Tuesday, December 11, 2012

Miskin: Surau Jadi Rumah, Dlm Islam Bagaimana?


Surau jadi rumah

KL: Dalam keadaan si isteri sarat mengandung dan hanya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata pertama, sepasang suami isteri yang bagai hidup merempat tinggal menumpang di sebuah surau sejak dua bulan lalu, kini semakin tertekan memikirkan masa depan mereka.

“Saya dijangka melahirkan anak pada 28 Disember ini, tapi tiada persiapan yang mampu saya dan suami buat kerana nak makan tiap-tiap hari pun kami pening,” kata Siti Nursyuhadah Syed Hasyim, 19, ketika ditemui, baru-baru ini.

Bakal ibu muda itu dan suaminya, Omar Bashri, 36, menjadikan Surau Al-Mujib berdekatan Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, di sini, sebagai rumah mereka kerana kesempitan hidup di samping tidak mahu menyusahkan keluarga. Setiap pagi selesai solat Subuh, Siti Nursyuhadah menanti Omar pulang membawa ulam-ulaman yang dikutip di kawasan sekitar untuk dijual di depan kedai runcit kenalannya, terletak dua kilometer dari surau tempat mereka tinggal.

Hanya itu pekerjaan yang mampu dilakukan Omar selepas dia diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan berikutan penyakit sawan kronik yang dihidapinya sejak berusia dua tahun. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kemiskinan, dalam Islam, bagimana?

Secara ringkasnya, menurut Isam kemiskinan adalah salah satu sebab kemunduran dan kehancuran suatu bangsa. Bahkan Islam memandang kemiskinan merupakan suatu ancaman dari syaitan. Allah SWT berfirman:
  • “Syaitan menjanjikan(menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat yang keji dan Allah menjanjikan kepadamu ampunan dan kurnia; dan Allah Maha Luas (kurniaNya) dan Maha Mengetahui” (Al-Baqarah[2]: 268)
Islam sebagai risalah syumul, sebuah ideologi yang sahih, sangat prihatin terhadap masalah kemisikinan dan usaha-usaha mengatasinya. Dalam fiqih, istilah fakir adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan harta bagi memenuhi keperluan asas, sedangkan miskin adalah orang yang sama sekali tidak mempunyai apa-apa. Begitulah kira-kira.

Soalnya, bagaimana penyelesaiannya?

SATU: Rakyat perlu ada keperluan asas.(Primary Needs). Keperluan asas manusia terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kerana itu perlu diwujudkan mekanisma seperti..

A. Mewajibkan lelaki memberi nafkah kepada diri dan keluarganya. Allah SWT berfirman..
  • ”Kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.” (Al-Baqarah [2]: 233).
B. Mewajibkan saudara terdekat untuk membantu saudaranya. Realiti menunjukkan, tidak semua lelaki mampu bekerja mencari nafkah. Ada dikalangan mereka cacat mental atau fizikal, sakit, lanjut usia dan lain-lain, penyebab tak boleh kerja. Maka nafkahnya adalah menjadi tanggungjawab kerabat terdekat yang memiliki hubungan darah. 
  • “…Dan kewajiban ayah memberikan makan dan pakaian kepada ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya, dan seorang ayah kerana anaknya. Dan warispun berkewajipan sedemikian…” (Qs. al-Baqarah [2]: 233).
Jika seseorang secara peribadi tidak mampu memenuhi keperluannya maka kewajiban memenuhi nafkah beralih ke kerabat terdekatn sekiranya terdapat kelebihan harta.
  • “Sebaik-baik sedekah adalah harta yang berasal dari selebihnya keperluan.” [HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah].
C. Negara wajib bantu rakyat miskin. Jika pemiskin tidak memiliki saudara yang boleh membantunya, kewajiban memberi nafkah beralih ke Baitul Mal (kewangan negara). Rasulullah SAW pernah bersabda:
  • “Siapa saja yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa saja yang meninggalkan ‘kalla’ (sebatang kara iaitu orang yang lemah, tidak mempunyai anak dan ibu-bapa), maka dia menjadi kewajiban kami.” [HR. Imam Muslim].
D. Mewajibkan kaum Muslim membantu rakyat miskin. Apabila di dalam Baitul Mal tidak ada harta sama sekali, maka kewajiban menafkahi orang miskin beralih kepada kaum Muslim secara kolektif. Allah SWT berfirman:
  • “Di dalam harta mereka, terdapat hak bagi orang miskin yang meminta-minta yang tidak mendapatkan bahagian.” (Qs. adz-Dzariyat [51]: 19).
Mekanisma ini dilakukan dengan dua cara. Pertama, kaum Muslim secara individu membantu orang-orang yang miskin. Kedua, negara mewajibkan dharibah (cukai) kepada orang-orang kaya, hingga mencukupi keperluan untuk membantu orang miskin. Cukai ini hanya diwajibkan ketika Baitul Mal benar-benar kehabisan sumber kewangan.

DUA: Atur pemilikan harta. Ianya mencakup tiga aspek, iaitu jenis-jenis pemilikan, pengelolaan pemilikan dan pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat. Pengaturan pemilikan untuk mengatasi masalah kemiskinan dijelaskan sebagai berikut.

A. Jenis-jenis pemilikan. Syariat Islam mendefinisikan pemilikan sebagai izin dari as-Syaari’ (Pembuat Hukum) untuk memanfaatkan suatu zat atau benda. Terdapat tiga jenis pemilikan dalam Islam, iaitu pemilikan individu, pemilikan umum dan pemilikan negara.

1. Pemilikan individu adalah izin dari Allah SWT kepada individu untuk memanfaatkan sesuatu seperti hasil kerja seperti gaji, warisan, pemberian negara, hadiah dan lain-lain. Pemilikan individu ini menjadi motivasi kepada individu untuk berusaha mencari harta mencukupi keperluannya dan berusaha untuk tidak hidup miskin.

2. Pemilikan Umum adalah izin dari Allah SWT kepada jamaah (masyarakat) untuk secara bersama-sama memanfaatkan sesuatu. Aset yang tergolong pemilikan umum ini tidak boleh sama sekali dimiliki secara individu atau dimonopoli oleh sekelompok orang. Aset yang termasuk jenis ini adalah:
  • Pertama, segala sesuatu yang menjadi keperluan utama masyarakat, dan akan menyebabkan persengkataan jika ia lenyap seperti sumber air, elektrik dll.  
  • Kedua, segala sesuatu yang secara semulajadi tidak boleh dimanfaatkan hanya oleh individu seperti sungai, danau, laut, jalan umum, dan lain-lain. 
  • Ketiga, bahan galian yang jumlahnya sangat besar, seperti emas, perak, petroleum, arang batu dan lain-lain.
Secara praktiknya, pemilikan umum ini dikelola oleh negara dan hasilnya (keuntungannya) dikembalikan kepada masyarakat. Elektrik atau air, sebagai contoh boleh diagihkan kepada masyarakat umum dengan harga yang murah, atau percuma. Pengaturan pemilikan umum seperti ini jelas menjadikan aset-aset milik masyakat dapat dinikmati bersama, tidak dimonopoli oleh seseorang atau sekelompok orang, sehingga yang lain tidak memperoleh apa-apa; sebagaimana yang tejadi dalam sistem kapitalis.

Dengan demikian masalah kemiskinan dapat dikurangkan, bahkan diatasi dengan adanya pengaturan pemilikan umum seperti ini. Pengaturan kepemilikan umum di bawah Islam ini akan melepaskan bebanan kepada rakyat dalam membayar cukai tahunan seperti yang berlaku di negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalisme.

Ini adalah kerana keuntungan yang diperolehi dari pengelolaan kepemilikan umum seperti petroleum dan bahan-bahan galian lainnya, sebagai contoh, akan menjadi salah satu dari sumber pendapatan untuk dibelanjakan kembali bagi tujuan kemaslahatan masyarakat. Ini adalah suatu yang amat mudah untuk ditanggapi memandangkan sumber petroleum dunia dikuasai hampir sepenuhnya oleh negeri-negeri kaum muslimin.

3. Kepemilikan Negara adalah setiap harta yang menjadi hak kaum Muslim, tetapi hak pengelolaannya diwakilkan pada Khalifah (sesuai dengan ijtihadnya) sebagai ketua negara. Aset yang termasuk jenis pemilikan ini di antaranya adalah: fa’i, kharaj, jizyah, atau kilang-kilang seperti kilang yang menghasilkan peralatan berat yang mempunyai kepentingan untuk Daulah.

Adanya pemilikan negara dalam Islam jelas menjadikan negara memiliki sumber-sumber aliran masuk tunai (cash in-flow) dan aset-aset yang cukup banyak. Dengan demikian negara akan mampu menjalankan tugas dan fungsinya sebagai pengatur urusan rakyat termasuk memberikan jaminan pemenuhan keperluan rakyat miskin.

B. Pengelolaan pemilikan. Pengelolaan pemilikan dalam Islam mencakup dua aspek iaitu pengembangan harta (tanmiyatul Mal) dan penginfaqkan harta (infaqul Mal) melalui pengaturan berbagai hukum Islam.

Contohnya seperti melarang seseorang untuk mengembangkan hartanya dengan cara riba, melarang seseorang bersifat kedekut dan sebagainya. Dengan adanya pengaturan pengelolaan pemilikan akan menjadikan harta itu beredar, ekonomi berkembang dengan sihat dan kemiskinan dapat diatasi.

C. Pengagihan kekayaan di tengah masyarakat. Pincangnya pengagihan kekayaan di tengah-tengah masyarakat telah menjadi faktor terpenting penyebab terjadinya kemiskinan. Dengan mengamati hukum-hukum syara’ yang berhubungan dengan masalah ekonomi, akan kita jumpai secara umum hukum-hukum tersebut senatiasa mengarah pada wujudnya pengagihan kekayaan secara adil dalam masyarakat.

TIGA:.Penyediaan pekerjaan Menyediakan pekerjaan merupakan kewajiban negara. Hal ini menyandar pada keumuman hadits Rasululah SAW:
  • “Seorang iman (pemimpin) adalah bagaikan penggembala, dan dia akan diminta pertanggungjawaban atas gembalaannya (rakyatnya).” [HR. Bukhari dan Muslim].
EMPAT:. Penyediaan perkhidmatan pendidikan. Kemiskinan yang sering dikaitkan dengan kualiti pendidikan dan lemahnya sumber manusia dapat diatasi dengan memberikan pendidikan kepada rakyat secara percuma. Pemberian bertujuan untuk melahirkan individu yang memiliki berkeperibadian Islam teguh dan memiliki keterampilan serta kelayakan untuk bekerja.

Kesimpulan: Kemiskinan hanyalah merupakan masalah cabang (furu’) iaitu simptom atau gejala,  bukannya penyakit sebenar umat Islam hari ini. Selagi umat Islam tidak berusaha mengubati masalah dasar, iaitu tidak terlaksananya hukum-hakam Islam secara keseluruhan (kaffah), masalah ini tidak akan dapat diselesaikan. Oleh itu sebuah kerajaan kebajikan dan negara Islam perlu diwujdkan segera! Wallahua’lam. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

yg berkenaan jgn tgu lg..bertindaklah sekarang..nnt bila ada pihak lain yg datang membantu...barulah nak melatah..mcm2 tuduhan dilemparkan pula nnt kpd pihak berkenaan..kpd yg berkenaan...rakyat byr gaji utk bekerja dan berkhidmat kpd yg memerlukan...bukan duduk pejabat main PC games...

Anonymous said...

Setuju sangat seranan sahabat di atas . Tak payah dok balas balas pantun lagi . Bantu cepat. Jangan asyik mesyuarat dan bincang tak habih habih.

Anonymous said...

setiap muslim sepatutnya mengambil tanggungjawab untuk membantu. pemegang amanah zakat / harta rakyat segeralah bertindak. jangan tunggu terima aduan rasmi baru nak terhegeh-hegeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails