Sunday, December 09, 2012

Bantah AES, Tapi Bukan Sembur Cat.. -M/Firdaus


KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap dua unit kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berlaku di dua lokasi di Selangor semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Kedah berkata, ianya satu sikap yang tidak wajar meskipun banyak pihak menentang perlaksanaan AES itu. Menurutnya, setiap bantahan yang dilakukan mesti melalui saluran yang betul bukannya dengan merosakkan harta awam seperti menyembur cat pada kamera tersebut.

"Kita dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat tidak pernah mengarahkan anggota parti melakukan vandalisme dalam setiap bantahan yang kita lakukan apatah lagi ia melibatkan harta awam.

"Bantahan kepada pelaksanaan AES ini kita lakukan dengan saluran yang betul iaitu melalui desakan pada sidang dewan rakyat, hebahan melalui ceramah ataupun pada peringkat mahkamah iaitu dengan menyediakan peguam bagi mewakili pemandu yang mendapat saman AES," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga exco Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, keadaan sekarang memerlukan setiap pihak bertindak secara matang dan tidak perlu mengamalkan politik samseng. Ini kerana apabila tindakan sedemikian diambil maka ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain, apatah lagi ia turut merupakan satu kesalahan.

"Kalau di Selangor sudah ada arahan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah mengarahkan agar kamera AES ditutup dan biarlah pihak berwajib yang melaksanakan tugas mereka mengikut peruntukan yang telah ditetapkan," katanya.

Laporan akhbar hari ini menyebut, dua kamera AES, masing-masing di Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuh Raya Utara Selatan mengalami masalah rakaman kerana disembur dengan cat.

Laporan yang memetik sumber polis menyebut, perbuatan vandalisme itu dsyaki dilakukan pada awal pagi memandangkan kedua-dua kamera didapati gagal mengesan kesalahan sejak jam 2.15 pagi. (Hrkh)

7 comments:

Anonymous said...

[url=http://levitradirectly.com/#sxzks]levitra 10 mg[/url] - levitra without prescription , http://levitradirectly.com/#igctc levitra without prescription

Anonymous said...

habis kata nak cabut tak cabut juga sembur cat la.

Anonymous said...

Ha ha ha .. bagus.

Anonymous said...

[url=http://www.ahbch.com/Shownews.asp?id=109445]Downton Abbey[/url] Stype App Development Course Flallododebag http://www.0432lx.com/Shownews.asp?id=103591 Fundpopog And now, at last, here the map 17...This various factors stimulate sensor supported and internet connected.

[url=http://www.ybymm.com/Shownews.asp?id=109681
http://www.szrjzy.com/Shownews.asp?id=106135
http://www.stdoil.com/Shownews.asp?id=103591
http://www.suo168.com/Shownews.asp?id=103993
http://vbang.net/Shownews.asp?id=105782
http://www.023kaisuo.com/Shownews.asp?id=103993
http://hongshudianfen.com/Shownews.asp?id=100581
http://www.fjncly.com/Shownews.asp?id=100336
http://www.ybqtgl.com/Shownews.asp?id=109445
http://www.neo-jet.com/Shownews.asp?id=109681
]

Anonymous said...

priligy 30mg, a variety of medication that is known as a dapoxetine picky serotonin reuptake inhibitor purchase priligy is being used. This is the unvarying ilk of buy priligy that is often prescribed for individuals that are dapoxetine misery from various melancholy orders.
[url=http://priligey.webs.com/#xml652]purchase priligy[/url]

Anonymous said...

Hi to all, how is all, I think every one is getting more from
this web page, and your views are fastidious for new users.



Also visit my blog post ... deer antler velvet

Anonymous said...

Ηi to every one, it's actually a good for me to visit this website, it consists of valuable Information.

Also visit my webpage; vitamin shoppe coupons

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails