Monday, December 10, 2012

Naik 300% Peruntukan A/Islam P.Pg. Tahniah!


 

KL: Weblog Ibnu Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.

Seperti yang disebutkan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut DPP Selangor itu lagi, walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan.


"Muka tak malu!" Kata Dr Hj Mohd Hasyim editor IH, "Sepatutnya BN berasa malu kerana tidak prihatin untuk memartabatkan agama Islam di dalam negara ini apabila tidak memperuntukkan bajet tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini.


Hj Mohd Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang turut mengecam kenyatan rasis yang tidak bertanggungjawab daripada Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow, yang cuba untuk menimbulkan prasangka jahat dan menghasut rakyat terhadap tindakan murni yang dilakukan YAB Lim Guan Eng.
 Ibnu Hasyim (kiri) semasa berforum bersama Dr Asri di Pulau Pinang.

"Puak-puak 'kepala otak rasis' beginilah sebenarnya yang mangapi-api perkauman sempit, sehingga wujudnya 'Peristiwa 13Mei 69'. Puak-puak Melayu politik perkauman di Pulau Pinng pula menjadi biang keladi dan 'tunggul mati' turut memarakkan api tersebut demi sakibaki  politik mereka." Jelas Hj Mohd yang juga pernah menjadi pemimpin PAS di Pulau Pinang, suatu ketika dulu.. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

TAHNIAHHH.....!!! Pulau Pinang sekarang nie pun..., Taraf Hidup Dah Semakin Tinggi....., Memang Patut dan Layak Mereka Terima Kenaikan 300% tuu.......!! Terima Kasih Kerajaan Pakatan Rakyat....!!!

Orang lama pas said...

Tuan Aji,

Bila mai P.Pg, singgah la di Balik Pulau.. lama tak dengak cerita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails