Saturday, December 15, 2012

Bukti Didikan Barat Hancur, Obama Menaangis..


Siaran berita oleh WCBS di New York menunjukkan Ryan Lanza, 24, abang kepada Adam Lanza yang merupakan penembak bagi tragedi berdarah di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat dibawa masuk ke kereta polis. 

Adam Lanza, 20, membunuh ibunya di rumah dan melepaskan tembakan di dalam sekolah berkenaan di tempat ibunya mengajar, sehingga mengakibatkan pembunuhan beramai-ramai, sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh termasuk 20 kanak-kanak. Foto AP 

Tembakan Amuk Di Connecticut: 28 Terbunuh Termasuk 20 Kanak-Kanak
Polis Connecticut membawa keluar menyelamatkan pelajar dari Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, Amerika Syarikat (AS) berikutan insiden tembakan amuk yang mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang termasuk 20 kanak-kanak. Foto AP
NEWTOWN, Connecticut: Seramai 20 pelajar sekolah dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di pinggir bandar di Connecticut pada Jumaat (waktu tempatan), membunuh sekurang-kurangnya 27 orang termasuk dirinya sendiri dalam satu kejadian tembakan terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Berdasarkan sumber penguatkuasaan undang-undang, lelaki bersenjata berusia 20 tahun itu dikenal pasti sebagai Adam Lanza, melepaskan tembakan di sebuah kelas di Sekolah Elementary Hook Sandy di Newtown, Connecticut, yang memberi pendidikan kepada kanak-kanak dari umur 5 hingga 10 tahun.
Pihak berkuasa menemui 18 kanak-kanak dan tujuh dewasa, termasuk lelaki bersenjata, terbunuh di sekolah, dan kanak-kanak disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital.

Berikutan laporan insiden tembakan tersebar luas, ibu bapa panik bergegas ke sekolah mencari untuk anak-anak mereka yang antaranya berlumuran darah sedang dibawa keluar dari bangunan tersebut.
Presiden AS, Barack Obama, mengesat air mata dan berhenti seketika yang tidak dapat menahan sebak dalam ucapan kepada negara, berkabung mengenai nasib "anak-anak kecil yang suci antara umur 5 dan 10 tahun" yang terbunuh.
Presiden AS, Barack Obama sebak ketika memberi ucapan 'berkabung' di White House, Washington berhubung tragedi berdarah di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut. Foto AFP

"Hati kami 'retak' hari ini, untuk ibu bapa dan datuk nenek, adik-beradik dan saudara-saudara untuk kanak-kanak kecil ini dan bagi keluarga bagi orang dewasa yang telah hilang," kata Obama, dengan nada sebak.
"Hati kami retak untuk ibu bapa kepada mereka yang terselamat, yang diberkati kerana mempunyai anak-anak mereka bersama di rumah pada malam ini, mereka tahu anak-anak mereka tidak bersalah dibawa jauh pergi terlalu awal dan tiada kata yang boleh mengubati kesakitan yang dialami mereka," kata Obama, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang masih kecil.
"Kejahatan 'melawat' komuniti ini hari ini," kata Gabenor Connecticut, Dannel Malloy kepada pemberita.
Abang Adam Lanza iaitu Ryan Lanza, kini diletakkan di bawah jagaan polis atau disoal siasat, kata sumber penguatkuasaan undang-undang.
 
The New York Times melaporkan bahawa lelaki bersenjata itu berjalan ke dalam sebuah bilik darjah di mana ibunya merupakan guru berkenaan, menembak ibunya dan kemudian 20 pelajar, kebanyakan di dalam kelas yang sama, sebelum menembak lima orang dewasa lain dan membunuh dirinya.
Seorang lagi ditembak di sekolah itu dan terselamat, kata Times.
Beberapa media melaporkan bahawa ibu lelaki bersenjata itu ditemui mati di sebuah rumah berdekatan. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Jika dikaji detail, inilah antara bukti-bukti hasil dari kegagalan pendidikan di barat.

1 comment:

Izah said...

inilah kifarah kerana bersubahat membunuh anak-anak kecil di palestin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails