dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di pinggir bandar di Connecticut pada Jumaat (waktu tempatan), membunuh sekurang-kurangnya 27 orang termasuk dirinya sendiri dalam satu kejadian tembakan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan sumber penguatkuasaan undang-undang, lelaki bersenjata berusia 20 tahun itu dikenal pasti sebagai Adam Lanza, melepaskan tembakan di sebuah kelas di Sekolah Elementary Hook Sandy di Newtown, Connecticut, yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak dari umur 5 hingga 10 tahun.
Pihak berkuasa menemui 18 kanak-kanak dan tujuh dewasa, termasuk lelaki bersenjata, terbunuh di sekolah, dan kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Berikutan laporan insiden tembakan tersebar luas, ibu bapa panik bergegas ke sekolah mencari untuk anak-anak mereka yang antaranya berlumuran darah sedang dibawa keluar dari bangunan tersebut.
Presiden AS, Barack Obama, mengesat air mata dan berhenti seketika yang tidak dapat menahan sebak dalam ucapan kepada negara, berkabung mengenai nasib "anak-anak kecil yang suci antara umur 5 dan 10 tahun" yang terbunuh.
Presiden AS, Barack Obama sebak ketika memberi ucapan 'berkabung' di White House, Washington berhubung tragedi berdarah di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut. Foto AFP

"Hati kami 'retak' hari ini, untuk ibu bapa dan datuk nenek, adik-beradik dan saudara-saudara untuk kanak-kanak kecil ini dan bagi keluarga bagi orang dewasa yang telah hilang," kata Obama, dengan nada sebak.
"Hati kami retak untuk ibu bapa kepada mereka yang terselamat, yang diberkati kerana mempunyai anak-anak mereka bersama di rumah pada malam ini, mereka tahu anak-anak mereka tidak bersalah dibawa jauh pergi terlalu awal dan tiada kata yang boleh mengubati kesakitan yang dialami mereka," kata Obama, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang masih kecil.
"Kejahatan 'melawat' komuniti ini hari ini," kata Gabenor Connecticut, Dannel Malloy kepada pemberita.
Abang Adam Lanza iaitu Ryan Lanza, kini diletakkan di bawah jagaan polis atau disoal siasat, kata sumber penguatkuasaan undang-undang.
 
The New York Times melaporkan bahawa lelaki bersenjata itu berjalan ke dalam sebuah bilik darjah di mana ibunya merupakan guru berkenaan, menembak ibunya dan kemudian 20 pelajar, kebanyakan di dalam kelas yang sama, sebelum menembak lima orang dewasa lain dan membunuh dirinya.
Seorang lagi ditembak di sekolah itu dan terselamat, kata Times.
Beberapa media melaporkan bahawa ibu lelaki bersenjata itu ditemui mati di sebuah rumah berdekatan. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jika dikaji detail, inilah antara bukti-bukti hasil dari kegagalan pendidikan di barat.

Shah Rukh Khan Hadir Harijadi Mahathir.


Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri memotong kek sempena dengan majlis sambutan 'belated birthday' beliau. Foto IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara. "Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.

Shah Rukh ditemui selepas meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 yang dianjurkan jenama sut lelaki, Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, dekat sini pada malam Jumaat. Aktor yang merupakan tetamu khas pada majlis tersebut turut menghadiahkan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kepada Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Tun Mahathir dan isteri dihiburkan dengan nyanyian Shah Rukh Khan yang mendendangkan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai'.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah pemikiran bekas seorang perdana menteri negara umat Islam Malaysia.

Islam Itu Mudah, Muslimah.. Solat Di Mana-mana.


 
“HIDAYAH, jom kita singgah surau kejap untuk solat  Asar.  Waktu dah masuk nih…”  Nabilah menepuk lembut bahu Hidayah sambil matanya memandang ke arah surau berdekatan.

“Takpe, aku solat kat rumah jelah.  Aku tak bawa telekung.”  Balas Hidayah sambil memuncungkan bibirnya.

“Aku pun tak bawa telekung. Aku pakai pakaian ni je untuk bersolat. Alaa… kau pinjam je telekung kat surau tu…” Nabilah mencadangkan.

“Alaaaa, tak naklah. Telekung kat situ tak best. Ada bau. Aku tak boleh pakai pakaian aku ni untuk bersolat macam kau. Kau tengoklah tudung dan baju aku ni, nipis dan jarang…!" Jawab Hidayah sambil menggosok kain baju dan tudungnya dengan hujung jari.

Bukankah biasa kita dengar perbualan seperti di atas? Inilah antara senario yang selalu ada dalam masyarakat kita. Sepatutnya pakaian yang mereka pakai samada ke tempat kerja, belajar, beraktiviti atau bersantai boleh dijadikan pakaian untuk solat juga. Kaum lelaki mungkin jarang kita jumpa seperti senario di atas. Biasanya senario tersebut berlaku di kalangan Muslimah.

Ramai wanita tidak berasa yakin dengan pakaian yang mereka pakai untuk dijadikan sebagai pakaian untuk solat. Kerana apa? Kerana mereka sendiri sedar bahawa pakaian tersebut tidak memenuhi tuntutan syara`. Antaranya kerana nipis, ketat, sendat, mendedahkan aurat sebahagiannya dan lain-lain lagi. Itu bermakna mereka tidak menutup aurat sepenuhnya ketika berpakaian harian. Dan ini ternyata suatu yang dilarang agama dan berdosa.


Buat wanita yang berpakaian menutup aurat secara sempurna, kalian sudah boleh mengerjakan solat dengan pakaian tersebut. Tidak perlu telekung lagi. Tidak perlu bawa beg telekung lagi. Dan tak perlu meminjam telekung yang berbau kurang enak yang selalu terdapat di surau-surau lagi.

Dengannya juga para muslimah terhindar dari sifat menangguhkan solat yang selalu mereka lakukan lantaran tiada telekung untuk digunakan. Sekaligus, dapat mengecap pahala amalan utama iaitu mengerjakan solat pada awal waktu di tempat yang sesuai dengan berpakaian harian yang menutup aurat dengan sempurna.



Islam ini mudah. Apabila kalian tidak mengikuti ajaran Islam sepenuhnya, bermakna kalian menyusahkan diri kalian sendiri. Bertelekung ketika solat adalah antara kelecehan yang dicipta sendiri oleh wanita dan ia merupakan paradigma wanita Melayu. Kefahaman agama boleh menganjakkan kalian dari paradigma tersebut.

Lelaki Melayu dulunya juga berparadigma bahawa apabila mahu solat, mesti dengan kain pelikat dan baju Melayu. Kini mereka telah menganjak keluar dari paradigma itu. Ramai dengan selamba memakai seluar panjang, baju-T dan tanpa kopiah mengerjakan solat. Ini memudahkan mereka.


Wanita juga boleh menganjakkan paradigma seperti yang telah disebut di atas. Asalkan faham tuntutan agama dan tepatinya, in shaa’ ALLAH beres!

Tulisan ini bukan berniat mahu menyuruh muslimin meninggalkan jubah dan serban, dan muslimah meninggalkan telekung yang berwarna putih ketika bersolat. Tetapi ia sekadar solusi mudah dan cepat buat Muslim dalam keadaan-keadaan tertentu. “Mudahkanlah, janganlah disusahkan.”

Dan yang lebih utama dari tulisan ini ialah untuk mengajak kita semua (terutamanya Muslimah) bermuhasabah mengenai pakaian harian kita, samada ia sudah betul-betul menepati tuntutan syara` sehingga ia boleh dijadikan sebagai pakaian solat? Atau tidak? (
muzir.wordpress.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim
: Pereka-pereka fesyen eloklah cipta dan pasarkan dengan harga yang sesuai pakaian wanita, berkonsepkan 'pakaian harian adalah pakaian solat kita'.


Semoga kita semua dikurniakan hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin… 
(IH)

Mesir Larang Tv Siarkan Lagu Romantis?


HALAMAN HIBURAN
SEMALAM, Mesir diberitakan telah melarang lagu dan video klip bertema romantis atau cinta ditayangkan di tv milik pemerintah. Pengumuman malalui surat khabar pemerintah itu juga menyebutkan hanya nyanyian bertema patriotik diizinkan ke udara.

Stasiun televisyen Al Arabiya melaporkan, Jumaat (14/12), pemerintah juga mengharamkan lagu bersifat menyindir tokoh awam  beredar melalui seluruh 23 tv milik negara. Para pengguna media sosial juga mulai pertanyakan soal larangan memutar lagu cinta itu. Pemilik akun Twitter @dinaelhusseiny mengatakan meski larangan itu hanya bersifat sementara, namun dia mengatakan pengumuman dari media pemerintah itu tidak memberikan pernyataan lebih detail.

Pemilik akun @_amroalin menulis, "Bagaimana mungkin lagu cinta dapat menyebabkan kerusuhan,". Komentar lain juga menyebut Mesir telah membunuh cinta. Namun, nara blog bernama Mina Nagib menyangsikan keaslian pengumuman itu dan mengatakan pernyataan itu mungkin cuma gosip. "Saya sekarang tinggal menunggu konfirmasinya."

Langkah mengejutkan ini muncul di tengah memanasnya situasi politik di negara itu selama beberapa minggu terakhir. Kenyataa itu keluar menjelang pelaksanaan referendum besok.  Berbagai pihak menilai referendum soal rancangan konstitusi baru ini akan memecah belah Mesir. Sebab, kelompok oposisi mengajak rakyat memboikot.

Rancangan undang-undang itu dibuat oleh majoriti anggota dewan beraliran Islam bulan lalu itu menjadi krisis politik paling buruk terjadi di negara ini sejak terpilihnya Mursi Juni lalu. Kelompok pembangkang terdiri dari faksi sekuler, liberal, sayap kiri, dan aliran Kristian, mengumumkan akan meningkatkan protes untuk menentang rencana referendum itu.

Kelompok oposisi melihat rancangan konstitusi baru itu telah meremehkan hak asasi, hak bagi kaum perempuan, agama minoriti dan menyekat kebebesan peradilan di Mesir.(IH)

Hijrah Dari Rock Kpd Lagu Ketuhanan..




HALAMAN HIBURAN

OPICK atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus mungkin tidak memiliki nama yang gah seumpama penyanyi Once mahupun Ahmad Dhani di Malaysia kerana dia merupakan seorang penyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Begitupun, lagu-lagu berunsur sebegitu hasil nukilan penyanyi yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu sangat popular dan ada di antaranya menjadi siulan di Malaysia sehingga kini. Salah satu lagu yang paling popular ciptaannya sudah tentu yang berjudul, Dealova yang pernah dialunkan Once bersama kumpulan Dewa, malah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjud Cinta juga menyanyikan lagu Opick iaitu Ketika Cinta dengan susunan muzik baharu.

Lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia yang berjudul, Perempuan Berkalung Sorban. Bertemu dengan Opick ketika kedatangannya ke Malaysia di Restoran Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, Opick mendedahkan, Dealova sudah lama diciptanya tetapi tiada seorang pun penyanyi di Indonesia mahu menyanyikannya.

Mengenali Opick, dia sebenarnya seorang penyanyi rock yang memiliki vokal yang hebat tetapi lagu-lagu ciptaannya bagaimanapun tidak diterima peminat kerana semuanya berunsur protes. Kehidupan akan datang memang tidak mampu ditebak. Opick yang dulunya tidak pernah menyebut nama Tuhan dalam lagu-lagunya kini dikenali sebagai penyanyi yang mencipta lagu-lagu berunsurkan ketuhanan.

Bukan sahaja lagu-lagunya berunsurkan ketuhanan malah dirinya juga berubah yang mana ia selalu dibaluti oleh jubah dan juga serban.

"Dulu hidup saya gelap. Saya suka protes dan seorang pemarah. Malah karya-karya saya juga penuh dengan rasa kebencian terhadap kerajaan mahupun apa jua perkara yang saya tidak suka.
"Tiba-tiba Allah bagi saya hidayah untuk mendekatinya dan sentiasa tulis tentang Dia," akuinya yang kini sudah menghasilkan lapan album berunsurkan ketuhanan.

Sangat jarang, lagu-lagu yang bercerita tentang ketuhanan mampu sukses secara komersial di pasaran namun Opick membuktikannya sebaliknya. Album pertamanya berjudul Istiqhfar pada tahun 2005 begitu sukses. Sebulan di pasaran, Istighfar berjaya dijual lebih 300,000 unit dan mencapai status 'double platinum'.

Kejayaan Opick bukan sampai di situ sahaja malah selepas album keduanya berjudul Semesta Bertasbih keluar pada tahun 2006, ia turut mencapai kejayaan. Tahun demi tahun, album-albumnya yang lain turut keluar iaitu Ya Rahman (2007), Cahaya Hati (2008), Di Bawah Langit (2009), Shollu Ala Muhammad (2010), The Best Of Opick (2011) dan kini hadir ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Salam Ya Rosulullah terbitan syarikatnya, Tombo Ati Production yang diedarkan secara eksklusif oleh Inteam Records Sdn. Bhd.

Memuatkan 10 buah lagu termasuk Anta Allah, Ya Hannan Ya Mannan, Bila Waktu T'lah Berakhir, Salam Ya Rosulullah, Syukur Atas Karunia, dan Dealova yang dinyanyikan dengan gubahan muzik baharu sesuai dengan jiwanya.

Selain menjadi penyanyi solo, Opick juga tidak mengehadkan dirinya untuk berkolaborasi bersama artis-artis terkenal seperti Melly Goeslow melalui lagu Takdir serta penyanyi remaja, Amanda menerusi lagu Alhamdulillah. (IH)

LAGU Dealova menjadi pencetus kepada peminat muzik untuk mengenali dengan lebih dekat karyawan muzik berbakat besar ini.

PR Perak Umumkan Belanjawan Seimbang -Nizar


 

IPOH: Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan belanjawan seimbang untuk bajet alternatif 2013 untuk negeri ini dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1,262,326,905 serta terimaan pembangunan sebanyak RM48,000,000, manakala jumlah perbelanjaan pula dianggarkan RM1,262,321,848 iaitu lebihan RM5,057.

Kutipan hasil cukai untuk tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM596,016,580, hasil bukan cukai pula RM258,821,631, manakala terimaan sebanyak RM359,488,694.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam sidang media bajet Pakatan Rakyat Perak 2013 di pejabat PAS negeri di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata, bajet tersebut menjuruskan kepada bajet yamg seimbang dengan memberikan tumpuan kepada empat tunggak utama iaitu pendemokrasian ekonomi, mengupayakan masyarakat dan memperkasakan golongan masyarakat.

Jelasnya, dalam konteks pendemokrasian ekonomi termsuklah langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan termasuk industri hiliran produk daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tunggak kedua iaitu memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya menjadikan Perak sebagai negeri pengerluar produk ikan air tawar, ikan hiasan, daging itik serta udang menerusi skim yang memberi pulangan memuaskan kepada para pengusaha dengan anggaran perbelanjaan RM5,000,000.

Beliau menambah, bagi memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya memperuntukan sejumlah RM15 juta untuk kegunaan pendidikan di semua sekolah melibatkan sekolah agama, sekolah kerajaan serta sekolah sekolah mubaligh lain di seluruh negeri yang dianggarkan perbelanjaan berjumlah RM30,000 bagi setiap sekolah selama lima tahun.

Menurut beliau lagi, bajet alternatif tersebut adalah untuk membentuk bajet yang seimbang berdasarkan pengalaman memerintah negeri Perk selama sebelas bulan.

Turut hadir sama dalam sidang media pembentangan bajet Pakatan Rakyat itu, Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Ko Ham, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Adun Semanggol, Ramli Tusin. (Hrkh)

Lagi, RM100,000 Unt Gaza -NGO Cakna Palestin


Nazri menyerahkan mok cek kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar - foto Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: NGO ‘Cakna Palestin’ (Palestine Care International) menyumbang RM100,000 kepada Tabung Kecemasan Gaza bagi meringankan bebanan ditanggung rakyat Palestin. Sekretariat Cakna Palestin, pada upacara penyerahan Sumbangan Tabung Kecemasan Gaza  berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi tadi, menyerahkan wang sumbangan itu kepada wakil Palestin Ahmed Abu Ayesh An-Najjar.

Beliau adalah Pegawai Khas Perdana Menteri Gaza, Palestin, Ismail Haniya. Ketua Sekretariat Misi Cakna Palestin Nazri Deraman pada kenyataan media khasnya pagi semalam berkata wang sumbangan itu hasil kutipan derma orang ramai di seluruh negara termasuk Kelantan. Cakna Palestin bertindak secara proaktif serta drastik melancarkan Tabung Kecemasan Gaza sejak 1 Muharram 1434 yang lalu.

“Kejadian menyayat hati berlaku di Gaza sejak awal Muharam lalu amat meruntun ummah.
“Tindakan kejam Yahudi Zionis ke atas penduduk Gaza meragut nyawa ramai rakyat Gaza khususnya kanak-kanak dan wanita.  Kira-kaira 184 orang mati syahid dan lebih 2,000 rakyat Palestin tercedera," katanya.

Nazri yang juga Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) turut memaklumkan menerusi tabung dana tersebut bantuan juga diberikan kepada  usaha membina dua buah masjid di Palestin dan membantu lima pelajar IPTA rakyat Palestin yang menuntut di  universiti di negara ini.

Dalam rangka menggerakkan sokongan rakyat, pihak Sekretariat Cakna Palestin mengatur ceramah khas disampaikan Ahmed Abu Ayesh An-Najjar dalam melawan kekejaman Yahudi Zionis itu. Melalui ceramah itu, rakyat negara ini berkongsi pengalaman pahit manis perjuangan rakyat Palestin khususnya yang dilalui Ahmed sendiri dalam ‘meredah peperangan’ di Gaza.

Di Kelantan sendiri, hari ini (Jumaat, 14 Disember) ceramah oleh Ahmed dan Sekretariat Cakna Palestin diadakan di Masjid Padang Padang Pak Amat, Pasir Puteh (selepas solat Jumaat), di Masjid Lama Semerak, Pasir Puteh (selepas solat Maghrib) dan di Kg Wakaf Bunut, Dewan Undangan Negeri Gaal, Pasir Puteh (selepas solat Isyak).

Menurut Nazri, orang ramai juga boleh terus menyumbang untuk tabung tersebut melalui akaun Cakna Palestin 0301 8010 1229 39 (Bank Islam), 0301 0000 9051 07 (CIMB), 5530 3803 3881 (Maybank) dan 3988 9949 14 (Public Bank).(Hrkh)

UMNO Dipimpin Perompak -Kadir Sheikh Fadzir


DUNGUN: Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’ Kata Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semasa berucap di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini.

“Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada. Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan. Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.

“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya.

Justeru, ujarnya lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan. “Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri,” ujarnya.

Mengenai PRU 13 aka datang, beliau berkata, tujuh daripada 10 rakyat kini mahukan perubahan. Justeru, beliau menyifatkan perjuangan untuk melakukan perubahan pada PRU13 nanti merupakan satu jihad dengan menumbangkan kerajaan Umno BN.(IH)

Berlakon Dicabul, Akhirnya Dicabul Betul-betul..

Tak ikut agama dan peraturan, perangi macam ini..
Uji bakat terlampau
KL::  “Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya,” kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu. Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

“Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. (nyMetro)

Friday, December 14, 2012

Manipulasi Standard Lulus Sains & Matematik


SATU lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia! Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.

Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara. Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.

“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.

Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.

Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.

Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.

Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata. Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.

Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.

“Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan Ong.

Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki. Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.

“Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.

“Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia. Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.

Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara  mencapai negara berpendapatan tinggi. Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.

Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan “memudahkan” silibus dalam sistem pendidikan negara.

“NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.

“Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.

“Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang,” tegas mereka lagi. (Hrkh)

PAS Hantar Utusan Kpd Ismail Haniyeh Palestin


Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.

MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.

Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.

“Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan. 
“Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.
“Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang ‘barakah’ ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin. Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.(Hrkh)

Persiapan Tempur S'pura, Ke Mana Sasaran?

Kendaraan tempur infanteri Bionix
Bionix II, varian terbaru dari kendaraan tempur infanteri Bionix
KENDERAAN tempur infanteri Bionix dikembangkan oleh Singapore Technologies Automotives (sekarang Singapore Technologies Engineering) dan telah digunakan Angkatan Darat Singapura sejak tahun 1999 dalam varian Bionix 25 dan Bionix 40/50.

Bionix II (BXII) mulai digunakan oleh Angkatan Darat Singapura pada bulan Oktober 2006. Bionix II ini dikembangkan secara bersama-sama oleh ST Engineering, Defence Science and Technology Agency (DSTA) dan Angkatan Darat Singapura.

Kendaraan lain yang masuk dalam keluarga Bionix adalah Kendaraan Lapis Baja Recovery (ARV), yang dilengkapi dengan winch 25t dan derek 30t, dan Kendaraan Lapis Baja Jembatan (AVLB), yang dilengkapi dengan sebuah jembatan MLC30 yang diluncurkan dengan remote control dan Kendaraan Angkut Infanteri (ICV)

Kendaraan Tempur Infanteri Bonix II

Bionix II memiliki lambung umumnya kendaraan tempur infanteri, tetap menggunakan power pack dan suspensi dari varian sebelumnya, namun dilengkapi dengan sistem jaringan manajemen pertempuran digital, ATK mk44 Bushmaster 30mm dual-feed cannon dan paket armor modular. Dua tentara pada turret dan dapat mengangkut hingga sepuluh tentara. Bionix II juga dipersenjatai dengan sebuah senapan mesin koaksial 7.62mm dan sebuah senapan mesin umum 7.62mm.

Bionix II memiliki pengamatan termal siang dan malam hari yang baik, dengan sistem stabilisasi dual-axis untuk meningkatkan pelacakan target. Pengintai lasernya memiliki jangkauan hingga 3 km.

Kendaraan Tempur Lapis Baja Bionix 25

Bionix 25, turret dapat ditempati oleh 2 tentara dan juga dapat mengangkut sepuluh tentara. Bionix 25 dipersenjatai dengan cannon ATK M242 25mm Bushmaster dual-feed dengan stabilisator vertikal dan horizontal. Meriamnya siap menembakkan 180 amunisi 25mm dalam satu putaran ditambah 420 putaran dalam stok amunisi.


Kendaraan tempur infanteri Bionix
Bionix II, mulai digunakan Angkatan Darat Singapura sejak bulan Oktober 2006

Penembak memiliki 8x perbesaran siang dan penglihatan malam termal dengan dua bidang pandang untuk meriam 25 mm. Laser Rangefinder juga dapat ditambahkan untuk penglihatan siang dan malam hari. Kendaraan ini memiliki enam peluncur granat asap 76mm.

Bionix Angkut Pasukan 40/50

Hanya 1 tentara di turret Bionix 40/50. Varian Bionix yang satu ini diproduksi oleh Chartered Industries of Singapore dan dapat mengangkut 11 tentara. Memiliki stasiun senjata kembar dengan peluncur granat 40 mm, senapan mesin 7,62 mm dan 12,7 mm.

Turret (Kubah)

Bionix dengan dua tentara pada turret menggunakan turret yang kesemuanya dilas dengan baja konstruksi. Proteksi lapis baja tambahan dapat dipasang dengan lapisan pasif. Stasiun penembak berada di sebelah kanan dan stasiun komandan di sebelah kiri, masing-masing dengan dilengkapi dengan tutup palka tunggal.

Lintasan turret 360° dengan kontrol digital. Baik penembak dan komandan memiliki tombol stop lintasan turret. Periskop memberikan penembak bidang pandang ke kanan dan ke bagian belakang kendaraan. Komandan memiliki relay optik sekunder dari pandangan penembak dan juga periskop dengan bidang pandang ke depan, kiri dan belakang.


Bionix 25 dan Bionix 40/50
Bionix 25 (kiri) dipersenjatai dengan meriam 25 mm dan Bionix 40/50 (kanan) dengan peluncur granat 40mm dan senapan mesin.

Hull (Lambung)
Stasiun Pengemudi

Stasiun pengemudi memiliki tiga pemandangan periscopik. Kedua periskop luar adalah pemandangan siang sedangkan periskop pusat dapat dengan cepat berubah antara lingkup siang dan malam lingkup gambar-intensif.



Bionix khusus jembatan
Bionix khusus jembatan (AVLB), dilengkapi dengan jembatan MLC30
Mesin

Power pack, yang dapat dengan mudah dilepas di lapangan dalam waktu kurang dari 15 menit, dipasang di bagian kanan depan kendaraan.

Mesin diesel Detroit Diesel 6V-92TA turbocharged menghasilkan tenaga 475 hp pada 2.400 rpm, potensialnya mencapai 550hp. Mesin ini dilengkapi dengan injeksi diesel yang dikontrol secara elektronik. Kompartemen mesin dilengkapi dengan deteksi kebakaran otomatis dan sistem pencegah kebakaran dry-powder dilengkapi sebagai cadangan.

Kendaraan ini dilengkapi dengan transmisi otomatis hydromechanical HMPT-500EC dan final drive dari General Dynamics Land Systems.


Bionix recovery
Bionix recovery (ARV), dilengkapi dengan winch 25t dan derek 30t
Sistem pendingin, disediakan oleh Galley, dirancang untuk menjadikan kendaraan ini low thermal signature yang rendah. Dua tangki bahan bakar dengan total kapasitas 562l terpasang di kedua sisi dan di bagian atas lambung.

Suspensi dan Running Gear

Suspensi Hydrostrut dari Horstman Defence Systems, yang berbasis di Bath Inggris, memberikan stabilitas bagi pengoperasian sistem persenjataan dan kondisi mendaki yang nyaman. Suspensi ini merupakan hydropneumatic dan didasarkan pada unit suspensi Hydrogas yang terbukti keunggulannya dipasang pada tank Challenger dan AS 90 self-propelled howitzer.

Mobilitas

Bionix memiliki kecepatan 70km/jam di jalan mulus dan 25km/jam sampai 40km/jam di medan yang tidak rata. Dengan kecepatan 45km/jam, kendaraan ini mampu berjarak tempuh 415 km tanpa mengisi bahan bakar.


Bionix angkut infanteri
Bionix angkut Infanteri (ICV), dengan remote pada stasiun senjata

Dengan turning radius 9,9 m dan 6,5 m pivotal turn, kendaran ini dapat bermanuver dengan lincah di lingkungan perkotaan atau ruang terbatas.

Beberapa manuver rintangan yang bisa dilewati oleh Bionix antara lain parit 2,2 m, dinding setinggi 0,8m dan mampu melewati medan air dengan kedalaman 1m (dengan persiapan). Kendaraan ini sepenuhnya dapat menjadi kendaraan amfibi bila kit opsional telah dipasang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kecanggihan peralatan tentera Singgapura sebenarnya ke mana hendak diarahkan dan disasarkan?  Apakah hanya untuk mempertahankan diri seperti Israel mempertahankan diri di dunia Arab dengan menyerang Gaza dan Palestin lebih dahulu tanpa asas? (IH/ Artileri)

Ini, Bola Mata Tiruan, Boleh Dibeli..


Greiner membakar bola mata semasa menghasilkannya dengan menggunakan penunu gas.- Reuters
JOM KREATIF
 MUNICH – Seorang penjual kanta okulus, Gerhard Greiner di sini menjual bola mata kaca palsu kepada orang ramai yang kehilangan mata. Setiap bola mata palsu itu berharga AS$457 (RM1,395) dan ia mengambil masa satu jam untuk menghasilkannya.

Bola mata itu dimasukkan ke bahagian mata pelanggan yang tidak lagi berfungsi akibat kemalangan atau penyakit. Ia juga boleh dimasukkan di tempat asal mata menerusi pembedahan. – Reuters

Mursyidul Am Gerakan Islam Morocco Meninggal


KUALA LUMPUR: Gerakan ‘Adil dan Ihsan’ yang diharamkan di Morocco mengumumkan pengasas dan Mursyidul Amnya, Syeikh Abdussalam Yaasin, 84, menghembuskan nafas terakhir pagi semalam, Khamis.

Perkara tersebut diumumkan oleh jurucakap rasmi gerakan tersebut, Fathallah Arsalan, Syeikh Yaasin (dilahirkan pada September 1928) yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di ibu negara Morocco merupakan pengasas gerakan Islam tersebut pada tahun 1973 dan memimpinnya hingga akhir hayat.

Blog Gendang Perang dan laman web eramuslim turut melaporkan perkara itu.

Pada tahun 1974, beliau menulis risalah nasihat kepada Raja Morocco ketika itu, Al-Marhum Raja Hasan Kedua bertajuk "Islam atau Taufan" yang memberi peringatan kepada kerajaan untuk melaksanakan syariat Islam atau mereka dan negara akan dilanda bencana taufan seperti kaum Nabi Nuh yang menolak dakwah nabi mereka.

Antara kandungan risalah tersebut:

"Nasihat Ustaz Yaasin kepada raja yang bimbang kehilangan kuasa satu nasihat yang jelas dan nyata. Nasihat beliau menyeru kepada raja bertaubat dan kembali kepada syariat Islam serta mencontohi sejarah yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul 'Aziz.."

Disebabkan risalah tersebut, beliau dipenjarakan selama 3 tahun enam bulan tanpa dibicarakan di mana-mana mahkamah. Akibat tekanan yang dihadapi di dalam penjara, beliau terpaksa dirawat di hospital mental untuk beberapa tempoh waktu.

Pada tahun 1981, kerajaan Morocco mengharamkan gerakan tersebut tetapi berdasarkan pengamatan penganalisis politik, Gerakan Adil dan Ihsan merupakan gerakan pembangkang utama yang mampu menggugat kerajaan.

Pada tahun 1983, beliau sekali lagi meringkuk dalam penjara selama 3 bulan (yang kemudiannya dilanjutkan selama 2 tahun) setelah mengkritik ucapan Al-Marhum Raja Hasan Kedua melalui sebuah artikel tulisannya.

Pada tahun lepas, ketika berlaku gelombang 'Arab Spring' di beberapa buah negara Arab, Morocco juga tidak terkecuali terkena tempiasnya apabila berlaku beberapa siri protes dan Gerakan Adil dan Ihsan menggerakkan kebangkitan rakyat dengan menyatukan kumpulan pembangkang atas nama "Gerakan 20 Februari".

Hasilnya, ia memberi tekanan kepada Raja Muhammad Keenam, Raja Morocco untuk membuat pindaan perlembagaan dan memberikan kebebasan kepada rakyat pada Julai 2011.- Abdul Malik

Tahniah Singkir Lawak Lucah. Ganti Lawak Islamik?



DADIDU kumpulan paling veteran bertanding turut tersingkir di minggu keempat. 

HALAMAN HIBURAN
SELEPAS tiga minggu tiada penyingkiran, program Maharaja Lawak Mega 2012 membuat kejutan pada minggu keempat Jumaat lalu dengan tiga kumpulan disingkirkan sekali gus. Seperti yang dijangka, kumpulan Pimai (Imuda dan Mat Over) dan Dadidu (AR Badul, Bobo dan Arif Sudin) telah tersingkir kerana berada di kedudukan tercorot tiga minggu berturut-turut.

Bagaimanapun, berlaku kejutan di minggu keempat apabila kumpulan Balas turut tersingkir menjadikan tiga kumpulan telah terkeluar pada minggu berkenaan. Balas yang telah tiga minggu membuat lawak berbaur lucah kecuali di minggu kedua, masih berdegil membuat lawak serupa walaupun telah ditegur oleh juri yang juga penyanyi Awie sebelum ini.

Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, tindakan Balas membuat lawak berunsur lucah menyebabkan markah yang diberikan tidak tinggi.
"Pengisian lawak yang berunsur politik, lucah, merendahkan penonton dan cabar pemikiran penonton dilarang sama sekali kerana program ini ditonton seisi keluarga," jelasnya pada sidang akhbar di akhir program berkenaan.

Tambah Bob, lawak lucah Balas turut menggambarkan kumpulan itu tidak menghormati amaran yang telah diberikan oleh juri dan Astro sendiri pada setiap minggu. "Tidak adil kepada peserta lain tidak buat lawak berunsur lucah, jadi markah kumpulan yang tidak patuh arahan akan dipotong," ujarnya.

IMUDA (kiri) dan Mat Over mewakili Pimai akur apabila turut tersingkir dalam pertandingan itu. 

Katanya, walaupun Astro telah meminta draf lawak semua peserta pada sehari sebelum siaran langsung program itu diadakan namun ada peserta tidak memberikan perincian sepenuhnya sketsa yang dibuat. "Ada kumpulan yang mahu simpan dan rahsiakan lawak meletup mereka, jadi Astro tidak jangka perkara ini (lawak lucah) boleh berlaku," jelasnya.

Balas pula ketika ditemui menyatakan bahawa lawak lucah yang dilakukan oleh mereka pada minggu keempat itu satu adalah salah faham. Walaupun akur dengan penyingkiran itu, anggota kumpulan tersebut, Mohamad Shukri Mohamad Sahar berkata, lawak air liur itu tidak lucah, sebaliknya juri telah salah faham kerana dialog itu tidak dapat dihabiskan kerana masa sudah tamat.

"Sepatutnya air liur itu tidak ada unsur lucah tetapi ia menjadi ayat tergantung dan kemudian menyebabkan ia disalah erti oleh penonton dan juri," jelasnya mempertahankan diri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tahniah dan syabas kepada pihak terbabit yang mengawal persembahan lawak. Bagaimana kalau ditamabh dengan unsur-unsur Islamik? Tidak susah, kerana segala yang tidak buruk itu Islamik.

Lihat sebelum ini..

4 Wanita Muda Tanggal Pakaian Protes Di Parlimen..

SESI sidang Parlimen berlangsung selepas kekecohan berlaku. 

KIEV - Beberapa aktivis pertubuhan Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita mendedahkan payudara mereka dalam satu protes antirasuah di luar bangunan Parlimen di sini semalam. Bantahan itu diadakan ketika satu pergaduhan melibatkan beberapa wakil rakyat tercetus di Parlimen Ukraine.

Sesi Parlimen yang dikenali sebagai Verkhkovna Rada bermula agak kelam-kabut semalam selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 28 Oktober lalu. Seramai empat wanita muda melompat pagar Parlimen dan menanggalkan pakaian untuk mengadakan protes di pekarangan bangunan itu.

Seorang jurugambar agensi berita AFP menyatakan, mereka cuma memakai seluar dalam berwarna hitam dalam protes tersebut. Keempat-empat aktivis berkenaan kemudian ditahan oleh beberapa anggota pengawal keselamatan. Sebelum itu, mereka menyatakan di laman akaun Facebook Femen bahawa tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat.

Parlimen kali ini bersidang selepas parti politik pimpinan Presiden Viktor Yanukovych menang tipis pada pilihan raya dua bulan lalu. Para pemerhati mengkritik proses pengundian pilihan raya itu termasuk tindakan pemerintah memenjarakan ketua pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko. Proses pengiraan undi yang berlangsung lebih seminggu turut dicemari pelbagai insiden seperti pergaduhan di pusat-pusat mengundi, penggunaan gas pemedih mata di sebuah kawasan pilihan raya dan tindakan polis pencegah rusuhan menyerbu pejabat suruhanjaya pilihan raya.

Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, sebanyak lima daripada 450 kerusi Parlimen masih kosong ekoran dakwaan penipuan yang mendorong pegawai-pegawai pilihan raya mengadakan proses pengundian baharu di lima buah daerah yang dipertikai. Semalam, para wakil rakyat daripada parti pimpinan Tymoshenko hadir di Parlimen dengan memakai pakaian berwarna hitam. Bahagian hadapan baju itu tertera potret Tymoshenko.

Pergaduhan bermula apabila anggota-anggota Parlimen daripada pihak pembangkang menjerit kata-kata membenci rakan-rakan mereka yang membelot dengan menyertai parti pemerintah. Mereka menyerang dua wakil rakyat yang menang atas tiket pembangkang tetapi dipercayai mahu menyertai parti pimpinan Yanukovych.

Insiden itu menyaksikan wakil rakyat iaitu Oleksandr Tabalov dan anak lelakinya, Andrei Tabalov ditolak keluar dari Dewan Parlimen dan dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.
Pihak pembangkang kemudian mendakwa tanpa majlis angkat sumpah tersebut, kedua-dua wakil rakyat itu tidak boleh melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.

Setakat ini, status mereka masih tidak jelas. Sidang Parlimen dijadualkan disambung semula lewat semalam bagi memilih seorang Speaker dan mengundi calon pilihan Presiden untuk jawatan Perdana Menteri Ukraine.
Yanukovych mencalonkan Perdana Menteri sedia ada yang juga sekutu rapatnya, Mykola Azarov untuk jawatan tersebut. - Agensi

Thursday, December 13, 2012

Pekan Kecil Tiada Jalan Raya Di Belanda, Tapi...

giethoorn netherland 2 
JOM KREATIF
PEKAN kecil tiada jalan raya di Belanda, tapi jadi tarikan pelancong....Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan sederhana, mungkin kota kecil Giethoorn di Belanda dapat menjadi salah satu tempat yang dapat dikunjungi. Kota kecil Giethoorn tidak memiliki jalan raya, hampir seluruh kota di kelilingi oleh kanal-kanal parit kecil yang indah.

Penduduk di kota kecil ini biasa menggunakan perahu kecil sebagai sarana transportasi atau berjalan melalui jembatan. Bagi pelancong yang mengunjungi tempat ini, kereta atau bas perlu diparking di luar perkankungan itu..Terletak di Overijssel, kota Giethroon memiliki kanal sepanjang 6.5 km dengan rumah-rumah tradisional khas Belanda disekelilingnya.

Tidaklah menghairankan apabila Giethroon telah menjadi daya tarik pelancong di Belanda dengan julukan Venesia dari Belanda. Kota ini didirikan oleh sekelompok pelarian dari wilayah Mediteranian sekitar tahun 1230. Giethroon menjadi terkenal pada tahun 1958 ketika dibuat filem oleh Bert Haanstra dan ditayangkan dalam festival fiem Fanfare.

giethoorn netherland 5

giethoorn netherland 3 
(IH/MobGenic)

31,931 Anak S'ngor Dapat Bantuan Masuk IPT

 
KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu. Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

“Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi. Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda. (Hrkh)

10 Disebat Di Aceh, Langgar Syaiat, Zalimkah?


Pelaksanaan hukum cambuk di Aceh Barat.

Pelaksanaan hukum cambuk di Aceh Barat. (ANTV)   
VIDEO: Langgar Syariah Islam, 10 Orang Dicambuk di Aceh


JAKARTA: Sepuluh orang pelanggar syariah Islam dieksekusi cambuk di halaman Masjid Agung Meulaboh, Aceh Barat, Rabu 12 Desember 2012. Mereka dicambuk di hadapan khalayak umum karena berjudi dan bermesraan dengan orang yang bukan muhrim.

Dari sepuluh pelanggar syariah Islam itu, sembilan di antaranya pria dan satu perempuan. Eksekusi cambuk dilakukan oleh algojo yang berpenutup muka hitam. Para pelanggar digiring satu-persatu ke atas panggung dan dicambuk.

Masyarakat yang menyaksikan pelaksanaan hukum cambuk itu tak jarang merekam eksekusi itu dengan ponsel mereka, sementara sang pelanggar tampak meringis kesakitan sambil menutup muka dengan tangan mereka. Namun hukum cambuk ini berlangsung singkat.

Usai dicambuk, kesepuluh orang pelanggar syariah Islam itu langsung dibawa ke rumah sakit untuk dirawat. Awalnya, ada 16 orang yang direncanakan dihukum cambuk. Namun karena 6 pelanggar lain sedang tidak berada di Aceh Barat, maka eksekusi hanya dilakukan terhadap 10 orang yang ada.

Bupati Aceh Barat, Alaidin Syah, mengatakan hukum cambuk itu merupakan bagian dari pembinaan masyarakat sekaligus penegakan syariah Islam. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zalimkah? Cuba bandingkan dengan sebat yang tidak Islamik seperti di bawah ini.. Klik.. 2 Wanita Dirotan Di Aceh, Zalimkah?
(IH)
Lihat ini sebagai tambahan.

Lihat lagi mengenai Aceh.. 
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

18 Pejabat AS Dalang Terorisme -Ebrahim Raisi

 Palestina Seret Israel ke Mahkamah Internasional
Warga Palestin kerap menjadi korban kekerasan dan kebrutalan tentara Israel, baik di Tepi Barat atau di Jalur Gaza.
Iran Dakwa 18 Pejabat AS Dalang Terorisme 
TEHERAN: Wakil Ketua Peradilan Iran, Ebrahim Raisi (gambar sebelh) secara resmi mengeluarkan dakwaan terhadap 18 pejabat AS yang diklaim telah melakukan tindak terorisme dan kejahatan terhadap Iran.
Dalam dakwaan tersebut, seperti dinukil dari berita Iran, Fars Rabu (12/12), disebutkan data-data kejahatan yang telah dilakukan 18 pejabat AS yang sayangnya tidak disebutkan nama-namanya.
Lebih lanjut, Raisi mendakwa pejabat-pejabat AS tersebut adalah dalang beberapa serangan terorisme yang dialamatkan kepada tokoh-tokoh Iran. Diantaranya adalah para ilmuwan Iran yang tengah menjalani program nuklir Iran.

Raisi berencana akan melanjutkan dakwaannya ke majlis PBB sebagai kasus terorisme Internasional AS serta kasus pembunuhan ilmuwan nuklirnya. Sementara itu, media Iran yang mencoba mengungkap beberapa nama yang masuk dalam daftar Raisi, diantaranya adalah mereka yang termasuk neokonservatif AS.
Tahun lalu, Teheran pernah meminta Interpol untuk membantu penangkapan dua mantan pejabat AS yang diklaimnya sebagai pendukung pembunuhan pejabat Iran. (IH)

Cinta (Ulfat), Hebatnya Bidadari Ini Lahir Di Kashmir

BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.
BAHAGIA...Muhammad Latif dan Salima menyambut kelahiran bayi perempuan mereka, Ulfat ke dunia.

REASI (Kashmir): Seorang bapa tanpa muka yang bimbang anaknya mewarisi keadaannya itu meraikan kelahiran bayinya dengan gembira selepas isterinya melahirkan anak perempuan yang sihat dan sempurna.

Mohammad Latif Khatana, 32, dan isteri, Salima, 25, meraikan setiap detik kelahiran bayi mereka dengan kesyukuran. Ulfat yang bermaksud cinta dalam bahasa Urdu dilahirkan secara normal di daerah Reasi pada 10 November lalu dengan berat 2.14 kilogram.

Sebaik mendukung anaknya, Mohammad Latif segera memeriksa seluruh tubuh bayi itu, Namun, kedua-dua ibubapa itu gembira kerana mendapati anak mereka sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan. “Saya sangat bimbang dengan keadaan fizikal bayi saya. Apabila saya melihat dia cantik dan tiada sebarang kecacatan, saya rasa sangat lega. Dia mempunyai wajah yang cantik seperti bidadari,” katanya.

Mohammad Latif berkata, anak perempuannya memberikan kegembiraan dalam kehidupannya selepas bertahun-tahun menderita kerana kecacatan dialaminya.

Muhammad Latif menderita sakit kulit, Neurofibromatosis, yang menyebabkan lapisan daging berlebihan menutupi mukanya menjadikan dia seolah-olah tidak memiliki muka.

“Saya ingin melupakan kisah lalu dalam hidup. Menjadi bapa adalah bab baru dalam kehidupan seorang lelaki dan saya menikmati setiap detik yang dilalui. Saya kini sangat gembira dan lebih bimbang mengenai anak saya berbanding diri sendiri. Saya tidak kisah sangat dengan diri sendiri sekarang,” katanya.

 Apabila Salima mendapat tahu dia hamil, pasangan itu sukar melelapkan mata setiap malam kerana bimbang memikirkan jika bayi yang bakal lahir itu akan mewarisi keadaan bapanya. Salima yang dilahirkan hanya dengan sebelah kaki berkahwin dengan Muhammad Latif pada Ogos 2008. - TS

Ziarah Yahaya Sulung, M'sia Negara Mewah?



KL: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) telah mengadakan ziarah amal di rumah artis veteran, Datuk Yahya Sulong, Bandar Baru Sentul di sini semalam. Rombongan DPPWP yang diwakili oleh ketuanya, Kamaruzaman Mohamad itu tiba jam 8 malam telah disambut oleh Yahya sendiri.

Walaupun dalam suasana hujan yang lebat namun ianya tidak mematahkan semangat pemuda-pemuda PAS WP untuk berjumpa dengan veteran artis dan pelawak ini. Pertemuan selama 45 minit tersebut telah membuahkan kemesraan di antara golongan muda dengan yang lama.

Veteran artis yang berusia 84 tahun ini memaklumkan bahawa isterinya sedang menghidapi barah paru-paru selama 6 bulan manakala beliau pula mengalami masalah semput. Penderitaan beliau bertambah parah apabila terpaksa menjelaskan tunggakan sewa rumahnya dengan pihak DBKL sebanyak RM800. Ini ditambah pula dengan tiadanya peluang berlakon selama 6 bulan dan beliau tidak mempunyai pendapatan yang lain.

Justeru, dalam pertemuan tersebut, pihak DPPWP telah memberikan sedikit sumbangan dan barangan dapur bagi meringankan bebanan mereka. Penderitaan artis veteran itu mendapat perhatian apabila akhbar melaporkan mengenai arahan DBKL supaya beliau dan isterinya mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

 Mengenai asalah hutang sewa rumah pelakon Datuk Yahya Sulong yang tertunggak berjumlah RM800 telah pun diselesaikan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Bercakap kepada mSar Online, Yahya memberitahu pihak DBKL telah berkunjung ke rumah beliau di di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul pada Selasa lalu dan mengambil semua bil-bil yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi presidennya iaitu Zed Zaidi turut hadir untuk menyerahkan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban penderitaan bekas pelakon veteran itu dan isteri beliau. 

Yahya Sulong (kiri) melahirkan rasa terharu apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inikah Malaysia lambang negara mewah? Bagaimana penyelesaian menurut Negara Islam atau negara Kebajikan?  Lihat juga..Miskin: Surau Jadi Rumah, Dlm Islam Bagaimana?
 
 


40 Juta Tonton V/Porno Di Pejabat, Astaghfirullah!



MUNICH: Bagi sesetengah orang, menonton filem porno menjadi hobi tersendiri. Ternyata sekitar 40 juta orang menonton video porno di pejabat.

Times of India melaporkan sekitar 60 juta orang mengakses situs porno setiap hari. Sementara 2/3 dari mereka melakukannya ketika bekerja.

"Melihat filem atau video porno tak lagi sesuatu yang dilakukan oleh orang aneh di dalam ruangan sepi," ungkap terapis seks, Dr Christoph Ahlers.

Menurut Ahlers, melihat situs porno saat ini telah menjadi fenomena umum di dunia.

Mengapa Kedai Mesin Slot Dibuka Semula Di P.Pg?


 
KL: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) memandang serius munculnya permainan judi mesin slot yang dilaporkan beroperasi di kebanyakan lokasi di negeri Pulau Pinang.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, gejala yang dikatakan tiba-tiba berkembang di negeri tersebut seharusnya dipandang berat oleh pihak berkuasa tempatan kerana ia jelas akan menggalakkan tabiat berjudi yang melibatkan pelajar ataupun remaja.

“Soalnya kenapa kedai-kedai mesin slot yang sebelum ini ditutup kini dibuka semula tanpa tindakan oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, pihak berkuasa sepatutnya boleh menghidu operasi kedai-kedai tersebut yang berkemungkinan didalangi sindiket tertentu.

“Kami berpendapat pembasmian pusat judi seperti ini hendaklah segera dikuatkuasakan sehingga ke akar umbi,” ujarnya.

Menurutnya, maklumat dari orang ramai boleh diperolehi jika pihak berkuasa bersungguh untuk mengesan siapa yang terlibat mendalangi kedai judi tersebut kerana ia bukan beroperasi di kawasan terpencil malah secara terbuka di kawasan taman-taman penduduk.

“Kami hairan kenapa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk bertindak sedangkan kedai-kedai tersebut sudah beroperasi sedemikian lama,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, jika benar terdapat sindiket yang mendalangi operasi kedai-kedai tersebut maka pihak polis sewajarnya melakukan siasatan dan mengesan mereka yang terlibat tidak mengira pangkat atau kedudukan. Tegasnya, gejala memancing pelajar sekolah untuk berjinak dengan tabiat berjudi tidak boleh dipandang ringan kerana kini terdapat tanda-tanda budaya berjudi semakin berkembang luas dalam masyarakat.

Menurut beliau, sasaran di kalangan anak muda tidak menghairankan kerana seperti gejala minum arak, merokok dan dadah sememangnya gejala bermain dengan mesin judi adalah permulaan untuk mereka kemudiannya dilibatkan dengan gejala berjudi yang lebih besar seperti pertaruhan dalam pelbagai bentuk, membeli nombor ekor sehingga berani berkunjung ke kasino.

Sepatutnya, kata Mohd Azmi pihak berkuasa boleh menyiasat dan mengesan pengusaha kedai mesin judi di kawasan yang dikenal pasti dikunjungi pelajar sekolah. “Kami juga berpendapat pihak Persatuan penduduk juga seharusnya mengambil inisiatif untuk melaporkan gejala ini kepada pihak berkuasa dan jika maseh tidak berkesan dilapor terus ke Bukit Aman untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata, gejala ramai pelajar Melayu berbanding kaum lain berkunjung di kedai mesin judi sepatutnya menyedarkan semua pihak betapa anak Melayu sangat mudah terpengaruh dengan tabiat buruk itu, oleh itu segala langkah tegas bagi membasmi hal tersebut tidak boleh dilengah lagi. (Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails