Saturday, December 15, 2012

PR Perak Umumkan Belanjawan Seimbang -Nizar


 

IPOH: Buat pertama kalinya Pakatan Rakyat Negeri Perak mengumumkan belanjawan seimbang untuk bajet alternatif 2013 untuk negeri ini dengan anggaran hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1,262,326,905 serta terimaan pembangunan sebanyak RM48,000,000, manakala jumlah perbelanjaan pula dianggarkan RM1,262,321,848 iaitu lebihan RM5,057.

Kutipan hasil cukai untuk tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM596,016,580, hasil bukan cukai pula RM258,821,631, manakala terimaan sebanyak RM359,488,694.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam sidang media bajet Pakatan Rakyat Perak 2013 di pejabat PAS negeri di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata, bajet tersebut menjuruskan kepada bajet yamg seimbang dengan memberikan tumpuan kepada empat tunggak utama iaitu pendemokrasian ekonomi, mengupayakan masyarakat dan memperkasakan golongan masyarakat.

Jelasnya, dalam konteks pendemokrasian ekonomi termsuklah langkah menggalakkan aktiviti pertanian berasaskan makanan termasuk industri hiliran produk daripada industri kecil dan sederhana (IKS) di mana anggaran perbelanjaannya sebanyak RM8,300,00 juta

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu memaklumkan tunggak kedua iaitu memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya menjadikan Perak sebagai negeri pengerluar produk ikan air tawar, ikan hiasan, daging itik serta udang menerusi skim yang memberi pulangan memuaskan kepada para pengusaha dengan anggaran perbelanjaan RM5,000,000.

Beliau menambah, bagi memperkayakan golongan masyarakat pula antaranya memperuntukan sejumlah RM15 juta untuk kegunaan pendidikan di semua sekolah melibatkan sekolah agama, sekolah kerajaan serta sekolah sekolah mubaligh lain di seluruh negeri yang dianggarkan perbelanjaan berjumlah RM30,000 bagi setiap sekolah selama lima tahun.

Menurut beliau lagi, bajet alternatif tersebut adalah untuk membentuk bajet yang seimbang berdasarkan pengalaman memerintah negeri Perk selama sebelas bulan.

Turut hadir sama dalam sidang media pembentangan bajet Pakatan Rakyat itu, Pengerusi DAP Perak,Datuk Ngeh Ko Ham, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Adun Semanggol, Ramli Tusin. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails