Monday, December 10, 2012

21 Wanita Thai Dikurung Di Rumah Lacur Bahrain.

BANGKOK: Lima wanita tempatan semalam tiba ke tanah air selepas diselamatkan dari rumah pelacuran di Bahrain minggu lalu. Ketibaan mereka disambut Pegawai Kanan Polis Divisyen Antipemerdagangan Manusia, Leftenan Kolonel Chusak Apaipak dan Presiden Yayasan Pavena Untuk Kanak-Kanak Dan Wanita, Pavena Hongsakula. 

Mereka antara 21 wanita negara ini yang diperdaya oleh sindiket pelacuran di Manama dan berjaya diselamatkan baru-baru ini selepas ibu kepada seorang daripada mangsa yang berusia 23 tahun mendapatkan bantuan daripada yayasan itu. Mangsa menghubungi ibunya dan memberitahu dia bersama beberapa lagi wanita Thai dikurung di Hotel Arabia dan Plaza Exhibition di Manama.

Yayasan itu kemudian menghubungi kedutaan Thailand di Bahrain yang bekerjasama dengan polis negara berkenaan untuk menyelamatkan wanita terbabit. Daripada 21 mangsa, 12 diselamatkan dari Hotel Aarabia dan selebihnya dari Plaza Exhibition. Ekoran daripada itu, dua suspek ditahan dan didakwa dengan tuduhan memperdagangkan manusia. - BP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails